nuansa dakwah KITA

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Moga-moga, kita senantiasa berusaha dan terus menanam azam untuk menjadikan Ramadhan kali ini adalah titik perubahan diri kita sebagai seorang Muslim inshaAllah !

*******

Bila kita ditanya mengapa kita memilih jalan ini,
Kita menjawab kita sedang menelusuri jalan yang dilalui Rasulullah dan para anbiya terdahulu.

Bila kita ditanya mengapa kita memilih tarbiyyah,
Kita menjawab kerana tarbiyyah berupaya menjaga diri kita dan tarbiyyah memandu kita ke jalan yang benar.

Bila ditanya apakah matlamat kita,
Kita menjawab menjadikan Allah sebagai Tuhan yang Maha Agung kepada sekalian manusia itu ghayah yang utama.

Pastinya,
Dakwah kita bermatlamat jelas.
Dakwah kita seolah memberi nafas kepada hidup untuk menjadikan mardhatillah itu sebagai target utama.
Dakwah memberi erti betapa Islam itu adalah cara hidup yang sebenar.
Dan,

Matlamat ini kita kongsikan juga bersama mereka juga yang sama jalan seperti kita.
Matlamat ini mendorong untuk kita berusaha bersama-sama, bukan seorang diri.
Matlamat ini menyediakan diri kita sendiri untuk menjadi individu yang lebih bersedia.

Inilah nuansa dakwah kita.
Nuansa tarbiyyah kita.

Tarbiyyah kita membina individu yang menerima Islam dengan izzah.
Tarbiyyah kita membina individu yang lebih memahami Islam.
Tarbiyyah kita membina individu yang mengamalkan Islam.
Tarbiyyah kita membina individu yang mendakwahkan Islam kepada yang lain.
Tarbiyyah kita membina individu yang memperjuangkan Islam dalam satu saff.
Tarbiyyah kita membina individu yang menyemarakkan ukhuwwah.
Tarbiyyah kita membina individu yang meyakini masa depan untuk Islam.

Dan berjihadlah kamu di jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia telah memilih kamu, dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama. (Ikutilah) agama nenek moyangmu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamakan kamu orang-orang Muslim sejak dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al-Quran) ini, agar Rasul menjadi saksi atas dirimu dan agar kamu semua menjadi saksi atas segenap manusia. Maka laksanakanlah solat dan tunaikanlah zakat, dan berpegang teguhlah kepada Allah. Dialah sebaik-baik pelindungmu, Dia sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong. (22 : 78 )

 

Kiat berjihad untuk meneruskan dakwah dan tarbiyyah.
Kita berjihad dengan sebenar-benarnya.
Jadi, apa lagi yang perlu kita tangguhkan dalam jihad ini ?

‘Ayyish a’zizan, amuut syahidan.
Hidup mulia, mati syahid.

Segalanya telah tersedia.
Terpulang sama ada kita sanggup melakukan tadhiyyah kerananya.
Terpulang sama ada kita mahukannya atau tidak.
Sudah habis zaman tepuk dada, tanya selera.

Kini,
Tepuk dada, tanya iman.
Kerana itulah bekalan sebenar para dua’t untuk berada dalam jalan ini.

Kita meraikan dakwah dan tarbiyyah ini dengan iman.
Sejauh mana kita berdakwah, maka yang terpenting adalah diri kita sendiri.
Dan perkara yang paling penting untuk kita pelihara dalam diri kita sendiri adalah iman.

Iman adalah sebaik-baik bekalan kepada kita untuk jalan ini.
Apatah lagi, iman yang mantap.

Kita sendiri sedia maklum, wasilah tarbiyyah yang kita lakukan setiap minggu iaitu usrah adalah semata untuk memperbaiki keadaan iman kita.
Memberi isi kepada ruhiyyah yang kosong.
Memberi kekenyangan kepada ruhiyyah yang kelaparan.
Memberi air kepada ruhiyyah yang kedahagaan.
Kesimpulannya,

Memberi nafas yang baru kepada ruhiyyah seorang daie.

Iman yang mantap sahajalah jaminan sebenar untuk memastikan kita sentiasa tsabat.

Manakala yang lain, adalah pecahan daripada cabang iman.

Ubatmu ada dalam tubuhmu, tetapi kamu tidak nampak.
Penyakitmu kerana kamu, tetapi kamu tidak tahu.
Kamu mengira, bahawa kamu adalah tubuh yang kecil.
Tetapi dalam tubuhmu, tergambar dunia yang besar.

