kita ditolak atau tertarik

Bismillah.

Salam dakwah buat semua pembaca yang masih setia membaca di sini. Maaf jika penulisan saya tidak menyengat seperti penulis-penulis yang lain, dan terkadang mungkin membuat kamu semua bosan (oh, janganlah bosan ).

Doakan saya agar terus tsabat dalam dunia dakwah dan tarbiyyah dan dunia penulisan ini, inshaAllah, seperti tsabatnya antum dan antunna semua !

********

Kita ini ditolak oleh sesuatu atau tertarik kerana sesuatu ?
Dalam apa jua jenis pekerjaan, apa jua jenis perbuatan, kita ini ditolak atau tertarik ?

terlalu banyak kuasa tarikan ?

Selami dalam-dalam.
Manusia ini kebiasaannya suka menerima sesuatu.
Maka, kita pun lebih cenderung untuk lebih tertarik berbanding ditolak ketika melakukan sesuatu.

Sikap manusia yang kebiasaannya lari dari matlamat sebenar.
Puncanya hanya satu, kerana dia membiarkan dirinya sibuk tertarik berbanding ditolak kerana sesuatu.
Dan bila tertarik kerana sesuatu atau mungkin lebih banyak, akan membawa kita kepada jalan buntu dan lebih malang, kita akan lupakan tujuan asalnya.

Kita kata kita buat sesuatu dengan niat.
Segalanya kita dahului dengan niat.
Niat kerana Allah Taala, itu yang paling mulia.
Namun, berapa ramai yang mengekalkan sehingga akhirnya niat mereka ini ?
Aku buat kerana Allah.
Aku buat kerana Allah.

Mungkin ada yang sekadar di awal.
Atau mungkin ada yang sekadar sehigga sampai di pertengahan perjalanan.
Atau mungkin ada yang sekadar terdorong kerana melihatkan orang lain juga berbuat demikian, bila tiada orang yang buat, maka niatnya akan mati.
Atau mungkin ada yang sehingga akhirnya, sehingga ke penghujung nyawa.

Bagaimana ini ?
Niat yang ikhlas pada awalnya sahaja kemudian dicampur aduk dengan riak dan sebagainya godaan dunia.
Niat yang ikhlas pada awalnya sahaja kemudian diberi ganjaran tanpa diminta.

‘ Aku ikhlas beb berdakwah pada orang , sekali dyorg puji aku berlebih pulak.. Lepas tu aku bangga la sekejap kan.’
‘ Aku ikhlas beb dakwah-dakwah ni, aku tak harap apa-apa. tapi berdosakah aku mengharapkan syurga ? ‘

Sungguh, apabila niatnya yang ikhlas kemudian bercampur dengan riak terbatal niat ikhlasnya itu dan amalannya hanya sia-sia.
Riak itu hanya sebenar-benar layak kepada Allah, tiada yang lebih layak selain dari-Nya.

Bagaimana pula jika kita ikhlas melakukan sesuatu dan ganjarannya mendapat syurga Allah ?
Ini lihat pula pada taraf iman seseorang.
Tidak salah mengharapkan mendapat pahala.
Tidak salah mengharapkan untuk mendapat syurga-Nya.

Tetapi bukankah Allah menyatakan bahawa keredhaan-Nya lebih besar dari segalanya ?

Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin laki-laki dan perempuan, (akan mendapat) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, dan (mendapat) tempat yang baik di syurga ‘Adn. Dan keredhaan Allah lebih besar. Itulah kemenangan yang agung. ( 9 : 72 )

Lihat sahaja betapa tinggi cinta Rabiatul Adawiyah kepada Allah.
Lihat sahaja perjuangan para dua’t yang tidak gentar untuk berjuang.
Mereka semua ini ditolak, bukan tertarik kepada sesuatu.

Sebab itulah mereka sangat kuat dan kental kerana niat mereka kerana Allah.
Maka apa jua yang mendatang, mereka tidak lagi kisah.
Jika dihukum gantung demi agama ini, malah mereka sanggup.

Inilah niat sebenar niat.
Niat kerana Allah itulah yang menolak kita untuk melakukan sesuatu.
Dan percayalah kuasa tolakan dari Allah ini satu kuasa tenaga bagi mereka yang benar-benar menikmati betapa mereka ini berbuat segalanya kerana Allah.

Dan sungguh, kita bukan golongan yang tertarik.
Kita mahu menjadi golongan yang ditolak.
Ditolak kerana Allah untuk melakukan segala sesuatu.

‘ Aku merompak kerana Allah.’
Niat itu seharusnya seiring dengan amal.
Amal yang mengikut jalan yang betul, jalan yang dibenarkan dalam syara’.
Semacam juga ibadat-ibadat lain.
Jika berniat untuk berpuasa, tetapi kita tidak mematuhi syarat wajib dan sah puasa, maka akan terbatallah segalanya.

Jika amalan yang dilakukan tanpa niat, maka rugilah bagi mereka yang tidak berniat.
Kerana berniat juga satu sumber untuk memperoleh pahala.
Para sahabat yang terkenal sebagai saudagar niat.
Mereka selalu memperbaharui niat.
Maka, marilah melakukan segala amalan itu kerana niat.
Tetapi jangan hanya sekadar berniat, itu namanya orang yang sekadar melepaskan batuk di tangga.

Bukankah telah saya katakan, niat itu harus seiring dengan amalnya.

