di mana letaknya keutamaan kita para dua’t

Bismillah.

Salam dakwah buat semua pembaca.

Islam itu cantik kerana Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.
Muhasabah semula.
Adakah aqidah, ibadah dan akhlak anda telah cantik pada mata-Nya ?

**********

Di mana letaknya keutamaan kita sebagai seorang daie,
sudah tentulah pada dakwah kita.
Di mana letaknya keutamaan kita sebagai seorang pelajar,
sudah tentulah pada pelajaran kita.
Di mana letaknya keutamaan kita sebagai seorang anak,
sudah tentulah pada  kedua ibu bapa kita.

Ya, sebenarnya keutamaan kita itu bergantung pada tempat dan waktunya.
Dan sudah tentu bergantung kepada kita untuk mnyusunnya.

‘ Dakwah nombor satu. Tapi study bukan nombor dua.’

Bagi saya, konsep ini payah.
Terutama bagi mereka yang sebelum-sebelum ini memang jenis ulat buku.
Kerana kita cuba untuk menomborkan keutamaan kita.

Keutamaan para dua’t adalah pada dakwahnya.
Siapa dua’t ?
Semua orang Islam adalah daie untuk agamanya.
Kerana kita tahu agama tidak cukup sekadar pada nama, tapi pada amalnya.
Kerana kita mengucapkan syahadah yang sama.
Kerana kita menggalas tanggungjawab yang sama.
Kerana kita semua manusia adalah khalifah-Nya.
Paling penting, kita ini bertuhankan Tuhan yang sama, Allah.

Kita belajar telur kuning, telur putih.
Telur kuning adalah keutamaan yang utama (baca : dakwah).
Telur putih adalah jalan yang akan membantu kita untk mencapai telur kuning itu tadi.

Dan, telur putih itu akan terdiri dari apa jua perkara.
Pelajaran, pekerjaan, kahwin atau apa jua yang lain.

Pegang pada satu prinsip.
Apa jua yang kita lakukan kerana dakwah kita, maka itu yang utama.
Jika kita kata kita belajar, maka kita perlu belajar bersungguh-sungguh.
Jika kita meletakkan pekerjaan kita itu sebagai wasilahnya, maka kerjalah bersungguh-sungguh.
Jika kita menjadikan perkahwinan kita itu hanya semata untuk dakwah, maka jadikan sebuah hayatul amal yang berjaya.

Hakikatnya susah untuk kita meletakkan keutamaan kita kekal sehingga akhir hayat.
Percayalah.
Terutamanya apabila kita sering memikirkan bahagian telur putih.
Kerana keutamaan kita pada bahagian itu akan sentiasa berubah.
Ada kalanya ada perkara yang dahulunya utama, tapi kini bukan lagi.
Ada bendanya yang dahulu bukan menjadi keutamaan kita, tetapi kini perlu kita jadikannya keutamaan.

Usahlah terlalu rumit menomborkannnya selagi anda tidak pandai menyusun urusan anda sendiri.
Usahlah terlalu rumit menomborkannya selagi anda tidak pandai menilai erti sebuah keutamaan.

Apa definisi utama bagi anda ?
Perkara yang perlu diselesaikan segera.
Perkara yang sentiasa akan menjadi pertimbangan anda.
Perkara yang mempunyai keistimewaan yang lebih dari perkara-perkara lain.

Bagi saya, definisi keutamaan lebih luas maknanya dari itu.
Keutamaan ini adalah satu perkara yang tidak akan berubah.
Keutamaan adalah satu perkara yang akan menjadi pertimbangan kita tidak kira masa dan tempat.
Keutamaan ini akan kekal sehingga akhirnya.
Cepat atau tidak masa yang perlu diambil untuk menyelesaikannya, ia tetap menjadi keutamaan.

Dan, keutamaan para dua’t adalah terletak pada dakwahnya.
Apa jua, segalanya dikerjakan kerana dakwah.
Saban hari pemikiran anda sibuk dengan masalah-masalah dalam dakwah, bukan sahaja masalah-masalah luar dari bidang dakwah.

Sungguh, dakwah ini akan sentiasa menjadi keutamaan kita.
Tidak akan sesekali berubah.
Sehingga ke akhir hayat kita.
Datang jua telur-telur putih yang lain, telur kuning yang lebih penting.

