si buta yang celik

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Semoga ruhiyyah kita bersedia untuk menyambut Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi.

****
Entri ini sebenarnya sudah saya tangguh sekian lama.

Lebih kurang sebulan.

Ditangguh kerana terasa kekurangan pada keyakinan diri untuk menyampaikan kepada orang lain.

 

Ada seorang buta yang telah berjaya membuat saya kagum dengan beliau.
Seorang buta yang istimewa.
Dan ternyata sumber inspirasi saya itu telah meninggal dunia.

Sesiapa yang ingin mencontohi seseorang, maka ambillah contoh daripada mereka yang telah mati. Kerana orang yang hidup masih belum terjamin kesudahan hidupnya. (kata-kata salaf)

Pada satu ketika, limaorang  manusia mendengarkan pencerahan hati untuk agama Islam, datanglah si buta ini yang juga memerlukan pencerahan yang sama.

“Ajarkan kepada saya apa yang Allah S.W.T ajarkan kepadamu.”

Lalu yang sedang memberi pencerahan ketika itu memasamkan muka dan berpaling. Berpaling kembali manusia yang berlima tadi mengharapkan keislaman mereka. Kerana keislaman mereka (anasir taghyir) bakal memperkuatkan lagi agama Allah ini, dan menjadi sokongan kepada Sang Pencerah tadi.

Tiba-tiba Sang Pencerah, merasakan kegelapan di sekelilingnya. Terasa bagainya kepala dipukul saat itu.

Di tengah kepekatan malam,
Berdiri seorang manusia,
Di halaman untuk membekalkan cahaya,
Menjelma pula seraut wajah,
Akhirnya menjadi kuntuman bunga,
Dia sendiri memujanya.

 

Beginilah simboliknya keadaan antara si buta tadi dengan Sang Pencerah.
Sang Pencerah yang diberi pencerahan oleh Tuhannya.

Neraca-Nya mengatasi neraca kita.

Neraca akhirat mengalahkan neraca dunia.

Neraca taqwa yang lebih berharga.

 

Kesemua neraca dunia ini hanyalah diwujudkan manusia sahaja.
Bukan menolak kepentingannya, tetapi Allah ingin mengajarkan kepada kita betapa perlunya kita menilai sesuatu menggunakan neraca yang betul.

 

Barangkali ia mahu membersihkan hatinya (dengan pelajaran agama yang didapatinya daripadamu) Ataupun ia mahu mendapat peringatan, supaya peringatan itu memberi meanfaat kepadanya. Adapun orang yang merasa keadaannya telah cukup, tidak berhajat lagi (kepada ajaran Al-Quran), maka engkau bersungguh-sungguh melayaninya. Padahal engkau tidak bersalah kalau ia tidak mahu membersihkan dirinya (dari keingkarannya). Adapun orang yang segera datang kepadamu, dengan perasaan takutnya, maka engkau berlengah-lengah melayaninya.

 

Ya, amaran dari tuhan Sang Pencerah datang.
Datang untuk juga memberi pencerahan.

Sungguh, bagi kita sangat penting untuk kita pandai menilai menggunakan dengan neraca yang betul.

Kerana daie adalah penegak neraca Ilahi di atas muka bumi.
Kita berusaha untuk mengajarkan seluruh manusia ini menjadikan Allah sebagai keutamaan.
Kita berusaha untuk menjadikan agama Islam dan ummatnya adalah ummat yang terbaik.
Dan kerana neraca inilah, tertolaknya kita untuk bekerja keras menyampaikan dakwah.

Bukan menidakkan untuk menolak manusia yang mempunyai potensi atau nilai yang istimewa berbanding yang lain.

Kalau ku turutkan hati, mahu sahaja terus aku pergi kepada orang-orang yang mempunyai pengaruh.

Kalau ku ikutkan rasa, mahu sahaja terus aku berlari kepada artis-artis untuk membersihkan diri mereka kerana pengaruh mereka merupakan satu impak yang besar.

Namun, saya tahu neraca Allah mengatasi segalanya.

Neraca Allah mengajar kepada kita agar tidak menepikan manusia-manusia yang memerlukan pencerahan dari kita.

Daie memang perlu datang kepada manusia yang lain.

Kita sentuh semua.

Kita berusaha untuk mengasah kesemua logam.

Tetapi yang datang kepada kita, itulah lebih bagus dan kita tidak wajar meninggalkannya.
Kerana yang datang kepada kita itu lebih merasakan kotoran jahiliyyah itu jelas.
Kerana yang datang itu meminta, bukan menunggu untuk diberi.

Allah ingin mengajar  betapa pentingnya taqwa dalam dakwah ini.

Tidak kiralah apa jua latar belakangnya.

Kaya atau miskin.
Celik atau buta.
Paling penting taqwanya.
Sejauh mana dia ingin mendekatkan diri kepada Allah.

