mutarabbi di mataku

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Bagaimana khabar iman pada hari ini ?

*********************

Ingin saya tanyakan, apakah nilai mutarabbi itu pada mata anda, wahai sekalian murabbi ?
Apakah nilai mutaharrik itu pada mata anda, wahai sekalian muharrik ?

Nilainya tinggi.
Seperti seorang anak kepada ibu dan bapanya.
Seperti seorang pelajar kepada gurunya.
Seperti seorang kekasih kepada kekasihnya.
Seperti air kepada bumi.
Seperti bintang kepada langit.

Betapa tingginya nilai mutarabbi pada mata kita.
Nilainya yang mungkin terkadang lebih tinggi dari sahabat baik sendiri.
Nilai yang disukat berdasarkan dakwah dan tarbiyyah.

Kita sayang, kita belai.
Kita tarbiyyah, kita jaga.
Kita sanggup berbuat apa sahaja demi mutarabbi.
Kita sanggup berkorban segalanya demi mutarabbi.

Namun, tahukah anda apa nilai sebenarnya seorang mutarabbi itu ?

Seperti sejenis logam yang harus kita bentuk dengan elok.
Seperti sebiji kek yang harus kita adun dengan bahan yang cukup.
Seperti sebuah kenderaan yang akan kita pacukan untuk dakwah ini.

Tinggi bukan nilai mutarabbi ini pada mata seorang murabbi.
Sungguh, memang tinggi !

Bila dibuka lembaran sirah Rasulullah S.A.W, Baginda juga merupakan seorang murabbi kepada mutarabbinya. Zaman Mekah menyaksikan Baginda tidak keluar dari kota itu hanya semata membentuk mutarabbinya. Mutarabbi yang dibina melalui qaedah sulbah (kaedah asas).

‘ Habis tu, orang-orang luar macamane ? ‘

Kalau Rasulullah main ‘ touch and go’ sahaja pada mutarabbinya di Mekah, tidak akan lahirlah para sahabat yang sangat-sangat hebat. Inilah toriqun amal (cara kerja) dakwah Rasulullah. Batu asas yang dibina kukuh bermatlamatkan bangunan itu akan megah satu hari nanti.

Kurang faham ?

Mari saya terangkan satu analogi. Analogi orang Asli.

Ada sebuah kampung orang Asli yang mempunyai 300 orang penduduk di dalamnya. Kesemua penduduk adalah buta huruf. Kemudian, kita (seorang) ditugaskan untuk mengajar penduduk kampung tersebut sehingga mereka pandai membaca dan menulis.

Kaedah mana yang lebih berkesan ?

A : Pergi dari rumah ke rumah. Ajar mereka sehingga pandai. Setelah dikira-kira masa yang akan diambil adalah selama 600 hari, memandangkan setiap seorang dari mereka memerlukan dua hari untuk belajar.

B : Pergi ke kampung tersebut, buat saringan untuk memilih 6 orang dari mereka yang paling cerdik. Dan kemudian, ajar kepada 6 orang itu tadi sehingga mereka betul-betul pandai. Siap pandai tulis, dan bahasa-bahasa lain selain Bahasa Melayu. Setelah dikira-kira masa yang akan diambil, adalah hanya selama  60 hari. Kemudian, kita tugaskan kepada 6 orang itu tadi untuk membentuk kumpulan-kumpulan kecil lalu mengajar pula penduduk kampung mereka yang lain.

Mana yang lebih berkesan dan menjimatkan masa ?

Seperti juga di sekolah bukan. Para pelajar dibahagikan kepada kelas-kelas mengikut tahap pencapaian di dalam kelas. Pernah juga terfikir kenapalah tidak digabungkan sahaja semua pelajar, bukankah jimat masa ?

