bila perkataan diilhamkan

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Semoga hari ini kamu beroleh kesenangan , dan andai kamu beroleh kesulitan, percayalah akan datang kesenangan selepasnya.

**********

Dunia ini tidak akan indah tanpa perkataan.
Dunia akan kosong tanpa perkataan.

Dengan perkataan, segalanya dapat diilhamkan.
Lirik lagu akan melahirkan apa yang terbuku pada jiwa penciptanya.
Hasil tulisan akan menzahirkan apa yang ada di dalam hati penulisnya.
Bait-bait seorang pencinta akan terluah kepada yang dicintainya.
Tanpa perkataan, manusia akan bisu.
Bisu mulut bukan anggota.
Ada suara tapi semacam kosong, hanya hembusan udara yang biasa.
Aturan suku kata apa yang boleh diperkatakan jika tiadanya perkataan.

Dan dengan perkataan, membolehkan kita menzahirkan apa jua yang kita rasa.
Kita gembira, maka kita katakan, ‘ Aku gembira.’
Kita sedih, maka kita katakan, ‘ Aku kecewa.’
Kita sayang, maka kita katakan, ‘ Ya, aku cinta.’

Perkataan banyak menghiasi hidup kita di atas muka bumi ini.
Lagi-lagi bila sudah pandai menyusun kata.
Terasa keindahannya.
Dan sudah tentu, dakwah dan tarbiyyah banyak mengajar kita untuk lebih manis dalam berkata-kata.
Kerana kita tahu, dengan kata-kata mampu mengubah hati manusia.
Dengan kata-kata, kita mampu untuk mencerahkan pemikiran mereka.

Namun, bila perkataan itu menjadi dusta,
Punah segalanya.
Bila janji tidak ditepati, manusia akan hilang percaya.
Bila kesetiaan dijual beli, manusia akan hilang cintanya.
Bila kata-kata itu dusta, manusia akan lari membawa diri.

Inilah kuasanya perkataan.
Bukan seperti anggota, hanya perlakuan yang dizahirkan.
Bila perkataan itu diilhamkan,
Mampu mengubah seorang manusia yang bernama insan.

 

Dan Dia ajarkan kepada Adam nama-nama (benda) semuanya, kemudian Dia perlihatkan kepada para malaikat, seraya berfirman, ‘ Sebutkan kepada-Ku nama semua (benda) ini, jika kamu yang benar ! ‘. Mereka menjawab, ‘ Mahasuci Engkau, tidak ada yang Kami ketahui selain apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sungguh, Engkaulah Maha Mengetahui, Maha Bijaksana’ (2 : 31-32 )

 

Ayat ini sangat simbolik kedudukannya bagi saya.
Ayat sebelumnya menerangkan tentang tanggungjawab yang telah Allah galaskan kepada kita.
Khalifah.
Ya, Allah berfirman kepada Malaikat bahawa Dia ingin mencipta seorang khalifah.
Sejurus selepas itu, setelah terciptanya Adam A.S, Allah mengajarkan asma’ (nama-nama) apa jua benda kepadanya.

Inilah bukti bahawa Allah sendiri yang mencipta segala perkataan di atas muka bumi ini.
Semuanya dari Allah.
Hanya dari Dia perkataan yang lahir dari mulut kita ini diilhamkan.
Dia yang memberi kita daya untuk melafaz dan menyebutkannya.
Dia yang memberi kita akal untuk pandai memilih kata.
Dia pemilik asma’.

Sungguh, ini adalah satu ilmu yang cukup besar.
Mana mungkin wujud segala ilmu tanpa wujudnya perkataan.
Sungguh, ilmu itu datang dengan perkataan.
Tanpa perkataan, ilmu itu akan kelihatan kosong.

Saya kagum dengan mereka yang cukup pandai menulis.
Saya kagum apabila melihatkan buku-buku yang mempamerkan berjuta-juta perkataan.
Saya kagum dengan mereka yang petah berkata-kata sehingga memukau jiwa pendengarnya.
Kekaguman itu tadi saya kembalikan kepada Allah, pemilik segala kata.

Bayi yang sedang membesar juga diperkenalkan perkataan oleh ibunya.
Si ibu yang mengharapkan anaknya satu hari nanti akan pandai memanggilnya umi.
Si ayah yang mengharapkan anaknya satu hari nanti akan pandai memanggiilnya abah.
Pengharapan yang tinggi ini bagi saya sudah cukup betapa istimewanya nilai perkataan.

Namun,
Dalam sehari-hari kita berkata-kata dengan perkataan,

Pernahkah kita terfikir bahawa orang lain boleh menerimanya ?
Pernahkah kita terfikir bahawa orang lain tidak terasa dengannya ?
Pernahkah kita menilai dalam-dalam apa yang kita perkatakan ?
Pernahkah kita merasa ingin mendapat manfaat dari kata-kata ?
Pernahkah kita rasa tingginya kuasa kata-kata ?

Ya, hati banyak mengajar kita dalam berkata-kata.
Bahasa hati.
Bahasa jiwa.
Akal hanya menolong kita memilih baitnya.
Tetapi hati yang melahirkannya.

Ada kalanya, dengan perkataan dari seorang yang kita sayang, kita rasa sudah cukup terubat.
Ada kalanya, dengan perkataan dari seorang yang kita sayang, kita rasa cukup sedih dengannya.
Dan ada kalanya juga, kata-kata dari seorang yang kita sayang, tidak mendatangkan apa-apa rasa.

