hingga ke akhirnya

Bismilah.

Salam dakwah buat semua pembaca yang amat ku kasihi.

Hingga ke akhirnya,
kita menaruh harapan untuk terus kekal dalam perjalanan dakwah dan tarbiyyah ini.

Mengharapkan kita antara golongan manusia yang berusaha dan menymbang kemenangan.
Mengharap juga agar kita tergolong dalam golongan yang ter’pelihara’ dalam sebuah lembaran perjalanan dakwah ini.

Dalam perjalanan ini,
kita punya peneman.

Ada yang setiap masa menemani kita.
Ada yang hanya sekali-sekala meneman.

Ada yang setiap masa menghulurkan bantuan kepada kita.
Taliannya tidak pernah putus.

Hingga ke akhirnya,
kita akan kembali kepada Dia.

Hingga ke akhirnya,
kita mahu sisa-sisa nafas yang berhembus mengakhiri nyawa berhembuskan dakwah.

Hingga ke akhirnya,
kita mahu jasad kita ini berdarah kerana mempertahankan dakwah !

Begitulah yang terkandung dalam catatan sejarah Islam yang agung.
Rasulullah dan para sahabat menginfaqkan diri mereka untuk Islam.
Mereka terus berjuang dan berjuang.
Meski ada yang tidak meninggal di medan perang, tetapi jiwa mereka penuh dengan keimanan yang tinggi terhadap kalimah La Ilaha Illa Allah !

Nyata mereka golongan manusia yang punyai Dia dalam jiwa.
Dan keikhlasan mereka tiada pernah berbelah bahagi.
Meski kegemilangan cinta mereka masih panjang masa dan jauh di hadapan, tetapi itulah yang membuat mereka mekar cinta dengan dakwah !

Semakin jauh cinta,
semakin membengkar sebuah harapan.

Jauh cinta dari mata,
mereka menunggu suratan yang akan membiarkan mereka berjumpanya satu hari nanti.

Puas aku meneroka setia babak-babak dakwah yang terjadi dalam laluan dakwah ini,
dari dulu sampai sekarang.

Berbangga,
dengan manusia-manusia terpilih ini memilih dakwah dan tarbiyyah sebagai acuan hidup mereka.
Berbangga,
melihat jerih-payah mereka memajukan dakwah di mana sahaja mereka berada.
Berbangga,
api nan tak kunjum padam, mereka berterusan menyalakan obor-obor dakwah !

Aku mencari apa rahsia mereka.
Dan kini aku ketahuinya.

Kepercayaan dan ketulusan mereka.
Bahasa Arabnya, iman dan ikhlas.

Pernah aku berkongsi dengan seorang ukhti tentang kekaguman aku terhadap barisan ‘pak cik, mak cik’  (veteran) yang  bersemangat dalam dunia dakwah dan tarbiyyah ini !

Mereka seolah teruja dan bagai sedang bersuka-ria di alam fantasi ciptaan mereka sendiri !
Sehingga aku merasa begitu segan melihat mereka kerana terkadang semangat pemuda-pemudi dakwah sendiri tidak begitu !

Akhirnya, aku memberi kesimpulan di atas.
Mereka punya iman dan ikhlas yang begitu mantap.
Dilatih keduanya untuk menjaga hati sentiasa tetap istiqamah atas jalan dakwah.

Dakwah sudah menguasai jiwa dan pemikiran mereka.
Dakwah sudah menggenggam ruhiyyah dan jasadiyyah mereka.

Allahuakbar !

Aku percaya, ketika mereka dahulu juga yang berada dalam usia pemuda-pemudi seperti kami sekarang ini, mereka lebih hebat !

Mereka tangan pertama yang menerima rantai dakwah.
Dan kini, mereka masih meneruskannya bersama-sama kita.

Jauh sekali, mereka meninggalkan kita terkontang-kanting begitu sahaja.
Asam garam yang mereka lalui, mereka tidak berat hati untuk berkongsi tentangnya.

Sejernih-jernih air,
kalau melalui pembuluh yang kotor,
tentu kotor juga.

