mencari kekuatan dalam berjuang

Bismillah.

Salam dakwah buat semua pembaca yang kian menantikan taujih ruhiyyah atau apa jua bahan untuk senantiasa menyegarkan cinta kepada jalan dakwah dan tarbiyyah ini.

Satu ungkapan cinta buat semua :

Ketika kebenaran dan kebatilan kau campurkan,
Kala itu segala hal pada si bodoh kau perbolehkan,
Nyata benar perbedaan di antara keduanya,
Bagi yang berakal nescaya faham tanda-tandanya.

Laksana emas yang kau campurkan dengan perak,
Pemuda bodoh pasti akan mengiranya emas,
Hanyalah si tukang emas yang cerdas,
Yang bisa kenali emas murni dan tidak.

 

Jadilah golongan yang bermanfaat dalam kalangan golongan manusia yang sedang larut dalam cinta.
Larut dalam cinta yang hakiki.
Larut dalam cinta yang menuju ke arah kebenaran.
Larut dalam mengejar kematian yang mulia.

*****

Jika ditanya mengapa kita perlu mencari kekuatan dalam berjuang,
Kata saya, ” Bukan kerana jalan ini membuat kita lemah. Kekuatan itu kita cari kerana ingin memahat keyakinan yang lebih pasti.”

Apakah kerana keyakinan itu sentiasa turun naik sepertinya iman ?
Kata saya, ” Ya, kerana iman yang menjadikan aku cinta kepada jalan ini. Iman menjadi neraca untuk aku terus tsabat. ”

Mencari kekuatan dalam berjuang.
Apatah lagi perjuangan yang panjang.
Mengambil nafas kita yang dalam.
Memaut hati kita untuk terus berkorban dan melimpahkan segala apa yang termampu.

Kekuatan itu datangnya dari agama kita sendiri.
Kekuatan itu datang dari pujuk-pujuk rayu Allah yang Maha Penyayang kepada hamba-hamba-Nya.

Unsur-unsur kekuatan ini hadiah khas dari Allah kepada orang-orang mukmin.
Dengan kekuatan ini kita dimuliakan.
Dengan kekuatan ini kita mampu berusaha sehingga kita menang.

Kekuatan yang datang dari sumber aqidah.
Aqidah Islam yang mengajar kita hanya untuk mencintai-Nya yang Ahad dan agamanya yang satu.
Aqidah Islam menuntut kita memberi kesaksian kepada kebenaran.

Sumber kekuatan itu datangnya dari hidayah Allah untuk terus memandu kita ke dalam sirat-sirat kebenaran.
Mana mungkin akan kita temui jalan ini tanpa izin Allah.
Mana mungkin akan kita terus istiqamah di atas jalan ini tanpa izin-Nya.

Kerana ramai lagi ummat manusia yang tidak bernasib baik seperti kita.
Ada yang hanyut dan terlalu leka dibuai mimpi.
Ada pula yang sudah tahu kebenaran tetapi sengaja menidakkannya.
Ada pula yang sudah tahu dan faham, tetapi meninggalkan gerabak perjalanan itu sebelum tiba lagi ke destinasi akhirnya.

Bukanlah bernasib baik pada hakikatnya.
Kita dipilih Allah untuk menyelamatkan manusia.
Kita diberi izin untuk berusaha mengajak manusia kepada arah tuju yang lurus.

Alhamdulillah, tsumma Alhamdulillah, tsumma Alhamdulillah.
Teruskan berdoa kepada Allah untuk menjadikan kita ini seorang hamba yang tidak pernah lupa untuk bersyukur.
Berada di atas jalan kebenaran ini satu hadiah ini sangat besar !

Kerana jalan ini bukan lagi pilihan popular abad ini.
Jalan ini tampak asing.
Jalan ini dikatakan tidak maju, tidak mengikut rentak zaman.

Berjumpa dalam kalangan manusia yang faham, memang akan terasa keseronokkannya.
Campakkan diri anda dalam masyarakat, baru akan anda terasa keperitannya.
Betapa susah,

Untuk menjadikan jalan yang lurus ini sebagai cara hidup yang sebenar.
Inilah sumber kekuatan aqidah kita.
Hidayah yang sentiasa memancarkan cahaya kebenaran ke dalam hati-hati manusia.

Dan, rasa kegembiraan dan keseronokan dengan cahaya tersebut bukanlah jatuh dari langit semacam itu sahaja.
Ianya adalah hembusan angin cinta dari langit ke dalam jiwa-jiwa manusia.
Betapa susah bukan untuk menjalin cinta dengan jalan yang terlalu banyak menduga kita.
Betapa susah bukan untuk mendakap cinta dengan jalan yang tidak menjanjikan apa-apa habuan.

Dan dalam kesusahan inilah, Allah mendidik jiwa-jiwa manusia untuk terus bertahan.
Kemanisan dalam kesusahan.
Kegembiraan dalam kepahitan.

Inilah hakikat rasa cinta para dua’t.

Kekuatan untuk kita menang itu datangnya dari Allah.
Cuma tugas kita adalah untuk berusaha dan terus berusaha.

