kefahaman itu ada tingkatannya

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Sudah rasa rindu tidak lama mencoret di sini untuk diri sendiri dan buat tatapa pembaca semua.
Ada sebuah lagu menarik ingin saya hadiahkan buat semua.

*********

Dalam melewati dunia dakwah dan tarbiyyah,
Kini saya perasan akan sesuatu,

Kefahaman itu ada tingkatannya.
Kefahaman itu ada langkah binaannya.

Kerana jika kefahaman itu jika tidak dibina, akan jadi pincang sebuah gerakan.
Akan musnah sebuah perjuangan.
Akan kabur sebuah semangat.

Mungkin kerana ini, kita disusun.
Ada yang tahap itu, ada di tahap ini.
Ada yang di katibah ini, dan ada di katibah yang lainnya.

Langkah seorang daie itu penuh cermat dan tersusun.
Kerana seorang daie itu tugasnya adalah membelah kebatilan, mencari kemenangan.

Bila langkah perlu tersusun, maka sudah tentulah tarbiyyahnya perlu disusun.
Mana mungkin kita belasah segalanya pada masa yang sama.

” Orang lain jemaah tak boleh kawin. Hanya sesama jemaah sahaja.”
Maka, gemparlah seluruh dunia mendengarkan kenyataan ini.

Mana tidaknya, tiba-tiba sahaja diberikan pencerahan ini tanpa didahului dengan hal yang sepatutnya terlebih dahulu.
Hakikatnya, sedangkan kanak-kanak di sekolah pun belajar abjad terlebih dahulu sebelum belajar membina sebuah struktur ayat,

Apatah lagi seorang daie yang sedang mempelajari cara-cara untuk mencipta sebuah keagungan.
Bila kita sudah bertemu arah, bertemu caranya,
Maka seterusnya kita perlu bertemu dengan strateginya.

Dan salah satu strateginya adalah dengan penyusunan.
Penyusunan yang dibina melalui kefahaman yang mempunyai tingkatan.

Dari bertatih, tidak boleh terus berlari.
Dari seorang mutarabbi yang kita bina, tidak boleh terus menjadi seorang murabbi.

Kita yakin masa yang sesuai akan tiba.
Masa untuk menjadi seorang murabbi.

Mengapa perlunya kefahaman itu ada tingkatannya ?
Kerana kefahaman yang memberi pencerahan kepada segala kekaburan.
Kerana kefahaman yang memberi aturan langkah yang sama seperti dua’t yang lain.

Dan bila kefahaman itu dibina mengikut tingkatannya, seorang daie itu akan bisa sahaja disusun di mana-mana.

Jika tidak tersusun, maka akan sesaklah sebuah jalan perjuangan sepertimana sesaknya sebuah lebuhraya yang mempunyai pembangunan yang tidak tersusun.

Akan berlaku pelonggokan.
Akan berlaku penimbunan.
Akan berlaku selerakan.
Akan berlaku lambakan.

” Beginikah keadaan dua’t, berlanar benar gerak kerjanya. ”

Kata-kata saidina Ali: “Kebatilan yang tersusun akan mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun.”
Kita kenal ungkapan ini.
Kini, sudah tiba masanya untuk kita memahami dan mengaplikasi.
Pertama, kerja seorang dua’t ini adalah mencorakkan manusia.
Memberi sentuhan warna kehidupan yang lebih berseri.
Ternyata, kerja mewarna ini mengambil masa yang lama.
Kerana pembinaan kita bukan pembinaan luaran.
Binaan dalaman menjadi tumpuan.
Kedua, kuasa kegelapan sudah lama memonopoli fikiran manusia.
Maka, gerak kerja kita seharusnya tersusun sebagaimana mereka !

Di sini, timbul pula persoalan,

Dari kilang manakah datangnya seorang daie itu ?
Dari kilang ibu bapanya kah ?
Atau dari kilang jemaahnya kah ?

BUKAN.
SEORANG DAIE ITU ADALAH PRODUK  TARBIYYAH ISLAMIYYAH  itu sendiri !

