karat ditanggal, agar terasa manisnya iman

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

*******

Dari Anas bin Malik R.A dari Nabi Muhammad S.A.W  bersabda,

Tiga hal, apabila ketiganya ada pada diri seseorang maka ia akan bisa merasakan manisnya iman :
1- Menjadikan Allah dan RasulNya lebih dia cintai daripada selain keduanya.

2- Mencintai seseorang hanya karena Allah.

3- Benci untuk kembali kepada kekufuran sebagaimana bencinya dicampakkan ke dalam api neraka.

(HR Syaikhani)

* Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari di dalam kitab shahihnya di empat tempat, yaitu 1) di dalam Kitab al-Iman, bab halawatul Iman dan 2) bab man kariha an ya’uda fil-kufri kama yahrahu an ya’uda fin-nar minal-iman. 3) Di dalam kitab al-Adab, bab al-Hubbu fillah, 4) Kitab al-Ikrah, Bab man ikhtara adl-Dlarba wal-Qatla, wal-hawana ‘alal-kufri.

 

Menyentuh tentang hadis ini, jelas mempamerkan tiga  perkara yang perlu dilakukan untuk mendapat kemanisan iman. Secara amnya, dapat saya simpulkan, hadis ini bukanlah berkata tentang tindakan dari anggota. Hadis ini melibatkan perasaan yang perlu dilahirkan dari dalam hati.

Perkara yang pertama dan kedua menyentuh tentang cinta. Cinta kepada Allah dan Rasulullah yang perlu melebihi segala-galanya. Dan perkara yang kedua menyentuh tentang cinta sesama manusia.

Perkara ketiga menjelaskan tentang betapa kita  perlu membenci jahiliyyah semacam kita juga benci untuk masuk ke dalam api neraka.

Pastinya, kemanisan iman ini tidak dapat dirasai oleh mereka yang tidak punyai perasaan. Sebab tanpa perasaan, mana mungkin ketiga-tiga perkara ini dapat dijalankan.

Cinta kepada Allah dan Rasulullah yang melebihi segala cinta yang kita letakkan kepada apa jua perkara. Termasuk ibu dan ayah. Kesediaan hati untuk sentiasa mengutamakan Allah dan Rasulullah sentiasa ada. Meletakkan taraf cinta itu di tempat yang betul tertibnya.

Tanya pada diri sendiri, apa yang anda sayang ketika ini.
Jawab bukan dengan jawapan skema. Jawab dengan jawapan yang betul lahir dari hati.

‘ Apa yang awak sayang ? ‘
‘ Teddy bear awak, handset awak, laptop awak, blog awak ? ‘
‘ Keluarga awak, suami awak, harta awak ? ‘

Jika kita tidak menerima konsep bahawa keutamaan cinta itu diberi kepada Allah dan Rasulullah, maka, kita sudah menghampiri langkah untuk tidak merasai kemanisan iman.

Lihat para sahabat dahulu, sanggup mengorbankan keluarga sendiri demi cinta mereka kepada yang Satu. Mereka sanggup berkorban apa sahaja demi Islam, malah nyawa mereka sendiri !

( teringat pada kisah sahabat yang sanggup berperang dan membunuh ayahnya sendiri semasa Perang Badar, anda ingat senang ke ? )

Teringat saya pada mujahidah sejati, Zainah Al-Ghazali yang meletakkan syarat sebelum perkahwinannya. Katanya, jika perlu dipilih untuk menyelamatkan antara perkahwinan atau dakwahnya, dia memilih dakwah.

Sungguh, mereka inilah barisan manusia yang telah merasai kemanisan iman !

Cinta kepada manusia, juga kerana Allah.
Kepada ibu bapa, suami, anak-anak.
Ini ciri kedua yang perlu dicapai untuk mendapat kemanisan iman.

Allah lah pemilik segala cinta.
Biarlah cinta itu kita kembalikan kepada-Nya.
Kita cinta semua kerana-Nya.
Barulah cinta itu seakan bermakna.

