ya, kita berhutang dengan mereka

Bismillah.

Salam ukhuwwah fillah buat semua.

Ah, Ramadhan yang sudah tiba ke penghujungnya.
Kini, giliran Syawal pula yang menjelma.
Ruhiyyah yang dibina apakah akan memberikan kesan untuk persediaan diri menyambut Ramadhan yang seterusnya ?

Persoalan yang lebih merumitkan,
Apakah kita akan sempat sampai pada bulan Ramadhan yang seterusnya ?

TT_TT

**********

Kita berhutang dengan mereka.
Bukan harta.
Bukan jua berhutang budi.
Malah, nyawa dan semangat mereka.

Mereka bertemasya duka.
Kita bertemasya ria.

Di kala bumi ini sudah akhir usia,
Mereka berpenat di sana mengejar syahid,
Semangat yang tidak pernah layu,
Namun,

Bagaimana kita ?
Sudah terbuktikah cinta untuk Allah yang Ahad ?
Sudah terbuktikah cinta untuk ummah ?
Sudah terbuktikah segalanya ?

Ya, kita berhutang dengan mereka di Palestina sana yang telah bersusah-payah mempertahankan kota suci ummat Islam.

Namun, tangan-tangan kita sendiri yang terkadang menghantar peluru untuk membunuh mereka di sana.

Dan kita lalai menikmati usia dengan hiburan yang tiada hentinya.

Dan berterusan membazirkan semangat yang ada pada diri pada perkara yang tidak sepatutnya.

Kesimpulannya, diri kita sendiri tidak pernah membayangkan keadaan mereka di sana.

Sudahlah begini, menangis untuk mereka pun tidak pernah.
Apatah lagi, berusaha untuk melakukan sesuatu bagi membantu mereka.

Konsep satu ummah,
Perlu dibuktikan dengan rasa cinta anda kepada seluruh ummat Islam dengan kuasa iman dan ikatan aqidah yang terjalin.

Apa jua jenis batasan perbedaan, diputuskan.
Apa jua kesedihan, dikongsi bersama.
Apa jua kegembiraan, diraikan bersama.
Apa jua masalah, difikirkan bersama.

Konsep satu ummah mengajar kita erti satu perkataan,
CAKNA.

” Ya, aku peduli tentang mereka.”
” Ya, doa aku sentiasa bersama mereka.”
” Ya, aku menyimpan anganan untuk berjuang bersama mereka.”

Konsep satu ummah mengajar betapa pentingnya erti sebuah tadhiyyah untuk insan-insan yang seagama dengan kita.

AKU CAKNA UMMAH

Bagaimana mahu menjadikan ianya lebih praktikal ?

Doa.
” Cukuplah dengan qunut nazilah dan doa yang aku baca setiap hari.”

Boikot.
” Barang-barangan boikot tidak boleh dibeli. Perlu dicari pengganti.”

Berita.
” Perlu buka laman web tertentu untuk mengetahui hal mereka.”

Cukupkah sekadar tiga perkara ini ?
Ada lagi ?

Ada, mulakan dari diri anda sendiri.
Bagaimana mahu mencapai sebuah kemenangan jika diri kita sendiri belum menjadi seorang pemenang ?

Bagaimana mahu mencipta sebuah pembaharuan jika diri kita sendiri yang belum berusaha untuk menjadi insan yang lebih baru ?

Bagaimana mahu berjihad mempertahankan sebuah kota suci jika kita sendiri belum terlatih untuk bermujahadah dengan nafsu sendiri ?

Ertinya,
Bukankah usaha menyelamatkan Palestin itu bermula dari diri kita sendiri ?
Bukankah dari terbitnya sebuah kesedaran akan melahirkan sebuah pengorbanan dan perjuangan ?
Bukankah dari terbitnya sebuah kefahaman akan melahirkan gelombang penyelamat yang lebih muntij hasilnya ?

Jika mereka bergelar Pahlawan Gaza,
Kita juga pahlawan yang sama.

Jika mereka adalah pejuang yang tegar,
Kita juga adalah pejuang yang sama seperti mereka.

Jika mereka mengejar jihad,
Kita juga menyimpan anganan yang sama.