Tidak rugi bagi kita andai kita terlepas golongan-golongan ini.
Tetapi alangkah sangat rugi jika kita melepaskan golongan-golongan yang mencari ini.

Bandingkan keadaan si buta ini dengan limaorang manusia tadi.
Si buta yang terbukti  kecelikan hatinya, lapang sungguh dadanya.
Manakala kelima-lima tadi seolah buta hati walaupun mata mereka celik.

Hakikatnya, kelima-lima manusia tadi adalah manusia yang paling berpengaruh tika itu.

Siapa yang tidak kenal dengan, (kalau tak kenal, boleh cari)

‘Utbah bin Rabi’ah
Syaibah bin Rabi’ah
Abu Jahal
Umayyah bin Khalaf
Al-Walid bin Al-Mughirah (ayah kepada Khalid Al-Walid)

Untuk dibandingkan kedudukan mereka dengan si buta, sudah tentu jauh bezanya dari segi dunia.

Siapakah beliau sebenarnya yang akhirnya begitu istimewa di hati Rasulullah S.A.W?
Orang Mekah.
Anak kepada pasangan Qais bin Za’idah dan ‘Atikah binti ‘Abdullah.
Sepupu kepada Sayyidatina Khadijah binti Khuwailid R.A.

Sejumlah 16 ayat teguran dari Allah untuk Rasulullah mengenai peristiwa ini.

Tidak hairanlah jika Rasulullah sangat memuliakannya.
Sentiasa senyum padanya meskipun si buta ini tidak mungkin dapat melihatnya.
Sentiasa bertanyakan khabar dan keperluannya.
Sentiasa duduk dekat padanya dalam sesuatu majlis.

Sungguh, dia bukan sahaja dimuliakan oleh Allah, malah oleh Rasulullah sendiri.

Dan sejak dari itu,

Si buta ini memberi sumbangan yang banyak dalam Islam.

Dialah yang bersama-sama Mus’ab bin Umair ke Madinah berdakwah disana.

Dialah yang bergilir-gilir dengan Bilal bin Rabah mengumandangkan azan dan iqamah.

Dialah juga antara manusia yang dilantik oleh Rasulullah untuk menjaga Madinah ketika Rasulullah tiada.

Di satu ketika selepasnya Perang Badar, Allah menurunkan ayat mengangkat darjat mereka yang pergi berjihad ke jalan Allah.
Memberikan kesan yang tersangat mendalam ke dalam jiwa si buta.

Lalu beliau mengadu kepada Rasulullah,

“ Wahai Rasulullah, jika saya mampu berjihad nescaya saya sudah berjihad.”

Lalu berkat doa si buta ini tadi, Allah memakbulkan doanya.

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari kalangan orang-orang yang beriman, selain dari orang-orang yang ada keuzuran dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk membela Islam)….(An-Nisa : 95 )

Meskipun pengecualian dari Allah datang, namun jiwa si buta ini tidak pernah lelah ingin berjuang. Malah, dia telah membulatkan azam untuk tetap berjihad pada jalan Allah.

Jiwanya yang besar mahukan impian yang juga besar.
Kemenangan yang agung dibuktikan dengan perkara yang agung.

“ Tempatkan saya di antara dua barisan tentera. Berikan kepada saya panji untuk saya bawa dan pelihara bagi pihak kamu. Saya buta, sudah semestinya saya tidak boleh lari darimedan.”

Sungguh, ayatnya ini benar-benar menyentuh lubuk jiwa seorang daie.

Apa jua kelemahan kita tidak patut dijadikan sebagai penghalang untuk berkorban atas jalan dakwah.

Si buta telah membuktikan kepada kita bahawa semangat berjihad itu sepatutnya tidak pernah luntur.

Selagi celik mata,

Selagi dengar telinga,

Selagi itu kita akan berjuang.

 

Meskipun kita buta, tuli dan bisu,

Kita juga akan terus berjuang.

 

Selagi hayat dikandung badan,

Selagi Islam tidak tertegak,

Maka kita akan terus berjuang.

 

Aduhai si buta,

Apa tersemat dalam jiwamu,

Sehingga gerun aku.

 

Aduhai si buta,

Kau beri bukti,

Tampak diri tiada kelemahan,

Dari segi dalaman.

 

Aduhai si buta,

Kau dapat kemenangan,

Gilang-gemilang dan terbilang,

Kau pegang panji begitu erat,

Sehingga akhir hayat.

 

Aduhai si buta,

Terasa pula diriku yang sebenarnya buta,

Buta dalam celik,

Ternyata lebih merana.

 

sekian,

renungan kita bersama melalui kisah ‘Abdullah bin Ummi Maktum.

Advertisements

2 thoughts on “si buta yang celik

  1. rindunya sy pada akk… :'(
    akk jage dri baik2 kat sana..
    n most imprtnt..i louv diz entry!!!!
    keep it up sis <3

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s