Lihat kisah yang berlaku antara Muhajirin dan Ansar. Mereka yang membina tautan ukhuwwah kerana-Nya. Mereka menyayangi antara satu sama lain berteraskan aqidah dan fikrah yang sama.

Penyatuan Muhajirin dan Ansar yang sangat indah. Inilah ukhuwwah yang sebenar.

“Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin), atas diri mereka sendiri, sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan itu).” (Al-Hasyr: 9)

 

Teringat juga saya, pada kisah antara Saidina Abrul Rahman Bin Auf  yang telah dipersaudarakan oleh Rasulullah dengan Saad Bin Rabi’.

“Saudara, ketahuilah bahawa saya adalah seorang Ansar yang banyak harta, dan kiranya saudara sudi ambillah separuh dan kekayaan saya itu. Saya juga mempunyai dua orang isteri dan kiranya Saudara sudi mana satu antaranya, saya sedia menceraikannya supaya boleh saudara mengahwininya. Mendengarkan kata-kata sahabatnya itu Abdul Rahman Bin Auf seraya menjawab, “Saudaraku, semoga Allah akan memberikan berkat terhadap keluarga dan hartabenda saudara. Janganlah disusahkan tentang diri saya ini, yang penting bagi saya ialah kiranya saudara sudi menunjukkan saya jalan menuju ke pasar.

Subhanallah !
Indahnya menyayangi seseorang itu kerana Allah !

‘ Habis tu boleh la sayang  BF  kerana Allah ? ‘
‘ Erk…Benda tu dah terang bersuluh haram kot. Kalau suami boleh la.’

 

Namun, kupasan saya sebenarnya lebih kepada aspek yang ketiga.
Membenci jahiliyyah seperti kita benci untuk dicampakkan ke dalam neraka-Nya.

Pentingnya untuk merasakan betapa busuknya dan kotornya jahiliyyah.
Pentingnya untuk membuang jahiliyyah secara total.
Pentingnya untuk merasakan jahiliyyah adalah gangguan untuk mencapai kemanisan iman.

Adakah kita terlalu selesa memegang ‘title’ sebagai seorang Islam, sehingga kita kabur tentang jahiliyyah. Sehingga kita tidak dapat membezakan antara islam dan jahiliyyah. Malah, kita adunkan mereka bersama !

Mungkin ya.
Mungkin tidak.

Mungkin ya kerana kita telah dilahirkan secara automatik sebagai seorang Islam. Lalu, kita berasa amat terjamin dan terselamat.

Para sahabat dahulu dekat dengan jahiliyyah. Bila Rasulullah datang membawa wahyu islam kepada mereka, lalu mereka merasakan mereka perlu keluar dari kegelapan. Islam dirasakan benar-benar telah memberi pencahayaan penuh kepada hati dan hidup mereka.

Jadi, gelap dan terang,
hitam dan putih itu lebih jelas ketaranya.

Mereka terus membuang jahiliyyah bila mereka faham tentang Islam.
Dan kita ?

Kita sudah sedia Islam.
Hitam dan putih itu tidak terlalu ketara.
Semuanya kelabu sahaja.
Apa yang salah, apa yang benar, kita tidak dapat beza.
Apa yang halal, apa yang haram, kita campur aduk.
Lalu kita memilih yang tengah, yang syubhah.
Tanpa kita tahu, jika kita memilih yang syubhah, sebenarnya lebih terarah kepada yang haram.

 “Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan. Hampir sangat ia menternak ke dalamnya (tempat larangan itu). Ketahuilah, bagi setiap raja ada tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. ‘

 

Apabila menyebut meninggalkan jahiliyyah, terasa sekali sukarnya.  Dan bila terasa payah, maka akan jahiliyyah itu dibiar mengotorkan diri begitu sahaja.

Azam tiada, niat pun tiada untuk meninggalkan jahiliyyah, memang tidak ke mana.
Azam ada, niat ada, tetapi usahanya malas, lagilah tidak kemana.
Azam ada, niat ada, tindakan ada, tetapi sekadar hangat-hangat tahi ayam, juga sama, tidak kemana.