Mereka tahu, andai mereka tidak punyai iman dan ikhlas yang benar-benar suci, kerja dakwah mereka akan menjadi kotor dan busuk.
Mereka tahu andai keduanya tidak berkolaberasi bersama, kerja dakwah ini akan berkecah.
Hingga ke akhirnya,
kita juga tetap memerlukan bekalan perjalanan yang sama.
Jalan dakwah ini akan kian bertambah bebannya.
Musuh juga semakin keras melawan.
Musuh dalam selimut tidak kurang hebatnya, semakin lama  semakin menyengat.
Bekalan ‘makanan’ dalam permusafiran yang begitu lama ini mesti ada.
Mampu mengubat rasa lapar yang datang mengetuk pintu bila-bila masa.
Sebagaimana kau melihat musafir-musafir perjalanan yang berhenti seketika di perhentian jalan untuk menjamah makanan yang dibawa, seperti itu juga kita.
Perlu berhenti seketika untuk menjana kembali tenaga yang kian menghilang.
Kudrat fizikal manusia cukup sudah menunjukkan betapa kita ini makhluk yang begitu lemah,
apatah lagi kudrat rohani yang tidak terjamin keberadaannya !
Hingga ke akhirnya,
biarlah iman dan ikhlas menemani denai-denai perjalanan dakwah ini.
Dua sahabat karib ini, jika kau pelihara elok-elok, tidak akan lari !
Percayalah !
Saat musuh menunjukkan rupa gerunnya, kau pandang mereka dengan kekuatan iman yang ada.
Saat kekalahan itu seakan mahu terlihat, kau anggap kau masih diberi peluang yang cerah untuk menang dengan iman yang ada.
Saat kau menang  satu hari nanti, berterima kasih pada iman atas jasa mereka yang menjaga kau sepanjang saat yang dilalui.
Saat kau berada di puncak kegemilangan nanti, jagalah iman kau kerana takut saat ini cinta dunia datang menyapa.
Biar iman menjadi pendahulu segala.
Apa amal yang ingin kau kerjakan, ikhlas sepenuhya kerana Allah Taala.
Apa sahaja bentuk kesusahan yang kau hadapi, dalam hati ada kunci (iman).
Puncak kekuatan dakwah ini adalah pada iman dalam hati.
Ikut suara iman yang bergema dalam hati.
Faktor-faktor lain hanyalah faktor pembantu agar dakwah ini berjalan lancar.
Tetapi dalam memastikan jalan dakwah ini benar-benar lancar, suci  adalah
iman yang ada pada setiap individu Muslim.
Bukankah kita meyakini, maratib membina Individu Muslim adalah yang terpenting dalam mencapai kemenangan di dunia (ustaziyatul alam) ?
Lalu, aku ingin bertanya kepadamu,
Apa yang dibina ketika kita mula menapak langkah ke anak tangga itu ?
Iman.
Aku pasti sekali inilah jawapannya !
Malah, berterusan kita menaiki ke anak tangga teratas sekalipun,
iman kita akan berterusan ditarbiyyah !
Tidak akan terbina sebuah bangsa yang gilang-gemilang andai individu-individu yang berada di dalamnya tidak dibina terlebih dahulu.
Inilah jaminan yang akan menjamin kekalnya kau berada dalam atas landasan yang lurus ini.
Sampai ke satu tahap, kau tidak boleh mengharap pada yang lain selain diri kau sendiri.
Jalan ini hanya akan sempurna jika kau punyai iman dan ikhlas.
IKHLAS 
Rahsia antara kau dan Allah.
Didiklah rasa ikhlas untuk membawa dakwah kerana tenaganya begitu besar dan berharga !
Pernah kau melihat manusia yang begitu bersungguh-sungguh ke akhir nyawanya melakukan sesuatu yang begitu dia cinta sehingga akhirnya dia membiarkan diri dia mati saat sedang mengejarnya tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran tersedia buatnya ?
Ya, inilah manusia yang ikhlas.
Terpancar pada matanya.
Diolah melalui usahanya.
Mereka ini tidak pernah penat.
Apatah lagi leka dan alpa dihantui cinta-cinta dunia.
Dunia kata pergi,
mati kata mari. 
Mereka tidak peduli pada yang lain,
mereka hanya berterusan melakukan apa yang patut dilakukan.
Ahlam (mimpi-mimpi) yang mereka angankan,
ingin dibawa ke alam realiti agar bisa manusia lain melihatnya !
Mereka melihat mimpi mereka itu begitu pasti akan menjadi kenyataan !
Inilah manusia-manusia yang ikhlas.
Mereka banyak memberi, amat kurang sekali menerima.
Mereka sudah mabuk cinta.
Mabuk meminum berkali-kali tegukan keikhlasan untuk mengubat dahaga.
Dek kerana ini, mereka sentiasa bersedia untuk melakukan apa sahaja !
sekian,
mylittlepencil  

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s