Tidak perlu anda susah-susah payah untuk ubah telur kuning.
Telur kuning itu tidak akan berubah.
Akan kekal bagi kita para dua’t dan juga manusia-manusia yang lain.

Usah sesekali membuat telur dadar dalam menyusun keutamaan.
Telur kuning itu biarkan sahaja di tempat asalnya.

Tergamakkah anda masih menyusun kepentingan diri sendiri sementara manusia-manusia lain masih hanyut menyusun kepentingan hidup mereka.
Malah, telur kuning mereka itu tidak lagi kepada Allah.
Mungkin kepada dunia, kepada nafsu diri sendiri.

Ayuh, menjadi tugas kita untuk memberi penerangan kepada mereka agar telur kuning mereka juga sama seperti kita.
Jika kita sendiri kabur mengenainya, mana mungkin kita mengaku dakwahlah yang utama.
Sedangkan kita sendiri kelam-kabut.

Kata dakwah sudah menjadi nafas, tetapi kita sendiri belum menyedutnya lagi.
Kata dakwah sudah menjadi suami/isteri, tetapi kita sendiri belum menikahinya lagi.

‘ Dah tu kak, tak payah la study kan, dakwah je la.’

Dalam menyusun keutamaan ini, kita jangan lupa tanggungjawab yang sememangnya banyak dipikulkan kepada kita.
Tanggungjawab sebagai anak.
Tanggungjawab sebagai seorang pemegang biasiswa,pelajar.
Tanggungjawab seorang isteri atau suami.
Tanggungjawab seorang rakan.
Tanggungjawab kita yang paling utama itu datang dari Allah.

Tanggungjawab yang utama inilah menjadi keutamaan kita.
Di bahagian telur kuning.
Kerana Allah telah maklumkan kepada kita setelah sekian lama.
Dan ternyata, perkara ini sudah termaktub di dalam kalam-Nya, tidak boleh diubah.
Lalu, apakah hak kita untuk mengubahnya ?

Dan ayat-ayat suci-Nya juga tidak meminggirkan bahagian-bahagian lain bukan.
Ternyata kesemuanya adalah penting.
Cuma penyusunannya terletak pada diri anda sejauh mana anda memahami erti sebuah tanggungjawab.

Pernah seorang ustaz bercakap,

‘ Macam-macam ayat bina. Dakwah nombor satu tapi study bukan nombor dua. Kenapa awak semua nak ubah hakikat benda tu, memang dakwah itu yang utama.’

Dalam hati saya mengangguk setuju.
Namun akal masih ligat memikirkannya.

Benar, tiada yang utama melainkan dakwah.
Justeru, belajar, pekerjaan dan apa jua yang lainnya baru sesuai untuk anda menomborkannya.
Jangan menomborkan dakwah, kerana kelak anda sendiri akan menukarkan nombornya.

Semacam juga Allah yang tidak wahid, Allah adalah Ahad (tiada sebelumnya, tiada selepasnya).
Allah mengajar kita untuk tidak menomborkannya.
Kerana hakikatnya memang Allah itu yang utama.
Mari, jadikan dakwah seperti ini.

Pasakkan dakwah ini yang akan kekal bersama ada sepertimana kekalnya Allah bersama anda.
Alirkan dakwah ini semacam darah-darah yang mengalir dalam badan anda.

Memang dakwah itu prioriti.
Prioriti yang kita tidak boleh main-main menunaikannya.

Dakwah keunggulan para dua’t.
Ibadah keunggulan ahli ibadah. 

Dan sungguh, dalam menunaikan keutamaan anda para dua’t,
jangan perlekehkan apa jua perkara yang sememangnya telah wajib untuk anda.
Antara solat dan dakwah.
Nilainya berbeza.
Solat itu sudah terang, jelas dan nyata wajib, maka WAJIB untuk kita menunaikannya.

‘ Bukan kita faham dakwah tu fardhu ain ke kak ? ‘

Fahamilah.
Tangganya berbeza untuk  kita sibuk membandingkannya.
Kerjakan keduanya dengan sempurna.
Solat itu tanggungjawab kita kepada Allah yang tidak boleh dipersoalkan lagi.
Dakwah juga tanggungjawab  kita kepada Allah, malah kepada ummat manusia yang sebenarnya memerlukan kita.

