jika aku adalah pemuda

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Segar benar jiwa ini setelah mendapat basuhan minda dari pengisian buat ruhiyyah ini.
Moga Allah sentiasa memelihara kesegaran ruh dakwah saya ini inshaAllah.
Dan buat anda semua, moga Allah turut memeliharanya juga.

******

Jika aku adalah pemuda,
Nescaya aku patut sedar aku adalah PEMUDA.

Jika aku adalah pemuda,
Nescaya aku tidak membazirkan tenaga dan semangat yang aku ada.

Jika aku adalah pemuda,
Nescaya aku adalah antara yang terpenting dalam kebangkitan ummah ini.

Jika aku adalah pemuda,
Tidak bermakna aku meminggirkan yang tua.

Jika aku adalah pemuda,
Nescaya aku tidak mahu pernah berhenti menjadi pemuda,
Malangnya fitrah usia yang semakin meningkat tidak boleh dilawan.

Pemuda.
Rijal.
Syabab.
Fatah.

Gelaran yang sama.
Maksud yang berbeza.

Pemuda sentiasa dikaitkan dengan kebangkitan ummah.
Pemuda sentiasa dikaitkan dengan transformasi.
Pemuda juga sentiasa dikaitkan dengan ilmu.

Kerana pemuda seolah menjadi golongan yang cukup segalanya.
Tenaga yang banyak.
Semangat yang kuat.
Keyakinan yang tekad.
Ilmu yang banyak.

Cuma mungkin kekurangan pengalaman.
Dan golongan tua lah yang melengkapkan ciri itu.

Bukan bermakna saya mahu menidakkan ada golongan tua yang sungguh bersemangat dalam lapangan dakwah ini. Sehingga terasa keseganannya. Cuma saya mahu mengenengahkan konsep pemuda dalam melakukan transformasi kepada ummah ini, atau lebih spesifiknya dalam bidang dakwah dan tarbiyyah ini.

Allah lah yang menciptakan kamu dari keadaan kamu lemah kemudian Dia menjadikan (kamu) setelah lemah itu kuat, kemudian Dia menjadikan (kamu) setelah kuat itu lemah (kembali) dan beruban. Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dan Dia Maha Mengetahui, Maha Kuasa. (30 : 54)

Terang jelas dan nyata Allah menggambarkan perihal seorang pemuda.
Tenaga yang kuat.

Jika kita lihat kembali sorotan-sorotan apa jua peristiwa yang berlaku melibatkan sebuah transformasi yang besar, semestinya ada sayap pemuda di dalamnya.

Dalam lipatan sejarah Islam seperti Sultan Muhammad Al-Fateh yang menawan Konstantinople.
Revolusi di Mesir, Tunisia, Libya dan lain-lain.

Kekuatan yang telah Allah hadiahkan buat pemuda bukanlah sia-sia.
Bukanlah sengaja.

Tenaga yang dibekalkan kepada golongan pemuda seolah menjadi satu empangan hidroeletrik yang mampu memberi cahaya ke seluruh bumi.
Sungguh, jika dijana dengan betul, maka tenaga yang disumbang tidak ternilai harganya.

Mungkin zaman sekarang, sibuk melimparkan tenaga mereka kepada belajar atau matlamat-matlamat lain.
Tanpa memikirkan matlamat yang lebih besar dengan tenaga yang ada.

Tenaga yang banyak sepadan dengan matlamat yang besar.
Usah pelik jika kita melihat ada golongan pemuda yang benar-benar berjaya dalam hidup mereka, berbanding kita.
Kerana, sudah terbukti mereka berjaya menggunakan tenaga mereka dengan begitu sempurna.

Sementara tenaga masih perkasa,
Baiklah dimanfaatkan sepenuhnya,
Usia tua bakal menjadi sisa,
Tika itu dhoif sudah tenaganya.

