jangan kau berani bermain dengan ibadat !

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Alhamdulillah, bersyukurlah atas segala nikmat yang telah Allah berikan kepada kita semua !

***********************

Kita bukan ahli ibadat yang bermain-main.
Kita bukan ahli ibadat yang tidak menghiraukan orang lain.
Kita bukan ahli ibadat yang hanya menitikberatkan satu aspek sahaja dalam Islam.

Kita adalah ahli ibadat yang tahu nilai ibadat.
Kita adalah ahli ibadat yang menghargai ibadat itu sebagai satu sumber tenaga ruhiyyah.
Kita adalah ahli ibadat yang tidak bermain-main dengan tanggungjawab yang lain juga.

Jangan sekali-kali kita berani bermain dengan gelaran ahli ibadat !

Bukan ahli ibadat yang sebenar jika kau hanya memendamkan rasa untuk menyampaikan dakwah.
Bukan ahli ibadat yang sebenar jika kau masih menggelupur, menangis hiba melihat keadaan ummah.
Bukan ahli ibadat yang sebenar jika kau tidak mengkaji gerak kerja untuk menyelamatkan ummah ini.
Bukan ahli ibadat yang sebenar jika kau masih sibuk beribadah, malah jadikannya sebagai alasan untuk tidak mengerjalan dakwah ini.

Sungguh, kau ahli ibadat yang sebenarnya sedang bermain-main.

Kau tahu tugas kau adalah sebagai seorang daie.
Tapi seolah kau sekat keinginan tadi dengan pelbagai alasan.
Kau masih mementingkan kepentingan diri sendiri.
Kau masih takut untuk memikul risiko dakwah.
Kau masih takut untuk berkorban segalanya demi dakwah.

Kau selimutkan rasa ingin bergerak dengan selimut tebal.
Selimut tebal penuh dengan alasan-alasan hapak.
Selimut tebal berselindungkan hawa nafsu.

Justeru, kau gunakan selimut itu tadi untuk menyorokkan diri kau sendiri.
Kau peramkan diri kau sendiri macam jeruk yang kelamaannya akan busuk.
Kau asingkan diri semacam kau cuba untuk mengasingkan diri kau dari bumi ini.
Kau simpan diri kau semacam kau jamin kau selamat di dalam penjara rekaan diri sendiri.

Sungguh, ku ulangi lagi, kau adalah ahli ibadat yang hanya cuba bermain-main dengan alasan !

Sudah-sudahlah dengan ketakutan itu.

Marilah tampil ke hadapan.
Tampil menjadi daie yang sejati.
Tampil menjadi khalifah.
Tampil untuk mengamati laungan dan seruan para dua’t yang lain di atas muka bumi ini.
Tampil memberikan khabar-khabar gembira.

Kau pencilkan diri sendiri, sambil mengatakan, ‘ Aku sedang beruzlah.’

Ya, sememangnya kau sedang beruzlah.
Beruzlah yang tidak kena pada tempat dan masanya.

Rasulullah juga beruzlah. Namun itu sebelumnya turun wahyu kepada Baginda bukan ?
Setelah mendapat perintah untuk menyampaikan seruan dakwah islam kepada manusia, Baginda tidak lagi beruzlah. Baginda tidak lagi memencilkan diri. Baginda tidak senyap sendirian menghayati Islam, malah Baginda berterus-terusan usaha mengajak yang lain !

Itukah yang kau gelarkan uzlah ?

Uzlah ketika ummah kian tenggelam dan memerlukan engkau sebagai penyelamat !
Uzlah yang hanya sesuai sekarang ini adalah uzlah syu’uriah (perasaan).

Cuba kau amati hidup para sahabat !
Kebanyakannya wafat di luar dari kota Madinah dan Mekah bukan ?

Kelihatannya pelik bagi kita, kerana terdapat dalam satu riwayat hadis mengatakan pahala beribu kali ganda banyak beribadat di Masjidil Haram, Masjid Nabawi.

Namun, mengapa para sahabat memilih untuk berjuang di medan dakwah, tidak hanya beruzlah di masjid yang menjadi sumber pahala yang amat besar itu ?

Sungguh, keutamaan bagi mereka di ketika itu adalah jihad di jalan Allah, bukan membuang masa beribadat, beruzlah sendirian, gigih mengumpul pahala, namun menyembunyikan diri sendiri  !

Berani sungguh kau tidur dengan nyenyak ketika ummah sedang kebakaran dalam jahiliyyah ini !
Berani sungguh kau masih lena dibuai mimpi ketika ummah ini sedang lemas di lautan dalam !

Sungguh, jangan kau jadi ahli ibadat yang bermain-main !