Jangan pula kita terleka menyusun keutamaan sehingga kita tidak menyelesaikan satu pun dari kepentingan-kepentingan itu.
Apa jua keutamaan, apa jua tanggungjawab, perlu diselesaikan dengan sempurna.
Sempurna pada mata Allah, sempurna juga pada mata kita dan manusia lainnya.

‘ Minggu ni ada daurah, tapi ada juga kenduri.’
‘ Mak saya sakit kak, boleh tak nak cancel usrah ? ‘
‘ Ada exam la kak, tak boleh pergi program.’

Ini persoalan-persoalan yang selalu memeningkan kepala kita.
Persoalan yang mungkin menggugat keutamaan yang telah kita letakkan dalam dakwah.
Keutamaan anda itu akan sentiasa diiringi dengan tanggungjawab.
Kerana itulah saya berpesan, jangan kita sesuka hati sahaja meninggalkan tanggungjawab.
Kerjakan tanggungjawab anda tersebut, namun sentiasa pasakkan dalam hati,

DAKWAH ADALAH KEUTAMAAN DIRIKU.
DAN KEUTAMAAN INI TIDAK AKAN SESEKALI BERUBAH.

Utamanya dakwah bukan pada nama sahaja.
Utamanya dakwah pada amal kita.
Utamanya dakwah pada semangat kita.
Utamanya dakwah pada hati kita.

Senang sahaja untuk persoalan-persoalan di atas,
Tiada salahnya pergi kenduri, maka tunjukkanlah qudwah hasanah sehingga terpana semua orang melihat anda. Qudwah hasanah salah satu bentuk dakwah juga.

Tiada salahnya menjaga ibu yang sakit, maka tunjukkanlah dakwah dan tarbiyyah banyak mengubah anda bagaimana untuk menjadi anak yang soleh dan solehah.

Tetapi untuk persoalan yang terakhir, saya lebih suka menjawab,

‘ Study la awal-awal. Fokus. Jadi bila tiba hari program, pergi je la. Sebab kita dah pulun habis-habisan sebelum tu.’

 

INGATLAH, JANGAN LETAKKAN NOMBOR PADA DAKWAH,
KERANA NILAI KEUTAMAANNYA BUKAN PADA NOMBOR,
DAN NILAI KEUTAMAANNYA MEMANG TIDAK BOLEH DIUBAH.

Sukat semula iman anda,
Kerana iman elemen terpenting untuk menyukat keutamaan anda.
Iman yang akan bertindak sebagai hakimnya.

 

P/S : MISS R, terjawab tak soalan  akak ?

 

 
 

 

7 thoughts on “di mana letaknya keutamaan kita para dua’t

  1. Salaam..

    mashaAllah.. tulisan yg bernas. Sesungguhnya yang menyebabkan kita menomborkan sesuatu kerana diri kita masih kekurangan dari segi ilmu pengurusan. Sentiasa mencipta alasan. Sepatutnya jiwa-jiwa daie yang baik perlu membuat yang terbaik dalam setiap sesuatu.

    Lagipun, kalau kita membezakan dakwah yg kita sebut dakwah itu dengan kehidupan harian, tanya diri semula, WHAT IS DEEN FOR YOU?

    Hari ini manfaat bukan sahaja melalui persoalan yg dijawab. Ada juga yang tersoal semasa ISK tapi tak diluahkan terjawab sekarang. Jadilah du’at yang berjiwa besar! :D

    • Waalaikumussalam.

      akak…suka ayat tu : jadilah dua’t yang berjiwa besar. pencetus smgt…ok, teringin nk jumpa akak….sbnrnya dr duluuu lgiiiiii

      Betul2, kdg2 tertanya juga apa agama sebenarnya di sisi kita…jom la jadi macam Hassan Al-Banna.

      “I am a traveler seeking the truth, a human searching for the meaning of humanity and a citizen seeking dignity, freedom, stability and welfare under the shade of Islam. I am a free man who is aware of the purpose of his existence and who proclaims: “Truly, my prayer and my sacrifice, my living and my dying are all for Allah, the Lord of the worlds; no partner has He. This, am I commanded and I am of those who submit to His Will.” This is who I am. Who are you?”
      (Hassan al-Banna)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s