cinta ini tiada akhirnya

Bismillah.

Salam dakwah buat semua pembaca yang teramat aku rindui.
Amat ku sayangi ukhuwwah fillah yang terjalin ini, meskipun kamu semua hanya pembaca laman penulisan yang tidak seberapa ini.

Mungkin, inilah yang dikatakan ikatan aqidah.
Satu ikatan yang cukup kuat.
Diikat lagi dengan ikatan kefahaman kita yang sama.

Dapat ku simpulkan,
Jalan dakwah dan tarbiyyah ini,

Cintanya seolah tiada pengakhiran.

********

Akan senantiasa berterusan.
Akan senantiasa menembusi benteng-benteng hati.
Akan senantiasa mengairi sebuah perjalanan.

Itulah cinta.
Apatah lagi cintakan sesuatu yang menjamin kebahagiaan,
sesuatu yang menjadi bahtera penyelamat kita.
Jalan dakwah ini memerlukan seorang pencinta agung yang cukup hebat mengotakan cinta.
Cintanya tidak akan berakhir walaupun dia sudah kehabisan tenaga.
Cintanya tidak akan berakhir meskipun manusia di sekelilingnya tiada henti memijaknya.
Cintanya tidak akan berakhir begitu sahaja !

Cintanya ibarat masa, yang sentiasa berjalan.
Cintanya ibarat cahaya mentari, menyinari alam membelah kegelapan.
Cintanya ibarat langit, punyai keutuhan yang cukup ajaib.

Percayalah kataku,
Cinta seorang daie ini memang cukup kuat penangannya.

Kau akan melihat mereka ini berusaha sedaya-upaya.
Kau akan melihat golongan ini berterusan bekerja siang dan malamnya.
Kau akan melihat gerakan manusia ini akan menerobos segala gelombang jahiliyyah yang ada.

Kau akan terlalu takjub melihat kuasa mereka !

Terkadang hairan,
Dari manakah tenaga itu datang sedangkan apa yang aku makan, mereka juga makan ?
Dari manakah kegagahan itu datang sedangkan mereka juga tidur sepertimana aku tidur ?
Tidak pernah penatkah mereka ?
Bila masa mereka memenuhi kehendak diri mereka sendiri ?
Tidak jemukah mereka dengan apa yang sedang kejari ?

Cukuplah hanya aku memberi jawapan,

Kerana kami barisan dua’t sedang menunaikan satu kewajipan cinta yang terlampau nikmatnya.
Kerana kami hamba cinta kepada Tuan yang terlalu agung kuasanya.

Mari aku beritahu pada semua,

Cinta pada jalan dakwah ini cukup berharga.
Cinta yang meluas,
Cinta yang memuas.

Cinta yang tinggi,
Cinta yang hakiki.

“ Dulu kau kata cintakan jalan dakwah ini payah dan lelah ? ”

Ya, cinta ini sememangnya lelah.
Lelah itulah yang memupuk cinta.
Cinta ini sememangnya payah.
Dan kepayahan itulah yang membina istiqamah.

“ Tidak mahu kau berhenti walau untuk seketika ? ”

Tidak.
Sekali-kali tidak.

“ Walau seketika ? ”

TIDAK !

Kerana kami sudah cukup serik dengan kekalahan dan penindasan.
Kerana kami sudah tidak sanggup lagi melihat al-haq itu dipermain-mainkan.
Kerana kami merana saat melihat ummah ini dalam kehancuran.

“ Masih adakah lagi seketika yang kau katakan tadi ? ”

Biarkanlah kami,
Biarkanlah kami,

Memadam sahaja istilah seketika itu tadi.
Terlalu bahaya buat kami untuk menjadi terus leka.
Terlalu bahaya buat kami untuk membiarkan masa berlalu begitu sahaja.

Noktah cinta itu akan kami letakkan pada penghujung nyawa nanti.
Biar kami menenangkan diri dengan nafas yang panjang ini.
Biar kami legakan hati dengan beban yang berat ini.

Duhai manusia,

Cinta kami bersinarkan al-furqan.
Cinta kami bersibghahkan islam.
Cinta kami bernafsukan kemenangan.
Cinta kami berlandaskan keikhlasan.

Jujur, tiada lagi dusta.
Sayang, tiada lagi kebencian.
Patuh, tiada lagi keengganan.
Terima, tiada lagi penolakan.

Inilah interaksi cinta yang kami bina dengan syahadah yang kami lafazkan.
Inilah jalinan cinta yang kami jalinkan dengan janji-janji yang kami patrikan.

