dalam khemah tarbiyyah

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.
Satu kata buat semua,

Kita WAJIB memulakan usaha Islam ini dari bawah, iaitu melalui TARBIYYAH INDIVIDU. Apalah gunanya mengadakan muktamar yang menghimpunkan orang-orang yang lemah, tidak mempunyai keinginan sendiri dan tidak mampu melaksanakan satu keputusan atau resolusi. Apa faedahnya berbuat demikian ? Adakah kamu mahu mengumpulkan angka-angka kosong ?
(Syakib Arsalan)

Kita telah yakin dengan jalan ini.
Kita telah cuba memupuk istiqamah untuk sentiasa bersama dakwah.
Kita telah melatih intima’ kita kepada Allah dan jemaah ini.

Sekiannya,
semua ini kita lakukan kerana kita tidak mahu mengumpulkan angka-angka kosong.
Kita mahu berkumpul sebagai satu kumpulan manusia yang benar-benar tinggi jihadnya,
benar-benar puncak semangatnya,
benar-benar jelas thumuhatnya (obsesi),
benar-benar faham akan betapa perlunya kita harus bekerja sebagai satu barisan yang punya cara kerja yang sama.

Kerana kita mahu mengumpulkan mutiara-mutiara berharga.
Kita mahukan pekerja-pekerja dakwah,
Penggerak-penggerak fikrah,
khalifah-khalifah yang menakluk bumi, menjadikan kalimah Allah kalimah yang tertinggi.

Dalam hidup kita,
Khemah tarbiyyah menjadi khemah pilihan.
Kita dibentuk menjadi kader-kader dakwah.
Kita ditarbiyyah, bukan diTarbiyyah.

Tarbiyyah yang kita fahami, bukan kata nama.
Tapi satu kata kerja yang mengubah seluruh kehidupan kita.
Tarbiyyah yang kita yakini ini merupakan satu sendi perjuangan.

Bagaimana para sahabat mampu mengekalkan diri mereka menjadi seorang yang sangat zuhud kepada dunia, meskipun saat itu dua pertiga dunia sudah tunduk kepada Islam

adalah kerana betapa pekatnya hasil tarbiyyah dalam jiwa mereka !

Dalam khemah tarbiyyah ini,
harakah manusia dibentuk,
usrah tarbawi menjadi wasilah yang utama.

Semua ini demi mengejar sebuah kemenangan yang agung satu hari nanti meskipun kita tidak pasti sama ada kita sempat menikmatinya atau tidak.
Pernah tertanya mengapa kita ini terlalu yakin dalam bekerja ?
Pelik bukan.

Kerja kita ini berlawanan arus dengan gelombang ummah.
Kita diberi gelaran orang asing meski rupa kita seperti sahaja yang lain.
Kita sibuk memenuhi tuntutan dakwah berbanding diri sendiri.

Sepertinya, hanya kita yang berasa selesa,
orang lain berasa lemas melihat kita !

Bagi aku, cukuplah Allah sebagai penguat keyakinan.
Keredhaan-Nya menjadi sumber inspirasi.

Itu sahajalah.
Tidak perlu ada habuan dunia,
pujian ramai.
Tidak perlu ada anugerah,
pengiktirafan manusia.

Usaha dakwah perlu bermula dari bawah.
Walaupun naluri seorang manusia yang normal itu lazimnya sukakan kemenangan dengan cara terpantas dan sukakan sorakan suara yang ramai.

Bila kita hayati semula jalan yang sedang kita lalui ini,
pernah merasakan,

Tidak bolehkah aku berteriak sahaja di tengah manusia yang ramai ini tentang dakwahku ?
Tidak b0lehkah aku mengharapkan manusia yang lain untuk membawa tanggungjawab ini ?
Tidak bolehkah aku ingin berada dalam jalan ini sampai tengah jalan sahaja, kemudian biar yang lain menyambungnya ?

Hayati ini,

Usaha dakwah mestilah dimulakan dari bawah seperti mana kata Syakib. Tiada cara lain. Ianya adalah dengan khemah tanzim dan penyusunan barisan yang terdidik dengan tarbiyyah Islam yang sejati. Bukan dewan-dewan perhimpunan dan seminar. Ia adalah dengan api semangat yang merdeka, bukan sinaran bintang. Dirikanlah khemah kamu di padang pasir jahiliyyah kurun kedua puluh ini dan nyalakanlah apimu supaya ia dilihat kepada orang yang sesat dan terputus dari hidayah, supaya mereka menuju kepadanya dan bernaung di dalam khemah kamu.
(Abdul Wahab Azam)

 

Kita bukan lagi berimaginasi manusiawi.

Kita bukan merancang mengikut anganan sendiri.

Kita berimaginasi rabbani.
Kita merancang mengikut obsesi deen ini.

Susah dan payah untuk kita meyakini sesuatu yang sangat mengambil tenaga kita,
tapi inilah yang telah ditunjukkan oleh generasi terdahulu.

Mereka generasi rabbani ini ditarbiyyah di Darul Arqam.
Jiwa mereka dibina,
Aqidah diperkukuh,
Iman dijernihkan,
Kerana semua inilah bekal yang terbaik buat seorang daie, bakal penggerak dakwah !

Aqidah dan iman yang kuat adalah asas kepada pembentukan peribadi Muslim. Kerana kecacatan dalam tarbiyyah menyebabkan kelemahan dalam al-asas, dan menghadapkan bangunan kepada keruntuhan, sama ada cepat atau lambat.

