raja dan rakyatnya

Bismillah.

Salam dakwah dan salam tarbawi buat semua.

******

Kali ini saya ingin berkongsi perihal pemerintah. Pemerintah harus mempunyai orang yang mahu diperintahnya, jika tidak, dia bukanlah seorang pemerintah. Dan pemerintah haruslah mempunyai kriteria-kriteria seorang pemerintah, jika tidak dia tidak akan disegani sebagai seorang pemerintah.

Pemerintah atau dalam kata lainnya ketua.
Letak apa jua nama, Perdana Menteri, Menteri Besar, pengetua, bos di pejabat-pejabat, dan sultan-sultan.

Semuanya adalah jenis-jenis pemerintah.
Cuma bezanya sekadar pada nama, bidang kuasanya dan kawasan yang diperintah.
Tetapi tugas mereka tetap sama, memerintah.
Satu tugas besar yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.
Satu amanah yang akan dipersoalkan Allah kelak.

Dalam lipatan sejarah, para anbiya’ dan para sahabat juga adalah pemerintah.
Namun, saya kira nama yang digunakan lebih indah.
Khalifah.
Khalifah ini meliputi semua bidang kuasa seseorang pemerintah.
Dialah yang mengetuai bidang pemerintahan, bidang ekonomi serta yang paling utama adalah agama.

Khalifah zaman dahulu, antara tugas utama mereka adalah menyebarkan dan meluaskan empayar Islam itu sendiri.
Zaman kini, kita hanya mendabik dada kepada sesuatu pihak untuk melakukan tugas tersebut.
Memikirkan hanya ulama’, mufti, ustaz-ustazah yang layak dalam bidang ini.
Maka, kita pun duduk bersahaja menikmati apa yang tersedia di hadapan mata.
Apa jua terjadi kepada ummah, dipandang remeh.
Bukankah dipertanggungjawabkan kepada kita semua untuk menjadi khalifah ?
Meminta-minta untuk menjadi ketua ?
Bukankah Rasulullah melarang etika sedemikian.

 Nabi S.A.W juga pernah bersabda kepada Abdur Rahman bin Samurah radhiyallahu ‘anhu : “Ya Abdur Rahman bin Samurah, janganlah engkau meminta jawatan pemerintahan. Apabila jawatan itu diberikan kepadamu disebabkan engkau memintanya, maka jawatan itu sepenuhnya akan dibebankan kepadamu. Namun apabila jawatan itu diberikan bukan kerana permintaanmu, maka engkau akan dibantu dalam memikulnya. Jika engkau bersumpah atas sesuatu perkara, setelah itu engkau melihat ada yang lebih baik dari sumpahmu, maka tunaikan kafaratnya dan lakukanlah apa yang lebih baik.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 7147, Muslim, 1652)

 

Apa yang saya faham dari hadis ini adalah Rasulullah melarang kita untuk mengejar atau terlalu leka dalam mengejar untuk menjadi ketua. Kerana orang yang meminta untuk menjadi ketua lazimnya hanya berdasarkan nafsu, bukan berlandaskan pemikiran dan ilmu yang cukup di dadanya.
Sebab itulah, dalam Islam, dianjurkan konsep bersyura. Bersyura dalam segala hal, termasuklah dalam memilih ketua. Seperti juga pilihanraya bukan, jika pemerintah dipilih oleh orang-orang tertentu, maka ramailah yang tidak akan berpuas hati. Jadi, demi memenuhi kehendak rakyat yang bakal diperintah, maka pemerintah itu akan dipilih sendiri berdasarkan undian mereka.

Namun, tetap, setiap dari kita ini adalah khalifah di muka bumi.
Menjadi khalifah-Nya.
Dan pemerintah kepada khalifah-khalifah ini adalah Allah.
Pemerintah yang Maha Agung.
Maka, kita sebagai khalifah bukankah sepatutnya mendengar segala perintah-Nya ?

Kerana begitulah keadaanya pemerintah dan orang yang diperintah.
Pemerintah mengeluarkan arahan, dan orang yang diperintah akan mengikut sebulat suara,
Jika tidak, akan dikenakan hukuman.
Dan sungguh, tugas khalifah itu lebih besar dari pemerintah yang lain.
Tugas khalifah melaksanakan syahadatul haq.
Menjadikan agama Allah ini agama yang menguasai bumi.
Menundukkan semua penduduk bumi ini hanya mengakui keesaan Allah semata, Allahu Ahad.

