batu-bata yang dahsyat

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Sebelum lanjutnya penulisan saya,
izinkan saya basahkan hati pembaca dengan satu lagu yang sangat suci maknanya.

********

Hati seorang mutarabbi,
sentiasa merindui masa-masa berusrahnya setiap minggu.

Hati seorang murabbi,
sentiasa akan mempelajari kiat atau cara terbaik untuk membina mutarabbinya.

Beginilah.
Tiada istilah usrah andai tiada murabbi sebagai penunjuk jalan,
tiada mutarabbi yang hendak dibina.

Pernahkah dalam hati kamu mula mengadu bosan dan lelah dalam proses pentarbiyyahan diri ini ?
Atau,
Pernahkah hati kamu mula kehilangan rasa yakin bahawa usrah ini adalah usaha-usaha untuk kita mula menyusun tenaga memenangkan ummah ?

Kamu tahu,
hati aku juga pernah merasai perasaan begitu.
Sampainya satu saat aku sendiri ditarbiyyah-Nya yang mengajar aku betapa pentingnya,

Batu-bata yang dahsyat ini !

Betapa kini aku faham menyapa perlunya batu-bata itu.
Betapa kini aku mengerti betapa takwinul ummah itu bermula dari binaan kecil-kecil ini.

Semestinya, usaha untuk mencapai kemenangan yang besar adalah bermula pada langkah kecil.
Langkah kecil ini mungkin kecil pada mata kamu,
tetapi kerana langkah kecil inilah, ummah kini sedang di puncak keghairahan untuk kembali kepada Tuhannya yang maha Esa.

Kita tidak pernah silau dengan jumlah.
Kerana itu kita cuba membina dengan usaha-usaha yang kita sangkakan tumpul ini.

Besarnya sebuah pasukan bala tentera bukanlah terletak pada nombornya,
tetapi bergantung kepada nilai iman yang mereka ada.

Kemenangan berasaskan nyalaan sumbu iman.
Inilah yang kita imani tatkala kita mahu memupuk semangat dalam mengejar kembali ummah yang sudah ketinggalan dari asal-usul mereka yang sebenar.

Asas tarbiyyah yang bermula dari kumpulan usrah adalah teori paling efektif dalam melahirkan ‘pekerja-pekerja’ ummah yang tinggi nilai jihadnya.
Ini juga kita imani tatkala kita merasa punah jiwa melihat kehancuran ummah yang kian kronik dan merbahaya ini !

Tujuan usrah adalah menyiapkan orang-orang pilihan untuk memikul tanggungjawab yang amat besar.
( Dr. Ali Abdul Halim Mahmud)

 

Dengan kuasa iman dan hammasah yang kita ada,
Kita sentiasa bersemangat untuk membela nasib ummah ini !
Dan ummah sendiri memang sedang tercari-cari tangan penyelamat ini.

Bisakah kita meninggalkan mereka saat ini ?
Tegarkah hati kita semua sebagai manusia yang diikat dengan ikatan aqidah yang sama untuk melakukan sedemikian   rupa ?

Mengapa aku menulis kembali tentang asas ini ?
Kerana aku tahu jika punah titik-titik kecil ini, tanda kemenangan hanyalah tinggal harapan semata.

Sistem tarbiyyah kita mahu membentuk individu Islam yang penuh bersyakhsiah.
Sistem tarbiyyah kita bukan membina penyokong semata, malah mencetak tenaga kerja dan pendokong-pendokong dakwah pada masa hadapan.

Kita bukan persatuan-persatuan biasa yang hanya menganggap dakwah ini adalah satu kebajikan.
Kita bukan parti-parti manusia yang hanya membuang undi.

Kita adalah jemaah yang dibina dari asas tarbiyyah yang sama, ikatan ruh yang terikat kuat.
Dakwah bukan lagi kebajikan, dakwah adalah kewajipan.
Kewajipan yang akan berterusan sampai mati.

Aku bukan menafikan yang lain, malah turut mengagumi mereka yang juga menyumbang kepada kemenangan besar ini satu hari nanti,
cuma aku mahu memahamkan kamu mengapa kita menjadi golongan yang dibatu-batakan dengan dahsyat ini.

Usrah bukan lagi satu fenomena buat kita, bukan lagi rutin.
Usrah adalah rinduan jiwa-jiwa manusia yang tidak sabar untuk bertemu dengan murabbi atau murabbiyyahnya.
Usrah adalah tempat iman manusia itu diperbaharui kembali.
Usrah adalah tempat latihan kita sebagai kader-kader ummah !
Usrah adalah tempat lahirnya pemikir-pemikir dakwah !

Inilah binaan manusia yang sebenar.
Binaan anak-anak tangga yang mencapai ustaziyatul alam.
Binaan naskhah-naskhah Al-Quran yang berjalan ke serata bumi.
Binaan batu-bata kecil yang akan menghasilkan sebuah bangunan yang nyata tersergam indah.

Apa yang patut kita lakukan adalah,
MEMFENOMENAKAN DAKWAH DAN TARBIYYAH INI !

DAN WASILAH TERHEBAT UNTUK MEMFENOMENAKANNYA ADALAH MELALUI BATU-BATA MANUSIA !

