di luar kepompong itu

Bismillah.

Salam dakwah dan salam ukhuwwah buat kamu semua, para pembaca di warkah penulisan ini.

Moga Allah terus meredhai saya untuk sentiasa menulis, dan moga Allah redhai para pembaca yang terus membaca pembacaan-pembacaan ilmiah, inshaAllah.

Dan semoga ilham-ilham yang datang ke dalam kotak pemikiran saya ini, hanyalah yang memberi manfaat kepada semua inshaAllah.

*************

Jika ditanya apa kekuatan anda untuk terus hidup sehingga kini, selain nyawa dan tenaga ?
Jawapan saya hanya dua.
Yakin dan percaya.

Saya sentiasa yakin.
Dan saya sentiasa percaya.

Apa yang saya yakini ?
Apa yang saya percayai ?

Saya simpan dahulu jawapannya sehingga di akhir penulisan saya nanti.

******

Di dalam hidup ini, segalanya terbentang luas buat kita.
Kegembiraan, kesenangan.
Kesedihan, kekecewaan.

Segalanya bagai lakonan di hadapan mata.
Segalanya bagai tersedia bagi kita.
Dan setiap kali lakonan ini semua dilakonkan, pasti hati terdetik,
Inilah ragam kehidupan, ragam manusia.

Dan secara tidak langsung, kita juga turut menyumbang dalam menghiasi ragam-ragam ini.
Bila mereka tertawa, kita turut ceria bersama.
Bila mereka menangis, kita juga turut syahdu melihatnya.

Bumi terus berputar pada paksinya.
Matahari terus terbit dan tenggelam.
Ombak berterusan memukul pantai.
Masa terus berjalan.
Manusia terus hidup dan mati.
Semuanya silih berganti.
Inilah hidup, jika semuanya berhenti,
maka matilah erti sebuah kehidupan.

Namun, dalam meniti kehidupan, adakah kita telah puas dengannya ?
Puas berseronok  mungkin.
Puas bersedih  mungkin.
Puas menikmati mungkin.
Namun, adakah kita telah puas berjuang untuk terus hidup ?
Adakah kita telah puas untuk memanfaatkan sebuah kehidupan yang diberi kepada kita ?

Kerana ternyata, kehidupan ini hanya sekali buat kita.
Hanya kita yang terasa kehidupan ini panjang.
Kerana masa yang bernilai 24 jam.
Kerana  usia yang dikira menggunakan tahun.

Cuba masa itu anda hitung, berapa jam yang digunakan untuk anda benar-benar menjadi hamba-Nya.
Atau masa itu anda kira, berapa tahun dari usia anda itu anda benar-benar manfaatkannya ?

Hari lahir kian disambut menandakan usia yang semakin bertambah.
Tahun baru disambut juga menandakan usia dunia yang semakin bertambah.
Bila hari lahir, sibuk dengan azam baru.
Bila tahun baru, niat-niat mulia mula dipasang.

Namun, berapa ramai antara kita yang benar-benar menghargai erti sebuah kehidupan ?

Di luar kepompong itu.

Kehidupan luar yang sebenarnya terancam buat jiwa-jiwa kita.
Kehidupan luar yang sebenarnya ancaman besar untuk hati-hati kita.

Satu bahana besar menanti anda di luar kepompong itu.
Dulu kita merasakan kita selamat.
Lalu, kita tinggalkan segalanya demi melihatkan bebasnya mereka di luar kepompong itu.

Bebasnya burung-burung terbang.
Bebasnya unggas-unggas berkicauan.
Bebasnya seorang manusia di luar kepompong itu.

Ya, manusia memang bebas menentukan hidupnya kerana pilihan sentiasa berada dalam tangan mereka.
Ya, manusia memang bebas menentukan hidupnya kerana hidup ini untuknya.

Namun, di luar kepompong itu,
Kita akan merasa terlalu selesa dalam kebebasan yang diberikan.
Lalu, kita akan mencorakkan hidup ini dengan kebebasan yang ditentukan oleh diri sendiri,
Bukan batasan kebebasan yang telah Tuan kita tetapkan.