Keyakinan cinta itu kini sudah menghilangkan segala kedukaan.
Segala keresahan.
Segala ketakutan.

Keyakinan ini menjadi rencah perjalanan kami.
Keimanan menjadi daya tolak untuk terus memuncak semangat kami.

Inilah kualiti cinta yang tertinggi.
Cinta yang tiada pengakhirannya !

Kesetiaan kami terbina saat mulanya kami mengenal Sang Pencipta.
Lalu,

Kami terus berintima’ dengan-Nya.
Terus menjalin bibit-bibit cinta dengan tarbiyyah dari-Nya.

Berterusan barisan para dua’t ini dibina !

Dibina untuk berjuang dengan cinta yang ada.
Dibina untuk membentuk peribadi-peribadi jundi yang garang menyinga.

Cinta ini tiada akhirnya.

Cinta ini telah menguasai segenap hati-hati kami.
Cinta ini telah mengubah cara dan haluan hidup kami.
Cinta ini telah mengajar erti hidup kepada kami.
Cinta ini telah membebaskan kami dari penjara-penjara yang terhijab.

Seolah gerhana.
Semacam angin sejuk yang menyapa.
Seperti embun di pagi menebarkan baunya.

Cukup segar dan mendamaikan jiwa.
Cukup indah.

Hati-hati kami berpadu dalam cinta kepada-Nya.
Hati-hati kami bertemu dalam ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.
Hati-hati kami bersatu dalam jalan dakwah  milik-Nya.
Hati-hati kami berbaiah untuk berjihad dalam jalan-Nya.

TIADA LAGI KERAGUAN !

Kebenaran itu dari Tuhanmu, maka janganlah sekali-kali engkau (Muhammad) termasuk orang-orang yang ragu. (2 : 143)

YANG ADA HANYALAH KEBENARAN !

Demikianlah (kebesaran Allah) kerana Allah, Dialah (Tuhan) Yang Haq. Dan apa saja yang mereka seru selain Dia, itulah yang batil, dan sungguh Allah, Dialah yang Maha Tinggi, Maha Besar. (22 : 62)

Cinta kami ini dibina atas landasan taqwa.
Taqwa menjadi ukuran, bekalan dan pakaian.

Wahai anak cucu Adam ! Sesungguhnya Kami telah menyediakan pakaian untuk menutupi auratmu dan untuk perhiasan bagimu. Tetapi pakaian taqwa, itulah yang lebih baik. Demikianlah sebahagian tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka ingat. (7 : 26 )

Inilah peyerahan diri kami kepada jalan  yang kami cintai ini.
Inilah pengakuan berani kami terhadap jalan yang kami suburi ini.
Inilah lambing ketaatan kami.

Akhir sekali,
buat kamu di luar sana.

Terutama bagi kamu,
pejuang-pejuang cinta,

Fahamilah,
Cinta ini akan mati andai kita tidak menggerakkannya.
Cinta ini akan palsu andai kita tidak membenarkannya.
Cinta ini akan goyah andai kita tidak berpegang teguh padanya.

Yakinilah,
Inilah jalan cinta yang membawa kau menemui-Nya.
Inilah jalan cinta yang terarah kepada keredhaan-Nya.

Buktikan cinta.
Tebarkan seluasnya dalam setiap detik kau hidup.
Laungkan sekuatnya dalam setiap sedut nafas yang kau hirup.
Sampaikan semampunya dalam setiap langkah yang kau atur.

Bukan mudah untuk menunaikan cinta, namun bukanlah terlalu payah untuk kita terus mencuba.
Demi-Mu,

Aku cinta.

Bukan lagi sekadar bersenandung.
Kita kan terus mencinta sampai menutup mata.

Ya Allah,
Berilah kami satu kehidupan  yang berterusan dalam cinta ini,
anugerahkanlah kekuatan dan keyakinan kepada hati-hati kami untuk terus mencinta.

Ya Allah,
Kami rela dihukum, andai cinta kami cinta yang tidak tertunai,
Kami rela dihina, andai cinta kami cinta yang palsu,
Namun,
Kami meminta untuk jauh dari hukuman-Mu,
jauh  dari kehinaan-Mu,

Maka,
Kau perkukuhkanlah cinta ini dalam hati kami.
Biar kami merasakan betapa perlunya kami pada jalan ini.
Biar kami merasakan betapa ruginya kami andai tidak bekerja
pada jalan ini.

Letakkan kami dalam saff-saff manusia yang mati dalam jalan ini.

Dakwah, sebuah dimensi cinta.

Sekian,
mylittlepencil

-laguku untukmu pencinta-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s