iman dan kebahagiaan

Bismillah.

Salam dakwah buat semua pembaca yang tidak pernah putus kunjung ke laman penulisan ini.
Sungguh, yang menggerakkan hati anda untuk membaca datang dari Allah sendiri.

Moga saya akan terus menulis untuk memberi manfaat buat semua, inshaAllah !

********

Dan di antara manusia itu ada yang mengatakan : ‘ Kami beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, sedang yang sebenarnya mereka bukan orang-orang yang beriman. Mereka hendak menipu Allah dan menipu orang-orang yang beriman, tetapi yang sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri dan mereka tidak sedar.’

( Al-Baqarah : 8-9)

Iman bukan semata pernyataan pada mulut, tapi pada hatinya.

Sesungguhnya orang-orang munafiq (beriman palsu) itu hendak menipu Allah, dan Allah menipu mereka. Apabil mereka berdiri mengerjakan sembahyang, mereka berdiri dengan malas, mereka ria (mengambil muka) kepada manusia dan tidak mengingati Allah, melainkan sedikit sekali. (An-Nisa’ : 142)

Iman bukan semata pada amal, tapi pada hatinya kosong.

‘ Mereka menyangkal (membantah) keterangan-keterangan (agama) Allah kerana dengki dan sombong, padahal hati mereka sendiri meyakininya.’ (An-Namlu : 14 )

Iman bukan sekadar mengetahui erti dan hakikat iman, tapi sebenarnya tidak beriman.

Sungguh, iman itu penting untuk hidup seorang manusia yang menanamkan azamnya untuk menjadi seorang mukmin.
Tanpa iman, tidak akan lahir seorang mukmin.

Mungkin sekadar Muslim.
Malah lebih teruk lagi, hanya menjadi manusia biasa.

Manusia tanpa iman, adalah manusia yang tidak bahagia.
Manusia tanpa iman, adalah manusia yang susah untuk memahami erti hakikat penciptaan dirinya sendiri.
Manusia tanpa iman, adalah manusia yang tidak tentu arah tuju hidupnya.
Manusia tanpa iman, adalah manusia yang kering hatinya.
Manusia tanpa iman, adalah manusia yang rugi serugi-ruginya.

Keimanan mengajar erti tidak putus asa.
Keimanan mengajar erti untuk tidak cepat berasa ragu-ragu.
Keimanan mengajar erti keyakinan yang benar-benar tinggi.

Pengetahuan.
Pengertian dan kepercayaan.
Ketundukan hati.

Ketiga-tiga perkara ini perlu seiring untuk memahami hakikat iman.
Untuk faham nilai harga iman.

Dan iman inilah menjadi tunjang aqidah dan pemikiran kita.
Aqidah adalah kepercayaan.
Pemikiran adalah berdasarkan ilmu pengetahuan.

Dek kerana inilah kita tidak pernah lelah untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang khalifatullah dan a’bid.
Kita taat dan patuh.
Kita faham dan kita laksana.

Apatah lagi, memang penting untuk iman sentiasa membayangi pemikiran kita.
Biar iman menjadi neraca.
Kerana,

Pemikiran adalah sesuatu yang boleh diubah-ubah,.
Pemikiran adalah satu pendapat yang boleh dianggap betul tapi pada hakikatnya salah.
Pemikiran sifatnya lemah.

Sebab itulah Islam mementingkan pembinaan aqidah.
Kerana aqidah sifatnya kuat dan tidak boleh diubah.
Aqidah sifatnya hidup.
Aqidah membangkitkan keyakinan.
Aqidah melenyapkan keraguan.

 Kalau sekiranya mereka meletakkan matahari di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, supaya aku tinggalkan apa yang aku kemukakan ini (Islam), nescaya aku tidak akan berhenti.

 

Sungguh, aqidah dan iman kitalah menjadi daya tolak untuk kita senantiasa memberi sumbangan dan berkorban untuk terus berada di dalam jalan dakwah ini.

Tanpa aqidah, jiwa ruhiyyah dakwiyah kita akan kering.
Tanpa iman, kekurangan dakwah itu akan amat dirasai.

Iman yang Allah hadiahkan seolah menjadi ‘klu’ kepada teka-teki kehidupan.
Ya, kehidupa ini hanya teki-teki kepada kita.
Jawapannya memang sukar untuk dicari.
Tetapi Allah menghadiahkan satu ‘klu’ kepada kita.
Kehidupan yang sentiasa dihimpit pelbagai persoalan.

Sehinggakan, kita pening kepala dengan hidup kita sendiri.
Apatah lagi kehidupan manusia lain yang turut menyerabutkan pemikiran dan hati kita.
Betul tak ?

Sebab itulah terbahaginya manusia ini kepada dua golongan.
Yang bahagia dan yang malang.

Bahagia ertinya merasa kesenangan di dalam syurga.
Malang ertinya merasa siksaan dalam api neraka.

Bercakap tentang soal bahagia dan malang di dunia,
bagi saya erti kesemuanya adalah palsu.

Dan neraca kebahagiaan manusia terlalu banyak jenisnya.
Siapa yang banyak duit, bahagia.
Siapa yang keluarganya tidak pernah pecah-belah, bahagia.
Dan lain-lain.

Penduduk syurga dunia bukanlah orang yang bahagia

Tetapi neraca kebahagiaan Allah hanya satu.
Syurga.

