al-mutasaqituun

Bismillah.

Salam dakwah buat semua pembaca laman penulisan saya hari ini.

Semoga ruh untuk berdakwah ke seluruh alam ini sentiasa segar hendaknya, dan jiwa pula sentiasa basah dengan zikir mengingati-Nya, inshaAllah !

**************

Jalan dakwah dan harakah Islamiyyah ini tidak pernah sunyi dari masalah dan fitnah.
Masalah dari individu itu sendiri.
Masalah dari harakah itu sendiri.
Dan adakalanya tekanan dari luar yang terlalu menekan.

Yang pasti, jalan dakwah ini tidak selalunya aman.
Moga Allah sentiasa mengurniakan kekuatan untuk kita terus berjuang dan ikhlas untuk berada dalam jalan ini.

Tetapi sungguh malang, bagi orang yang tercicir dari jalan ini.
Tercicir jauh dan terus ketinggalan.
Malah, berkomplot dengan musuh untuk menghancurkan sesebuah harakah Islamiyyah itu.
Rangkaian tanzim jemaah mula terdedah dan hanya menunggu masa untuk pihak musuh membinasakannya.

Sungguh, golongan al-mutasaqituun ini orang yang rugi.
Al-Mutasaqituun fi toriq ad-dakwah.
Golongan-golongan yang tercicir dari jalan dakwah.

Gerabak dakwah akan terus laju dan maju.
Akan terus ke hadapan menuju ke puncak kemenangan Islam.
Saat ini, di manakah terletaknya al-mutasaqituun ini ?
Adakah hanya bertepuk-tepuk tangan sahaja, atau sekadar duduk menongkat dagu merenung apa yang akan berlaku ?

Rugi, sungguh, memang rugi orang yang tercicir ini.
Tercicir dari gerabak kebenaran.
Malah, lebih rugi lagi bagi mereka yang bukan sahaja tercicir, malah mencaci jalan dakwah ini.
Seolah mereka kononnya terselamat dari satu bencana besar.

Mereka menganggap dakwah ini satu bencana ?
Jalan dakwah yang meminta segalanya.
Jalan dakwah yang memerlukan kita untuk berkorban apa sahaja yang ada.
Semua kehendak sendiri diketepikan.
Hanya kehendak Islam yang diutamakan.

‘ Bukankah kita menyertai dakwah ini untuk mencari sesuatu ? ‘

Ya, sesuatu. Tetapi bukan untuk diri sendiri.
Dakwah ini mengajar kita untuk membebaskan segala kehendak diri sendiri.
Dakwah ini mengajar kita untuk mengutamakan apa yang lebih utama.
Dakwah ini mengajar kita untuk berhadapan dengan matlamat yang lebih tinggi, iaitu matlamat Islam itu sendiri !

Masih kau anggap, jalan dakwah ini untuk mencari sesuatu demi memenuhi kepentingan diri sendiri ?
Apa yang kita mahu ?
Jawatan ? Anugerah ? Penghormatan ?

Sebuah hadis Qudsi ada berbunyi : Aku adalah sebaik-baik rakan kongsi. Sesiapa yang mempunyai ahli kongsi bersama-sama Aku, maka semuanya itu adalah untuknya dan Aku tidak berhajat padanya apa-apa pun.

Dalam sabda Rasulullah S.A.W : (ketika ini perbualan antara Rasulullah dengan Shidad Ibnu ‘Aus)

‘Aku paling takut ke atas umatku syirik dan keinginan nafsu yang tersembunyi’. Aku berkata : ‘ Wahai Rasulullah, apakah ummatmu akan kembali kepada syirik sesudah kamu (wafat) ? ‘.

Jawab Baginda : ‘ Ya, mereka bukanlah menyembah matahari atau bulan atau batu atau patung, tetapi mereka memperlihatkan amalan-amalan mereka dan mempunyai keinginan tersembunyi sehingga apabila salah seorang dari mereka berpuasa, kemudian dibantah oleh nafsunya dengan sesuatu keinginan maka dia akan meninggalkan puasanya itu.’

Sungguh, Allah tidak menerima amalan yang tidak dilakukan kerana-Nya !

Al-Mutasaqituun ini satu penyakit yang sangat memberi impak terhadap jalan dakwah ini !
Mungkin ada yang mengikut mereka, dan menganggap, tidak mengapa sekiranya aku meninggalkan jalan dakwah ini.
Atau, setakat ini sahajalah aku berdakwah, sudah lelah aku berjuang.

Percaya atau tidak, al-mutasaqituun ini telah wujud sejak zaman Rasulullah lagi.
Sejarah telah mempamerkan betapa ruginya mereka yang tercicir ini.

Antaranya tiga orang yang disebut di dalam surah At-taubah yang tidak ikut serta dalam Perang Tabuk.
Kaab bin Malik.
Murarah Ibn Ar-Rabi’.
Hilal bin Umaiyyah.