Analogi ini memberi jawapan kepada saya. (jawapan saya : B )
Analogi akan tetap menjadi analogi.
Analogi hanyalah sekadar analogi.
Gunakanlah akal anda untuk memikirkan analogi yang saya beri.
Setuju atau tidak, inilah toriqun amal saya dalam dakwah ini.
Jangan pula anda sekali-kali berani mencelanya, kerana saya juga berlapang dada menerima pendapat anda.
Namun, jika anda terlalu membahaskannya, saya ada hujah saya tersendiri.

(kalau nak tahu, tanya. Jangan main kutuk belakang ! ).

Qaedah sulbah = MLM ( multilevel marketing)

Mari berkhayal bersama saya !

Seorang murabbi menjaga dua orang mutarabbi.
Dua mutarabbi tadi, yang sudah bergelar murabbi, menjaga lagi dua orang mutarabbi setiap seorang.
Dua orang mutarabbi tadi, yang sudah bergelar murabbi, menjaga lagi dua orang mutarabbi setiap seorang.

Teruskan mengira. Percayalah, jumlahnya akan besar satu hari nanti !
Teruskan bekerja !

Ada juga yang berkata kepada saya,

‘ Saya tengok akak pandai bercakap. Kenapa akak tak bagi je ceramah kat tempat-tempat terbuka ? ‘

Sebab dakwah saya bukan dakwah umum, dakwah saya dakwah fardhiyyah.
Dakwah dari individu kepada individu. Lebih kenal mutarabbi.
Dakwah saya bukan sentuh dan pergi.
Dakwah saya lebih berfokus.
Tidak perlukan tempat-tempat tertentu, mikrofon dan sebagainya.
Tidak perlukan masa-masa tertentu. Setiap masa boleh.

Bukan saya mengatakan ceramah-ceramah umum tidak berkesan. Ingin saya menegaskan, inilah toriqun amal saya. Setiap manusia mempunyai cara kerja yang berlainan. Matlamatnya tetap satu. Ingin mengislah (baiki) manusia. Berlapang dadalah menerima cara lain, ok ?

Sungguh, mutarabbi itu ingin saya terapkan rukun pemuda yang lengkap !

Saya ingin membina manusia yang lengkap dengan iman, hammasah dan amalnya.
Bukan sekadar mutaharrik, malah muharrik untuk agama !

Qaedah sulbah yang dibinalah memainkan peranan yang penting kerana ianya akan menentukan sama ada gerak kerja kita betul atau tidak. Melalui qaedah sulbah, akan terbinalah tajammu’ haraki u’dhwi ( rasa kebersamaan sesama anggota untuk bergerak).

Apakah tanda-tanda qaedah sulbah yang berjaya ?

1 . Orang tersebut bernazarkan dirinya untuk Allah S.W.T
2. Melahirkan orang yang bersedia tentang apa sahaja jenis kesusahan.

Mereka yange memenuhi ciri-ciri inilah yang akan menjadi pendukung dakwah untuk generasi kemudian. Tanpa ciri-ciri ini, mereka tidak akan tergolong dalam generasi ta’sis ( penerbit).

Mereka akan menjadi seorang daie yang hilang sejatinya.

Lihat kisah sejarah Perang Hunayn, ketika tentera-tentera Islam diserang hendap, mereka cabut lari, meninggalkan Rasulullah S.A.W  dan para sahabat yang lain.

( rujuk 9 : 25 )

Inilah bukti, betapa qaedah sulbah itu penting.
Qaedah sulbi inilah yang akan kekal bersama kita.
Menyokong fikrah Islamiyyah, dakwiyah dan tanzimiah kita !

Betapa bahaya orang yang lari ini, kerana mereka turut mempengaruhi orang lain untuk juga lari-lari bersama mereka !

‘ Akak, kalau orang ambik mad’u kita kak, perlu ke rampas balik ? ‘
‘ Mad’u kan, bukan mutarabbi. hehe…saje je. akak main-main.’