(syair Arab)

 

Sungguh, inilah keadaan seorang mukmin yang sebenar.
Muslim yang beriman akan lebih faham akan hakikat penciptaannya.
Maka, dia akan menjalankan tanggungjawab yang tergalas pada bahunya.

Muslim yang beriman akan lebih faham matlamat hidup dan perjuangannya.
Maka, dia akan berusaha bersungguh-sungguh mengejarnya.

Muslim yang beriman akan lebih faham akan kebahagiaan di syurga sana berbanding di dunia.
Maka, dia akan sanggup mengenepikan keselesaan dunia semata ingin mencapai keselesaan di sana.

Muslim yang beriman akan lebih faham akan jalinan ukhuwwah yang dijalinkan.
Maka, dia akan sanggup ithar dan berlapang dada dengan rakan-rakan sekelilingnya. Malah, itulah antara sumber kekuatannya untuk berada dalam jalan ini.

Muslim yang beriman akan lebih faham akan harta yang dimilikinya.
Maka, dia akan berterusan menginfaqkan hartanya selagi mana mampu untuk jalan dakwah ini.
Kerana dia tahu berjual beli dengan Allah ini adalah jual beli yang teramat menguntungkan.

Kuncinya adalah iman.
Iman yang perlu dibina.
Iman yang perlu diasah.
Iman yang perlu ditarbiyyah.

Iman bukan satu objek.
Iman tidak statik.
Ada nyawa yang tersendiri.
Ada turun dan naiknya.

Sudah tentu si pemilik badan itulah mempunyai tanggungjawab yang UTAMA untuk menjaga imannya.
Dan, turut menjaga iman orang di sekelilingnya.
Momentum iman itu bergantung kepada sejauh mana di pemiliknya menetapkan matlamat.

Adakah mahu mempunyai iman sekadar biasa-biasa ?
Ataupun sekadar cukup-cukup makan ?
Sudah selesa dengan iman yang sedikit, kerana jika terlalu banyak, takut-takut digelar malaikat pula.

Pernahkah kita menetapkan matlamat yang tinggi untuk iman kita ?
Apatah lagi untuk pendokong-pendokong agama Allah di atas muka bumi ini.
Kita perlu memiliki iman yang kuat sebelum berupaya memperbaiki iman manusia-manusia yang lain.

Sungguh, usaha untuk kita  memperbaiki dan mempertingkatkan iman akan sentiasa berterusan kerana iman adalah bekalan.

Bekalan dalam jalan dakwah yang akan kita gunakan.
Jika ianya habis, maka dakwah kita ini akan hilang serinya.
Dakwah kita ini kehilangan semangatnya.

Iman inilah senjata utama yang kita gunakan untuk berperang dengan jahiliyyah yang selalunya menghimpit kita setiap hari.
Jihad dengan nafsu dan syaitan itu sangat dituntut kepada seorang mukmin apatah lagi seorang daie.

Mana mungkin kita menggalas beg yang terlalu berat dalam mendaki gunung yang curam untuk sampai ke puncak.
Seperti itu juga dalam membina kemenangan.
Kita tidak akan menang sekiranya perjalanan kita ini terhalang dengan cabaran yang kita sendiri cipta.

Apatah lagi cabaran yang datang dari luar.
Sudahlah dugaan dalaman tidak ditepis, cabaran luar pula datang menimpa-nimpa.
Maka, kita akan kian lesu untuk berada dalam jalan ini sehinggalah kita merasa bosan.
Bosan dengan apa yang dilakukan.
Jemu dengan apa yang kita angankan.
Kecewa dengan apa yang diusahakan.

Bila iman itu bertitik-tolak dari sendiri, kerana itulah betapa pentingnya tarbiyyah dzatiyyah buat seorang daie.

Proses pemantapan tarbiyyah dzatiyyah yang perlu dilakukan dari semasa ke semasa.
Kerana saya kira, dari situlah masalah seorang daie itu berpunca.
Masalah yang paling rumit adalah bila masalah itu sebenarnya datang dari diri sendiri.

Bila mana dalaman sudah goyah, lemahlah kekuatan luaran.
Bila mana luaran sudah lemah, maka bergoncanglah dakwah.

 

p/s : inshaAllah, akan share tentang tarbiyyah dzatiyyah di lain masa.

Advertisements

2 thoughts on “nuansa dakwah KITA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s