aku meminta kepada yang memberinya

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

**********

Sepanjang saya hidup ini, saya belum merasa puas lagi meminta. Meminta kepada yang saya yakin akan memberinya kepada saya. Jika tidak sekarang saya dapat, mungkin ditunda masa di kemudian hari. Jika saya tidak dapat apa yang saya minta (betul-betul sebijik), tapi yang memberi tetap akan memberi. Memberi apa yang saya perlukan, kerana yang memberi tahu apa yang terbaik untuk saya.

Yang memberi, akan terus memberi.
Yang meminta adakah akan terus meminta ?

Yang memberi telah berikan terlalu banyak kepada kita.
Yang meminta semacam terlupa apa yang telah diberi kepadanya.
Malah, selalu merasakan kecewa terhadap apa yang diberi oleh yang memberi.

Jangan risau, yang memberi akan terus memberi selagi kita meminta.
Yang patut dirisau adalah, adakah kita telah meminta.

Jangan risau, yang memberi akan terus memberi selagi kita meminta.
Yang patut dirisau adalah, adakah keadaan diri ini bersungguh untuk meminta.

Jangan risau, yang memberi akan terus memberi selagi kita meminta,
Yang patut dirisau adalah, cara kita meminta.

Jangan risau, yang memberi akan terus memberi selagi kita meminta.
Yang patut dirisau adalah, adakah hati kita tidak buta dari 10 perkara.

Ketika Ibrahim bin Adham berada di tengah2 pasar Basrah, beliau dikerumuni oleh orang ramai dan ada yang bertanya,
Mengapa Doa nereka tidak dikabulkan Allah padahal mereka selalu berdoa kepadanya? Beliau menjawab kerana hati buta disebabkan sepuluh perkara, iaitu:

  1. Kamu mengenal Allah, tetapi kamu tidak tunaikan Haq-Nya
  2. Kamu sangka kamu cintakan Nabi s.a.w tetapi kamu tinggalkan sunnahnya
  3. Kamu membaca al-Quran tetapi kamu tidak beramal dengannya
  4. Kamu telah makan nikmat2 Allah, tetapi kamu tidak tunaikan syukurNya
  5. Kamu berkata syaitan itu musuh kamu tetapi kamu tidak menentangnya
  6. Kamu berkata bahawa syurga itu benar tetapi kamu tidak beramal untuknya
  7. Kamu berkata neraka itu benar tapi kamu tidak lari darinya
  8. Kamu berkata bahawa mati itu benar tetapi kamu tidak bersedia baginya
  9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu ceritakan keaiban manusia hingga terlupa keaiban sendiri
  10. Kamu kebumikan mayat2 manusia tetapi kamu tidak mengambil iktibar daripadanya.

Dan mungkin hati si peminta terus buta sehingga tidak menghayati sifat yang memberi itu memang akan memberi kepada sesiapa yang meminta kepadanya.

Telah terketukkah hati kita dengan sifat yang memberi ini, bahawasanya dia akan memakbulkan segala. Segalanya. Apa jua yang diminta. Bukan seperti omongan Haji Bakhil kepada Labi setelah berjaya mengubati penyakit anaknya si Manisah,

‘ minta apa sahaja yang kau nak, mintak. asalkan jangan duitt…’

Bandingkan dengan firman Allah kepada kita,

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila doa berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka memenuhi perintah-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran. ( 2 : 186 )

Minta sahaja kepada-Nya, nescaya Dia akan memberi.
Jangan risau tentang bilakah masanya doa itu akan termakbul, kerana doa itu akan termakbul.
Lambat atau cepat, itu adalah hak-Nya kerana Dia lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Cukupkah kita menghayati sifat Al-Mujib ini ?
Maha menjawab terhadap sesiapa yang meminta kepada-Nya.

Bukan seperti kita meminta kepada manusia,
Adakalanya apa yang kita dapat tidak sempurna, tidak menepati citarasa,
Tetapi yang kita peroleh dari-Nya itulah yang sempurna.