Jangan salahkan mereka yang merampas. Salahkan diri sendiri kerana anda yang tidak menjaganya dengan betul. Inilah persaingan sihat dalam dakwah. Persaingan yang memberi muhasabah kepada kita sebagai seorang daie.

‘ Dah tu main jual kat orang je la ? ‘
‘ Akak tak cakap macam tu.’

Kita kena faham apa tujuan kita membina qaedah sulbah ini. Qaedah sulbah yang kita bina ini,  kena sokong fikrah kita. Bukan setakat Islamiyyah dan dakwiyah, malah tanzimiah !

Bila mereka faham ketiga-ketiga fikrah yang cuba kita terangkan ini, mereka tidak akan menjualkan diri mereka kepada yang lain. Percayalah !

Qaedah sulbah yang dibina, bukan dinilai pada angka.
Bukan meramaikan ahli jemaah.
Seramai mana pun, kalau tidak boleh bekerja, apa guna ?
Qaedah sulbah kita bukan angka-angka kosong. Mereka angka-angka yang bernilai.

Kerana itulah, mutarabbi ini perlu disantuni.
Bukan untuk marah-marah.
Bukan untuk belasah cukup-cukup.
( kalau asik marah-marah tu, murabbi yang salah! )

Mereka perlu disantuni.
Santuni mereka sehingga mereka menjadi kuda-kuda dakwah yang bergerak.
Santuni mereka sehingga mereka seikhlas mungkin dalam dakwah ini.

Sampai satu tahap, barulah kita akan uji mereka.
Kerana penglibatan murabbi itu tidak selamanya akan banyak.

Maksud saya, bukan selamanya murabbi sahaja yang memberi.
Berdasarkan graf masa, semakin lama, semakin mutarabbi itu akan pula memberi.

Uji tsaqafahnya.
Uji pengorbanannya.
Bila tiba masanya.

‘ Benda ni pun berlaku jugak pada murabbi. Dah 4 tahun usrah, tapi ada satu hari tak boleh pergi usrah. ‘

Bila ditanya, ‘ Sebab naqibah sakit. Biasanya die datang pada kami.’

‘ Berapa jauh umah naqibah awak ? ‘

‘ 4 km je.’

‘ Dah tu, awak tak boleh pergi pada die ke ? ‘

Santuni mereka sebaik mungkin.
Bina fikrah mereka.
Bina  semangat mereka.

Lihat mereka yang boleh bertahan bila diuji, macam para sahabat yang tidak lemah.
Mereka inilah qaedah sulbah yang sebenar !

Dakwah kita dakwah hati.
Dakwah yang membina cinta.
Cinta kepada Allah, jalan dakwah ini, dan manusia yang lain.
Bila ikatan hati sudah tersimpul elok, maka senanglah urusan kerja selepas itu.

Pilihlah.

Muharrik. (bergerak)
Mutaharrik. (yang digerakkan)
Shibhu mayyit. (menyerupai mayat)
Mayyit. (mayat)

( shibhu mayyit dan mayyit tu, saya tambah sendiri…hehe)

Qaedah sulbah mana menjadi pilihan hati ?
Mutarabbi jenis mana yang mahu anda bina ?

Muhasabah untuk semua, terutama diri sendiri.
Baik murabbi mahupun mutarabbi.

p/s : sape nak jadi qaedah sulbah saya, angkat tangan !

p/s : sulbah itu bermaksud besi atau aloi. sejenis bahan yang kukuh. jd, qaedah sulbah bermaksud kaedah yang kukuh.

p/s : budak yang bakal buat TESL di Cheras yang baru saya kenal, awak sangat baik hati dan comel ( meh jom belajar arab).

24 thoughts on “mutarabbi di mataku

  1. tanx akk..baik hati + comel??haha..ea2 lah akk ni..
    btw,,bhase yg akk gunakan sgt bgus n evry single word bnyk mmberi nasiht pd dri sy dgn ckup berhikmah..keep it up!!