*********

Kejenuhan kita

Manusia itu lazimnya akan dihantui kebosanan jika dia hanya melakukan kegiatan yang rutin dalam hidupnya.
Kalau dahulu, rasa benar-benar memerlukannya, sehingga pabila melakukannya jiwa akan terasa kosong.
Cukuplah sekadar jasad yang menggerakkannya, namun ruhiyyah melayang entah ke mana.

Bosan sehingga jenuh.
Kejenuhan kita sewajarnya tidak pernah patut menyinggah dalam hati kita dalam usaha kita untuk membina iman.
Tidak dapat tidak, iman menuntut daripada kita usaha untuk kita senantiasa menjaganya.
Dan atas kesedaran dan tanggungjawab, kita tidak pernah berasa jenuh dalam berkelompok kecil.

Atau kau pernah berasa jenuh ?
Jenuh dalam hati.
Senyuman yang kau ukirkan mungkin lagi seperti biasa.
Lajunya tangan kau mencatit segala butiran kata murabbi mungkin lagi seperti biasa.
Seolah segala lagak yang kau tayangkan masih lagi normal.
Tapi, dalam hati,

siapa yang tahu ?

” Usrah dah lama tak rasa ruhiyy macam dulu. ”

Kerana itulah betapa pentingnya seorang murabbi atau murabbiyah itu mencari corak untuk mengghairahkan halaqahnya.

Supaya terbinanya mujahid-mujahidah yang benar-benar berjiwa pejuang.
Supaya terbinanya manusia yang benar-benar sensitifnya imannya.

Kerana kita tidak mahu mencetak dua’t yang palsu !

Muka tertayang hanya bila mendapat kemenangan.
Hanya mahu berjuang bila dijanjikan habuan.

Bukan begini.

Jalan kita masih lagi panjang.
Jalan kita masih lagi jauh.

Terlahirnya para pejuang palsu ini hanya akan menyiakan dakwah !

Tidak dapat saya nafikan kejenuhan dalam berkelompok kecil pasti ada puncanya.
Pabila suasananya monoton sahaja, pasti jenuh.
Pabila ketidaknyamanan antara ahli halaqah muncul, pasti jenuh.
Pabila ada konflik yang terlalu berpanjangan, pasti jenuh.
Pabila murabbi atau murabbiyah tidak lagi menayangkan qudwah dan teladannya, pasti jenuh.

Ya, semua ini punca kejenuhan kita untuk berada dalam kelompok kecil.

Pandang lebih jauh ke hadapan.
Cuba gunakan pelbagai jenis cara untuk memaniskan kelompok kecil yang dibina.
Usaha untuk mewarnai halaqah.
Ayuh, anjak paradigma anda sebelum merubah manusia yang lain.

Tidak mahu menyenaraikan apa caranya.
Berusaha utuk belajar dari pengalaman dan mencarinya.

Cuma, jangan sesekali tertinggal titik asasnya.
Keikhlasan yang harus bermula dari jiwa seorang pembina sebelum mengharap pada orang-orang yang dibinanya.

Betapa, keikhlasan yang dahsyat bakal melahirkan batu-bata yang dahsyat.
Keikhlasan inilah yang akan melahirkan manusia yang merasai betapa perlunya kelompok kecil ini.
Keikhlasan inilah yang akan menggamit keceriaan betapa seronoknya mereka bertemu dengan ahli sehalaqah.
Keikhlasan inilah yang akan sentiasa membangun hammasah.
Keikhlasan inilah yang akan membina kefahaman.

Dan paling penting, keikhlasan inilah yang mendorong mereka untuk lebih kuat mengejar kemenangan.

Inilah tujuan kita.
Tidak perlu terlalu cepat kerana takut manusia cepat penat.
Tidak boleh pula terlalu lambat kerana masa seolah kalah dengan tugas yang tersedia.

Bila tiba masanya yang sesuai, aku percaya kau boleh memacu mereka laju.

Wahai saudaraku, sistem usrah sangat bermanfaat bagi kita dan berguna bagi dakwah. Dengan daya dan kekuatan dari Allah S.W.T, sistem ini akan mampu menghimpun kalangan anggota Ikhwan yang tulus, memudahkan hubungan antara mereka, mengerahkan mereka kepada teladan dalam dakwah, memperkokoh ikatan persatuan mereka, dan mengangkat persaudaraan mereka dari tataran kata-kata dan teori ke tingkat operasional. ( Imam Asy-Syahid Hassan Al-Banna )

 

Kita bukan ingin membunuh manusia,
tetapi kita ingin memberi mereka cahaya kehidupan yang sebenarnya.

Kita juga bukan ingin memaksa manusia,
tetapi kita ingin menyediakan peluang buat mereka untuk menjadi penyumbang-penyumbang kemenangan.

Puncak sebuah halaqah adalah pada operasinya.
Bila mana gerak kerja dakwah sentiasa menjadi bualan.

Dakwah yang muntij berbasiskan usrah yang muntij.

Berilah rasa kepada diri kau sendiri sebelum memberi rasa manisnya kepada yang lain.
Muhasabahlah,

kerana tugas kau menawan manusia ini teramat pentingnya !

 

4 thoughts on “batu-bata yang dahsyat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s