Dan sungguh, Kami telah mengutus sebelum engkau (Muhammad) beberapa orang Rasul kepada kaumnya, mereka datang kepadanya dengan membawa keterangan (yang cukup), lalu Kami melakukan pembalasan terhadap orang-orang yang berdosa. Dan merupakan hak Kami untuk menolong orang-orang yang beriman. (30 : 47 )

 

Allah menolong kita jika kita berjanji untuk menolong agamanya.
Lafaz taat setia saban hari kita ucapkan.
Janji sudah terpatri.
Tugas sudah tersedia.
Pertolongan diberikan.

Namun, adakah kita akan tergolong dalam golongan yang akan ditolong tersebut ?
Adakah kita tergolong dalam golongan melakukan tugasan yang telah tersedia ?
Adakah kita tergolong dalam golongan manusia yang menepati janji ?

Ah, sudah cukup aku melafazkan janji, biarkanlah mereka yang lain melakukan tugasnya.
Aku tidak perlukan pertolongan kerana aku sudah dikelilingi bantuan yang tiada hentinya.

Janjian pertolongan itulah salah satu kekuatan dalam Islam.
Kerana bantuan ini diberikan kepada mereka berjuang kepada-Nya.
Bantuan ini diberikan kerana kitalah golongan manusia yang mempunyai iman.

Iman syarat lengkap kepada pertolongan yang akan diberikan.
Buatlah amal sebanyak mana, tanpa iman, kau tidak akan peroleh pertolongan.
Sama ada di dunia, apatah di akhirat kelak.

Pertolongan yang dijanjikan menyuntik kekuatan.
Allah yang Maha Kuasa ingin membantu kita.
Tidak akan sekali-kali kita menolaknya.
Tidak akan sekali-kali kita melepaskannya.

Atau kita yang terlepas ?

Pertolongan itu bukanlah hanya untuk melawan musuh yang nyata, malah untuk musuh-musuh yang bersembunyi di sebalik selimut.
Musuh yang nyata  mampu  mencederakan jasad.
Musuh yang tersembunyi mampu mencederakan hati dan fikri.

Paling utama, mintalah pertolongan untuk melindungi hati agar tidak ter’cedera’ dengan bisikan-bisikan syaitan dan dunia yang melampau.

 

Sesungguhnya, Allah membela orang yang beriman. Sungguh, Allah tidak menyukai setiap orang yang berkhianat dan kufur nikmat. ( 22 : 38 )

 

Kekuatan demi kekuatan diberikan kepada kita.
Allah menjanjikan pembelaan-Nya.

Percaya atau tidak,
Ya, Allah akan membela kita jika kita benar-benar membela hak-Nya di atas muka bumi ini.

Bukan kuasa taraf peguam bela yang senantiasa membela anak guamnya,
Bukan kuasa seorang ibu yang senantiasa membela anaknya ,

Tapi ini kuasa Allah yang sentiasa membela hamba-hamba-Nya.
Bukan calang-calang kuasa.
Maka, perlulah juga kita menjadi bukan orang yang calang-calang menolong agama Allah.

Menjadi penyeru dan penegak kebenaran.
Bukan berprinsip seperti lalang.
Mudah sahaja ditiup angin.
Jadi pohon yang baik, akar yang kuat dan cabangnya menjulang ke langit.

 

Allah telah menjanjikan kepada orang-orang di antara kamu yang beriman dan mengerjakan kebajikan, bahawa Dia sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka dengan agama yang telah Dia redhai. Dan Dia benar-benar mengubah (keadaan) mereka, setelah berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka (tetap) menyembah-Ku dengan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun. Tetapi barangsiapa (tetap) kafir setelah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasik. (24 : 55 )

 

At-tamkin.
Al-istikhlaf.
Al-amn.

Pemerintahan.
Kuasa.
Keamanan.

Inilah kekuatan yang paling maksimum akan Allah berikan.
Lihat zaman kegemilangan dahulu, mereka telah mendapatkannya.
Mereka, golongan sebelum kita, pernah mencapai ustaziyatul alam.

Kini, seolah kita tercari-cari.
Kemenangan seakan bersembunyi.
Susah benar ingin mendapatkannya.

Jangan menunggu kemenangan.
Usahakannya !

Jangan mencari kemenangan kerana ia tidak pernah tersorok.
Tetapi bukalah hijab yang menghalang kita !

Bila lagi mahu berkuasa di muka bumi ini ?
Kuasa tidak perlu pada senjata, peperangan.

Mulailah kuasa dengan kuasa untuk merubah hati-hati dan jiwa-jiwa manusia.
Kemudian, kau kuasailah pemikiran mereka.

Takluki dengan kata-kata.
Pancing dengan kesungguhan.

” Dakwa is an art tackling human hearts.”

Unsur-unsur kekuatan telah ada.
Masihkah kita mahu menjadi golongan yang lemah ?

sekian,
si pensel kecil.

 

‎”…Maka berpegang teguhlah kamu kepada agama yang telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada diatas jalan yang lurus..”(az-zukhuf:43)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s