dasar pandang

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Semoga hari ini nyaman sahaja buat anda dengan sapaan udara yang begitu menyamankan.

**********************

Semalam berbual-bual dengan ukhti tentang betapa bagusnya sikap dan mentaliti masyarakat Jepun menghadapi bencana yang melanda mereka.
Betapa kami kagum akan sikap mereka.
Positif dan terus berusaha.
Dan sungguh, kami mahukan rakyat atau ummah ini mengambil sikap sebegitu untuk diamalkan.
Tapi lain pula yang  jadi sekarang.

 

Kalau dulu, negara kita sibuk dengan Dasar Pandang ke Timur.
Terfikir juga apa yang ada pada Timur.
Mungkin kekaguman yang tinggi pada kemajuan mereka dan sikap bangsa mereka.
Ya, sudah tentu penyumbang kemajuan sesebuah negara adalah hasil kerja manusia yang berada di dalamnya.
Namun, kini saya lihat bangsa Melayu kian mempraktikkan Dasar Pandang Ke Timur.
Tetapi bukan pada hal yang sepatutnya.
Lebih kepada memenuhi tuntutan hiburan dengan artis-artis dan cerita-cerita mereka.
Malah kini, di dada-dada akhbar turut memberi khabar terbaru mengenai aktiviti mereka.
Pelakon itu sedang bercinta dengan penyanyi ini.
Penyanyi ini akan buat konsert pada sekian hari.

Dan negara kita juga telah melaksanakan Dasar Pandang Ke Barat secara senyap-senyap.
Tanpa memerlukan deklamasi secara besar-besaran.
Kita menyukai apa yang mereka lakukan.
Kita seronok dengan apa yang mereka raikan.
Tanpa sedar, dasar pandang kita ini mengundang bahaya.

Pemikiran kita yang telah disuntik dengan elemen-elemen tertentu telah mengaburkan kita dari dasar pandang yang sebenarnya.
Pemikiran kita seolah menerima sahaja apa yang mereka lakukan, dan menidakkan apa yang kita perlu lakukan.
Pemikiran kita dihantui dan kian dihantui, sehingga kita sendiri menjadi hantu yang bertopengkan manusia.

Jika difikirkan kembali, usaha mereka ini telah lama berjalan.
Dan mereka menggunakan cara yang sangat halus untuk menguasai pemikiran kita.
Mereka tidak memusnahkan diri kita secara fizikal.
Mereka memusnahkan diri kita secara mental, dan membuatkan diri kita sendiri yang melakukan kebinasaan terhadap diri sendiri.

Dan akhirnya, kita sebenarnya yang makan diri.
Apakah dasar pandang kita yang sebenarnya ?
Dan ke mana hala dasar pandang kita sebenarnya ?

Dasar pandang yang telah ada sejak 1400 tahun dahulu.
Dasar pandang yang akan mengangkat martabat kita jika kita mengamalkannya.
Dasar pandang kita yang akan menjamin kita adalah sebaik-baik ummah.
Dasar pandang yang akan memberi ganjaran bukan sahaja di alam nyata, malam di alam akhrawi sana.
Dasar pandang yang memberi panduan kepada kita bagaimana menjadi manusia yang dikatakan sebaik-baik kejadian ciptaan-Nya.

Dasar pandang kepada Islam.
Adakah ini telah disuntik ke dalam pemikiran anda ?
Atau pemikiran anda masih diracuni dasar pandang yang selain darinya.

Kaji semula.
Fahami semula.
Apakah sebabnya Islam ini harus menjadi dasar pandang kita.

Bukan hanya kerana nama kita.
Bukan setakat kerana ianya adalah agama kita.
Malah kita yakin inilah dasar pandang yang sebaik-baiknya.

Dasar pandang kepada Islam.
Kita rasakan berat.
Kita rasakan orang sekeliling sukar menerima.
Kita rasakan terlalu asing untuk mengamalkannya.
Buanglah tanggapan andai anda mengganggap agama ini hanya tertakluk pada ibadah.
Buanglah tanggapan andai anda menganggap agama ini hanya pada nama.

Buang itu semua.
Dan tanamkan tanggapan yang baru.
Dasar pandang kepada Islam ini membawa aku kepada kebenaran.
Dasar pandang kepada Islam ini memberi aku jalan keluar kepada masalah-masalah.
Ya, dasar pandang aku ini malahan sesuai untuk segalanya.