Sejauh manakah kita yakin dengan Dia yang akan memenuhi setiap permintaan dari kita ?
Yakinlah, yakinlah.
Sesungguhnya setiap janji Allah itu benar.
Sesungguhnya Dia Maha Mendengar setiap butiran perkataan yang kita ucapkan dalam doa.
Sesungguhnya Dia Maha Melihat tangan kita ini menadah meminta-minta.

Tiada yang benar melainkan Allah.
Tiada yang sempurna melainkan Allah.
Maka, yakinlah meskipun terkadang kamu rasa tidak yakin dengan doa kamu itu.
Teruskan berdoa dan berdoa.

Teringat saya pada kisah seorang  sahabat Rasulullah S.A.W yang terkenal dengan dua senjata. Senjatanya yang pertama adalah ketepatan anak panahnya mengenai sasaran. Dan senjatanya yang kedua adalah doanya yang sentiasa dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Siapakah dia ?
Dialah Saad Bin Abi Waqas yang dimaksudkan dalam doa Rasulullah S.A.W.

Diriwayatkan dalam satu hadis di mana, Rasulullah pernah mendoakan beliau :  “Ya Allah, tepatkanlah bidikan panah Sa’ad dan kabulkanlah segala doanya”.

Alkisahnya, satu hari dimana Saad melihat seorang laki-laki mencaci Ali, Thalhah dan Zubair. Puas juga Saad menasihati supaya lelaki tersebut berhenti mencaci, namun lelaki itu tidak mahu berhenti dari caciannya. Lalu Saad berkata kepadanya : “Kalau begitu saya akan berdoa kepada Allah untukmu”.

Kemudian lelaki itu membalas : “Saya melihat engkau mulai mengancam saya, seolah-olah engkau seorang nabi”. Lalu Saad pun meninggalkan lelaki tersebut. Beliau pergi mengambil wudhuk dan menunaikan solat sunat dua rakaat. Seusai solat, beliau berdoa.

Ya Allah sesunguhnya Engkau Maha tahu bahwa laki-laki ini telah mencaci maki orang-orang soleh yang Engkau ketahui kesolehannya, maka berilah dia pelajaran jika itu akan baik baginya dan berikanlah tanda bahwa dia sudah mendapat pelajaran dari-Mu”.

Kemudian, sejurus selepas itu, keluarlah seekor unta yang liar, lalu memijak lelaki itu tadi sehingga mati begitu sahaja !

Lihat pula doa Zinnirah, hamba Saidina Umar Al-Khattab ketika beliau masih lagi jahiliyyah. Zinnnirah disiksa dengan seksaan yang cukup pedih. Kemuncaknya apabila matanya dicucuk dengan besi panas sehingga buta.

Namun, mata hatinya tidak pernah buat dari meminta kepada yang Maha Memakbulkan.
Dalam doanya yang cukup syahdu,

“Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini memang berat, selalu menderita dan sengsara karena aku sedar untuk mendapat syurga. Aku terpaksa mengharungi ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh berbagai kesenangan.”

Sungguh, apa yang dia dapat dari doa ini adalah iman yang semakin teguh. Doa kepada Allah yang menjadi penawar kepada dia setiap malam. Doa tanda tidak sombongnya seorang hamba. Meminta selagi boleh meminta.

Dan Tuhanmu berfirman, ‘ Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku dan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina-dina ( 40 : 60 ).’

Jangan pagari doa anda itu dengan rasa sombong.
Jangan rasa selesa jika anda rasa anda tidak perlu meminta.
Lihat Rasulullah dan para sahabat, walaupun mereka dijamin Allah sebagai ahli syurga, namun mereka tidak pernah berhenti meminta kepada-Nya.

Sungguh, doalah penenang jiwa.
Penenang jiwa tatkala kita dalam suka mahupun duka.
Sentiasalah berdoa, walapun sudah jemu meminta yang sama, teruskan meminta.

Kita tidak rugi dengan berdoa. Malah, Allah menyambutnya dengan penuh rasa gembira.
Mana mungkin akan kita dapat, tanpa kita meminta.