Dan tugas khalifah ini untuk semua.
Bukan untuk golongan agama sahaja.
Siapa pun anda, apa jua pekerjaan anda, anda adalah khalifah yang telah Allah takdirkan untuk berada di bumi ini.
Hidup di atas muka bumi ini, bukan kebetulan, ianya ketentuan Allah.
Ketentuan Allah yang diiringi tanggungjawab.

Namun, berapa ramaikah yang mengerti tugas khalifah ini, yang menjalankan tugas khalifah ini ?

Melewati lipatan sejarah anbiya’ terdahulu, saya amat kagumi dengan Nabi Sulaiman A.S, yang merupakan seorang pemimpin yang paling agung. Seluruh kerajaan tertakluk di bawah pemerintahannya. Rakyatnya, haiwan-haiwan, jin-jin, malah angin pun turut semuanya mendengar kata beliau.

Sungguh, terlalu banyak ibrahnya dari kisah Nabi Sulaiman A.S ini.
Nabi Sulaiman A.S  mula menganggantikan ayahandanya, ketika umur beliau 12 tahun.
Dan beliau memerintah selama 40 tahun lamanya, sehingga beliau berusia 52 tahun.

(kalau umur budak 12 tahun, apa yang mereka tahu ? )

Sungguh, Allah telah memberikan sesuatu kepada Nabi Sulaiman dan ayahandanya.

Dan sungguh, Kami telah memberikan ilmu kepada Daud dan Sulaiman, dan keduanya berkata, ‘ Segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dari banyak hamba-Nya yang beriman.’ Dan Sulaiman telah mewarisi Daud, dan dia (Sulaiman) berkata, ‘ Wahai manusia ! Kami telah diajari bahasa burung dan kami diberi segala sesuatu. Sungguh (semua) ini benar-benar kurnia yang nyata.’

( 27 : 15-16 )

 

Dan sebenarnya, kekuasaan yang ada pada tangan manusia adalah datangnya dari Allah S.W.T.
Jika kita lihat dalam ayat ini, Allah telah memberikan ilmu kepada Nabi Daud A.S dan Nabi Sulaiman A.S.

Menjelaskan memang seorang pemerintah itu memerlukan ilmu, sebab itulah dalam ayat di atas menjelaskan bahawa Allah memberikan ilmu kepada Nabi Daud dan Nabi Sulaiman A.S.
Kerana tanpa ilmu, pemerintahan akan menampakkan kecacatannya.
Ibarat menyuruh seorang budak kecil menuliskan sebuah karangan sedangkan menulis dan mengeja dia sendiri tidak tahu.
Segala puji bagi Allah……(merujuk ayat di atas)

Apa perkara pertama yang dibuat setelah kuasa pemerintahan itu diberi kepada mereka adalah bersyukur.
Kerana mereka tahu, segalanya itu adalah nikmat dari Allah.
Allah telah memilih mereka berdua dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Ternyata mereka yang lebih istimewa.
Mana mungkin nikmat Allah akan dirasai jika Allah tidak mengizinkannya bukan.

Dalam satu kisah,

Di ketika itu usia Nabi Sulaiman A.S masih muda, pendapatnya ternyata bernas. Mulanya Nabi Daud memutuskan pemilik haiwan supaya menyerahkan ternakannya kepada pemilik kebun sebagai ganti rugi disebabkan ternakannya memasuki dan merosakkan kebun itu. Sulaiman yang mendengar keputusan bapanya mencelah: “Wahai bapaku, menurut pandanganku, keputusan itu sepatutnya berbunyi; kepada pemilik tanaman yang telah musnah tanaman diserahkanlah haiwan jirannya untuk dipelihara, diambil hasilnya dan dimanfaatkan bagi keperluannya. “Manakala tanamannya yang binasa itu diserahkan kepada jirannya, pemilik ternakan untuk dijaga sehingga kembali kepada keadaan asal. Kemudian masing-masing menerima kembali miliknya, sehingga dengan cara demikian masing-masing pihak tidak ada yang mendapat keuntungan atau menderita kerugian lebih daripada sepatutnya.”

Beginilah agungnya pemerintahan Nabi Sulaiman A.S.

Firman Allah: “Tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka setelah kematiannya itu melainkan anai-anai yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia telah tersungkur, nyatalah bagi jin itu bahawa sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam seksa yang menghinakan.

 

Dan ayat seterusnya menunjukkan betapa rendah hati Nabi Sulaiman dan Nabi Daud A.S setelah menjadi pemerintah.

