siapa kita ?

Bismillah.

Salam dakwah buat semua pembaca.

Saya kehilangan nikmat kesihatan kebelakangan ini. Namun semangat saya untuk terus menulis tidak pernah padam. Cuma, saya sedikit sibuk kebelakangan ini dengan urusan yang lebih penting dari menulis.

 

*********

Siapa kita ?
Siapa awak ?
Siapa saya ?

Persoalan yang terkadang mempengaruhi jiwa dan pemikiran seseorang.
Jawapan yang ringkas memberi tafsiran bahawa si empunya diri tidak terlalu berpanjangan jauh.

Sekadar menjawab nama, bagi saya hanyalah memberi pengenalan yang tidak mendalam.

Sekadar menjawab pangkat yang disandang, bagi saya hanyalah memberi satu identiti yang tidak akan kekal lama.

Jawapan yang diberikan bakal mempengaruhi sejarah asal-usul seseorang.
Dan sungguh, sejarah silam yang tidak agung tidak perlulah dikisahkan kepada orang lain.

Siapa kita ?
Siapa awak ?
Siapa saya ?

 

Kita, awak dan saya adalah seorang Islam.
Kita, awak dan saya adalah hamba kepada Allah.
Kita, awak dan saya tunduk dan patuh pada perintah-Nya.
Kita, awak dan saya selalu berusaha untuk menjauhi larangan-Nya.

Tetapi adakah kita, awak dan saya, malah anda semua,

MEMBERIKAN JAWAPAN YANG SAMA ?

Mengapa Islam ?

Kerana Islam adalah latar belakang kita semua.
Kerana Islam adalah cara dan prinsip hidup kita.
Kerana Islam itu adalah agama yang sebenar-benarnya.

Dan yang pasti, jika ikatan Islam ini yang kita pegang, maka segala batasan yang diwujudkan manusia akan terhapus dengan sendirinya.

Batasan bangsa.
Batasan negara.
Batasan pangkat dan harta.

Kesemua batasan ini adalah hanya ukuran manusia yang tidak panjang akalnya, tidak jauh pemikirannya dan tidak terbuka hatinya.

Sungguh,
Bila Islam menjadi jawapannya,

TERNYATA TANGGUNGJAWAB YANG KITA GALAS ADALAH SAMA.

 

Sungguh,
Bila Islam menjadi jawapannya,

AQIDAH KITA MEMPUNYAI TUNJANG YANG SAMA.

 

Sungguh,
Bila Islam menjadi jawapannya,

PANDUAN HIDUP KITA JUGA SAMA.

 

*******

Fitrah manusia itu sememangnya dia ingin tahu dari mana asal-usulnya.
Latar belakang keluarganya.
Latar belakang negaranya.

Dan latar belakang yang Allah berikan kepada kita adalah agama Islam.

Bukan hanya tertakluk kepada manusia yang mempunyai bin dan binti pada namanya.
Bukan hanya tertakluk kepada manusia yang berasal dari bangsa Arab semata.

Tetapi kalimah agung iaitu LA ILAHA ILLA ALLAH memberikan latar belakang yang sama.

Dan bila kita mempunyai latar belakang yang sama, maka kita perlu bersama mengikat hati untuk sama-sama berjuang dalam menegakkan kalimah ini di atas muka bumi.

Namun, bila saya fikirkan kembali,
Renungan seorang manusia terhadap pengertian kalimah ini semakin mencair.
Cukuplah sekadar lafaz untuk memberi Islam, bukan islam kepada seseorang.

Fahamilah dan ketahuilah.
Islam bukan sekadar pada nama.
Islam bukan sekadar agama.
Islam adalah Islam dan juga islam.
Islam pada nama pun ya.
Islam pada amalnya pun ya.

Dan sungguh, islam itu akan lebih tertegak dengan pengetahuan, kefahaman dan amalnya.

Selalu ditanya,

“ Apakah nikmat yang paling besar Allah berikan kepada kita ? ”

Islam dan iman.

Namun, bagaimana kita mengertikan kesyukuran kita kepada kedua-dua nikmat ini ?

Sekadar melafazkannya ?
Sekadar menganutinya ?

 

Sungguh, erti kesyukuran yang paling besar adalah apabila seseorang itu menjaga nikmatnya dengan cara yang betul dan menerimanya dengan sepenuh hati.

Jaga Islam dengan betul.
Terima Islam secara kaffah.

Setakat mana kita telah bersyukur jika usaha kita tidak seberapa ?

