antara dua zumar

Bismillah.

Salam dakwah ku ucapkan buat semua.

Moga-moga Ramadhan yang bakal berakhir tidak lama lagi kita manfaatkan sebaiknya, inshaAllah !

*******

Antara dua zumar,
Seolah diberi dua pilihan,
Hakikatnya,
Hanya satu menghimpun kebahagiaan.

Antara dua zumar,
Dihimpunkan,
Teriakan dan gelak tawa,
Tangisan dan kegembiraan,
Kehinaan dan penghormatan,
Menunggu penuh ketakutan,
Ternanti-nanti akan sebuah perkabaran,
Sebuah keputusan yang bakal mengubah segalanya.

” Apakah telah kau perjuangkan di dunia dahulu ? ”
Satu suara menyapa,
Gentar,
Bisu,
Mata bercerita,
Tangan berkata,
Membuka kebenaran,
Rahsia yang tidak mungkin tersembunyi.

Antara dua zumar,
Mana satu,
Mendakap kebahagiaan,
Memeluk keredhaan,
Jiwa yang sempurna,
Akan dibalas dengan apa yang diperlakukan,
Pilihan yang diberi,
Akan dinilai.

Terang-benderang suasana,
Amalan perhitungan diteruskan,
Adil dan saksama,
Tiada keraguan,
Tiada lagi penyesalan,
Tiada lagi rayuan,
” Mana mungkin kau putarkan kembali masa yang telah lepas ? ”
Ah,
Kini, bagaimana ?
Rataplah siksaan,
Nikmatilah azab,
Yang kau sendiri minta,
Tatkala dihantar cahaya,
Kau menerima kegelapan,
Tatkala diseru kebenaran,
Kau menyahut kebatilan,
Tatkala diperlihatkan bukti-bukti,
Kau persendakan,
” Beginikah aku satu ketika dahulu ? ”
Kembalikan aku semula ke dunia,
Akan aku adun semula iman,
Akan aku pacu semula taqwa,
Akan aku menyerah diri kepada agama-Nya !
” Sungguh, kau berada dalam kerugian.”
Suara itu seakan memberi penegasan,
Tanda tiada lagi peluang buatnya.

Saat dua rombongan ini berselisihan,
” Apakah yang telah lakukan sehingga kau mampu tersenyum pada hari ini ? ”
Aku menunaikan apa yang tidak kau tunaikan,
Aku melaksanakan apa yang tidak kau laksanakan,
Dan,
” Apa pula yang menyebabkan kau bermuram durja pada hari yang agung ini ? ”
Aku menjadikan nafsu sebagai Tuhan,
Aku selesa bergelumang kesalahan,
Aku tenang mengabaikan tujuan kehidupan,
Aku membazirkan nikmat,
Ah,
Kalau dihimpun,
Terasa benar parahnya,
Terlalu banyak  kebodohan,
” Apakah tidak pernah kebenaran itu menyapa hati ? ”
” Atau seruan dakwah tidak pernah sampai telinga ? ”
Benar,
Kesemuanya ada,
Namun aku tepis kesemuanya,
Bagaikan duri yang terasa menyakitkan kehidupan,
Bagaikan udara busuk yang menyesakkan dada,
Aku tidak mahu keselesaan dirampas,
Aku tidak mahu keserabutan dan beban datang menyinggah,
” Terimalah ketentuan yang pasti.”
Terlewat sudah untuk kau sambut tali penyelamat,
Maka, rasakanlah !

p/s : zumar : rombongan. boleh rujuk ayat surah Az-Zumar (39 : 71-73). selamat bertadabbur ( ^____^ ) Υ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s