Dan sungguh, punca kebahagiaan itu adalah iman.
Kerana iman memberi jalan kepada manusia untuk mencapai kebahagiaan.
Iman memberi kesenangan kepada segala kesulitan.

Anak dan harta benda.
Ilmu pengetahuan dan teknologi.
Suami dan isteri.

Kesemuanya ini hanya kebahagiaan sampingan yang mudah untuk dilenyapkan.
Sungguh, jika iman itulah yang mengawal hati kita, kitalah manusia yang paling bahagia !

‘ Dan siapa yang mengerjakan perbuatan baik, laki-laki atau wanita, sedang dia beriman, nescaya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik.’ (An-Nahlu : 97 )

Tidak ada kebahagiaan, jika tiada ketenangan.
Tidak ada ketenangan, jika tiada iman.

Beginilah posisi iman dalam kehidupan seharian kita.
Betapa iman itu benar-benar mempengaruhi kehidupan kita.

Iman mendorong kita untuk menyahut panggilan Ilahi.
Iman mendorong kita untuk melengkapi fitrah seorang manusia.

Fitrah ini lemah, tetapi tidak mati.
Boleh tersembunyi tetapi tidak hilang.

‘ Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, maka lenyaplah dari ingatanmu apoa yang kamu puja selain dari Allah.’ ( Al-Isra’ : 67 )

Fitrah seorang manusia yang sebenarnya akan kembali kepada Tuhannya apabila dia kesusahan.
Tetapi imanlah menjadi pelengkapnya kerana iman akan sentiasa mendorong kita untuk kembali kepada Allah setiap masa.

‘ Maka hadapkanlah mukamu dengan betul kepada agama, ciptaan Allah yang dijadikan-Nya manusia sesuai dengan agama itu.’ ( Ar- Ruum : 30 )

Fitrah manusia bahawa sesungguhnya Islam itu adalah agama kita yang asli.
Tetapi imanlah pelengkapnya kerana iman memberi kita keyakinan Islam adalah agama al-haq.

‘ Adakah mereka tercipta begitu sahaja ? Ataukah mereka yang menciptakan (diri sendiri) ? Ataukah mereka yang menciptakan langit dan bumi ? Tidak 1 Bahkan mereka tiada mempunyai keyakinan.’ ( At-Thur : 35-36 )

Fitrah manusia memamg mengakui bahawa manusia ini tidak terjadi dengan sendirinya. Pasti ada penciptanya.
Tetapi imanlah memberi jawapan dan pengenalan kepada kita tentang ‘tuan’ kita yang sebenarnya.

Iman memperkenankan panggilan fitrah seorang manusia

Aku datang, aku tidak tahu, dari mana ?
Tetapi aku datang juga.
Aku menempuh jalan, terbentang di hadapanku
Lalu aku berjalan
Akan selamanya aku berjalan,
Kalau aku mahu atau tidak mahu ?
Bagaimana caranya aku datang ?
Bagaimana aku dapat menempuh jalan ?
Aku tidak tahu !

Akukah yang mengendali diriku,
Dalam hidup ini ? Atau aku dikendalikan ?
Aku ingin supaya aku tahu, tetapi…..
Aku tidak tahu !
Barukah aku, atau sudah usang ?
Dalam alam ini ?
Adakah aku merdeka, bebas ?
Atau seorang tawanan yang terbelenggu ?

Jalanku ! Apakah itu jalanku ?
Panjangkah atau pendek ?
Adakah aku naik atau menurun dan masuk lubang ?
Akukah yang berjalan, atau jalankah yang berjalan ?
Ataukah keduanya berhenti, dan zaman yang mengalir cepat ?
Aku tidak tahu !

Bagaimana pendapatmu, sebelum aku menjadi manusia yang sempurna ?

Adakah dahulunya belum apa-apa, ataukah sesuatu yang telah ada ?

Adakah teka-teki ini dapat diteka ?

Atau tetap menjadi teka-teki untuk selamanya ?

Aku tidak tahu, dan mengapa aku tidak tahu ?
Aku juga tidak tahu !

(Qasidah : At-Thalasim)

Inilah keadaan sebenar manusia yang tidak benar-benar memanfaatkan iman yang berada dalam dirinya.
Iman itu perlu diasah.
Iman itu perlu dibina.

Manusia tanpa iman,
Siang gelisah, malamnya resah.

Dek kerana hakikat inilah,

Kita berterusan meneruskan usaha untuk kita menyucikan iman kita sendiri dan manusia-manusia yang berada di sekeliling kita.
Kita juga mahu bahagia dan menghulurkan sumber kebahagiaan itu kepada orang lain.
Kerana, hanya orang yang beriman sahaja nampak tujuan dan jalan yang akan ditempuhnya.

‘ Sesungguhnya inilah jalanku yang lurus, maka turutlah jalan itu. Dan janganlah kamu turut jalan-jalan yang lain, kerana nanti kamu akan terpisah dari jalan Allah. Itulah yang diperintahkan Tuhan kepada kamu, supaya kamu bertaqwa.’ ( Al-An’am : 153 )

 

Percayalah, orang yang beriman tidak meraba-raba dalam kegelapan.
Percayalah, orang yang beriman tidak berjalan tidak tentu tujuan.
Percayalah, orang yang beriman tahu ke mana sampai dan destinasi pilihan.

Akhir kalam,

Jadilah manusia yang mencari kebahagiaan.

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s