di tepian pantai

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.
Selamat mengimarahkan bulan Ramadhan ini dengan temasya ibadat anda.
Dan selamat menjadikan Ramadhan ini antara Ramadhan yang terbaik inshaAllah !

Wahai orang-orang yang beriman ! Masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu. (2 : 208 )

******

Di tepian pantai yang lalu,
Cukuplah ombak yang membelah pantai menjadi saksi,
Saksi ukhuwwah kami,
Saksi hati-hati kami,
Saksi syahadah kami.

Di tepian pantai yang lalu,
Cukuplah aktiviti memenuhi waktu,
Penat tapi keadaan hati yang masih mahu,
Mahu atas dasar kesedaran hati dan kesedaran fikri.

****
Sekadar puisi ringkas di atas untuk melambangkan keadaan hati saya betapa saya menghargai satu program baru-baru ini yang sangat bermakna untuk jiwa seorang daie.

Pengisiannya.
Aktiviti-aktivitinya.
Peserta-pesertanya (akhawat).
Murabbiyah-murabiyyahnya.

Dan semua ini hadiah dari Allah yang menyatukan hati-hati kami untuk terusb tsabat dalam jalan ini.

Perasaan yang saya rasa hadiah dari Allah.
Akhawat yang saya kenal hadiah dari Allah.
Peluang saya untuk menyertai program ini hadiah dari Allah.
Hati yang menanam azam untuk terus tsabat dalam jalan dakwah ini juga hadiah dari Allah.

Ah, segalanya hadiah dari Allah.
Rezeki kepada hamba-hambaNya yang tidak pernah putus.
Cuma terletak kepada kita sama ada pandai untuk menghargainya atau tidak.

*****

Kami mendapat wasiat dari Rasulullah S.A.W yang pernah Rasulullah wasiat kepada para sahabatnya.

Dan kini, wasiat itu diwarisi kami para dua’t kerana kami juga bersyahadah dengan syahadah yang sama.

Kami juga mempunyai Al-Quran sebagaimana Rasulullah dan para sahabat punyai.

Jalan yang dilalui Rasulullah dan para sahabat membuktikan tidak mudah untuk membangkitkan bendera Islam yang telah lama terkulai saat jatuhnya kekhalifahan Islamiyyah tanggal 1924.

Namun,
Susah tidak bermakna payah.
Susah tidak bermakna kita tidak boleh melakukannya.

Islam menjadi titik perubahan pada diri mereka yang terdahulu.
Mereka menjadi istiqamah dalam jalan dakwah ini.
Bagaimana pula kita ?

Percayalah,
Adakalanya saya melihat ada segelintir manusia yang terlupa untuk merasa izzah dengan Islam dan iman yang ada pada dirinya.

Rasa bangga.
Rasa menang.
Rasa mulia.
Kita adalah ummah pertengahan.
Kita adalah ummah yang terbaik.
Kita adalah antara golongan manusia yang bakal dihadiahkan syurga jika kita berbuat kebajikan.

Rasa izzah inilah yang  mendorong para sahabat untuk terus menoleh ke hadapan.

Rasa izzah inilah yang menjadikan mereka semua terlalu mencintai kebenaran dan berterusan mahuka kebenaran.

Rasa izzah inilah yang mendorong mereka tidak takut mati dan sentiasa merindui syurga Allah.

Rasa izzah inilah yang membina tauhid mereka.
La Ilaha Illa Allah.
Menafikan tuhan-tuhan yang lain, dan menetapkan hanya Allah sahaja tuhan untuk dirinya.

Rasa izzah mereka tidak pernah putus.
Rasa izzah mereka tidak pernah pudar.
Rasa izzah mereka memberi cambahan baru kepada iman dan hammasah untuk terus berjuang.

Rasa izzah kita bagaimana ?

Barangsiapa menghendaki kemuliaan, maka (ketahuilah) kemuliaan itu semuanya milik Allah. Kepada-Nyalah akan naik perkataan-perkataan yang baik, dan amal kebajikan Dia akan mengangkatnya. Adapun orang-orang yang merencanakan kejahatan mereka akan mendapat azab yang sangat keras, dan rencana jahat mereka akan hancur. ( 35 : 10 )

Dan izzah itu juga hadiah dari Allah.
Hadiah dari-Nya kepada kekasih-Nya.
Hadiah dari kekasih-Nya kepada para sahabat.

Cintakan kebenaran dan benci kebatilan.
Merasa izzah dengan Islam.
Kita adalah guru.

Inilah tiga perasaan yang berjaya Rasulullah suntikkan dalam mentarbiyyah para sahabat.

Dan ketiga-tiga perasaan ini juga patut kita terapkan dan bina dalam hati kita terutama para dua’t.

Kerana perasaan-perasaan inilah yang akan melahirkan jiwa seorang pemuda yang sentiasa ambil peduli tentang ummahnya.

