hayah seorang daie

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.
Moga-moga, obsesi kita masih lagi pada akhirat.
Dan berterusan pada akhirat, sehingga akhirnya.

Barangsiapa akhirat menjadi obsesinya, Allah menjadikan hatinya kaya, melancarkan semua urusannya, dan dunia datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Dan, barangsiapa dunia menjadi obsesinya, Allah menjadikannya miskin, mengacaukan semua urusannya, dan dunia datang kepadanya sebatas yang ditakdirkannya untuknya. (Riwayat At-Tirmidzi)

 

Ingin aku tanyakan pada kamu,

” Bagaimana kamu menjalani hayah (hidup) kamu sebagai seorang daie ? ”

Hanya seperti seorang manusia biasa atau luar biasa ?
Hanya sekadar menjalankan tanggungjawab di dunia atau beserta akhiratnya ?

Lebih tepat, ingin aku tanyakan sebenarnya,

” Apakah obsesi kamu semua ? ”

Fikir-fikirkanlah.
Renung kembali kesemua amal yang kau perlakukan.
Bermuhasabah terhadap niat kepada amal yang kau kerjakan.

Sungguh, tidak sempurna segalanya melainkan semata -mata kerana Allah.
Tiada yang suci melainkan hanya semata-mata kerana Allah.
Tiada yang lebih bernilai dari ini.

Inilah,
Pasak utama hayah kita.
Kulluhu Lillahi Rabbil ‘Alamin.

Segenap alam ini berhak kepada dakwah kita.
Segenap alam ini kita usahakan tumuhat kita yang tertinggi.
Segenap alam ini kita menzahirkan hakikat dakwah yang sebenar.

Pasti, dunia ini ujian yang terlalu berat buat kita.
Pasti, dunia ini tempat kita mempersembahkan gaya hidup kita sebagai seorang hamba.

Dunia pentas lakonan yang mempersembahkan segala tingkah-laku manusia, Allah melihat dengan penglihatan-Nya,
menimbang dengan mizan-Nya,
balasan bakal  diterima,
ternanti-nanti,
apakah ganjaran atau azab-Nya.
Kita manusia atau hamba.
Atau kita kedua-duanya ?

Tepatnya,

Kita adalah hamba sebelum manusia.
Binatang-binatang,
Sungai-sungai yang mengalir,
Burung-burung yang berkicauan,
Kesemuanya hamba.

Cuma dalam kejadian yang berbeza.
Kejadian diri kita adalah sebagai seorang manusia.
Maka, sudah tentulah takhlifan hidupnya berbeza.
Saat ini, akan mula terbayang-bayang kembali ayat yang lazim kita tadabburi.

Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, ” Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” Mereka  berkata, ” Apakah engkau ingin menjadikan orang yang merosakkan dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami di sini memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu ? ”

Dia berfirman, ” Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

(Al-Baqarah : 30 )

 

Dakwah menjadikan kita sibuk.
Sibuk dengan tugas-tugas menyeru manusia kembali kepada Allah.
Dan inilah rahsia yang sebenar kekuatan obsesi kita.

Tarbiyyah pula membentuk hayah kita.
Sifatnya menjaga.
Menjaga diri kita supaya sentiasa berada dalam landasan yang lurus.
Menjaga diri kita supaya sentiasa berjuang dalam jalan yang benar.

Tidak dinafikan, ramai manusia yang sememangnya hendak melangkah masuk ke dalam syurga.
Namun, ramaikah yang benar-benar obses  terhadapnya ?

Obses, melambangkan kesungguhan kita dalam mengejar sesuatu.
Obses, melambangkan betapa kita berpegang teguh pada sesuatu prinsip itu.
Obses, melambangkan kehidupan kita keseluruhannya adalah beramal menuju kepadanya.

Semakin tinggi obsesnya, semakin mekar amalnya.
Inilah hayah seorang daie.

Obses inilah yang menjadi daya tolak dalam menggerakkan hammasah dan amal demi agama ini.

Bagaimana ?
Mulakan dengan kemahuan yang kuat (iradah qawiyyah).
Pabila kau mula jelas akan kemahuan ini,

Kau letakkan apa yang ingin kau capai.
Pabila kau tahu apa matlamatnya,

Teruslah dan bergeraklah mencari jalan yang paling berkesan untuk mencapainya.

Sekiannya,

Liku-liku hidup seorang daie ini seperti juga manusia biasa.
Jangan pernah lupakan hakikat ini.
Malah terkadang, mehnah-mehnahnya tampak lebih berbisa menyengat hati sanubari.

