nilainya sebuah agama

Bismillah.

Salam dakwah dan tarbiyyah buat semua.

Tahap iman itu bukan pada perkataan sahaja.
Tahap iman itu bukan pada amalnya sahaja.
Tahap iman itu bukan pada keyakinan sahaja.
Tahap iman itu perlukan kepada semua.
Maka, wahai manusia !
Berusahalah untuk menjaga kesemuanya.

Sekadar muhasabah buat kita semua, inshaAllah !

********

Nilai agama buat kita bergantung kepada sejauh mana kita menghargainya.
Menghargainya sekadar mensyukurinya.
Menghargainya sekadar sebagai satu anutan.
Menghargainya sekadar sebagai satu alasan yang kukuh untuk masuk ke syurga.
Ini tidak lagi cukup.

Menghargai pada cara yang Allah mahukan, bukan kita mahukan.
Agama tetap tidak boleh diubah dengan kehendak kita kerana agama ini ditanzilkan oleh Allah.
Dakwah Rasulullah yang sampai kepada para sahabat, dan didengar sehingga kini.
Lalu, sampai kepada kita.
Meskipun zaman kini jauh lebih moden dari zaman Makkah dahulu, namun ternyata hakikat agama ini tidak boleh diubah.

Mengapa pentingnya nilai agama ?
Kerana ia akan membentuk fikrah kita.

Apa itu fikrah ?
Cara kita berfikir.
Satu perkara yang akan mempengaruhi kita membuat suatu keputusan dan mencipta satu matlamat.

Bila sebut cara berfikir, sudah tentunya kembali kepada manusia kerana manusia satu-satunya makhluk Allah yang diberi akal.
Kita mengakui, inilah antara keistimewaan yang kita banggakan.
Namun, sejauh mana kita membentuk cara kita berfikir ?
Telah berjayakah kita membentuk cara berfikir seperti yang Allah mahukan ?

Sudah kita fahamikah apa itu agama ?
Agama bukan adat.
Agama bukan ditentukan dengan kemahuan.
Agama bukan tertakluk kepada satu aspek.

Agama adalah cara kita hidup dengannya dan kita menghidupkannya dalam keadaan sekeliling kita.
Bukan sahaja kita beramal dengan agama, maka kita turut berjaya mempengaruhi orang lain untuk juga sama-sama beramal dengan kita.

Bukan menjadi goreng pisang panas bila sampai di luar sana.
Kita permudahkan agama semata mengikut kehendak manusia.
Kita cuba bertoleransi dalam agama walaupun dalam sekian hal tidak ada toleransi di dalamnya.

Islam ini adalah agama yang cukup sempurna, maka kita tidak boleh menokok-nambah atau menguranginya.
Apatah lagi, cuba untuk mengamalkan hanya sebahagiannya sahaja.

Wahai orang yang beriman ! Masuklah ke dalam Islam ini secara kaffah (keseluruhan), dan janganlah kamu ikuti langkah-langkah syaitan. Sungguh, ia musuh yang nyata bagimu. (2 : 208 )

Telah Allah serukan kepada orang-orang yang beriman untuk mengamalkan Islam secara keseluruhan.
Bukan hanya dalam ibadat.
Bukan hanya dalam urusan harta pusaka, zakat dan sebagainya.
Bukan sekadar untuk hal nikah dan cerai.

Secara kaffah.
Ibarat sebuah cawan  yang kosong, lalu anda tuangkan air yang sangat lazat ke dalamnya sehingga penuh.
Kerana anda benar-benar mahu menikmatinya sehingga akhir hayat anda.
(Macam kita pergi kem motivasi, kena jaga cawan yang penuh dengan air. Kita jaga penuh berhati-hati sebab tidak mahu air itu tumpah walapun sedikit).

Interaksi kita dengan agama adalah sebagai seorang manusia yang memerlukan sesuatu asas dalam kehidupannya.
Satu batu asas untuk dijadikan panduan.
Satu batu asas untuk dijadikan rujukan.
Satu batu asas sebagai penilai kepada sesuatu.

Jika ditanya kepada saya,

‘ Apa nilai agama Islam ini untuk awak ? ‘

Nilai agama saya adalah seluruh kehidupan saya.
Islam adalah penyembuh saya.
Islam adalah wasilah saya untuk berkomunikasi dengan Allah lebih dekat.

Sungguh, jika kurang iman, kita tidak akan tahu mengapa kita berada dalam agama ini.
Mula kita rasakan agama ini terlalu menyekat.
Mula kita rasakan agama ini menyusahkan.
Mula kita rasakan agama ini tidak sesuai untuk diamalkan sekarang.

Mengenali fikrah Islamiyyah itu dengan iman,
kerana iman itu yang memberi kesedaran. 

Paling bahaya, kelak kita akan meninggalkan agama ini tanpa kita sedar.
Dalam amalan, kita tinggalkan.
Dalam erti sebuah keyakinan kepada agama Islam ini sendiri, kita hilang.

