butiran manik untuk ke syurga

Bismillah.

Salam tarbawi buat semua.

Buat kesekian kalinya, ingin saya merungkaikan apa yang telah lama saya pendamkan buat sekian lama.
Sejak dari dulu lagi saya cuba untuk menghadam satu kenyataan yang saya kira agak penting untuk menghidupkan tarbiyyah buat semua golongan manusia yang menjadikan usrah sebagai satu nukleus tarbiyyahnya.

Anda tahu, betapa susah memahami kenyataan yang pendek ini ?
Terutama bagi manusia yang sudah terlalu lali dengan perkataan usrah.
Usrah adalah satu benda atau perkara yang biasa bagi dirinya.

Untuk mereka yang baru sahaja merasai kemanisannya,
Istilah jemu tidak lagi datang menyapa.

Dan bagi mereka yang tidak pernah rasainya,
Percayalah,
Anda perlu dan ingin merasainya.

Rasa sekali pasti mahu lagi.

USRAH NUKLEUS TARBIYYAH.

Usrah satu keperluan yang sangat khusus buat pembentukan jiwa.
Berjumpa dan duduk lutut bertemu lutut,
Melihat muka murabbi atau murabbiyah yang cukup bersemangat,
Sapaan mesra dan senyuman yang dihadiahkan antara satu sama lain,
Air mata yang dititiskan bersama menghadapi susah senang dalam berdakwah.

Saat yang paling manis.
Membina iman.
Membina jiwa.
Merancang.
Menyelesaikan segala masalah bersama.

Dan inilah, inilah
BUTIRAN MANIK UNTUK KE SYURGA.

Mungkin kecil sahaja usahanya.
Mungkin sekejap sahaja masa dikorbankan di situ.

Tetapi sekurang-kurangnya,
Kita mempunyai alasan untuk bersoal-jawab dengan Allah dalam perhimpunan agung nanti.
Sekurang-kurangnya,
Masa yang telah terbuang di situ tidaklah sia-sia.
Sekurang-kurangnya,
Orang-orang yang kita berjumpa telah sedikit sebanyak membantu meningkatkan iman dan semangat yang telah lama berkubur atau bersembunyi di sebalik hijab yang tidak nyata.

Dalam sekurang-kurangnya ini,
tersingkap satu hakikat,

Ya, usrah ini sangat perlu untuk jiwa-jiwa manusia.
Tiada lagi sekurang-kurangnya.
Kini,

Betapa aku perlukan usrah.
Betapa pentingnya usrah itu untuk membina diri aku yang baru.

“Bersabarlah kamu (tekunlah kamu) tatkala bersama dengan orang-orang yang yang menyeru kepada Tuhan mereka (berdoa dan berzikir), samada petang ataupun pagi, dalam mengharapkanNya…” (Al-Kahfi: 28)

Majlis halaqah atau usrah juga salah satu majlis zikir mengingati Tuhan kita yang Ahad.
Dalam usrah, terselit juga sekian pengharapan supaya Allah sentiasa menyegarkan dan melancarkan pergerakan dakwah kita.
Dalam usrah, kita berdoa dari dalam lubuk hati agar Allah memudahkan dan memberkati segala usaha kita.

Berdasarkan dalil ini, usrah atau halaqah,
Atau apa jua istilah yang anda gunakan,
adalah salah satu sunnah terbesar Rasulullah sejak dari dahulu lagi.

Bermulanya dari rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam,
kumpulan-kumpulan kecil mula dibentuk.
Mereka mendapat tarbiyyah dari murabbi tercinta.
Dan mutarabbi dari kumpulan-kumpulan kecil inilah tenaga digemblengkan untuk menyebarkan dakwah.

Cuma di kala itu, istilah usrah tidak lagi diperkenalkan.
Dipanggil majlis zikir.

“Ijlis bina nu’min sa’ah”
“Duduklah bersama kami sebentar untuk kita beriman sejenak”.

(Muaz  bin Jabal)

Usrah,
Air yang mengubat kedahagaan buat ruh-ruh yang sedang terdampar kehausan di tengah-tengah padang pasir yang cukup panas.

Usrah,
Satu cahaya kebahagiaan yang memancar tatkala ruh-ruh dikacau dengan pelbagai jenis persembahan dunia.