Ribatul ukhuwwah mengajar kita untuk izzah kepada ummat Islam yang lain.

Mana mungkin kita tegar membiarkan bumi Palestin musnah dan dirampas begitu sahaja ?
Mana mungkin kita melihat anak-anak di sana dimamah peluru terkorban begitu sahaja ?
Mana mungkin kita hanya duduk menunggu kemenangan itu akan tercapai tanpa kita berusaha sedikitpun ?

Maka, marilah bersama saya.
Memperbaiki diri sendiri dan mengajar orang lain juga untuk berubah.
Kenali dengan lebih mendalam tentang Palestin.
Berusaha bersungguh-sungguh menyelamatkan mereka dengan memboikot habis-habisan barangan yang telah disenaraikan.

******

” Mak cik sedih betul setiap kali datang rumah akhawat mana-mana ada roti Gardenia.”

Muhammad adalah utusan Allah, dan orang-orang yang bersama dengan dia bersikap keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu melihat mereka rukuk dan sujud mencari kurnia Allah dan keredhaan-Nya…( 48 : 29 )

Asyidda’u a’lal kuffar.
Bersikap keras terhadap kafir.

Bukan sekadar kita buktikan dengan kita membenci kebatilan.
Bukan sekadar kita buktikan dengan kita membenci penindasan yang mereka lakukan.
Bukan sekadar kita buktikan dengan kita membenci kehancuran yang mereka bawa di atas muka bumi ini.

Bukan sekadar benci, malah KERAS terhadap mereka.
Benci sebenci-bencinya.
Jangan bagi mereka sedikitpun peluang untuk mengambil kesempatan kepada ummah kita.
Jangan sesekali tunduk dengan pujuk rayu mereka.
Jangan sesekali tertipu dengan janji-janji manis mereka.

Meskipun mereka lebih maju,
Mereka lebih terkedepan dalam bidang ekonomi,
Mereka memonopoli kuasa dunia,
Tetaplah,

Bersikap KERAS terhadap mereka !
Tiada lagi toleransi untuk golongan yang kejam ini.
Tiada lagi kerjasama untuk mereka yang tiada belas kasihan ini.

Mereka sudah mencacatkan keadaan ummah kita.
Mereka menukarkan kita daripada seekor singa kepada seekor keldai tunggangan mereka.
Mereka menjadikan kita ‘diam’ sedangkan betapa banyaknya hammasah yang ada pada jiwa seorang pejuang.

Maka, usaha gerakan penyelamat ini seharusnya bermula dari TARBIYYAH !
Tarbiyyah yang membina semula ruhiyyah dan jati diri.
Tarbiyyah yang merencana semula pemahaman.
Tarbiyyah yang membaiki segala jenis kecacatan.

Buktinya,
Ramai dari golongan mujahidin mereka diadun sempurna dengan tarbiyyah.

Maka, apa yang kita tunggu lagi ?
Marilah menjadi golongan yang menyumbang ke arah kemenangan bukan kejatuhan.

p/s : hasil sharing dengan delegasi AQSA2GAZA2.

6 thoughts on “ya, kita berhutang dengan mereka

  1. betul…betul…
    kesedaran itu ada, tapi kemahuan itu kurang
    itu bagi para daie
    kemahuan untuk membantu itu ada, tapi kesedaran untuk memboikot tiada
    ini yang belum dapat tarbiyah

    semoga mampu kita semaikan kesedaran dan kemahuan itu pada diri kita, dan mereka yang lain

    Ramadhan mubarak, wa eid mubarak dik ^^

    • hehe….betul….bila team Aqsa Syarif dtg…betul2 timbulkan kesedaran kepada diri sy…kene lebih teliti la lepas ni dalam bersikap keras terhadap org2 kafir…

      p/s : selamat hari Raya akak. mintak maaf kalau ada salah silap ye…balik raya tak ?

  2. syukran ya ukhti.begitu terkesan perkongsian tentang hutang kita dengan mereka.baru semalam join tot untuk aqsa syarif di kampus.dah lama melupakan isu ni,tapi bila dapat pengisian ni balik dah rasa bersemangat balik.aduh,banyaknya hutang dengan mereka..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s