……….Sungguh, (semua) ini benar-benar kurnia yang nyata. ( 27 : 16 )

Kerendahan hati mereka bahawa mereka juga manusia biasa, semua ini datang dari Allah yang Maha Berkuasa.
Dan kerendahan hati mereka itulah yang berjaya menawan hati rakyat.
Semacam kita juga kalau pemimpin kita sangat rendah hati, tambah pula berjiwa rakyat, memang kita suka.
Sebab itulah, pemimpin kadangkala perlu menjiwai hidup seorang rakyat.
Cuba untuk memahami rakyat.

Sungguh, inilah nikmat dari Allah.
Bersyukurlah andai anda yang dipilih untuk memerintah.
Boleh sahaja Allah ingin memilih yang lain, tetapi Dia memilih anda.
Sepertimana Nabi Daud dan Nabi Sulaiman A.S yang dipilih-Nya.

Semua manusia di atas muka bumi adalah rakyat kepada sebuah kerajaan agung yang dimiliki dan diperintah-Nya.
Jadi, kita semua adalah rakyat-Nya.
Hanya taqwa yang akan membezakan kita semua.

Maka, berterusanlah kita untuk menjadi seorang rakyat yang baik agar tidak dimurkai pemerintah.

Tiada bezanya antara seorang lelaki atau seorang perempuan yang menjadi ketua.
Lihat pada ayat yang ke-18 surah An-Namlu, terpapar dalam ayat itu adalah seekor semut betina (namlatun) yang memberi arahan kepada semut-semut yang lain.
Menunjukkan sebenarnya perempuan juga boleh menjadi ketua, cuma perlu pada waktu dan keadaan yang betul.

Seperti juga Permaisuri Balqis yang menjadi pemerintah.
Seperti juga sembahyang sesama jemaah perempuan bukan, imamahnya juga seorang perempuan.
Seperti juga seorang  ibu yang mengetuai rumahnya apabila suami tiada dirumah.
Seperti juga Zainab Al-Ghazali yang pernah menjadi ketua sayap wanita dalam jemaah Ikhwanul Muslimin.
Adakalanya perlu juga memilih wanita sebagai ketua.
Bukanlah saya menidakkan lelaki itu sebagai pilihan utama untuk menjadi ketua, cuma ingin menjelaskan pendapat saya bahawa perempuan juga boleh menjadi ketua apabila betul pada situasi dan waktunya.

 

Apakah telah hilang kesyukuran kita sebagai seorang khalifah di atas muka bumi ini ?
Mari muhasabah.

 

p/s : kenapa saya tak sebut Rasulullah sebagai pemerintah yang agung ?

jawapannya kerana bukan itu fokus tugas Rasulullah. Tugas beliau yang lebih utama ketika itu adalah untuk menyeru manusia, bukan menjadi pemerintah secara tiba-tiba. Dan even, Rasulullah juga tidak sempat menatap kemenangan Islam bukan, hanya sempat menjadi pemimpin kota Madinah. Namun, usahanya menyeru manusia dan menyebarkan dakwahlah yang membuahkan kemenangan islam pada akhirnya. Jika dibandingkan dengan keadaan Nabi Sulaiman, memang beliaulah pemerintah yang agung kerana dia telah memiliki sebuah kerajaan di mana semua mendengar katanya, termasuk jin-jin, haiwan dan angin.
 

Advertisements

3 thoughts on “raja dan rakyatnya

  1. ye2. kita semua pun pemerintah. especially pemerintah kpd diri sendiri. mari memerintah diri sebelum dapat memerintah orang lain.huhu

    pagi tadi pun ada dengar UZAR cite pasal amanah pemerintah. kalau x perform baik, hisab berat. na’udzubillah..

    insyaAllah. perbaiki diri sendiri dan ajak orang lain sama..

  2. ukhti..

    nice lah.. tibe3 teringat surah an namlu yg pnh hafal dulu. teringat saat si semut mmberi arahan kpd rakyatnya ktika mana sulaiman nak lalu kawasan itu. dan sulaiman pun dengar, lalu baginda tersenyum dan ketawa (fatabassama dhahikam min qauliha).. comel kisah ni..

    right! pmerintah msti berjiwa rakyat… bertaqwa, adil dan saksama.
    tidak mmakan duit rakyat untuk kpntingan sendiri dan kroni3 tertentu.. aduh. lihat malaysia tanah airku ini makin nazak nmpaknya. saat mnanti kgemilangn pemerintahan para ulama kembali dibumi sndiri. moga3 islam terus tinggi mnjulang..ameen

    !!الإسلام هو دين ودولة معا

    bintu ISA, melaka :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s