Apa erti sebuah kehidupan ?
Erti sebuah kehidupan adalah keseronokan menjadi seorang hamba-Nya.
Erti sebuah kehidupan adalah masa-masa digunakan untuk agama-Nya.
Erti sebuah kehidupan adalah menikmati nikmat yang diberi-Nya dengan cara yang Dia redhai.

Di mana erti sebuah kebebasan ?
Erti sebuah kebebasan terletak kepada kepuasan jiwa anda.
Kepuasan jiwa yang bebas hanya memilih kebaikan untuk jiwanya setelah tersedianya dua jalan.

Antara jalan kebaikan dan jalan keburukan,
dia memilih jalan kebaikan.
Antara jalan ketaqwaan dan jalan kefasikan,
dia memilih jalan ketaqwaan.

Inilah erti sebuah kebebasan hidup seorang mukmin yang sejati.
Iman yang sentiasa mendahului.
Taqwa yang sentiasa menjadi pelindung diri.
Allah yang sentiasa menjadi neraca pendahulu segala-galanya.

Dunia ini ibarat kaca.
Mudah pecah, tetapi berharga.

Jika kaca dunia ini pecah satu ketika nanti,
Kita juga akan turut pecah bersamanya.
Kerana kita berada di dalamnya.

Jika kaca dunia ini pecah satu ketika nanti,
namun, kita terselamat,
itu tandanya kita yang memegangnya.

Ya, jadikan dunia ini anda yang pegang, bukan dunia yang memegang.
Kawal dunia dengan mata hati.
Anda yang berhak menguasai dunia ini.
Bukan membiarkan diri dikuasai dunia.

Jangan hanyut dalam kehidupan dunia.
Jangan tenggelam dalam lautan dunia.

Jadikan hidup ini benar-benar kaca yang berharga.
Berharga dengan permata diri yang bernilai.

Sebelum kau keluar dari kepompong itu,
Kau pasaklah iman pada diri seteguh mungkin,
Kau bajailah diri dengan taqwa yang subur,
Kau perisaikan diri dengan perisai Ilahi.

Baru kau akan merasai keyakinan dan percaya,
Sama seperti yang aku rasakan.

Aku yakin dengan hidup ini, kerana keyakinan yang tinggi itu aku tanam kepada Allah.
Aku percaya dengan hidup ini kerana aku miliki kepercayaan yang tinggi, jua kepada Allah.

Kerana aku mahu terselamat di luar kepompong itu.

Jangan pernah ucapkan selamat tinggal kepada dunia,
kerana kau perlukan dunia untuk menjadi ladang akhiratmu.
Jangan pernah ucapkan rindu kepada dunia,
kerana takut hati kau pula dicengkamnya.

Nikmatilah kehidupan ini seadanya.
Terimalah kehidupan ini seadanya.

Dalam seadanya itu, kau dahuluilah dengan batasan.
Dalam seadanya itu, kau persiapkanlah dengan muhasabah diri.
Dalam seadanya itu, kau hadapilah dengan penuh kesyukuran.

Alangkah indahnya hidup ini andai kita selamat di luar kepompong ini.
Alangkah nikmatnya hidup ini kita pandai memanfaatkannya.

Masih tidak yakin atau percaya dengan hidup ini ?
Percayalah, yakinlah.

Hidup ini sememangnya untuk anda yang  disediakan-Nya.

Sebuah ladang yang harus kita bercucuk tanam dengan hasil tanaman yang elok.
Hasil tanaman yang layak dipersembahkan kepada-Nya.
Hasil tanaman dari baja-baja yang subur.

Hidup ini sememangnya untuk anda.
Janganlah terlalu gembira,
Jangan pula terlalu menangisinya.
Gembiralah dengan sederhana.
Menangislah dengan sederhana.
Kerana hidup ini akan sempurna dengan kesederhanaan.