Tidak memberikan ihtimam (perhatian) yang layak kepada tarbiyyah juga akan menyebabkan kepada menurunnya kualiti peribadi, sehingga tidak melahirkan peribadi-peribadi yang tidak sama (selevel) dengan beban tanggungjawab dan daya tahan dalam memikul berbagai amanah amal.
( Mustafa Masyhur : Fiqh Ad-Dakwah)

 

Yakin sesungguhnya tarbiyyah adalah sendi perjuangan kita.
Kerana berlawan dengan arus jahiliyyah ini bukannya mudah.

Perang fizikal itu kita kira lebih senang untuk kita juarai.
Tetapi, mereka berperang fikri untuk meruntuhkan kita.
Mereka menyuntik segala suntikan yang melemahkan hammasah dan kini kita kian lupa tentang kesucian agama kita sendiri.

Perlahan-lahan mereka menanam berhala duniawi ke dalam jiwa-jiwa ummat Islam.
Lalu, kita pula sedang menyembah tanpa sedar.
Akhirnya, kita makin terus menjauh dari fitrah kehambaan kita yang sebenar !

Semalam baru sahaja kita menempa kemenangan,
tapi hari ini kita dihimpit kehancuran !

Kata Ketua Mubaligh Kristian, Zewmer semasa Persidangan Al-Quds (1935 ),

Tugas gerakan dakwah Kristian yang diwakilkan oleh negara Kristian kepada kamu untuk dilaksanakan di negara Muhammad, bukan dengan tujuan memasukkan orang Islam ke dalam Kristian. Ini satu hidayah dan penghormata bagi mereka.

Sebaliknya, tugas kamu hanyalah untuk mengeluarkan orang Islam daripada Islam supaya dia menjadi satu makhluk yang tiada hubungan dengan dengan Allah dan tiada hubungan dengan makhluk yang menjadi tunggak kehidupan sesuatu bangsa. Oleh itu dengan usaha ini, kamu merupakan barisan perintis kepada pembukaan penjajahan di negara-negara Islam. Inilah yang kamu lakukan dalam 100 tahun yang lalu sebaik-baiknya.

 

Coretan dalam sejarah Islam,
kita dahulu pernah mencapai kemenangan dengan usaha kecil yang bermula dengan tarbiyyah,
dan kini tamadun jahiliyyah pula mengungguli,
malah, mereka juga bermula dengan tarbiyyah mereka yang tersendiri !

Kerana itulah, sekarang kita cuba membina kembali tapak asas kemenangan itu dengan tarbiyyah !
Kita gemakan kembali suara ummah.
Kita laungkan kembali sorakan untuk mengambil semula hak-hak yang dirampas.
Kita tegakkan kembali apa yang telah dipijak-pijak.

Sekadar mengingatkan buat semua,

Inilah sejarah kita.
Kemuliaan itu dahulunya dalam tangan kita.
Bidang ilmu itu dahulunya milik kita.

Sekarang ini,  semuanya tersisa begitu sahaja,
seolah merekalah (jahiliyyah) segalanya !

Tarbiyyah ini merupakan formula kebangkitan kita untuk kembali mencipta sejarah.
Kita nantikan sinar Islam itu menyinari alam satu hari nanti.
Kita berjuang menjadi penyumbang kepada kemenangan.

Kini, kamu masih tertanya-tanya mengapa kamu memilih untuk berada dalam khemah tarbiyyah ?

Kita bukan hamba Allah yang selamanya rahib.
Kita juga bukan hamba Allah yang selamanya selesa dan berasa cukup hanya dengan menjaga diri sendiri.
Kita bukan kumpulan manusia yang membiarkan jahiliyyah bebas berleluasa.

Kita adalah daie yang sedang dibina dalam khemah tarbiyyah.
Kita adalah daie yang bekerja demi kepentingan ummah.
Kita adalah daie yang berlawan gigih memerangi fikri-fikri jahiliyyah.

Untuk kamu yang sedang berjuang,
ya, jalan ini masih lagi panjang dan lama.
Aku sendiri mengakuinya.

Mungkin terkadang kita akan didatangi rasa bosan,
Cuma aku berharap, agar keyakinan kau terhadap tarbiyyah ini tidak akan hilang.

Bila turun, kau pupuklah ia untuk meningkat kembali.
Bila naik, kau jagalah ia dengan baik.

Kau lihat lah para pejuang lain yang benar-benar bertalaqqi dalam khemah-khemah tarbiyyah mereka,
mereka benar-benar bersungguh,
mereka benar-benar berjiwa jihad,
mereka benar-benar punyai keimanan yang tertancap dalam.

Jangan sampai kamu lupa akan akar yang dalam itu,
Kerana akar itu bisa menabur benih-benih kemenangan.

Jangan sampai kamu lupa akan akar yang dalam itu,
Kerananya kita menjadi subur.

Inilah jemaah tarbiyyah,
Kita tidak membuang masa dengan perkara-perkara yang membuang masa,
kita meneruskan kerja,
mentarbiyyah seramai mungkin,
menyampaikan sehabis baik,

Yakinlah kerana Allah yang memiliki dakwah ini !

 

Sunatullah terhadap semua makhluk terus berjalan,

Sesaat pun tidak berhenti dan berubah,

Mereka yang merdeka terus berjihad pada jalan Allah,

Kerana jihad pada kebenaran tidak akan hilang walau sehari.

( Abdul Wahab Azam)

 

Advertisements

3 thoughts on “dalam khemah tarbiyyah

  1. Salam alayk…
    Mylittlepencil, teruskan berkarya!
    Akak doakan, sentiasa, insyaAllah..
    Sentiasa..
    Jom berjuang!

    Doakan akak di sini,
    North, My

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s