Dalam kisah yang diceritakan oleh Ibnu Hisham dalam kitab sirahnya, menjelaskan Kaab bin Malik, bukanlah meninggalkan perang ini atas sebab yang boleh diterima akal. Dia sihat, malah kuat (boleh pergi perang). Namun, dia melambat-lambatkan persediannya sehingga dia tercicir dari rombongan perang itu.

Apabila dia berjumpa dengan Rasulullah, terang jelas dan nyatalah, dia tidak berani untuk berbohong, mereka-reka cerita hanya untuk menyelamatkan dirinya. Dia menceritakan perihal yang sebenar. Lalu, Rasulullah memerintakan semua mukmin ketika itu supaya tidak bertegur sapa dengannya, malah tidak dibenarkan juga untuk isterinya untuk bersama beliau. Tempoh boikot yang berlanjutan hampir 50 hari itu, akhirnya dihapuskan setelah turunnya keampunan Allah ke atas mereka bertiga.  (boleh rujuk tafsir At-Taubah : 117-118)

Dan banyak lagi kisah-kisah yang mencerminkan tentang situasi al-mutasaqituun ini.
Hatib Ibn Abi Balta’ah. (Al-Mumtahanah : 1-4 )
Masjid Dirar. (At-Taubah : 107 )
Hadithul Ifik ( fitnah ke atas Sayyidatina Aisyah R.A)  (An-Nuur : 12,13,15,22)
Kisah Abu Lubabah (Al-Anfaal : 27 )

(boleh rujuk sini kisah Hatib : http://kisahislami.com/salah-satu-keutamaan-ahlul-badar-kisah-hatib-bin-abi-balta%E2%80%99ah-r-a/ )

Namun, sejarah juga mempamerkan al-mutasaqituun zaman dahulu kembali ke pangkal jalan dan menyertai dakwah semula setelah bertaubat. Dan al-tasaqut mereka itu berbatas. Tidak keterlaluan.

Namun, pergerakan  Islam zaman kini  mempamerkan berlaku situasi anggota-anggota jemaahnya meninggalkan jemaah dan menjadi penentang jemaah bersama barisan musuh. Memburuk-burukkan, menghina dan mencela.

Dan masalah ini berpunca dari kesilapan tarbiyyah dan tiada iltizam dengan syariat Allah Taala.
Sebab itulah sesebuah jemaah, harus menitikberatkan tentang pembentukan aqidah, rohani dan uslub (cara) gerakan mereka.
Tarbiyyah seperti inilah yang akan mendidik anggota dan menjamin kecekalan seseorang untuk terus bersama dalam gerakan dakwah ini.

Sabda Rasulullah :

Agama ini aku telah relakan untuk diri aku. Hanya orang-orang yang bersifat pemurah dan berakhlak mulia sahaja yang sesuai baginya. Oleh itu, selama kamu menjadi penganutnya hendaklah kamu muliakannya dengan sifat peribadi dan akhlak yang baik.

Pentingnya tarbiyyah untuk menjamin agar seseorang itu tidak tercicir dari gerakan dakwah ini.
Di peringkat tanzim, qiyadah apatah lagi mereka yang baru berjinak-jinak, tarbiyyah ini perlunya berterusan.
Meskipun ketika itu jemaah dilanda satu masalah yang besar, tarbiyyah tetap perlu diteruskan.

Apa yang perlu jelas apabila kita mahu berjuang, adalah sucinya niat, tujuan yang betul, aslinya sumber tarbiyyah, dan kesungguhan untuk menjaga kesatuan barisan dan iltizam dengan jemaah.

Lebih malang, masyarakat seolah menyokong golongan-golongan yang menyertai al-tasaqut ini. Bukan menghukum mereka. Malah, meraikan mereka yang tercicir dalam jalan dakwah ini.

Allahu rabbi.
Bukan ingin menunding jari kepada sesiapa.
Sungguh, dalam benak jiwa ini, saya akui, memang rugi bagi sesiapa yang tercicir dalam gerakan dakwah ini.
Apatah lagi, bagi mereka yang telah menolak awal-awal lagi untuk berjuang.
Lebih malang, mereka yang sibuk menabur fitnah kepada a’milin di jalan dakwah ini.

Sertailah gerabak dakwah ini.
Kamu tidak akan rugi.
Yang hanya rugi adalah orang yang tiada kehendak langsung untuk berjuang demi agama-Nya.

Marilah bersama menyertai barisan para dua’t.
Sahutlah seruan-seruan kebenaran ini sementara kamu masih mendengarnya dan masih ada peluang.
Aku sendiri khuatir, takut-takut suatu hari nanti, tiada lagi peluang.

Janganlah tercicir dari gerabak dakwah ini.
Kerana terlalu membawa banyak keburukan.

Janganlah menangguh-nangguh masa untuk kamu berjuang.
Janganlah menangguh-nangguh masa untuk kamu beriman.
Kelak kamu tercicir.
Tercicir sehingga saat nyawa ini ditarik.

Alangkah malangnya !

 

p/s : penulisan hari ini agar kurang menyengat.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s