Atau,
Mungkin sudah hilang sensitiviti hati dalam menilai erti sebuah perkataan.

Sungguh, perkataan yang paling berharga adalah perkataan yang membekas dalam jiwa.
Saya kira kerana itulah Al-Quran ini diturunkan dalam bahasa yang terdiri dari perkataan yang cukup indah.
Untuk memberi kesan kepada hati pembacanya.
Untuk mengubat penyakit-penyakit hati pembacanya.
Dan sungguh, kuasa perkataan dari Al-Quran yang banyak mengubah Rasulullah dan para sahabat sendiri.

Lihat sahaja kuasa perkataan syahadah yang banyak mengubah mereka.
Hanya berbekalkan kefahaman kepada perkataan itu, hidup mereka serta-merta berubah.
Pengabdian diri yang dahulunya kepada manusia, dikembalikan kepada Tuhan yang Maha Esa.
Kecintaan hati yang dahulunya kepada dunia, dikembalikan kepada Tuhan yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Hidup kita berubah seperti inikah ?
Sudah saban hari, kita juga melafazkan kalimah yang sama, malah mungkin lebih banyak dari mereka.
Namun, adakah ia membekas pada jiwa ?
Mungkin ya, mungkin tidak.
Sungguh, kesan perkataan itu pada amalnya.

Jika sekadar melafazkan tanpa amal pada anggotanya,
Sungguh, itu hanya omongan kosong yang datang dari jiwa seorang yang juga kosong.

Words are something deeply  inside and perform outside.
Ada sebabnya mengapa kita merasa kosong dengan perkataan.
Kita rasakan perkataan itu hanya perkataan biasa.
Kita rasakan perkataan itu bukan datang dari seorang yang istimewa.
Kita rasakan tidak perlu memahami perkataan, cukup dengan sekadar tahu.

Salah.
Dengan Al-Quran, Allah telah berfirman dengan kata-kata yang cukup indah.
Dengan Al-Quran, kita tahu itu kata-kata dari Dia, Dia Rabb kita, Dia Ilah kita, Dia Malik kita.
Dengan Al-Quran, Allah mahu kita mentadabburnya bukan sekadar membaca.

Barulah perkataan itu mengubah seorang manusia.
Bukan hanya menstatikkan keadaan manusia yang tidak ubah dari tempat duduk asalnya.
Terfikirkah anda, mengapa terasa sedap sekali lirik-lirik lagu berbanding lirik-lirik Allah ?
Mengapa terasa lebih benar kata-kata manusia berbanding kata-kata (janji) Allah ?

Kerana kita kurang keyakinan.
Kita lebih mempercayai manusia hanya dengan kata-kata.
Kita lebih mengagumi manusia hanya dengan kata-kata.
Kita lebih menyayangi manusia hanya dengan kata-kata.
Tidak cukupkah lagi kata-kata Allah dalam kitab-Nya ?

Usah kau terkesima lebih pada kata-kata yang datang selain dari Allah.

If you want to see the power of words, look from who it come.

Sungguh, kata-kata dari Allah itu yang lebih berharga.
Kata-kata yang benar-benar indah.

Mungkin lirik-lirik lagu, hasil tulisan adalah hak cipta terpelihara.
Tetapi Allah sendiri memberi jaminan kepada kalimah-Nya.

‘ HAK CIPTA TERPELIHARA SEHINGGA AKHIRNYA ‘

 

Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya (menjulang) ke langit, (pohon) itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpamaan itu untuk manusia agar mereka selalu ingat. Dan perumpamaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk, yang telah dicabut akar-akarnya dari permukaan bumi, tidak dapat tetap (tegak) sedikit pun. Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh (dalam kehidupan) di dunia dan di akhirat, dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan Allah berbuat apa yang Dia kehendaki ( 14 : 24-27 )

 

Sungguh, kata-kata yang paling baik adalah kalimah tauhid.
LA ILAHA ILLA ALLAH.

Beruntunglah bagi mereka yang berpegang dan menanamkan iman padanya.
Berjayalah bagi mereka yang telah menjadikan kalimah ini sebagai nafas kehidupan.

Bila perkataan diilhamkan,
Siaplah satu entri buat tatapan semua.

sekian,
aku yang menulis bukan kerna nama.
~Betapa bijaknya kehidupan ini dengan perkataan~

 

 

 

 

 

4 thoughts on “bila perkataan diilhamkan

  1. Suke~~~
    tapi sy rasa ukhti pon hebat menulis jugak, dan kekaguman itu sy kembalikan kepada yang menciptakan ukhti ^^
    kata-kata itu boleh jadi kosong terpesong, hanya bising bagaikan tin kosong tanpa erti.
    kata-kata itu tajam, mampu mengguris meninggalkan luka yang dalam
    kata-kata itu mendamaikan, mampu memujuk dan mendodoikan bayi dalam buaian.
    Sungguhlah,manusia sibuk memuja kata-kata pujangga, kata-kata pemimpin, kata-kata blogger inspirasional, tapi terlupa pula dengan kata-kata tuhan yg terpelihara.
    T_T

    • betul2…kita banyak menghayati kata2 manusia bukan berbanding kata2 Allah sendiri.
      malah kdg2, lebih yakin dgn kata2 manusia, berbanding kata2 penciptaa…ana nak loike komen atas ni, takde button pulak…

      maka, jom la kita menyusun kata sbg seorang pejuang agama Allah di atas muka bumi ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s