istiqamah , atau kau akan bakar jalan ini

Bismillah.

Salam dakwah kepada semua pembaca yang masih setia berkunjung ke laman penulisan yang sudah lama tidak diperbaharui entrinya ini.

Moga-moga Ramadhan yang sedang berlangsung berjaya menggegar serta menggerakkan pacuan iman untuk menjadi seorang hamba yang lebih bertaqwa inshaAllah !

*****

Bila disebut tentang istiqamah, seolah kita dihantui.
Bila disebut tentang istiqamah, seolah jantung berdegup kencang.

Kerana susahnya untuk menjamin diri sendiri untuk terus istiqamah.

Istiqamah melakukan kebaikan yang pastinya memang sukar.
Tiada istilah istiqamah dalam melakukan kejahatan atau kemungkaran.
Istilah yang sesuai adalah lalai.

Susahnya untuk beristiqamah dalam melakukan sesuatu apabila hati manusia ini memang sifatnya sentiasa berbolak-balik.
Iman yang sentiasa turun dan naik.
Dugaan dan cabaran tidak pernah henti berkunjung.

Ya, dunia ini bukan seindah yang kita impikan.
Istiqamah juga bukan sesenang yang kita impikan.

Untuk terus tetap berada di atas jalan ini,
Istimrar dengan amar maaruf dan nahi mungkar sehingga akhir hayat,

Memerlukan pengorbanan yang tinggi !
Memerlukan azam dan himmah yang kuat !
Memerlukan matlamat yang jelas !

Ajaibnya istiqamah adalah kita akan berterusan melakukan sesuatu kebaikan meskipun kebaikan itu hanyalah kecil. Apatah lagi kebaikan yang besar nilainya.

Dan apa yang mengahntui istiqamah adalah ketakutan yang datang dari dalam diri kita sendiri.

Dan akar segala ketakutan itu adalah tiada rasa kepercayaan, tidak kenal akan Tuhannya dan tidak kenal akan dirinya sendiri.

Tidak akan terpalit rasa kesedihan yang melampau kepada manusia yang sangat menjaga keistiqamahan dirinya kerana sumber kekuatan mereka adalah Alah itu sendiri.

Allah menjadi daya tolak.
Allah menjadi sumber kekuatan.
Allah menjadi matlamat.

Dalam pelayaran kapal dakwah di tengah lautan dunia,
Pastinya ada ombak besar yang datang menyapa,
Kapal juga bakal dimamah dek zaman yang kian berlalu,

Namun, seburuk manapun kapal,
Jauh lagi destinasinya,
Tidak perlu kita terjun ke dalam lautan menyelam sendirian,
Jerung jahiliyyah menanti penuh senyuman,
Tanda mangsa sudah menyerah diri,
Teruskan berada dalam pelayaran,

Kerana itu kemenangan yang pasti.

Pasti, bagi seorang daie istiqamah dalam jalan dakwah ini adalah pilihan kita sendiri.
Futur dan kecewa tidak ada dalam kamus hidup kita.
Meskipun ada, ia tidak terlalu lama sehingga mampu melalaikan kita.

Jangan sekali-kali menjadikan kelemahan sebagai titik penimbang tara anda untuk terus istiqamah.
Nampak sahaja kelemahan, rasa lesu dan lemah untuk meneruskan gerak kerja.
Nampak sahaja kecacatan, kita menganggap tidak akan tercpai matlamat.

Singkirkan perasaan dalaman.
Segala jenis perasaan dalaman yang anda rasakan mampu untuk membunuh istiqamah anda.

Perasaan dalaman itu ibarat petrol yang mampu menyalakan api-api kecil menjadi marak sehingga membinasakan diri sendiri.

Sungguh, perasaan dalaman itu kita perlu didik dan bina agar ia tidak menghantui diri kita untuk terus mencipta alasan tidak istiqamah untuk berada di atas jalan ini.

Istiqamah yang ada pada diri kita sekarang,
Bentuk dengan penuh tarbiyyah dan sifat-sifat yang mulia,
Bentuk dengan acuan iman dan taqwa,
Dipadukan dengan ghayah yang jelas,

Agar istiqamah itu terus subur dan berkembang  menjadi haruman untuk diri kita sendiri dan rakan seperjuangan sekeliling.

Bagaimana Rasulullah istiqamah,
Bagaimana para sahabat juga istiqamah,
Bagaimana para dua’t agung yang juga istiqamah,
Begitulah keistiqamahan kita sewajarnya.

KERANA KITA MELALUI DENAI DAN ARUS YANG SAMA.
KERANA KITA MEMBAWA PANJI KEMENANGAN YANG SAMA.
KERANA KITA MEMPUNYAI GHAYAH YANG SAMA.

Namun, adakah Allah akan menghadiahkan istiqamah itu kepada kita sebagai hambanya ?

Tidak untuk mereka yang tidak bersungguh melakukan kerjanya.
Ya untuk mereka yang bekerja keras menyiapkan urusannya.

Semakin lama berada di atas jalan ini, semakin bertambah mehnahnya.
Semakin lama berada di atas jalan ini, keistiqamahan kita akan terus diduga.

Kerana Allah ingin  melihat sejauh mana istiqamahnya kita.
Sejauh mana kita mampu.
Sejauh mana kita mahu.

Hadiah yang sangat  mahal diiring dengan tadhiyyah yang juga mahal harganya.
Mana mungkin kita mengatakan syurga itu senang untuk kita dapat melainkan hanya dengan mentaati perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

Di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini,
Dan kesempatan ini masih Allah hadiahkan kepada kita,

Marilah menjadikan Ramadhan ini sebagai satu latihan untuk membina ruhiyyah kita. Sekaligus membentuk ruhiyyah untuk terus dan terus istiqamah dalam jalan dakwah dan tarbiyyah ini.

Membaikpulih jiwa.
Membersih jiwa.
Menyucikan jiwa.

Maka tetaplah engkau (Muhammad) (di jalan yang benar) sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang bertaubat bersamamu dan janganlah engkau melampaui batas. Sungguh, Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan. ( 11 : 112)

 

Sungguh, istiqamah itu bukanlah sekadar kerja kita dalam lapangan dakwah dan tarbiyyah ini.
Istiqamahnya yang juga meliputi amalan-amalan fardhi seorang daie itu.

Istiqamah itu bermula dari hati,
Maka didiklah hati untuk memahaminya,
Didiklah jiwa untuk sentiasa basah dengannya,
Selami pengorbanan untuk mencapainya.

Dalam sebuah hadis dari Abi ‘Amrah bin Abdillah R.A :

Maksudnya : “Wahai Rasulullah , ajarkanlah kepada ku berkenaan Islam perkataan yang tidak perlu aku bertanyakan seseorang pun melainkan kamu.”.

Sabdanya : Katakanlah  “(Sesungguhnya) sebutlah :  Aku beriman dengan Allah S.W.T  dan kemudian istiqamah.

 

Istiqamah atau tidak,
Bergantung pada diri sendiri,
Jalan ini memang sentiasa memerlukan hati-hati yang terus istiqamah,
Jika bukan kita, maka orang lain bakal menggantikannya.
Daie kenalah istiqamah, kalau tak macamana nak capai matlamat, ye tak ?

p/s : catatang yang pendek dan ringkas (serta tak berapa nak sedap) dek kerana penangan Ramadhan yang memerlukan komitmen yang tinggi untuk menghayatinya.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s