Hasil itu akan dicapai dengan usaha.
Jika tidak berusaha, maka hasilnya tidak akan datang bergolek.

Seperti anda mempunyai sebuah sawah padi yang teramat luas.
Anda akan bersungguh-sugguh mengerjakannya untuk mendapatkan hasil.

Sungguh, orang yang malas berusaha itu adalah orang yang merasakan dia sudah selesa tetapi sebenarnya tidak.

Dan saya kira inilah punca utama mengapa ummat Islam kini tidak menghargai Islam kerana sudah selesa dengan agama ini.

Selesa kerana kita berasa terjamin dari siksaan Allah.
Selesa kerana kita seolah yakin kita adalah bakal penghuni syurga-Nya.
Kalau beginilah senangnya, saya juga akan selesa mempunyai Islam itu hanya pada nama.

Tetapi saya tahu, Islam memerlukan sesuatu dari penganutnya.

Datangnya Islam telah melahirkan barisan para sahabat yang sangat hebat.
Datangnya Islam telah melahirkan daie-daie yang agung.
Datangnya Islam telah melahirkan para pejuang yang tidak pernah luntur semangat.

Tapi kini,

Seolah Islam tidak lagi begitu.

Islam yang kini menyaksikan ummatnya yang kian ditenggelami dunia.
Islam yang kini menyaksikan ummatnya yang kian ditindas haknya.

Apakah ini Islam mahukan untuk ummatnya ?
Atau ini adalah kehendak kita sendiri ?

Sungguh, ini semua adalah kehendak kita sendiri yang tidak pernah berusana untuk memahami erti sebenar Islam.

Seharusnya kita memperuntukkan masa untuk diri sendiri dan orang sekeliling kita memahami Islam yang sebenar.

Menjadi tugas kita untuk memberi kefahaman yang lebih jelas.
Tugas daie itu bukan sekadar memberi ilmu, malah mencurahkan kefahaman ke dalam jiwa-jiwa manusia.

Dan bila seorang manusia itu faham, maka dia tidak akan lagi ragu-ragu dengan Islamnya. Malah, dia sendiri juga akan bergerak bersama-sama kita untuk memberi kefahaman kepada manusia-manusia lain yang masih lagi kurang faham tentang agama ini.

Jika dinilai pada pengetahuan, saya kira ramai manusia yang hebat tentang ilmu yang dimilikinya.

Jika dinilai pada kadar kefahaman dan kadar amalannya, bilangan manusia yang hebat itu tadi akan berkurangan.

 

Ilmu yang berkesan terletak pada sejauh mana kefahaman dan amalan.
Dan dalam kita memahami Islam itu mestilah pada hati, bukan pada akalnya.

Kerana hati yang mengetuai.

 

 “Man Yuridillahu bihi Khaira, Yufaqqihu fiddin”

“Barang siapa yang diingini Allah dengannya kebaikan, diberikan kefahaman agama.”

[Hadis riwayat Bukhari dan Muslim]

 

 

 

Kita sudah punyai akal dan hati.

Kita mampu untuk menimba ilmu.

Kita mampu untuk memahami.

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: “Para manusia ini adalah bagaikan benda logam,sebagaimana juga logam emas dan perak. Orang – orang pilihan di antara mereka di zaman Jahiliyah adalah orang – orang pilihan pula di zaman Islam, jikalau mereka menjadi pandai – dalam hal agama. Ruh-ruh itu adalah sekumpulan tentera yang berlain-lainan, maka mana yang dikenal dari golongan ruh-ruh tadi tentulah dapat menjadi rukun damai, sedang mana yang tidak dikenalinya dari golongan ruh-ruh itu tentulah berselisihan – maksudnya ruh baik berkumpulnya ialah dengan ruh baik, sedang yang buruk dengan yang buruk.” (Riwayat Muslim). 

Manusia itu seperti logam perihal dirinya.
Mempunyai potensi yang berbeza-beza.
Dan boleh dibentuk untuk kegunaan yang tertentu.

Persoalannya kembali kepada kita untuk menjadi logam yang bagaimana ?
Logam yang mahalkah ?
Atau logam yang tiada guna ?

Jika acuan logamnya adalah Islam, maka akan baiklah hasilnya.
Jika acuan logamnya adalah jahiliyyah, maka akan buruklah hasilnya.

Tanya kembali ,

Siapa kita ?

Siapa awak ?

Siapa saya ?

Dan,

Siapa anda semua ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s