Dalam melalui realiti sebuah kehidupan, maka perlulah agama itu yang mendahului.

Seperti saya katakan tadi, agama ini sangat penting untuk kita fahaminya agar fikrah Islamiyyah kita boleh terbentuk dengan sendirinya.
Bila fikrah Islamiyyah dibentuk secara tidak sempurna, maka akan lahirlah seorang insan yang juga kurang sempurna.
Nilai diri  kita adalah Islam.
Kerana kita akan dinilai berdasarkan apa yang kita boleh pilih.
Kita yang menyesuaikan diri dengan Islam, bukan Islam mengikut selera kita.

Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanya mengikuti prasangka dan mereka tidak lain hanyalah berdusta terhadap Allah. ( 6 : 116 )

Sebab itulah dalam pembinaan diri sendiri mahupun mutarabbi, kita perlu memastikan jelasnya fikrah Islamiyyah mereka.
Bukan fikrah jahiliyyah.
Bukan fikrah material.

Jika kita dapati ada kekurangan, maka kita tolong perbaiki.
Jika kita dapati sudah sempurna, maka teruskan usaha untuk memeliharanya.

Pentingnya fikrah Islamiyyah ini supaya mereka dapat bezakan dari fikrah-fikrah yang lainnya.

Kata Saidina Umar R.A : Ikatan Islam itu akan terungkai apabila lahir dalam Islam orang-orang yang tidak mengenal jahiliyyah. 

Dan sudah tentu, fikrah Islamiyyah ini dapat dibentuk melalui amal dan suasana yang jauh dari jahiliyyah.
Seperti ceramah, usrah, ijtima’ dan sebagainya.

Dan fikrah Islamiyyah ini juga membentuk nilai ‘kesedaran Islam’.
Bukan berlandaskan ilmu.
Tetapi bergantung kepada sensitifnya hati terhadap apa jua yang bercanggah dengan Islam.
Kerana kita tahu, nilai kesedaran ini memerlukan sebuah pengorbanan dari kita yang meminta segala.

Sungguh, didikan fikrah Islamiyyah ini memerlukan tarbiyyah Islamiyyah.
Tarbiyyah yang membentuk individu Muslim.
Tarbiyyah yang banyak mengajar kita untuk lebih memikirkan ummat dari diri sendiri.
Tarbiyyah yang mengajar kita untuk faham tentang dakwah dan cara kerja yang betul.
Tarbiyyah yang memberi Islam yang tulen.

Kerana tugas kita selepas itu adalah menyebarkan kepada orang lain.
Jika fikrah Islamiyyah diri sendiri masih kabur, apa pula yang kita mahu dakwahkan kepada orang lain ?
Atau bagaimana kita mahu orang lain sama-sama beramal dengannya ?

Senantiasalah menggilap fikrah Islamiyyah kita sendiri sebelum menggilap yang lain.

Dan pentingnya fikrah Islamiyyah ini supaya kita sentiasa beriltizam dengannya.
Bukan hanya dalam ibadat.
Bukan hanya dalam majlis-majlis agama.
Tetapi setiap masa, setiap tempat dan setiap keadaan.

Ke mana sahaja kita berada, kita membawa Islam.
Islam menjadi darah daging.

Bezakan,
Kita seorang pelajar yang Muslim,
atau Muslim yang belajar ?

Bila menyatakan perhambaan kepada Allah, maka akan datang selepasnya perhambaan kepada agama.
Kerana peribadi kita menjadi cerminan Islam.

‘ Biarlah orang nampak kita, orang nampak Islam terlebih dahulu.’

Sebuah puisi tentang Islam,

Islam,
Pakaian yang menutupi,
Air yang mengubat kehausan,
Udara yang sentiasa segar untuk bernafas,
Mahkota yang menjadi perhiasan diri,
Warna mencorakkan hidup ini.

Islam,
Datangnya asing,
Pulang juga  asing,
Pilihan untuk menjadi yang asing,
Pada  hati  penuh iman,
Sarat dengan ketaqwaan.

Islam,
Tidak akan hilang dengan sendiri,
Kerana ia akan sentiasa di sini,
Menjadi unggun api dalam sanubari,
Maka takkan mati.

 

(Puisi yang tidak berapa sedap ini karangan saya sendiri)

Advertisements

6 thoughts on “nilainya sebuah agama

    • waalaikumussalam…jazakillah akh…dari Allah jua segalanya, penulis hanyalah tukang tulisnya sahaja.

      benar, dakwah ialah seni memenangi hati, maka carilah gaya untuk mencorakkannya..

  1. salam ziarah kembali.

    “tingkatan iman itu ada tiga. pertama, orang yang beramal dan bertawasul dengan amalnya. yang kedua, orang yang beramal kerana takutkan neraka. yang ketiga, iaitu orang yang bebas merdeka, tidak terikat dengan ganjaran syurga dan tidak juga terikan dengan ancaman neraka. mereka bebas beribadah kepada Allah semata, hanya kepada Allah semata.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s