Mungkin kerana terlalu memandang orang lain akan membuatkan kita terleka dengan hakikat yang sebenarnya.
Dan akhirnya kita akan merasakan apa yang orang lain amalkan lebih betul dari hakikat yang sebenarnya.
Semacam juga untuk diri kita berubah bukan.
Mengapa mahu memikirkan apa tanggapan orang lain, atau masih mahu memandang ke belakang.
Jika kita mahu berubah, maka dasar pandangnya adalah ke hadapan.
Kelamlah jiwa mereka  bagi sesiapa yang menjadikan sejarah silam itu sebagai satu halangan untuk mereka berubah.

Ubahlah dasar pandang anda kepada Islam,
kerana itu yang lebih utama.

Dan wajarnya bagi kita para dua’t,
kita telah meyakini Islam itu dasar pandang kita,
maka teruskan langkah walaupun kau seolah tertinggal jauh dan kau rasa terlalu lambat kita mengatur langkah.
Bukan mudah mengubah dasar pandang seseorang, apatah lagi dasar pandang jahiliyyah mendahului di hadapan.

Terkadang kita merasakan mereka mencapai kemenangan yang besar.
Kita yang saling berlumba untuk mencapai kemenangan.
Meskipun kita tahu kita akan menang di akhirnya nanti, kita akan tetap berusaha.
Ingin menyumbang walaupun sumbangan kita ini hanya titik kecil sahaja.

Ya, bukan mudah untuk mengubah dasar pandang.
Seakan mahu meruntuhkan sebuah tamadun yang telah lama terbina.
Dan kita tumbuhkan tamadun yang terbina dari dasar pandang yang berkiblatkan tuhan dan agama yang sama.

Sesaat kita terkesima memandang keindahan dasar pandang jahiliyyah,
Akan membuatkan kita terleka.
Sekilas kita tersenyum pada dasar pandang jahiliyyah,
Sapaan mereka seolah melarutkan kita ke dalamnya.
Sejenak kita terpesona dengan warna ceria dasar pandang jahiliyyah,
Akan membuatkan kita yang lalai dan alpa.

Bila kita amati dalam-dalam,
sebenarnya kita telah tertipu dengan segala keindahan dan segala kecantikan,
Segalanya palsu.
Segalanya dusta.
Kerana impian kita sebenarnya indah jika kita mengamalkan dasar pandang kepada Islam.
Kerana kita bukan boneka jahiliyyah.
Kita hamba kepada Islam.
Kita bukan kuda tunggangan yang tunduk pada tuan-tuan yang kejam.
Kita ibarat haiwan peliharaan yang dijaga elok tuhan yang Maha Mulia.

 

Sungguh, Islam adalah dasar pandang manusia yang mencari-cari kebenaran.
Islam adalah dasar pandang yang sesuai diamalkan sepanjang zaman.
Islam adalah dasar pandang yang memberi kemerdekaan kepada penganut-penganutnya.

Bila Islam mendahului segalanya,
senang untuk kita menapis sama ada perkara itu boleh diterima agama atau tidak.
Bila Islam mendahului segalanya,
senang untuk kita memahami segala aturan Allah.

Dasar pandang kepada Islam lebih menyeluruh, lebih sempurna.
Lebih istimewa, dasar pandang ini Allah yang hadiahkan buat kita.

Dasar pandang yang terpatri bersama-sama panduan undang-undangnya.
Sebab Allah mahu kita membina sebuah empayar yang agung dengannya.
Allah mahu kita menjadi agung dengannya.

Marilah bersama,
amalkan dasar pandang kepada Islam.

Sungguh, keindahan Islam itu akan dinikmati bagi mereka yang faham dan merasainya.

Islam is sweet like a chocolate,
Islam is beautiful like a rose,
We cannot say the sweetness as long as we don’t taste it,
We cannot describe the  beauty as long as we don’t appreciate it.

We look deeply,
And live with it.
We look deeply,
And try to understand it.
We look deeply,
And try to have faith in it.

That is Islam,
the beauty of a  Muslim.
 

 

2 thoughts on “dasar pandang

  1. oh,terase…i am 1 of those who used to and still do pandang ke timur.
    used to, in term of jahiliyah
    still do, in term of daily life style.
    always wonder y a non-muslim country has such a wonderfully ideal islamic lifestyle…
    when we the muslim country failed to do so…
    huhu,shy shy shame.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s