alternatifnya adalah cinta

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Moga jiwa kamu tidak meruntun lemah selagi punyai iman di dada.

************************

Dakwah itu cinta.
Ukhuwwah itu cinta.

Segalanya kita ikat dengan cinta.
Kerana kita merasakan ikatan cinta itu ikatan yang terkukuh mengikat segala.
Ikatan cinta yang mampu mengindahkan segala.

Dakwah kerana cinta.
Membuatkan kita sanggup berbuat apa sahaja.
Membuatkan kita sanggup berkorban segala.
Membuatkan kita sanggup menempuh segala.

Ukhuwwah kerana cinta.
Memberi nafas baru dalam dunia persahabatan.
Persahabatan kerana Dia.
Menjadikan diri ini lebih memanfaatkan sahabat-sahabat.
Merentas benua ukhuwwah yang dibina.
Kenal atau tidak.
Pernah bersua atau tidak.

Inilah dia bila cinta menjadi alternatifnya.
Penghubung segala.

Dakwah dan tarbiyyah seolah menjadi bahasa komunikasi jiwa.
Dulunya bahasa ini tidak difahami.
Tetapi sekarang jiwa mula menguntum rindu bila tidak terdengar iramanya.

Bila cinta menjadi alternatif dalam jiwa,
Segalanya seolah berbunga indah.
Dakwah terasa indah kerana ada juga peneman di sisi buat kerja yang sama.
Ukhuwwah terasa indah kerana ada juga yang menyayangi kita atas dasar yang sama.

Sungguh, memang cintalah menjadi alternatif kita dengan dakwah ini.
Dakwah tidak mungkin akan berjalan hanya semata kerana,
semangat yang tekad,
tenaga yang  kuat,
tsaqafah yang  padat,
Jika tidak kerana cinta,
Seolah kita hilang sentuhan dengan dakwah.

Dan kita juga, antara jiwa hamba dan tuan,
Cinta juga menjadi alternatifnya.
Jika tidak kerana cinta,
mana mungkin kita sanggup menjadi hamba.
Jika tidak kerana cinta,
mana mungkin kita sanggup menuruti segala kehendak-Nya.

Terasa lama hidup ini telah dihimpun bersama cinta.
Terasa hidup bersama.
Mungkinkah kita merasa segalanya indah tanpa cinta ?
Mungkin boleh, tetapi perasaan itu terlalu hambar tanpa cinta.

Dakwah kita ini kerana cinta.
Sejauh mana kita menghayatinya,
Terkadang diri sendiri juga tidak tahu.

‘ Sejauh mana aku cintakan jalan dakwah ini sebenarnya ? Aku tidak lagi diuji dengan ujian yang teramat berat. Mungkinkah diriku akan tenggelam saat sampainya ujian itu. Aku sendiri tidak tahu. ‘

Penyelesaiannya adalah cinta.
Aku ikat diriku bersama dakwah ini dengan cinta.
Seolah dakwah sahajalah peneman hidupku.
Seolah dakwah sahajalah menjadi nafasku.

Aku perlukan cinta itu.
Kerana aku tidak mahu hilang dari jalan ini,
kerana tiadanya cinta kepada jalan ini.
Hilangnya aku dari jalan dakwah ini, biarlah hilang bersama jasadku ke kubur nanti.

Sungguh, alternatifnya adalah cinta.
Tiada cinta, kosonglah perasaan dan jiwa seorang manusia.

Namun, apa bedanya antara cinta yang benar dan cinta yang palsu ?
Bedanya adalah dengan apa kita ikatkan dengan cinta itu.

Jika kau ikatkan cinta dengan nafsu, ternyata salah.
Jika kau ikatkan cinta dengan kehendak, ternyata juga salah.

Maka, kau ikatlah cinta itu berteraskan Dia.
Dia pemilik segala cinta.
Kasih sayang-Nya,
Kelembutan-Nya,
Keadilan-Nya,
Pemurahnya Dia,

Adalah semua kerana cinta.
Cinta dan sayangnya Dia kepada kita.
Namun, pernahkah kita membalas dengan nilai cinta yang sama ?

Pulangkan dengan nilai cinta yang tinggi.
Tinggi yang bagaimana ?

Kita sendiri yang menentukannya.

Kata seorang ahli sufi, Rabiatul Adawiyah,

 “Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana mengharap syurgaMu maka jauhkan aku dari syurgaMu ! Tetapi jika aku menyembah- Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Ini nilai cinta yang agung.
Mampukah menandingi nilai cinta kita kepada Dia ?

Bagi saya, sukar sekali mendidik sehingga jiwa ini punyai cinta yang sebegitu.
Tapi, saya harus mencuba.
Kalian juga harus mencuba.
Tiada lagi tapi. Tiada lagi namun.
Kita harus mencuba.

