menjual apa yang kita ada

Bismillah.
Salam dakwah buat sahabat sahabiah dakwahku sekalian.
Moga cinta untuk jalan dakwah ini sentiasa mekar, dan tidak akan menjauh walaupun berkali ditimpa pelbagai cubaan.
Cinta kita bukan cinta biasa bukan.
Cinta kita kepada jalan dakwah ini bisa menggugah nurani, menggempar dunia.
Kerana itulah,
Kita perlu menjual apa yang kita ada.
Jual segalanya selagi termampu demi agama yang tercinta.
Buat promosi hebat di setiap pelusuk dunia tentang barang yang berharga ini.
Menjual apa yang kita ada adalah satu seni.
Bagaimana cara kita menghiasi barang jualan yang kita ada ?
Bagaimana pula cara kita sendiri sebagai seorang jurujual yang berjaya meyakinkan pelanggannya ?
Apa yang harus kita jual ?

DIRI SENDIRI
Tunaikan apa jua kehendak agama yang menuntut kau untuk melakukannya meskipun terasa berat sekali.
Kerjakan segala jenis tanggungjawab berat yang telah kau fahami.
Lebih terperinci,
Biarkanlah segalanya terkorban demi mencapai kemenangan untuk agama Allah yang satu ini.
Harta terkorban.
Masa dan tenaga juga terkorban.
Nyawa juga bakal terkorban.
Bergantung kepada kita untuk mencari cara termulia dalam berkorban.
Bila kau memahami istilah pengorbanan ini, barulah kau akan faham betapa kesemua apa yang kita ada hanyalah pinjaman sementara.
Pinjaman yang harus kita bayar kembali.
Hutang yang harus kita lunaskan.
Maka,
Pabila kita mula menjualkan diri kita sendiri,
Keselesaan diri bukan lagi menjadi perhatian.
Kelemahan diri bukan lagi menjadi sekatan.
Tiada masa lagi untuk melayani perasaan sendiri.
Tiada lagi masa untuk menyimpan anganan yang sia-sia.
Tiada lagi masa yang banyak untuk diri sendiri !!
Segalanya hanya demi kejayaan dakwah ini.
Segalanya memberi nilai kepada cinta kita.
Cinta yang telah kita ungkapkan,
“ Aku cintakan Allah.”
“ Aku cintakan jalan dakwah ini.”
Bukankah cinta ini akan tinggi nilainya jika kau mampu menjualkan segalanya ?
Atau kita hanya memikirkan ungkapan-ungkapan cinta tanpa memikirkan cara untuk menzahirkannya ?
Nah, aku berikan cara untuk kau menyatakan cinta.
Kau juallah segalanya.
Namun, bukan maruah dan harga diri.
Pertahankan maruah kau sebagai khalifah-Nya.
Pertahankan harga diri kau sebagai seorang daie.
Jangan hanya kerana aku menyuruh kau menjual segalanya,
Segala prinsip kau habis lenyap,
Matlamat hilang kejelasannya.
Kita adalah generasi dua’t yang dibina dalam sebuah madrasah tarbiyyah yang mengajar untuk kita lebih menghargai Islam dan iman di dada.
Mana mungkin kita menjual kerana kita perlukan keduanya untuk memperdagang diri kita sendiri.
Hasil dagangan yang hanya laku di sebuah pelabuhan yang suci ini adalah hasil dagangan yang masih lagi terpelihara keelokannya.
Wahai dua’t,
Berhati-hatilah dalam menjual kerana jika tanpa Islam dan iman, jualan kau hanyalah sia-sia.
Jangan pernah menjual diri pada pembeli yang hanya akan me`matikan’kau satu hari nanti.
Jauhilah pembeli yang tidak pandai menghargai.
( nak cakap, jangan jual pada jahiliyyah)