‘ Baik jangan jadi orang Islam la kalau tak nak cegah kemungkaran ‘

Kau biarkan ummah terbentuk dengan fikrah-fikrah jahiliyyah tanpa sedikitpun kau cuba untuk menyuntik fikrah Islamiyyah yang kau ada. Kau biarkan ummah terdidik dengan tarbiyyah jahiliyyah.

Kau biarkan ummah punah.
Atau,
Kau SENGAJA membiarkannya ?

Kau NILA atau BATU ?

Jika batu, ke mana sahaja kau dicampakkan, kau tidak akan mengubah situasi.
Jika nila, kau berjaya mewarnakan ke mana sahaja tempat kau dicampakkan.

Jika kau BATU, ternyata, kau adalah ahli ibadat yang sedang bermain-main itu !

Seorang ahli fiqh dari para tabiin Kufah yang arif dan bijaksana, Amir As-Sya’bi telah meriwayatkan bahawa ada beberapa lelaki telah keluar dari Kufah dan tinggal di pinggir bandar, beribadah di sana. Berita itu telah sampai kepada pengetahuan Abdullah Bin Mas’ud R.A. Lalu dia pun datang berjumpa mereka. Orang-orang itu gembira dengan kedatangan beliau.

Tiba-tiba Ibnu Mas’ud berkata kepada mereka, ‘ Apakah yang mendorong kamu berbuat begini ? ‘

Mereka berkata : ‘ Kami ingin lari dari hingar-bingar kelam kelibut orang ramai untuk beribadat.’

Lalu kata Abdullah Bin Mas’ud  : ‘ Jika semua orang berbuat seperti apa yang kamu buat, SIAPAKAH YANG AKAN MEMERANGI MUSUH ? Aku tidak akan tinggalkan tempat ini sehinggalah kamu pulang.’

(Kitab Al-Zuhud, Abdullah bin al-Mubarak,m/s 390)

Siapakah yang akan memerangi musuh jika ahli ibadat itu mengasingkan diri dari masyarakat.

Inilah kalimah kesedaran yang lahir dari tarbiyyah Rasulullah S.A.W.
Siapa yang akan bergabung tenaga dengan barisan para dua’t jika ahli ibadat masih tetap terkumpul di masjid-masjid ?

Ibadah dan khalifah.
Itulah tugas hidup yang kita fahami.
Mengapa kau tidak cuba untuk melunaskan kedua-duanya sekali ?
Kau ahli ibadah, dan kau juga adalah khalifah di atas muka bumi ini.

Mengapa tidak jadikan kehidupan siangmu adalah untuk agama Allah, dan malamnya kau kumpul semula tenaga untuk berkhidmat keesokan harinya dengan banyaknya ibadah dan penyerahan diri kamu kepada Allah ?

Sebab itu qiam itu dipanggil qiamullail, bukan qiamunnahar !
Siang harus kau sibukkan dengan usaha pengislahan ummah.
Malam harus kau basahkan sejadah dengan air mata seorang pejuang agama.

Bukankah itu yang sepatutnya ?

Islam tidak akan menang hanya dengan doamu yang terlampau banyak, tanpa setitis pun darah, setitik peluh tidak pernah keluar demi dakwah ini !

Kau masih mahu menyepikan diri ?
Sungguh, kau adalah ahli ibadat yang bermain-main !

Contohilah Rasulullah S.A.W.
Contohilah para sahabat.
Contohilah Abdullah bin Mubarak.
Contohilah Abdul Kadir Al-Kailani.

Kisah mereka ini menyimpan satu tauladan buat kita semua.
Tinggalkan rumah-rumah mu dibelakang.
Tinggalkan segala-galanya yang menyelesakan kamu.

Daie ini adalah pengembara.

Kata Talhah bin Ubaidillah al-Quraisyi R.A : ‘ Cukup menjadi keaiban kepada seseorang bila dia hanya duduk-duduk sahaja di rumahnya.’

( Tabaqat Ibnu Saad, Jilid 3)

Marilah kau bangkit.
Seperti ku katakan tadi.
Keluarlah dari kepompongmu itu.
Bangunlah dari tidur yang terlalu lena.
Mari bersamaku.

Kata Imam Al-Ghazali : Ketahuilah, mana-mana orang yang hanya duduk di rumahnya, walau di mana pun dia berada sebenarnya TIDAK DAPAT TIDAK TELAH MELAKUKAN KEMUNGKARAN. Bila dia duduk sahaja di rumah, ertinya dia tidak membimbing manusia, tidak mengajar dan mengajak mereka kepada kebaikan. Walhal di luar sana, masih ramai manusia yang jahil tentang agama dan hinggakan tidak tahu syarat-syarat solat.

