soleh berdaya guna

Bismillah.

Salam Ramadhan.
Salam dakwah buat semua.

Semoga ruhiyyah yang terbina dek kerana kehadiran Ramadhan ini berjaya menghambat anda untuk terus menjadi hamba yang rabbani inshaAllah !

*******

Katanya,

” Lebih baik menjadi nombor satu buat diri sendiri daripada menjadi nombor dua di bawah bayangan orang lain.”

Tarbiyyah mendidik diri kita untuk melangkaui diri kita sendiri.
Melakukan apa jua melebihi daya yang ada.
Sentiasa menjadi yang luar biasa daripada biasa.
Mengajar untuk sentiasa menjadi yang terbaik.

Seruannya, untuk kita sentiasa menjadi pemenang yang terbaik.

(iaitu) mereka yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal sihat. (39 : 18 )

Hakikatnya, kita mengejar satu hadiah agung dari Sang Pencipta.
Setimpal dengannya, usaha untuk mencapainya haruslah yang terbaik.

Solehnya kita bukan pada ilmunya sahaja.
Solehnya kita bukan pada pakaiannya sahaja.
Solehnya kita bukan pada budi pekerti dan lagak percakapan.

Tapi, solehnya kita menggerakkan diri untuk terus beramal dan beramal sehabis baik.
Kita soleh yang berdaya guna.
Kita soleh yang musleh.
Kita soleh yang bermanfaat untuk manusia yang lain.

Jika kita tidak segera melangkah dalam amalan, maka kita akan tertinggal jauh sekali di  belakang sedangkan kafilah dakwah ini terus melaju.

Jika kita masih melengahkan masa untuk beramal, maka kita akan terlepas satu peluang  keemasan yang begitu berharga, iaitu masa !

Jika kita masih sibuk memberi pelbagai jenis alasan untuk beramal, maka jelaslah diri kita sendiri masih lagi tidak mengerti mengapa kita mesti beramal.

Akhirnya, masa akan menjadi basi.
Tenaga akan terbuang begitu sahaja.
Hammasah pula akan menjadi sia-sia.
Maka, ketika ini apakah nilai amalan kita ?

Masihkah mahu memberi nilai yang tinggi untuk menyedapkan hati sendiri,
Atau,
Masih mahu menjadikan satu kehidupan yang anda jalani sebenarnya adalah menghambarkan.

Ketahuilah,
Kita WAJIB untuk beramal.

Masakan kita mahu menidakkan tanggungjawab yang telah tergalas pada bahu kita sedangkan diri kita sendiri yang menyatakan upaya untuk menjalankannya.

Masakan kita mahu ambil ringan tentang amalan ini sedangkan ini adalah amalan yang serupa dikerjakan oleh para anbiya terdahulu.

Betapa berbezanya darjat antara mereka yang beramal dan tidak beramal.

Dan mengapa kamu tidak menginfakkan hartamu di jalan Allah, padahal milik Allah semua pusaka langit dan bumi ? Tidak sama orang yang menginfakkan (hartanya di jalan Allah) di antara kamu dan berperang sebelum penaklukan (Mekah). Mereka lebih tinggi darjatnya daripada orang-orang yang menginfakkan (hartanya) dan berperang di jalan Allah setelah itu. Dan Allah menjanjikan kepada masing-masing mereka (balasan) yang lebih baik. Dan Allah Maha Teliti apa yang kamu kerjakan. (57 : 10 )

Dengan amal dakwah ini, membuatkan kita lebih mengerti erti sebuah gerakan penyelamat ummah.
Dengan amal dakwah ini, mengajar kita untuk sama-sama berhimpun dalam satu barisan yang kukuh menyelesaikan tugas yang ada.
Dengan amal dakwah ini, akan memberi kita satu fahaman istiqamah yang lebih bermakna.

Kerna, jika kita kehilangan istiqamah untuk beramal di atas jalan ini,
Pastinya kita akan terjerumus ke dalam perangkap hawa nafsu.
Kita akan dikuasai oleh bisikan-bisikan halus syaitan.
Paling malang, kita telah melepaskan satu peluang untuk beramal.

Namun, dalam kita beramal,
Biarlah momentumnya tinggi.

Usah tayangkan kepada ummah bahawa semangat yang kau ada begitu lemah.
Usah perlihatkan kepada manusia bahawa gerak kerja kau hanya cukup-cukup makan sahaja.

Daie itu seorang manusia yang beramal dengan sehabis baik untuk mendapatkan natijah dakwah yang terbaik.
Daie perlu tahu apa yang ada pda dirinya supaya gerak kerja amalnya tampak lebih berseni dan menarik.
Daie perlu menanamkan tummuhat kehidupan yang lebih tinggi, bukan sekadan cukup aku ada sebuah matlamat kehidupan.

Hakikatnya, kita perlu untuk beramal sehabis baik !
Kerja dakwah ini tidak melangkaui batas yang ada pada diri kita kerana dakwah memberi ruang kepada kita untuk usaha sebanyak mana yang kita mampu.

Kerja dakwah ini bukan lagi satu tanggungjawab, malah ia adalah sebuah nadi kehidupan yang sentiasa membasahkan jiwa dan menyegarkan hati.

Kerja dakwah ini sudah bagai satu hiburan buat jiwa.

Malah, seorang daie itu perlu obses terhadap dakwahnya !
Bukan satu perkara yang rutin.
Bukan satu perkara yang membosankan.

Resepinya adalah kemahuan.

Bila mana,
Motivasi diri menjadi bahan bakar,
Percaya diri adalah gas penggerak,
Dan kenali diri adalah sterengnya,

Maka, kita tidak akan hanyut dan leka.
Kita tidak akan tertipu dengan duri di jalanan.
Kita tidak akan terleka dengan keindahan ‘gerai-gerai minuman’ di hentian rehat.

Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.

Tidak lagi alasan.
Tiada lagi penangguhan.

Yakinlah dan bersedialah untuk beramal.
Yakin kau akan menang.
Bersedia untuk menggempur musuh yang ada.

Yakin kau sentiasa berada dalam pihak yang benar.
Bersedia untuk menghadapi segala jenis tekanan.

Cari semula semangat iman.
Tanam untuk capai kematian yang mulia, nescaya kehidupan yang kau bakal harungi adalah mulia.

Atasi semula masalah kelemahan.
Baik dalaman mahupun luaran.
Kerana jika dibiarkan lemah akan terus lemah sehingga sudah nazak.
Dan akhirnya, tidak dapat diselamatkan lagi.

Kita adalah mukmin yang bercahaya.
Ibarat matahari di siang hari.
Bagai sebatang lilin menerangi sebuah gua yang gelita.

Kita adalah daie.
Daie yang bertindak memperbaiki diri sendiri dan sentiasa menyampaikan.

Kuatkan iman.
Bersihkan hati.
Ikhlaskan diri.

Nescaya, amal kau adalah amal yang luar biasa.
Tanam tsiqah kepada dakwah kerana inilah jalan yang sebenarnya !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s