Dia menyedari ummahnya kian tenggelam dalam zulumat dunia.
Dia menyedari tugasnya yang semakin bertambah.
Dia menyedari bahawa dialah antara penyelamat itu !

Inilah yang sepatutnya lahir dari jiwa kita setelah merasa izzah dengan Islam.
Kita merasa izzah dan juga mahukan yang lain merasakan izzah yang sama.

Kerana jika tidak merasa izzah terhadap agama ini seseorang itu tidak merasakan betapa istimewa agama ini kepada penganut-penganutnya.

Jika hilang izzah, akan hilang cinta untuk senantiasa mencari kebenaran.
Jika hilang izzah, mungkin akan hilang arah tujuan.
Jika hilang izzah, terasa payah ingin memerangi kebatilan.
Jika hilang izzah, akan hilang rasa untuk terus berkorban.

Dan mengapa kita perlu merasa izzah ?
Kerana Allah itu tuhan kita.
Kerana kita beriman dengan Rasulullah dan mengikut jalan yang sama dengannya.
Kerana kita diberi kitab petunjuk sepanjang zaman (Al-Quran).
Kerana sesungguhnya Islam itu agama disisi-Nya.

Di tepian pantai,
Izzah dibina,
Tarbiyyah diperkuat,
Kefahaman bercahaya,
Semuanya untuk agama.

Di tepian pantai,
Banyak mainan,
Bukan pada fizikal,
Mainan emosi yang menggegar jiwa,
Mainan fikri yang akhirnya mempamer kejelasan.

Yakinilah kita adalah guru yang ditugaskan untuk memberi tunjuk ajar kepada ummah ini.
Guru inilah yang sepatutnya tidak pernah putus asa dalam dakwah dan tarbiyyah.
Guru inilah yang sentiasa mengharapkan pertolongan dari Allah S.W.T.
Guru inilah yang bersatu dengan guru-guru lain mengembleng gelombang tenaga yang besar.
Guru inilah yang berintima’ dengan jemaahnya.
Guru inilah yang memperbanyakkan amal fardhinya untuk membina kekuatan dalaman.

Maka, marilah bersama kita menjadi guru yang luar biasa.
Bukan untuk pelajar-pelajar tertentu.
Bukan untuk madrasah-madrasah tertentu.
Bukan untuk masa-masa tertentu.

Kita guru untuk semua.
Kita guru untuk madrasah tarbiyyah.
Kita guru setiap masa.

Cukuplah dengan taklifan dari Allah.
Tidak perlu kepada perincian ijazah pendidikan.

Apa jua bidang, apa jua ijazah yang kita ada,
Kita adalah Muslim pada awalnya.

Islam adalah satu sistem yang menyeluruh yang mengandungi semua aspek kehidupan. Ia adalah daulah dan tanahair ataupun kerajaan dan umat. Ia adalah akhlak dan kekuatan ataupu rahmat  dan keadilan. Ia adalah kebudayaan dan undang-undang ataupun keilmuan dan kehakiman. Ia juga adalah kebendaan dan harta ataupun kerja dan kekayaan. Ia adalah jihad dan dakwah ataupun ketenteraan dan fikrah. Sebagaimana juga ia adalah aqidah yang benar dan ibadat yang sahih, kesemuanya adalah sama pengiktibirannya di sisi kita. (Dasar pertama Usul 20-Imam Hassan Al-Banna)

Sungguh,
Mukhayyam baru-baru ini memberi pencerahan kepada saya.

Kamilah pewaris yang cuba membimbing manusia,
Kamilah rahsia yang bersembunyi di sisi Allah,
Matahari sentiasa menyuluh cahaya kepada kami,
awan kami mengandungi kilat dan sinar yang terang-benderang,
Kami adalah cermin kepada kebenaran,
Ketahuilah,
Tanda-tanda al-haq itu : wujudnya Muslim.

Dimana dicari pemuda Kahfi
Terasing demi kebenaran hakiki
Dimana jiwa pasukan Badar berani
Menoreh nama mulia perkasa abadi

Umat  melolong di gelap kelam
Tiada pelita penyinar terang
Penunjuk jalan kini membungkam
Lalu kapankah fajar kan datang

Mengapa kau patahkan pedangmu
Hingga musuh mampu membobol bentengmu
Menjarah menindas dan menyiksa
Dan kita hanya diam sekadar terpana

Bangkitkan negri lahirkan generasi
Pemuda harapan tumbangkan kezaliman

Wajah dunia Islam kini memburam
Cerahkah dengan darahmu
Panji Islam telah lama terkulai
Menanti bangkit kepalmu

p/s : suka MSM 2011

Advertisements

2 thoughts on “di tepian pantai

    • alhamdulillah kak,,hadiah dari Allah.
      inshaAllah senantiasa mendoakan semua akhawat2 sy yang berada dalam jalan ini. moga2 Allah menemukan kita satu hari nanti ye.
      kak, rinduuu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s