Percayalah, jika usia muda sudah sia-sia, maka usia tua akan menjadi lebih sia-sia.
Saat itu tertanamlah sudah sesalan,

‘ Kalau lah aku muda lagi.’

Di usia pemuda inilah kita manfaatkan sepenuhnya agar usia tua benar-benar terasa keemasannya.
Biar usia muda kita berbakti, usia tua kita berbudi.

Orang-orang Badwi yang tertinggal (tidak turut ke Hudaibiyah) akan berkata kepadamu, ‘ Kami telah disibukkan oleh harta dan keluarga kami, maka mohonkanlah ampunan untuk kami.’ Mereka mengucapkan sesuatu dengan mulutnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Katakanlah, ‘ Maka siapakah yang dapat menghalangi-halangi kehendak Allah jika Dia menghendaki bencana terhadap kamu atau jika Dia menghendaki keuntungan bagimu ? Sungguh Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.’ (48 : 11 )

 

Dan sungguh,
kita golongan pemuda TIDAK LAYAK  memberikan alasan.

Ketinggalannya kita dalam mengejar gerakan dakwah yang semakin laju bergerak ini,
Seolah masa yang telah kita lepaskan tidak akan kembali lagi.

Masih ingatkan anda pada kisah Kaab bin Malik yang ketinggalan dalam perang Tabuk ketika itu, sedangkan dia adalah antara ahli tentera Badar yang dikatakan antara as-sabiquunal awwalun.

Dengan beribu-ribu alasan manusia atau pemuda akan lebih suka berdolak-dalih untuk melakukan sesuatu.
Dan akhirnya kerja yang diharapkan akan selesai, kecundang di tengah jalan.
Atau mungkin kerjanya akan selesai tetapi berada dalam golongan ketinggalan.

Dan dengan alasan juga, akan menghilangkan keyakinan kita untuk lebih berusaha mencapai sesuatu.
Dan ada kalanya patah semangat hanya disebabkan oleh pelbagai alasan.

Manusia yang banyak beralasan, adalah manusia yang ketinggalan.
Manusia yang ketinggalan, adalah manusia yang berada dalam kerugian.

 

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Tidak akan berganjak kaki anak Adam di Hari Kiamat nanti hingga disoal tentang lima perkara; Iaitu tentang usianya pada apa yang telah dikerjakannya, tentang masa mudanya apa yang telah diperjuangkannya, tentang hartanya dari mana datangnya dan ke mana telah dibelanjakannya, dan tentang ilmunya bagi apa yang telah dilakukannya”. Hadith riwayat Imam At-Tirmidzi.

 

Sungguh, berdasarkan hadis ini boleh saya simpulkan usia seorang pemuda itu diiringi satu amanah yang besar.
Dan jika amanah itu tidak dilaksanakan dengan sempurna, maka kita akan mendapat balasannya.

Amanah yang besar itu akan ditanya oleh Allah kepada semua manusia ketika mereka menjadi pemuda.

‘ Ketika kau muda, apa yang kau perjuangkan ? ‘

‘ Kerjaku.’
‘ Rumahtanggaku.’
‘ Hartaku.’

Mana hilangnya perjuangan kita terhadap agama ini ?
Atau kita merasakan tidak perlu untuk berjuang kerana kita pasti Islam akan menang.
Atau kita sudah merasa selesa dengan agama yang kita anuti tanpa perlu membuat apa-apa.

Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. (3 : 104 )

 

Atau bila terbacanya ayat ini, hati tidak merasa sensitif bahawa kitalah yang sepatutnya menjadi golongan yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Kita mengharapkan orang lain akan melakukannya tanpa perlu usaha dari tubuh badan diri sendiri.

Wahai orang-orang yang beriman ! Penuhilah seruan Allah dan Rasul, apabila dia menyerumu kepada sesuatu yang memberi kehidupan kepadamu,  dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya dan sesungguhnya kepada-Nyalah kamu akan dikumpulkan. (8 : 24)

 

Atau apakah seruan ini tidak sampai lagi ke telinga kita ?
Atau ketika seruan ini sampai, kita tidak mengendahkannya ?