Usah merasa kaya dalam  kehidupan di dunia ini dengan harta.
Usah merasa cukup dalam  kehidupan  di dunia ini hanya dengan kemudahan yang diberi.

Sebaliknya rasailah dunia ini penuh dengan kecukupan andai anda merasai kehidupan ini hanya untuk-Nya dan demi-Nya.

Pilunya kehidupan anda ini andai tidak merasa kehambaan kepada-Nya.
Sedihnya hidup ini andai tidak menggunakan nikmat yang diberi-Nya dengan cara yang betul.

Dan percayalah, penghuni-penghuni langit turut bersedih melihat anda.
Yang kian leka.
Yang kian enak tidurnya dibuai mimpi.
Sedangkan manusia yang lain sibuk mengejar redha-Nya.

Sewaktu seisi dunia ini mematuhi perintah-Nya,
Dimanakah kita ?

Aduhai kehidupan yang di luar kepompong itu,
kini aku merasakan sebenarnya di luar sana tidak selamat.
Aku perlu mencari penyelamatku.

Di luar kepompong itu,
terpatrinya janji-janji manusia,
yang indah tapi dusta belaka.
Di luar kepompong itu,
terukir senyuman,
yang manis tetapi pahit sebenarnya.
Di luar kepompong itu,
tergambar keseronokan,
yang leka tetapi sebenarnya merosakkan.

Dan di luar kepompong itu,
jadilah rama-rama yang terbang bebas,
menampakkan keindahan diri sendiri,
menayangkan kecantikan diri sendiri,
keindahan dan kecantikan yang diberkati Ilahi.

p/s : entri untuk seseorang.
p/s : sebenarnya nak cakap, kalau sampai di alam luar nanti, memang kena cari apa jua wasilah tarbiyyah untuk jaga iman kita. tak kiralah usrah ke (recommended) atau apa jua. Selamat mencari wasilah penyelamat diri !

10 thoughts on “di luar kepompong itu

  1. assalamualaikum akk…..tanx sgt2..
    i do appcte it..insyaallah sy faham.. :)
    sdikit sbnyk mmg insyaallah sntse mngingatkan sy walau kat mana pun sy berada
    usaha dakwah dan keredhaanNya itulah yg pengting kan..
    akk doakan sy ea mnempuh cbran yg mndatang..

    • waalaikumussalam…sama2 jugak beri idea pd akak untuk menulis tentang ni…alhamdulillah awak fhm…nt2 request la lgi ye…kurg2 ade idea jugak kan…jzkk sudi berkunjung dan komen ye…

      • oh, mahu request entri jugak boleh? hihi..
        dakwah dan belajar selalu jadi conflict of interest.
        belajar no 1 tapi dakwah bukan no 2. hehe~ kan? kan?

        kuasa mempercayai tu sangat dahsyat. dengan kepercayaan yang impossible pun boleh jadi possible. :)

        jzkk dear~ :)

      • inshaAllah kak…akan sy usahakan…kak doa sambil jampi2 sikit ye…puh puh…nanti sy akan terangkan apa yg sy fhm…setelah mendapat pencerahan…
        kak entri ni untuk trg kepada org yg belum fhm ke yg dh fhm ttg DnT ?

        p/s : nama emel akak sedap, sy suke3…

      • hehe.. buat je mana-mana. untuk orang dah faham boleh, yang separa faham pun boleh, yang tak faham pun boleh. sebab yang penting ia bermanfaat. sedikit atau banyak, manfaat tetap namanya manfaat. :)

        p/s: ramai orang buat lawak dengan nama emel tu. sobs. T_T

  2. ohh~~most wc!!
    insyaallah ..nnti ble sy da start fther stdy..sy still
    akan luangkan gak masa sy untk sntse mmperbaiki dri
    dan nsihat pd diri sy gak malalui evry single of ur entry..
    insyaallah sy cuba :)
    akk jugak ..teruskan dakwah akk nih ea..
    sy akn sntse mnyokong!!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s