 Daripada Aisyah r.a, beliau berkata:
Rasulullah s.a.w telah masuk ke rumahku, lalu aku tahu melalui wajahnya bahawa wahyu telah turun kepadanya.Baginda terus berwuduk dan tidak bercakap dengan sesiapa pun. Aku duduk di tepi dinding bilik untuk mendengar apa yang akan disabdakan oleh Baginda. Baginda terus duduk diatas mimbar lalu memuji Allah dan bersabda: Wahai manusia! Sesungguhnya Allah berfirman kepada kamu semua:”Suruhlah melakukan makruf dan laranglah daripada kemungkaran sebelum kamu berdoa kepada-Ku, tetapi Aku tidak memperkenankan doa kamu, sebelum kamu meminta kepada-Ku tetapi Aku tidak menunaikan permintaan kamu dan sebelum kamu meminta pertolongan kepada-Ku, tetapi Aku tidak menolong kamu”.Baginda tidak berkata lebih dari itu sehingga Baginda turun dari mimbar.

Namun, bukanlah kita hanya berdoa. Terus berdoa tanpa usaha.
Biarlah doa itu kamu iringi dengan usaha dan tawakkal kepada-Nya.
Sunnatullahnya, kita akan dapat apa yang kita usahakan. Tetapi bagi seorang mukmin, tidak akan terasa lengkapnya usaha itu tanpa doa.

Bukankah doa itu senjata kita ?

Mengapa doa itu senjata ?
Ya, senjata yang mampu membunuh.
Senjata ini jika dipadukan dengan keikhlasan yang benar-benar tinggi, ditambah pula dengan kesungguhan yang teramat sangat, percayalah, gerun orang yang melihatnya.

Lihatlah mereka yang berdoa penuh kesungguhan, sehingga berjujuran air matanya, seram juga. Dengan suara yang penuh syahdu dan mendayu-dayu, pasti berjaya memukau orang yang mendengarnya.

Tegak bulu roma saya bila mendengar orang yang cukup khusyuk pada doanya.
Kerana saya sendiri yakin, pasti Allah akan memakbulkannya.
Malah, saya pasti, keyakinan mereka ini terlalu tinggi !

Gembiralah,
Kerana Allah yang mengutus rasa untuk kita berdoa kepada-Nya.
Kerana izin Allahlah yang membenarkan lidah dan tangan kita  ini untuk selalu meminta kepada Dia.
Kerana Allah yang memandu hati kita untuk terus meminta.

Jangan pernah kita lekakan masa,
Setiap saat yang kita lalui,
Semuanya dengan izin Allah  untuk kita terus menikmatinya,
Dan janganlah kau menangguh lagi masa untuk meminta kepada-Nya,

Gunakan peluang yang ada sebaiknya.
Apakah hari esok ada untuk kita ?
Tanyakan di sekeliling anda, siapa yang berani menjaminnya ?
Tiada.

Saat terdetiknya pelbagai keinginan di hati,
Berdoalah,
Kerana takut esoknya, tangan ini sudah tiada untuk menadah, tiada lagi suara untuk merayu,
dan tiada lagi nyawa.

Maka hilanglah sebuah kesempatan.

p/s : tontonilah video ini, rancangan Amr Khaled yang bertajuk ‘ Bismika Nahya’ yang bermaksud, dengan nama-Mu, kami hidup. Rancangan ini membahaskan kesemua nama Allah. Jika rajin, bolehlah download untuk semua sifat. Sifat yang saya paparkan ini, hanya Al-Mujib, menepati tema entri saya kali ini.

p/s : entri ini adalah hasil terkesan dengan muqaddimah di dalam usrah saya.  terima kasih kepada ummi (naqibah). dan entri ini juga tanda rindu kepada seseorang.

Advertisements

6 thoughts on “aku meminta kepada yang memberinya

  1. if ALLAH brings you to it…
    He will bring you through it..
    in happy moments..
    praise ALLAH..
    in difficult moments..
    seek ALLAH..
    in quiet moments..
    worship ALLAH..
    IN PAINFUL MOMENTS..
    TRUST ALLAH..

    IN EVERY MOMENTS..
    THANK ALLAH… (^_^)

    note:be thankful of what we achieve today

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s