Jika seorang daie itu haprak, maka dia yang GAGAL menjadikan tarbiyyah sebagai nadi dalam kehidupannya.
Maka, daie itu yang mencacatkan jemaahnya.

Seorang daie itu bukan produk jemaahnya kerana menjadi keahlian dalam sebuah jemaah amat mudah.
Hanya isi borang, bayar seberapa banyak yuran yang perlu, kemudian datang apa jua semua program yang dianjurkan.

Namun, kita para dua’t adalah produk tarbiyyah.
Tarbiyyah yang bersumberkan Al-Quran dan Sunnah.
Tarbiyyah yang melahirkan jundi-jundi pejuang agama-Nya.
Tarbiyyah yang mengajar kita erti sebuah pengorbanan.

Dan bukankah tarbiyyah sepatutnya hanya  melahirkan satu jenis daie sahaja.
Daie yang benar-benar taat akan perintah-Nya.
Daie yang selalu melahirkan rasa kesyukuran yang tidak pernah putus kepada Tuhannya.
Daie yang benar-benar takut akan azab-Nya.
Daie yang benar-benar ikhlas dalam usaha menyampaikan risalah agama.
Daie yang benar-benar bersungguh-sungguh dalam amal ibadat serta amalan dakwahnya.

Konklusinya, produk yang tidak berapa menjadi adalah terletak atas bahu seorang daie itu sendiri !
Tidak berapa menjadi itu adalah kesalahannya sendiri !

Mengapa saya kaitkan ini ?
Kerana betapa pergerakan seorang daie itu menjadi pemerhatian manusia yang lainnya.
Segala tingkah dan laku kita, diteliti.
Segala tindak dan tanduk kita, dihakimi.
Segala gerak dan geri kita, diperhalusi.

Mana tidaknya, masih ada juga segelintir manusia yang berasa terancam dengan  kehadiran kami para dua’t.
Terkadang tidak faham daripada mana datangnya sumber ancaman itu.

Kami adalah golongan yang memperjuangkan kebenaran.
Kami adalah golongan yang menyampaikan seruan sepertimana Baginda S.A.W dan para sahabat telah tunjukkan.

Kami bukan golongan pencetus anasir yang menyesatkan.
Kami bukan golongan pemecah ummah.
Kami bukan golongan……

Ah, bagaimana mahu menerangkan ini kepada manusia yang sememangnya tidak memberi ruang kepada kami untuk memberi penjelasan ?

Bagaimana mahu menerangkan ini  kepada manusia yang sudah bertubi-tubi pelurunya menembak kami ?

Bagaimana mahu menerangkan ini kepada manusia yang begitu sempit pemikirannya ?

Dan bagaimana mahu menerangkan ini kepada manusia yang sememangnya tidak mahu untuk memahami ?

Seolah tercampaknya kami di atas muka bumi ini bagai satu kesalahan yang amat besar.
Satu kecacatan yang amat dahsyat.

Bukankah semua manusia ini adalah seorang a’bid dan khalifah kepada Tuhannya ?
Maka, bukankah tummuhat kita sewajarnya sama ?

*****
Wahai dua’t,

Maka sedarlah !

Kau seumpama hasil penetasan dari telur yang suci dan bersih,
Kemudian,  menjadi anak ayam yang membesar elok,
Diajar itu dan ini dengan penuh tersusun,
Agar satu hari nanti kau menjadi seekor ayam yang berguna.

Begitulah resminya.
Tarbiyyah ini perlu disusun untuk membina kefahaman yang juga tersusun.

Ayuh,
JADILAH RIJAL-RIJAL ISLAM YANG BOLEH DIPACU,
JADILAH KUDA-KUDA DAKWAH YANG BOLEH DITUNGGANG,
JADILAH DAIE-DAIE YANG BOLEH PAKAI !

 

TARBIYYAH MELAHIRKAN KEFAHAMAN, KEFAHAMAN MEMUDAH PENYUSUNAN, PENYUSUNAN MEMBERI KEMENANGAN.

One thought on “kefahaman itu ada tingkatannya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s