tsiqah binnafs

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Moga-moga, beberapa hari dalam bulan Muharram yang telah lepas ini tidak membuatkan anda sudah kehilangan azam untuk terus menanam benih azam yang baru dan meneruskan langkah menuainya satu hari nanti inshaAllah !

Saya sendiri telah menyenaraikan azam yang ingin dicapai untuk tahun hijrah yang baru ini.
Sudah tentu, pengharapan kepada Allah itu perlu makin meninggi.

****************

Setidak-tidaknya kau perlu yakin terhadap diri kau sendiri.
Bukan sahaja yakin pada Tuhan empunya diri.
Bukan sahaja yakin pada kebenaran risalah ini.
Bukan sahaja yakin pada jaminan kemenangan yang telah diberi.

SETIDAK-TIDAKNYA, KAU PERLU YAKIN TERHADAP DIRI SENDIRI !

Kerana apa ?
Kerna kita adalah hamba kepada Tuhan tersebut.
Kerna risalah itu berada dalam tangan kita sekarang.
Kerna kemenangan itu perlu kita usahakan, bukan hanya menunggu.

Pentingnya kita perlu kuat keyakinan terhadap diri sendiri supaya kita berjaya mempengaruhi orang lain.
Supaya mereka merasa lebih yakin untuk berada bersama kita di atas jalan yang payah dan panjang ini.
Supaya keyakinan kita ini memberi kesan kepada orang lain.

Pastinya, kuat keyakinan atau percaya kepada diri sendiri.
Teguhkan pendirian.
Mampu kemukakan pandangan dan pendapat yang bernas.
Merasa kuatnya diri sendiri.

Kalau kau tidak yakin pada diri kau sendiri,
Jika kau tidak percaya pada diri sendiri,

Alangkah, betapa lemahnya diri kau wahai duat !

Mudah benar kau digertak.
Mudah benar hati kau dibolak-balik.
Mudah benar prinsip kau ditunggang-langgang.

Hakikatnya, kau bukan sahaja tampak kalah, tapi memang sebenarnya sedang kalah !

Meskipun bukan kekalahan yang nyata, tapi masih mampu memberi kesan kepada peribadi kau sebagai seorang daie.

Kumpulkan sebanyaknya kepercayaan dan keyakinan terhadap diri kau sendiri pada perasaan,
pada pemikiran,
pada tingkah laku (fizikal).

Biar manusia lain terpana melihat.
Biar manusia lain terngaga memandang.
Biar manusia lain tahu akan erti sebenar apa itu keyakinan dan kepercayaan.

Pasakkan dan tumpukan kekuatan.

Bina kembali kekuatan jiwa dan raga.
Tiada lagi keluhan,
tiada lagi ketakutan.

Semuanya terletak pada diri kita sendiri.
Kerana kita yang mencorakkannya.
Bergantung kepada kita sejauh mana untuk memperbaikinya.

Pastinya, keyakinan dan percaya pada diri sendiri ini bukanlah satu bakat.
Ianya adalah satu latihan yang berterusan.
Ianya satu kebolehan yang boleh dilatih.

Bakat adalah keistimewaan yang memang secara fitrahnya dihadiahkan kepada kita.
Ternyata, pelbagai jenis manusia, pelbagai jenis juga bakatnya.

Kebolehan adalah satu skill yang boleh dilatih.
Sudah tentu, mereka yang bersungguh-sungguh melatihnya akan berjaya.

Dalam perjalanan tarbiyyah ini,

Mulanya perlu kita bina terlebih dahulu tsiqah billah (keyakinan/penyandaran/ merasa tenteram dengan Allah S.W.T).
Tanpanya, kita akan merasa kehidupan ini terlalu kosong.
Sebuah kehidupan ini seolah penuh dengan kecacatan dan rungutan.
Apa sahaja yang ditentukan buatnya, sentiasa akan dipersoalkannya.

Jauh sekali hati dia untuk berasa tenang,
Jauh sekali untuk dia merasa kemanisan.

Wajarnya, terutama bagi kau para dua’t sekalian,

keyakinan kepada Allah mendahului yakinnya kau kepada diri sendiri. 

Yakin pada Allah bahawa jalan yang meski panjang ini akan menuju sebuah kemenangan.
Yakin pada Allah bahawa jalan yang terlalu jauh ini meski dimulai langkah-langkah kecil turut menyumbang.
Yakin pada Allah bahawa meski kau diduga dan dihalang, Dia tetap ada memelihara.
Yakin pada Dia yang Maha Menguasai segalanya !

Apa kaitannya antara yakin pada Allah dengan yakin pada diri kau sendiri ?

Kaitannya adalah iman.
Iman mendahului segalanya.

Iman menyedarkan kau sedang menyanjung satu beban amal yang teramat beratnya.
Beban amal tanggungjawab yang datang dari-Nya buat hamba-hamba tersayang.

Berat, namun Allah tahu kita masih mampu menunaikannya.
Kemampuan ini telah dibuktikan dengan ramainya bilangan para syuhada’ yang mempertahankan kalimah al-haq ini sehingga akhir hayat mereka.

Mereka tidak pernah jemu.
Mereka tidak pernah mengeluh.
Jauh sekali untuk berundur.

Aku yakin, yakinnya mereka kepada Allah setinggi langit, malah mungkin mencapai arasy-Nya.
Dan keyakinan mereka itu membuatkan mereka tidak pernah gentar apabila digertak oleh kebatilan.

Malah, semakin kuat hammasah mereka berperang dengannya !

Subhanallah !

Aku akui, dulu aku pelik dengan sesetengah manusia yang yakin pada diri mereka.
Sedangkan, di sekeliling terdapat orang lain yang ternyata lebih hebat dari mereka.
Tapi, mereka terus berdiri dengan megahnya !

Sekarang aku faham,
betapa perlunya yakin pada diri sendiri.
Terutama bagi seorang manusia yang sedang menjaja sesuatu.

Bukan menjaja dirinya.
Bukan mencari publisiti dirinya.

Tapi dia sedang mempromosikan dakwahnya.
Menarik semula perhatian sekalian manusia tentang agama ini !

Bukan ingin menunjuk megah, tetapi tanda tidak akan mengaku kalah.

Jalan yang memerlukan kita untuk sentiasa memandang lebih jauh ke hadapan,
besarnya obsesi kita.
Andai kita mati, jalan ini tidak akan terhenti, rantainya akan terus bersambung.

Begitulah.

Mari,

Sempurna dalam melangkah.
Beretika penuh keyakinan.
Menyampaikan penuh hikmah dan mantap.
Berfikiran jauh dan terbuka.

Binalah keyakinan dan kepercayaan kepada Allah dan diri sendiri, nescaya kau akan menjadi manusia yang terlampau hebatnya !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s