bila aku kahwin nanti

Bismillah.

Salam dakwah buat semua para pembaca.
Moga-moga saat menghampiri Ramadhan ini dihiasi dengan amalan dan keistiqamahan kita melakukan amalan-amalan tersebut.

********

Bila aku kahwin nanti,
Aku inginkan……….

Bila aku kahwin nanti,
Aku mahukan……..

Bila aku kahwin nanti,
Ya, tempat kosong itu memang sengaja saya kosongkan untuk anda meletakkan jawapan anda sendiri.

Terpulang kepada anda kerana anda sendiri bakal mencorakkannya.
Bukan saya.
Apa yang hanya saya mampu lakukan adalah berdoa kepada Allah agar ianya menjadi perkahwinan yang benar-benar ingin mencapai keredhaan Allah.

Hakikatnya, perlu kita ketahui berkahwin (berbaitul Muslim) bukanlah puncak keselesaan kita sebagai seorang daie.
Senantiasa tenaga dan himmah untuk terus bergerak perlu dibaiki dan tidak terhenti kerana kafilah dakwah akan berterusan bergerak ke hadapan.
Jika kita yang lambat, kita yang akan ketinggalan.

Jelasnya, berbaitul Muslim bukanlah atas dasar suka-suka kita mahu merealisasikan sunnah Rasulullah dan fitrah manusia yang sentiasa mahukan pasangan, rasa mencintai dan dicintai seseorang.
Tetapi baitul Muslim adalah tangga seterusnya dalam dakwah kita.

Bila disebut tangga seterusnya bukan bererti kita patut naik dengan cepat.
Ertinya yang sebenar adalah kita sudah bersedia untuk terjun ke dalam bidang yang lebih menguji kita dalam dakwah ini.

Ertinya yang sebenar adalah sebagai tanda kita perlu melatih jiwa kita untuk menjadi lebih kuat dan menjadi seorang daie yang lebih berjiwa besar.

Sungguh, melalui pengamatan saya sendiri, saya tahu mehnah-mehnah berbaitul Muslim ini lebih mencabar.
Walaupun kita berkahwin dengan orang yang faham seperti kita.
Walaupun kita berkahwin dengan orang yang sama jemaahnya seperti kita.
Walaupun kita berkahwin dengan orang yang juga menyimpan matlamat seperti kita.

Hakikatnya, kahwin ini bukan mudah.
Apatah lagi kita memahami tuntutan dakwah ini yang sememangnya memerlukan tadhiyyah yang tinggi.

Kerana itulah peringkat tarbiyyah kita ini mutadarrijah.
Berperingkat-peringkat.
Kita mulai dengan pembinaan seorang individu Muslim.
Kemudian, seterusnya barulah Baitul Muslim.

Mengapa mesti berperingkat-peringkat ?
Kerana kesediaan kita perlu dilatih terlebih dahulu.
Kerana tarbiyyah kita perlu dilatih terlebih dahulu.
Kerana kefahaman kita perlu dilatih terlebih dahulu.

Penyatuan Baitul Muslim secara asasnya adalah penyatuan antara seorang lelaki dan perempuan.
Namun, apa yang saya nampak, baitul Muslim adalah penyatuan hati, himmah dan tenaga dua orang khalifatullah.
Dan gabungan tenaga ini bukanlah sia-sia.
Hati, himmah dan tenaga inilah yang bakal digunakan untuk dakwah.

Kerana itulah kita mulai dengan individu Muslim.
Di peringkat ini, kita mula memahami ghayah hidup kita.
Kita mula memahami hakikat diri seorang manusia.

Mana mungki kita meninggalkan tarbiyyah meskipun tangga teratas sudah kita capai (Ustaziyatul alam).
Kerana tarbiyyah itu yang menjamin kekuatan seorang daie.
Tarbiyyah dzatiyyah yang mantap akan melahirkan seorang daie yang mantap amal fardhinya.

Kerana itulah tiada istilah ‘ off ‘ dari tarbiyyah.
Mereka yang mempunyai azam seperti ini, percayalah mereka ini golongan manusia yang tidak akan terlatih mujahadah dirinya.

Sungguh, kita para dua’t perlu membuktikan betapa baitul Muslim ini ada bezanya dengan mereka yang juga menjalani proses yang sama.

Malah, tummuhat baitul Muslim yang bakal kita dirikan lebih tinggi.
Tanamkan azam bahawa jalan yang telah kita lalui, inilah juga jalan yang bakal anak-anak cucu kita lalui.
Tarbiyyah yang kita lalui inilah juga tarbiyyah yang sama bakal anak-anak cucu lalui.
Kita aktif dalam dakwah, begitu juga acuan anak-anak kelak.

Jangan leka dengan baitul Muslim ini sehingga anda melupai tujuan dan niat asalnya.
Dan kesempurnaan sebuah baitul Muslim itu tidak mudah akan dicapai kerana kedua-duanya adalah manusia biasa.

Jangan berfikiran bahawa ikhwah dan akhawat ini telah sempurna.
Kerana saya yakin ikhwah dan akhawat mempunyai jahiliyyah tersendiri satu ketika dahulu.
Dan proses menepis jahiliyyah itu akan berterusan berlaku.
Bukan bererti bila kita sudah berbaitul Muslim, kita selamat dari kancah itu.
Adakalanya, kita akan diduga lebih hebat berbanding yang lain.

Jadikan baitul Muslim kita seakan bangunan yang tersusun kukuh.
Penuh dengan batu-batu yang sanggup diletakkan di mana sahaja.
Apa jua posisinya, dia akan menunaikan tanggungjawabnya.

Jadikan baitul Muslim kita seperti sebuah medan tentera.
Para pejuangnya yang mantap imannya.
Juga mantap skil-skil dan strategi-strategi peperangan.
******
Kerana Allah menyediakan apa yang aku perlukan,
Maka aku sedia menerima keadaan dirimu,
Dan berharap jua kau akan menerima keadaan diriku.

Kita dua khalifah,
Naibullah di atas muka bumi ini,
Saling memberi kekuatan,
Saling berkongsi kefahaman,
Penyatuan dua hati bukan kerana cinta manusia,
Tetapi untuk mencapai redha Ilahi.

Moga ruhiyyah dakwiyah akan maju terbina,
bersama selamanya.

Sekian, tidak perlu saya coretkan terlau panjang bab ini kerana bab ini memerlukan penjelasan yang lebih panjang dan kefahaman yang lebih tinggi.

Dari manusia yang masih kekurangan pengalaman,

mylittlepencil 

p/s  : soalan-soalan cepu mas, bolehlah ditanya kepada naqib/naqibah atau murabbi/murabbiyah masing2. Perkongsian saya ini hanya sedikit sahaja berbanding org2 yang lebih berpengalaman.

2 thoughts on “bila aku kahwin nanti

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s