ISLAM
Jual dengan cara yang berhikmah.
Jual dengan penuh tarikan.
Bukan menjual untuk mendedahkan buruknya barang penjual yang lain.
Jual untuk memberitahu kepada orang lain betapa istimewa barang yang kita ada.
Bukan menjual untuk dihina.
Jual dengan segunung keikhlasan yang telah kau pupuk sekian lama.
Bukan menjual kerana ianya adalah atas arahan pengurus atasan.
Jual dengan penuh senyuman dan beradab.
Bukan menjual dalam keadaan penuh cemburu dan hasad dengki kepada mereka juga yang menjual barang yang sama.
Sudah menjadi adat,
Berhimpun sekalian penjual di sebuah pasar adalah untuk berlumba-lumba bukan ?
Maka,
Hakikat sebenar bagi kita yang sedang menjalankan kerja dakwah ini adalah perlumbaan sesama dua’t.
Cuba untuk merebut keredhaan Allah bersama-sama.
Berlumba-lumba mengejar ampunan-Nya.
Berlari-lari mahu menggapai cinta-Nya.
Pemenang yang sebenar akan diberitahu di akhirat kelak.
Gunakan dunia ini sepuasnya.
Arakiannya,
Mengapa aku menyuruh kamu semua menjual agama yang kau ada ?
Kerana aku telah merasai kemanisan agama ini dan aku ingin manusia lain menikmatinya juga.
Kerana aku ingin manusia yang lain berjalan atas landasan lurus.
Kerana aku ingin manusia lebih menghargai apa yang mereka terlepas pandang selama ini.
Kerana aku ingin manusia tidak lagi leka dalam memahami hakikat ummah yang kian lemah ini.
Kerana aku ingin manusia ini bangkit kembali mempertahankan al-haq !
Kerana semua ini,
Aku sanggup menjual agama ini melalui dakwahku.
Ceritakan segalanya yang telah kau tahu.
Kongsikan segalanya yang telah kau rasa.
Terbitkan kesedaran dalam hati-hati manusia.
Maksudku dengan menjual adalah,
Bukan dengan mencabut agama ini dari hatimu,
Tapi menjual untuk berkongsi.
Biar kemanisan terasa bersama manusia yang lain.
Dengan ini,
Akan lahirlah manusia-manusia yang terbit sensitif dari hati mereka bila menyebut hal-hal yang menimpa ummah.
Akan lahirlah manusia-manusia yang akhirnya menggerakkan agama ini.
Akan lahirlah manusia-manusia yang seronok untuk mempraktikkan agama dalam seluruh kehidupan mereka.
Kini,
aku yakin kau amat memahami betapa perlunya kau menjual agama ini juga kepada orang lain.

Jual agama ini kepada manusia-manusia yang dahaga kerana bila terubat kehausan, mereka akan tersenyum puas !
Menjual untuk menambah kemuliaan, bukan mengundang kehinaan.
Salahnya kita adalah,
pada cara kita menjualnya.
Memaksa orang lain untuk membelinya.
Lebih teruk,
Kau sendiri yang mengotorkan barang tersebut.
Seolah,
Kau sedang melelong di pasar-pasar murahan.
Sudahlah di tempat yang hina,
Diletak pula harga yang amat murah.
Jangan kau perbuat sesuka hati.
Prinsip agama ini tidak boleh kita ubah atas kehendak diri sendiri.
Dilonggarkan bahagian sana sini semata memenuhi kehendak nafsu sendiri.
Sehinggakan, apa yang batil menjadi benar.
Tidak lagi peduli apa yang terjadi selagi diri sendiri tidak terusik.
Ketahuilah,
Barang yang sememangnya berkualiti dan mahal,
tidak dapat tidak,
Itulah nilainya yang sebenar.
Jangan pernah kau cuba berbohong mengenainya !

Wahai para daie,
Sedarlah…
Dakwah kita ini adalah sunnah Baginda S.A.W yang terbesar.
Kita sedang menyanjung satu risalah yang ruang lingkup waktunya sampai ke akhir zaman,
luas ruangnya meliputi seluruh ummat manusia dan jangkauan kedalamannya mencakup segala urusan dunia dan akhirat.
Dasar kepada dakwah yang mulia ini adalah tarbiyyah islamiyyah.
Tarbiyyah Islamiyyah yang memberi penekanan kepada ketuhanan, kesempurnaan dan kamil, keserasian dan keseimbangan serta bersifat kreatif dan membina.
Maka, jadilah penjual yang terhormat menjaja barang mulia.
Puisi buat semua,

Pedagang,
Jerih payah kau perah keringat,
Bakar tulang empat kerat,
Sudah habis penat,
Sampai berkunjung tenat.
Pedagang,
Layari lautan luas,
Sampai hati puas,
Hingga perasaan sudah lawas,
Tanda kau tak pernah culas.
Penjaja,
Mana saja kau tawan,
Siapa saja kau kawan,
Musuh dilawan,
Demi mengejar redha Tuhan.
Pedagang,
Diri terasing,
Dituduh bising,
Ada yang menjeling,
Namun,
Kau hanya bertenang hening,
Walau kadangkala pening,
Pada Tuhan kau kembali berpaling.

Satu kata-kata yang cukup masyhur,
Demi Allah, sekiranya mereka meletakkan matahari di kananku dan bulan di kiriku supaya aku meninggalkan urusan ini, tidaklah aku akan meninggalkannya sehingga Allah memenangkannya atau aku binasa dalam mempertahankannya. ( Rasulullah S.A.W)

p/s : puisi rekaan sendiri. Memang tak menarik.

2 thoughts on “menjual apa yang kita ada

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s