andai aku fahami

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

********

Andai aku fahami segalanya,
Nescaya aku akan lebih mengerti.

Andai aku fahami,
Mengapa aku ini manusia,
Nescaya aku tahu aku punyai tuan.

Andai aku fahami,
Mengapa aku ini islam,
Nescaya aku akan lebih menyayangi agama ini.

Andai aku fahami,
Mengapa aku ini ada hamba,
Nescaya akan tercampak rasa kekerdilan diri sendiri.

Andai aku fahami,
Mengapa aku ini diberi peluang hidup,
Nescaya aku akan lebih menghargai segalanya.

Andai aku fahami,
Mengapa agama aku ini menyuruh itu dan ini,
Nescaya aku tahu sebenarnya semua itu untuk kebaikan untuk diri sendiri.

Andai aku fahami,
Mengapa terciptanya masa buatku,
Nescaya aku akan memanfaatkannya tanpa sia-sia.

Andai aku fahami,
Mengapa diciptakan manusia lain buatku,
Nescaya aku akan lebih mengerti tentang kehidupan.

Andai aku fahami,
Betapa susahnya mencari hidayah dan kejayaan,
Nescaya aku akan lebih bersungguh-sungguh.

Andai aku fahami,
Mengapa hidup ini terlalu sukar,
Nescaya aku akan mendidik ketabahan diri sendiri.

Andai aku fahami,
Betapa semua makhluk-Nya sentiasa bertasbih sepanjang masa,
Nescaya aku malu, dan segera mencontohi mereka.

Andai aku fahami,
Betapa hidup ini singkat,
Nescaya aku kurang mencintai dunia.

Andai aku fahami,
Mengapa Allah jadikan burung-burung sentiasa beterbangan di awan sana,
Nescaya aku juga ingin menjadikan hatiku bebas seperti bebasnya sayap mereka.

Andai aku fahami,
Mengapa aku perlukan tenaga,
Nescaya aku akan guna segala tenaga itu sebaiknya.

Andai aku fahami,
Betapa aku perlukan Dia,
Nescaya setiap masa, setiap ketika, aku akan mencari-Nya.

Andai aku fahami,
Betapa Rasulullah itu bukan sekadar 25 orang Rasul yang wajib kita beriman dengannya,
Nescaya aku akan cepat mengikuti langkahnya.

Andai aku fahami,
Betapa udara itu tercipta untuk segala yang bernafas,
Nescaya setiap hela nafas yang ku ambil, akan ku hargai.

Andai aku fahami,
Segalanya,
Bukan sekadar mengetahui,
Nescaya aku akan lebih mengerti.

************

Betapa hidup ini memerlukan kefahaman. Bukan sekadar tahu. Tahu itu sekadar penafsiran bagi akal. Namun kata ‘faham’ itu adalah penafsiran bagi mata hati.

Mata hati yang membantu memberi kefahaman.
Mata hati yang akan membuka mata pemikiran.

‘ Saya tahu dakwah, tapi saya tak faham dakwah.’

Berapa ramai yang angkat tangan bila ditanya, ‘ Tahukah anda apa itu dakwah ? ‘
Tetapi berapa ramai yang angkat tangan bila ditanya, ‘ Fahamkah anda apa itu dakwah ? ‘

Bila tidak faham, sukar untuk kita mendidik keikhlasan hati.
Bila tidak faham, sukar untuk kita menjiwainya.

Inilah susahnya bila sekadar tahu, tetapi tidak memahami.
Ibarat sekadar melepaskan batuk di tangga.

‘ Kira aku tahu ni, dah cukup okey dah kalau nak banding dengan orang-orang yang tak tahu kat luar sana.’

Tahu, tidak faham.
Tidak tahu, juga tidak faham.

Apakah bezanya ?
Tiada.

Sekadar tahu, tidak cukup syaratnya.
Tahu mungkin dapat membantu dari segi penambahan ilmu.
Tetapi faham membantu membuahkan amal.

Ilmu tanpa amal, semacam pokok tanpa buah.

Namun,
Sekadar tahu,
Sekadar faham,
Itu tidak lagi lengkap.

Terlengkapnya adalah dengan pembuktian amal.

Contoh senang.

Anda tahu cara memasak lemak ketam.
Anda faham kenapa perlunya masak ketam, sebab anak-anak mahu makan. Jadi perlu masak sedap-sedap.
Tetapi bila sampai di dapur, anda hanya membatukan diri.
Mengharapkan masakan itu akan terjadi dengan sendiri.

Iman juga harus dibuktikan dengan amal.
Dakwah juga perlu dibuktikan dengan amal.

Bukan main cakap sahaja, tentang dakwah.
Itu dan ini.
Pelbagai ilmu telah dikaut dalam usrah, daurah dan sebagainya.
Tetapi amalnya ?

Hilang entah ke mana.

Jadi, memang benarlah, iman itu berkait rapat dengan ibadah.
Mana mungkin orang yang beriman tidak solat.
Mana mungkin orang yang beriman tidak mahukan syurga.

Buktikan iman anda dengan ibadah.
Bina mutabaah amal diri sendiri untuk menyukat ibadah.

Tahu, faham dan amal.
Tahu, faham dan amal.

‘ Aku faham dakwah ini kena buat. Tetapi aku rasa susahla.’

Jawapannya, anda masih tidak faham tentang dakwah ini.

Macam juga ilmu yang kita belajar di sekolah, di universiti.
Sekadar tahu dan faham mungkin membantu meningkatkan markah dalam kertas peperiksaan.
Tetapi bila sampai di alam pekerjaan, jika anda tidak amalkan, akan terkontang-kantinglah seorang diri.

Tahu, amal.
Ada masalah.
Kerana seseorang itu tidak faham akan amalnya.

Tahu, faham.
Ada juga masalah.
Kerana dia tidak beramal dengannya.

Faham, amal.
Ini lagi masalah.
Sebab dia tidak ada ilmu mengenainya !

Tahu, faham dan amal.
Anda tidak boleh meninggalkan salah satu dari elemen ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s