Mencuba untuk sampai tahap cinta setinggi itu.

Atau mungkin kita tidak pernah mengimpikan cinta setinggi itu ?
Jika kita merasakan cinta itu adalah alternatifnya, pasti boleh.
Boleh jika kita terus mencuba.

Ingin saya paparkan kisah dua sahabat.
Kisah dua sahabat yang juga beralternatifkan cinta.

Cinta mereka yang bermula di muka buku.
Cinta ukhuwwah yang mereka jalinkan, tanpa kenal paras dan rupa.
Malah cinta mereka dipisahkan jarak.

 SMS yang pertama.
Dihantar dari si A kepada B.
Kemudian si A meneruskan lagi.

Dan kemudian si B membalas.

Sungguh, indah benar persahabatan mereka berdua.
Persahabatan berteraskan cinta.
Cinta yang diikat kerana-Nya.

Sungguh, cinta itu adalah alternatifnya.
Sungguh, jika cinta itu insan, segera aku mendakapnya.
Jika cinta itu sebuah gunung, segera aku mendakinya untuk sampai ke puncak.
Jika cinta itu emas,  segera aku jadikan ianya perhiasan diri.

Namun, cinta itu perasaan.
Perasaan yang perlu didakap insan itu sendiri.
Dipunyai oleh orang yang benar-benar ingin menghayatinya.

Bukan untuk dipermainkan.
Bukan untuk mudah dijualbeli.
Bukan mudah untuk disia-siakan.

Sungguh, alternatifnya adalah cinta.

Kepada Allah.
Kepada Rasulullah.
Kepada kalam-Nya.
Kepada dakwah.
Kepada mutarabbi.
Kepada murabbi.
Kepada tarbiyyah.

Semuanya memerlukan cinta sebagai alternatifnya.
Seolah cinta telah menjadi dunia kita.
Kita hanyut dengan cinta kepada Allah.
KIta hanyut dengan cinta kepada Rasulullah.
Kita hanyut dengan cinta kepada ayat-ayat suci-Nya.
Kita hanyut dengan dakwah.

Kita dengan agama ini ?
Alternatifnya adalah cinta.
Cinta kepada agama.
Buat yang agama suka dan suruh, tinggalkan yang agama tidak suka.
Susah, tapi balasan cintanya adalah syurga.

Segalanya menjadi sukar tanpa cinta.
Segalanya terasa payah.
Segalanya terasa beban yang tersangat berat.

Ya, kita patut mula menjalin cinta.

p.s : kak ayu, saya pinjam perkataan alternatif yaaa….suka perkataan tu kebelakangan ni.

Advertisements

4 thoughts on “alternatifnya adalah cinta

  1. YA ALLAH, jadikan hamba ini sebagai hamba yang tunduk patuh kepada-MU.. Begitu juga bagi penulis ini.. Jadikan dia kuat dalam menjalankan perintah-MU, tanpa berhenti dijalan-MU, jalan yang benar dan lurus, agar dakwahnya bisa disampaikan kepada sekalian manusia.. Manusia yang tercari-cari cinta-MU, jadikan dia sebagai pembantu ke arah mendekati-MU…Sahabat yang baik adalah apabila kita bersahabat dengannya, tidak terkurang cinta kepada-MU, malahan semakin dia mengajakku mendekati-MU…Engkaulah pemilik cinta kami YA ALLAH, kerana-MU kami berukhuwah, dan kerana-MU juga kami merasa cinta..
    Syukran ya ukhti..Teruskan maju ke hadapan, ana ada disampingmu..InsyaALLAH =’)

  2. terkadang terasa dh jumpa cinta tu,tp bila pandang sekeliling balik,hmm…i’m still alone,in d world dat i don’t belong…
    pabila jalan tarbiyah yg dtempuhi lebih sedekad masih dpenuhi essence ghuraba…
    pabila frust menimpa,ingin kembali ke kekaratan jahiliah yg telah mendarah daging
    pabila kemanisan ibadah terkadang gagal drasa,sehingga makin lupa kpd pencipta…
    ouh, sungguh scary!

    • ouh ukhti,
      hayatilah cinta kepada jalan dakwah itu.
      cintakan jalan dakwah tidak pernah memeberitahu kita bahawa kita hanya keseorangan di atas muka bumi ini.
      cintakan jalan dakwah membuat kita benci dengan lumpur2 jahiliyyah yang membaluti diri.
      cintakan jalan dakwah ini menjadikan ibadah itu adalah sumber kekuatan diri.

      sebab itu kita kena leka dgn dunia org bercinta, sehingga kita tidak sempat meneliti apa yang berada di sekeliling.
      p/s : entri akan datang, inshaAllah menjawa persoalan anti dlm emel tempoh hari.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s