Usahlah kau berselubung dengan baju tebal di musim yang tidak sejuk ini.
Musim ini kian lama, kian panas.
Musim ini kian lama, kian luruh.

Sebuah puisi berbunyi,

Mereka sangka agama itu ialah uzlah dan pertapaan
dan asyik di dalam wirid dan zikir
Anehnya ku lihat mereka beriman dengan sebahagian
kelihatan hati mereka kufur terhadap sebahagian lagi
Padahal agama ini ada fardhu, sunat, dan istighfar kepada Allah
Agama ini adalah medan jihad, kepahlawanan
yang menghancur-leburkan kejahatan dan penyangak
Agama ini pemerintahan atas nama Tuhanmu
Menegakkan keadilan, bukan kezaliman dan bukan tidak ambil kisah.

( dari Dr. Hissan Hathut)

Jadi sekarang,

Pakailah bajumu dan seluarmu.
Sarungkan sepatumu.
Aturkan bicaramu.

Teruskan langkahmu.
Banyakkan berjalan.
Bandar, desa sekalipun hanya padang pasir yang terbentang luas di hadapanmu.

Jangan menunggu orang datang kepadamu.
Jangan menunggu mereka memanggilmu.
Jangan bermundar-mandir di tempat kamu.

Nescaya, jika kau hanya bermundar-mandir di situ, matlamat kau tidak akan tercapai !
Sungguh, kau memang hanya seorang insan yang tahu berharap, tidak tahu bekerja.

sekian,

mylittlepencil

p/s : saya merujuk muntalaq, kemudian diolah dengan bahasa sendiri.

Advertisements

10 thoughts on “jangan kau berani bermain dengan ibadat !

    • waalaikumussalam….terima kasih syg kerana selalu beri komen2 yg semangat untuk akak…kak sgt2 terharu dan menghargainya….syg awak …sampai bile2…inshaAllah..

      ukhuwwah till jannah !

  1. jzkk atas perkongsian ukhti sayang
    oohhh….
    macam disekeh2 rasanye…
    itulah saya yang dulu (insha allah skrg hopefully x lagi)
    seorang yang suke pakai baju tebal d musim panas
    bukan beruzlah,tp sibuk berkerjaya sehingga mengenepikan hak orang lain yang telah allah amanahkan kpd sy.
    Klo perasan d kisah Rika, bagaimana saya hanya menyambut gapaian tangannya dengan formal dan proper, hanya setelah 2 thn setengah…bile all these while dia memanggil2 saya meminta dibimbing…
    betapa pesimis, betapa selektif, hanya kerana dia ‘budak biasa’
    bila manusia terlalu asyik dlm dunia pekerjaan atau keluarga,
    bila akhawat terlalu selesa dengan hanya berada dalam lingkungan jemaah,
    bila mata hati tidak mampu melihat penyakit ummah…
    maka yang rugi itu kita
    kerana kita yang perlu kepada dakwah dan tarbiyah (quoting a fren)
    bukan tarbiyah yang perlu kepada kita,dan yang teramat rugi kerana ketinggalan kereta lembu tu adalah kita
    Me, for sure…
    in d past

    • *budak biasa = budak social (ada elemen pesimis tehadap kemampuan dia untuk ditarbiyah, ada elemen keterlupaan bahawa hidayah di tangan Allah, sehingga dia terpaksa struggle sendiri untuk hidayah itu)
      ouh malunya saya…

      • mungkin muhasabah untuk kita kan ukhti ?

        sebab tu Hassan Al-Banna sgt berpesan kepada para dua’t agar tidak mudah bersangka buruk pd mad’unya, pada mutarabbinya..kerana persepsi dan sangkaan kita itu akan melemahkan usaha dakwah kita….teruskan menebar jala ye ukhti…ana sokong dr belakang !

    • sungguh, memg benar kita yang perlukan kpd dakwah dan tarbiyyah itu..agama Allah akan selalu pasti akan menang kan..tp adakah kita mahu menjadi penyumbangnya…bukan sekadar menyaksikan kemenangannya…
      benar ukhti…jgn terlalu selesa memilih mutarabbi yg kita lihat, wah lengkap dgn agamanya, tutup auratnya…kdg2 yg biasa itulah logam yg sebenarnya ! sungguh, jalakan dakwah ini kepada semua jenis ikan…inshaAllah, yg akan tersangkut itulah dipilih Allah S,W,T kerana hidayah itu dtg dari-Nya…

      ukhti, ana dah reply dekat emel…bace la ye…moga dpt membantu ukhti ;)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s