Ambil satu contoh senang.
Ada seorang hamba Allah minat sangat baca komik-komik jepun ni. Hampir setiap edisi dibelinya. Alkisahnya, ssatu hari dia tersepak tarbiyyah. Dan dia tahu, benda-benda jahiliyyah ni memang kena buang, Jadi, dia pun kumpul semua komik dan bungkus siap dalam plastik dan diletak di bawah kati dengan azam untuk tidak lagi membaca komik tersebut.

Di satu hari yang hening, iman dia turun. Dan dia pun ambil semula plastik tersebut dan kembali membelek-belek komiknya.

Mengapa tidak dibakar terus komik itu ?
Atau buang sahaja di tong sampah.

Done. No more.

Jangan rasa sayang untuk membuang jahiliyyah.
Jangan rasa kesal untuk membuang jahiliyyah.
Jangan letakkan jahiliyyah itu dekat dengan diri, buang jauh-jauh. Kalau boleh sampai anda mati, anda tidak mahu berjumpanya.
Jangan sekali biarkan jahiliyyah itu menerjah diri anda kembali.

Serupa juga macam men’delete’ apa jua filem di dalam laptop kesayangan. Dibiarkan di dalam ‘recycle bin’ sekian lama. Mengapa tidak di ’empty’ kan terus kesemuanya ?

Para sahabat, ketika dipaksa kembali agama nenek moyang mereka, adakah mereka telah berpatah kembali dan keluar dari islam ?

Tidak.
Kerana mereka telah merasa betapa manisnya iman.

Perbezaan antara Islam dan jahiliyyah itu terlalu ketara.
Bukan tertakluk dari segi ubudiyyahnya sahaja.
Malah, akhlak, hobi, cita-cita, matlamat hidup, cara hidup, perasaan dan segalanya !

Mungkin kita merasakan beza antara kita dan jahiliyyah hanyalah dari segi kehambaan.
Islam meletakkan rasa untuk memperhambakan diri kepada Allah.
Tetapi jahiliyyah meletakkan rasa kehambaan mereka terhadap dunia.

Namun, bukan itu sahaja.
Apa yang Islam ajar, yang boleh dan tidak boleh, kita patuhinya.
Bukan memberi alasan untuk mempersoalkannya.

‘ Kita islam, dyorg kafir. Tu je lah bezanya.’

Jika kita tidak merasakan jahiliyyah itu bagai api, maka kita tidak merasai lagi kemanisan iman.
Jika kita merasakan bahagia dengan jahiliyyah, maka kita masih perlu membaiki iman.

Sedarlah, jahiliyyah itu hanya karat yang akan merosakkan diri.
Jahiliyyah itu mungkin memberi kebahagiaan di dunia, bukan di sana.
Jahiliyyah itulah yang akan kian mewujudkan tompok-tompok hitam ke dalam hati sehingga anda tidak nampak lagi cahaya.

 

Buanglah jahiliyyah.
Buanglah jahiliyyah.
Dan bila anda mahu menbuangnya, maka bersungguhlah !
Bersungguhlah dari hati dan anggota.

Buanglah jahiliyyah itu,
agar terasa manisnya iman.

Atau hati kita sudah tidak mahu merasa manisnya iman ?

 

 

 

 

 

 

 


2 thoughts on “karat ditanggal, agar terasa manisnya iman

  1. ouh,terketepek di batang hidungku…
    dh buang,tp bile rindu,balik korek u-tube,tp kemudian akan membenci tindakan,sebelum mengulangi lagi
    hampeh
    anyway,jzkk atas perkongsian.sgt suke!!!
    ins allah,akan sambung mujahadah lagi,dan agi,dan akan terus mujahadah sehingga jasad dimamah bumi.ins allah.

    • teruskan mujahadah ye ukhti…mcm sahabat2 dulu…inshaAllah, mujahadah yang ada nilainya..

      p/s : komen ukh sgt2 membantu ana….baca komen terasa nyaman hati…sbb hati sedang tidak stabil…huhu…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s