Daie, tiada apa yang terlalu istimewa tentangnya.
Kita masih seperti yang lainnya.
Cuma mungkin bezanya pada kefahaman yang kita ada.
Jangan pernah bongkak dan riak,

memandang segala aspek kehidupan kau adalah yang terbaik.
Atau lebih baik daripada yang lain.

Pandanglah segalanya dengan hina.
Pandanglah segalanya penuh kelemahan.
Pandanglah segala bukan di bawah kawalan (kita).
Pandanglah kehidupan ini dengan penuh redha terhadap segala qada’ dan qadar-Nya.

Hayati kehidupan ini sebagai satu simpulan yang perlu kita rungkai kembali.
Hayati kehidupan ini sebagai satu kekusutan yang perlu selesaikan.

Kehidupan ini segalanya bukan mudah.
Mungkin terkadang kau melihat alangkah gembiranya sesetengah manusia itu terlalu seronok menikmati hidup mereka.

Percayalah,
mereka juga ada kekusutan mereka yang tersendiri.

Bersyukurlah,

Kekusutan dan segala permasalahan kita hanya bersimpang-siur di satu tempat.

Dakwah dan tarbiyyah.
(menarik sungguh )
Inilah hayah seorang daie !

Arakiannya,
Hayah kita perlu kepada bimbingan ruhiyyah.
Hayah kita perlu kepada amal yang muntijah.
Hayah kita perlu kepada perdagangan yang menguntungkan.

Hayah seorang daie bukan hanya berpenat-penat dengan tanggungjawab dunia sehinggakan dia terleka dari memikirkan  tanaman-tanaman akhiratnya.
Hayah seorang daie bukan hanya keseronokan sepanjangnya tetapi dia juga akan menikmati rasa sakit dan seksa dalam diri.

Bila kita sebut tentang kehidupan,

Fahamilah,
Dakwah ini adalah satu realiti.
Bukan pada buku.
Bukan pada percakapan.
Bukan pada tulisan-tulisan.

Kehidupan adalah satu realiti.
Sekarang, tugas kita menjadikan dakwah itu sebagai satu realiti kehidupan.

Sudah tentu,
Kehidupan di dunia menyediakan segala keperluan kepada kita untuk terus menuai hasilnya di akhirat sana.

Ad-dunya mazra’ul akhirah.
Dunia ini ladang akhirat. 

Tidak dapat tidak, kita tidak boleh lari meninggalkan urusan dunia begitu sahaja.
Tidak dapat tidak juga, kita akan sering dipermainkan oleh neraca dunia.
Tidak dapat tidak, kita akan sentiasa berhadapan dengan begitu banyak pilihan yang harus kita buat.

Kesimpulannya, kita harus berurusan dengan begitu baik di dunia demi mencapai natijah yang terbaik di sana !

Hayah seorang daie adalah perjuangan

Cubalah untuk menjadi perajurit terhebat.
Cubalah untuk menjadi pejuang yang termasyhur.

Kemenangan itu hanya akan diraih andai iman itu terlebih dahulu mendahului.
Lihat sahaja peperangan yang berlaku antara kaum Muslimin dengan kuffar,

kemenangan yang mereka raih adalah beralaskan keimanan yang cukup kuat kepada Allah, bukan pada bilangan mereka.

Kerana itu mereka tidak pernah gentar bila melihat bilangan musuh yang ternyata berkali-kali ganda lebih ramai dari mereka !

Apakah ciri-ciri pejuang yang benar-benar tulen ?
Mereka tidak pernah gentar.
Mereka tidak akan cepat mengaku kalah.
Mereka tidak akan berhenti selagi kemenangan bukan milik mereka.

Paling penting, bekalan dan persediaan mereka benar-benar mantap !

********

Kecintaan kita,
Bukan lagi pada dunia dan isi-isinya.

Ibaratnya, kau telah menanggalkan dunia ini dari bersarang dalam hati.
Zuhudnya kau pada dunia adalah dengan merasakan dunia ini hanya sebuah picisan kehidupan.
Sekadar kelengkapan, bukan keperluan.

Begitulah.
Biarlah dakwah menjadi kekuatan,
Agar kehidupan ini terhapus kelemahannya.

Biarlah dakwah ini menjadi seolah air,
Menyegarkan kelesuan sebuah kehidupan.

 

Biarlah dakwah memberi suara kepada kehidupan,
Agar kita tenang mendengar bisikannya.

Biarlah dakwah ini menjadi kerehatan,
Menghilangkan kepenatan-kepenatan dunia.

Biarlah dakwah ini menjadi ubatan,
Menjadi penyembuh kepada kesakitan.

Hanya satu,

Dakwah adalah hayah seorang daie.
Tiada yang lebih baik dari ini.

Sekian,
mylittlepencil 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s