KITA dan iman

Bismillah.
Salam dakwah ku ucapkan buat semua.
Moga-moga, entri kali ini berjaya menjadi pengubat jiwa, penenang hati untuk para pembaca.
Entri kali ini, akan saya karang dalam bentuk puisi.
Dek kerana kesuntukan masa yang perlu saya peruntukkan untuk hal yang lebih penting, saya tidak mahu memakan masa yang terlalu panjang untuk menulis.
Namun, saya tetap mempunyai tulisan untuk para pembaca semua.
******
Suara duka yang sentiasa terdengar,
Usaha yang terbuang begitu sahaja tanpa hasilnya,
Harapan gagal seolah dibawa angin,
Segala-galanya sia-sia.
Inilah suara kehidupan,
Yang membisikkan pengajaran,
Inilah sungai kehidupan,
Yang mengairi manusia,
Inilah tangan kehidupan,
Yang sentiasa menghadiahkan sesuatu.
Tanggungjawab demi tanggungjawab,
Masalah demi masalah,
Perintah demi perintah,
Lambang perjuangan,
Ada kudrat perlu disumbangkan.
Dengan iman,
Kita mendapat pencerahan,
Dengan sejarah terdahulu,
Kita belajar,
Nyawa,
Bukan lagi taruhan biasa.

Kitalah,
Tangan-tangan pembelaan,
Kitalah,
Suara-suara penyelamat,
Kitalah,
Hujan-hujan pembersihan,
Kitalah,
Sumber cahaya dalam kegelapan.
Dalam melawan arus,
Kesukaran kehidupan melanda,
Sehingga ada yang berkata,
” Jangan kau melawan arus, pecah bahtera, tenggelamlah manusia.”
Tetapi,
Di sebelah sana,
Menanti satu tawaran,
Tersimpul sebuah senyuman,
” Ya, ini piala kemenangan.”
Jangan berputar haluan,
Jangan sesekali kau ke belakang,
Itu kerugian terang,
Kekalahan nyata,
Cepat sekali kau tersungkur,
Tersembam,
Cepat pegang kembali kepada talinya,
Paut semula iman pada hati,
Apa yang roboh kau bina semula,
Apa yang hilang kau cari semula,
Bangkitlah untuk membina keindahan baru.
Pukulan demi pukulan,
Datang menampar kehidupan,
Bukan datang membuta tuli,
Bukan datang tanpa kebijaksanaan,
Bukan datang tanpa ketentuan,
Pukulan itu datang penuh santunan,
Santunan untuk mendorong kita menyeberang,
Ke tanah yang lebih selamat.
Iman,
Menjadikan kesusahan itu pengajaran,
Kesulitan itu satu kematangan,
Karat yang meliputi,
Menjadi bersih,
Bagai besi dibakar api.
Demikianlah,
Bimbingan iman,
Memandu hati,
Dalam sebuah perjalanan,
Menghadapi kesulitan.
******
Dalam sebuah hadis,

Ada orang bertanya kepada Rasulullah S.A.W : ” Siapakah orang yang paling berat menerima cobaan ? ”

Jawab Baginda : ” Nabi-nabi, kemudian itu orang-orang yang mendekati kedudukannya. Masing-masing mendapat ujian menurut ukuran keagamaannya. Kalau agamanya kuat, berat cubaan yang ditanggungnya. Dan kalau keagamaannya tipis, Tuhan memberika ujian menurut ukuran keagamaan. Maka cubaan itu menimpa setiap orang, sehingga dia berjalan di bumi tiada lagi mempunyai kesalahan (diampuni kesalahannya kerana kesabaran menghadapi cubaan) ”
Riwayat At-Tirmidzi

Kehidupan ini satu dugaan buat kita.
Terletak kepada kita bagaimana cara untuk menghadapinya.
Terpulang kepada kita bagaimana untuk menilainya.
Alam ini terhias dengan bintang-bintang,
Terang siang yang sentiasa berganti,
Inilah keadaannya sebuah dugaan.
Menghiasi kehidupan,
Dan sentiasa bersilih ganti antara kesenangan.
Namun, ingatlah,
Kita ini tetap dalam pemerhatian dan penilaian Tuhan.

Look forward to the moment when,
flying high, your spirit roars
above the clouds,
Soaring with the new-found joy of utter freedom.
***
Let the future shine brightly on your spirits,
let it lift you up,
and liberate your mind.
***
If you find a good path through life,
let others know,
in case they lose their way too.
(sumber : Inspiration by Daisy Seal)

p/s : entri pendek.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s