Wahai  pemuda,
Sungguh, jika engkau telah diseru,
Dengan seruan kebenaran,
Maka sahutlah,
Jika seruan kebatilan,
Maka jauhi dan tinggalkan.

Wahai pemuda,
Andai kau tidak dapat mendengar seruan itu,
Usah persalahkan kami yang tidak memperdengarkannya kepadamu,
Terlebih dahulu,
Timbang-taralah usahamu mencarinya.

Wahai pemuda,
Bahu kau telah ditimpakan satu tanggungjawab yang berat,
Maka jangan persiakan,
Jangan kau permainkan,
Kerana ianya perlu dilunaskan.

It’s no one,only you,
THE YOUTHS. 

 

Daripada an-Nu’man bin Basyir, beliau berkata, suatu hari kami duduk-duduk di masjid Rasulullah S.A.W. Basyir (bin Saad) adalah seorang yang tidak banyak bercakap. Lalu datang Abu Tsa’labah dan beliau berkata, wahai Basyir bin Saad, apakah kamu menghafal Hadith Rasulullah S.A.W tentang kepimpinan (al-Umara’)? Lalu Hudzaifah berkata, aku menghafal khutbah Baginda S.A.W. Lantas Abu Tsa’labah al-Khashniyy duduk dan Huzaifah berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:

“Kenabian akan berada bersamamu selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya.

Kemudian akan tiba pula zaman Khilafah di atas Manhaj Kenabian selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya.

Kemudian datang pula zaman raja yang menggigit (Malikun ‘Aadhun) selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya.

Selepas itu muncul pula zaman raja yang diktator (Malikun Jabriyyah) selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya.

Kemudian akan hadir pula zaman Khilafah di atas manhaj Kenabian…”

(Hadis Riwayat Ahmad 4/275, Abu Daud 4/211, At-tirmidzi 4/503)

 

Kebangkitan ummah akan berlaku kembali selepas ini.
Namun, siapakah yang menyumbang ke arahnya ?

Ternyata siapa yang menyumbang, merekalah golongan-golongan yang untung !
Merekalah golongan yang benar-benar rindukan bau syurga-Nya.
Merekalah golongan yang benar-benar mengejar redha-Nya. 

Konklusinya,

Jika aku adalah pemuda,
MAKA AKU AKAN MENJADI PEMUDA YANG BENAR-BENAR MENYERAHKAN QUDRAT DIRI KE DALAM JALAN DAKWAH INI !

 

p/s : entri khas untuk orang Kedah sana. ^_^
Semoga akak berjaya menjadi cikgu yang berjaya mengislah anak murid inshaAllah !

7 thoughts on “jika aku adalah pemuda

  1. pemuda sekarang masih ramai yang leka(termasuk diri ini)
    mereka tetap menyeru
    yang rancak menyeru
    tetapi bukan ke arah kebaikan
    tetapi ke arah kerugian,kesesatan dan ada yang tergolong dalam seburuk2 kawan…
    [Surah Al-Hajj: 11-13]

    • cepatnya pemuda dari sabah komen…jazakillah ukhti…
      makin naik smgt ana..

      tulah kita pemuda2 yang berada dalam landasan al-haq inilah kena krja lebih bersungguh2 kerana mereka di sebelah kebatilan sana bekerja dgn penuh tekun.

  2. Salaam…

    Bila di-offer dengan Trust dari Allah utk jadi khalifah, manusialah yang menerimanya. (Al-Ahzab : 72)

    Bila dah jadi golongan terpilih, masih mahu menidakkan beban dakwah yang tersedia?

    …Dia telah memilih kamu dan Dia tidak menjadikan kesukaran untukmu dalam agama….
    [Al-Hajj : 78]

    Ibrah taklim hari sabtu :
    Your degree, your masters and PhD..Allah is not interested to know.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s