Dan kuasa tolakan kerana Allah inilah yang menjadi sumber kekuatan kita untuk melakukan apa jua demi dakwah.
Dengan kuasa tolakan kerana Allah inilah yang berjaya menolak semangat kita untuk berjuang sampai hujung nyawa.
Dengan kuasa tolakan kerana Allah ini kita akan menolak segalanya yang menghalang kita dalam jalan ini.
Sungguh, kadang-kadang saya lihat para dua’t kehilangan kekuatan ini.

Mungkin kerana kita sudah sedia tahu dan terbiasa kerana berdakwah sememangnya menjadi tugas kita.
Dan terkadang kebiasaan itu menghilangkan keikhlasan yang kita pahatkan satu ketika dahulu.
Sungguh, para dua’t hendaklah engkau sentiasa memperbaharui niat kau ketika berada di jalan ini.
Kerana aku takut kau akan terbabas dari landasan yang sebenarnya.

Jangan sesekali kau meletakkan diri kau dalam golongan yang tertarik.
Tertarik untuk mendapatkan itu dan ini.
Lebih malang lagi, jika kau jadikan semua faktor penariknya adalah dunia !

Percayalah, hilangnya niat, tidak sucinya niat akan membuatkan kita tidak mengerti dan kurang faham tentang keberadaan kita dalam jalan ini.
Mungkin kita akan hilang semangat setelah sekian lama.
Mungkin kita akan cepat bosan dan kepenatan.

Andai kuasa tolak itu hilang,
Carilah ia kembali,
Jangan sampai ianya terbang melayang-layang.
Jangan sampai kita buta darinya.

Andai kuasa penarik engkau itu dunia,
Maka lenyapkanlah,
Kerana dunia ini amat hina untuk kita mengharapkan sesuatu darinya.

Kuasa tolakan itu seakan azimat sakti.
Kuasa tolakan itu seakan terpaan gemuruh di langit.
Kuasa tolakan itu semacam sejuta suara dari langit.
Kuasa tolakan itu ibarat titisan hujan emas yang mendamaikan.
Inilah ratib semangat kebangkitan kita.

Biarlah niat ini yang menjadi cahaya lantera dalam hati.
Melindungi hati dari kelemahan.
Menguatkan jasad.
Menyuburkan ruhiyyah kita.

Niat.
Yang suci dan luhur kerana Allah Taala.
Serakkan niat ini seperti mana kau lihat bagaimana kelopak bunga itu kembang mekar.
Mampu mendamaikan jiwa.

Niat kerana Allah inilah menjadikan kita seorang yang ahli ibadah yang merdeka.

 “Sebahagian orang menyembah Allah karena ingin mendapatkan sesuatu. Ibadah ini adalah ibadah para pedagang. Sebagian yang lain menyembah Allah karena takut. Ibadah ini adalah ibadah para hamba sahaya. Dan sebagian kaum menyembah Allah karena hanya ingin bersyukur (kepada-Nya). Ibadah ini adalah ibadah orang-orang yang merdeka. Dan ini adalah ibadah yang paling utama.” (kata-kata Imam Husain A.S)

Jangan jadi ahli ibadah laksana pedagang.
Buat kerana ingin mendapat sesuatu.
Jangan jadi ahli ibadah seperti seorang hamba.
Buat sesuatu kerana takut kepada sesuatu.
Jadilah ahli ibadah yang merdeka.
Bebas.
Lakukan sehingga puas.
Lakukan kerana Allah yang menyuruhnya.

Tiada lagi kuasa tolakan yang lain, hanya Allah semata.

‘ Akak nak kerja dekat Jengka lah. Kurang akhawat dekat sini. Majukan dakwah dekat sini.’

Ya, kenyataan dari seorang akhawat membuatkan saya lebih mengerti dan sangat terharu betapa aku kerjakan dakwah ini kerana Allah.
Dan aku juga berhasrat begitu.

Pilihlah,
untuk bekerja di mana,
untuk berkahwin dengan siapa,
untuk berukhuwwah sesama manusia,
kerana Dia.
Tiada yang lebih berharga dari ini.

~biarkan sumber semangat itu datang dari niat kerana-Nya~

p/s : maka ingin saya pesan kepada akhawat yang bakal bekerja, maka marilah kita bekerja di tempat yang sangat memerlukan tenaga kita. Tak perlu di tengah-tengah bandar, dah ramai daahhh…(boleh ke pesan macam ni ? ) Sungguh, kasihanilah akhawat yang di tempat-tempat bukan bandar memerlukan tenaga dari kita.

Jangan terasa, saya pesan hanya sekadar ingatan. Paling penting, ingatlah, kerja kita masih banyak sebenarnya.

8 thoughts on “kita ditolak atau tertarik

  1. Tiada suatu bncna pun yg menimpa di bumi dan(tidak pula)pd drmu sndr mlainkan tlh tertulis dlm kitab (Luh Mahfuzh) sblm Kami mncptkannya.Sesungguhnya yg dmikian itu adlh mudah bagi Allah.(Kami jelaskan yg dmkn itu)spya kamu jngn brdkcita trhdp apa yg luput dr kamu, dan spya kamu jgn terllu gmbra terhdp apa yg diberikanNya kepadamu.Dan Allah tdk menyukai stiap orang yg sombng lg membanggakan diri”(Surah AlHadid:22-23)

    • terima kasih syg atas komen awak ye…akak 2 sgt hargai ayat tazkiyyah hati untuk akak di atas…mengubat jiwa…sungguh, segalanya tlah tertulis untuk kita kan. Allah nk kita sentiasa redha dan gembira mnerima apa jua yg dtg dr Dia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s