Jika engkau menghadapi dunia dengan jiwa yang lapang, engkau akan memperoleh banyak kegembiraan yang semakin lama semakin bertambah, semakin luas, duka yang makin mengecil dan menyempit. Engkau harus tahu bahawa bila duniamu terasa sempit, sebenarnya jiwamulah yang sempit, bukan dunianya.

(Ar-Rafi’i)

 

Usrah sebagai satu sumber untuk kita terus istiqamah.
Untuk kita terus mencipta arus gelombang perubahan manusia.
Usrah mengajar kita untuk terus berlumba dan berlumba.

Berdiri di garisan pemula tanpa pendaftaran sebagai peserta yang mahu berlumba, tidak mencukupi.
Sudah berdaftar, tetapi hanya statik di garisan pemula setelah acara bermula tidak juga bererti.

Berdaftar dan berdirilah di garisan pemula.
Apabila wisel ditiupkan,
Berlumbalah dengan bersungguh-sungguh hingga ke garisan penamat.

Kita sememangnya sudah berdaftar menjadi peserta dengan iman yang ada.
Bergantung kepada diri kita sendiri sama ada mahu berlumba untuk tidak.
Berlumba mengejar redha dan ampunan-Nya.

 

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya, bagi malaikat itu, sekumpulan malaikat yang berlegar-legar dalam mencari ahli zikir. Maka, apabila mereka (malaikat) mendapati satu kaum berzikir kepada Allah s.w.t., mereka (malaikat) akan berkata (kepada sesama para malaikat yang lain): “marilah segera kepada hajat kamu (apa yang kamu hajati)” Maka, mereka menaungi golongan yang berzikir (secara berjemaah tersebut) dengan sayap-sayap mereka sehingga ke langit dunia…” (riwayat Al-Bukhari).

Tidak mahukah kita menjadi golongan yang berzikir dinaungi sayap para malaikat ?

 

Dari Mu’awiyah r.a. telah berkata, bahawasanya Nabi s.a.w. pernah keluar menuju ke halaqah para sahabat Baginda s.a.w.. Lalu, Baginda s.a.w. bertanya (kepada para sahabat yang berhimpun tersebut):

“Apa yang menyebabkan kamu semua duduk berhimpun ini?” Mereka menjawab: “Kami duduk untuk berzikir kepada Allah s.w.t., memujiNya terhadap nikmatNya takkala Dia memberi hidayah kepada kami dalam memeluk Islam…” sehinggalah sabda Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya Jibril telah datang kepadaku dan memberitahuku bahawa Allah s.w.t. berbangga terhadap kamu di hadapan mara malaikat.” (hadis riwayat Muslim)

 

Generasi Al-Quran terdahulu terbina dengan cantik persis mutiara di lautan dalam.
Dan generasi ini terjaga elok kerana mereka adalah ahli zikir yang hebat.
Mereka ahli zikir yang senantiasa berfikir.

Beramal tapi tidak Islam.
Islam tapi tidak beramal.

Usrah adalah tempat baikinya.
Usrah memberi kefahaman yang lebih jelas tentang Islam.
Usrah membentuk diri untuk beramal demi dakwah ini.

Kerana itulah, ahli ibadat atau ahli zikir yang sebenarnya,
Bukan hanya duduk bersimpuh di rumah,
Tetapi mereka inilah muka-muka popular yang dikenali memperdengarkan seruan kepada manusia yang lain.

Bukan hanya duduk menambah ilmu dan kefahaman sendiri,
Tetapi mereka juga berkongsi dengan manusia yang lain.

 

Dari Abi Hurairah r.a. telah berkata, bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

“Tidaklah duduk sesuatu kaum, akan suatu majils untuk berzikir kepada Allah, melaikan para malaikat akan menaungi mereka, akan terlimpah rahmat ke atas mereka, dan Allah s.w.t. juga akan memperingati mereka…” (hadis riwayat Muslim)

 

Maka, marilah menjadi ahli zikir yang sebenar-benar zikir dan berfikir.
Lakukan yang terbaik untuk nukleus tarbiyyah anda.
Sama ada usrah anda sendiri ataupun usrah mutarabbi yang dibawa.

Kita adalah kelompok orang yang dimuliakan Allah melalui Islam. Andai kita  mencari kemuliaan dari selain Islam, pasti Allah akan menghinakan kita. (Saidina Umar Al-Khattab).

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s