      • wahh~~dah jadik stalker rupanya..haha..hmm..insyaallah..sy mnanti nih..haha..sy daftar TESL insyaallah 20 jun ni..hopefully sempat la baca ea sblom pergi..huuu~~itu pun kalau akk x bz la.. :) tanx <3

      • hehe…akak memang stalker terkenal…suka kacau wall, tag org tak tentu pasal dalam komen,…kalau kak busy pun, akak akan bahagikan masa…inshaAllah sempat rasenya…kak nk fikirkan tajuk yg sesuai…
        ;)

    • waalaikumussalam…wah…terima kasih. saya masih mencuba untuk menjadi penulis yang haibat, dan mampu menggentarkan hati pembaca inshaAllah !

      inshaAllah, doakan ye…komen la kalau ada apa2 yang tak kena…

      blog puding karamel juga menarik hati saya. nice…tertanya2 siapa pemiliknya…^^ piss

      APG tu apa ye ?
      lambat pikap sikit…

      • hihi…saya mmg sangat suke ngomen,kadang2 logik,kdg2 x logik
        n kadang2 gile2 skt, bak kata kawan saya, saya ni ukhti yg ‘unik’, tp sy rasa sy ni ‘mereng’ sikit. ^^
        pls bear wif me eh…
        ni baru warm up,nanti nak komen panjang2.
        APG tu angel pakai gucci.inc gabbana kat bawah ni punye.

        tapi kan, saya rasa mutarabbi zaman sekarang terlalu manja,g hq nak djemput, sibuk sikit x mau dtg, sampai kadang2 rasa putus asa…
        bayangkan dari 4 org,seorg je yg setia.mmg salah silap pd diri sy,dan sy brusaha btolkan…

      • oh, saya suka ukhti yang unik. jangan kata diri sendiri mereng. ukhti tidak mereng, tapi unik. baguslah..mana tahu kan, mutarabbi tertarik. alhamdulillah, segala keistimewaan seharusnya digunakan untuk berdakwah, inshaAllah !

        komen la panjang, tak heran..malah suka. berkongsi pendapat kan.

        sebab itulah kita kena membina mutarabbi kita betul2. mungkin mereka manja kerana dilatih oleh kita tanpa kita sendiri. contohnya, kalau adik tak boleh datang sikit, bagi alasan, kita terus cair. seharusnya, cubalah untuk mengikut rentak mutarabbi kan. jangan putus asa, nanti mutarabbi anda belajar dari anda. hehe…maklumlah, mutarabbi kan suka sangat jadikan murabbi sbg contoh !

        teruskan usaha. mutarabbi ini menjadi cerminan kepada kita. bagusnya seorang murabbi boleh dikira dr salah satu aspek iaitu dengan melihat kepada mutarabbi tersebut. usaha untuk sentiasa muhasabah diri inshaAllah !

        ana juga lemah, tapi sungguh, mutarabbi lah yang menguatkan ….

      • maaf,sy masih baru dlm bawa hq ni…
        tapi x paham sejauh mana kte bleh tolak ansur.nak paksa2 kang muncung memanjang sedepa pulak.langsung x mo dtg…lagi parah.
        nak manja2kan pulak, lgsg x dtg, sama parah…
        konpiusius… @o@
        err…ada emel?

  2. Afwan, tapi sulbah tu maksudnya aloi@besi..? Uhm, betulkan saya kalau tersilap, tapi bukan asal perkataan daripada sulbi ke..? Yakni tulang belakang..? Kiranya qaedah sulbah tu nak melahirkan golongan tulang belakang yang akan menyokong kuat agama ni la… tak ke..?

    kalau silap mintak maaf ye. salaam ziarah neway.. ;)

    • terima kasih kerana memberi pandangan yang bernas. Benar, sulbah itu juga bermaksud tulang. maknanya meluas. tetapi jika kita bandingkan dua perkataan juga bererti sejenis objek yang kukuh bukan. sebab kerikil2 besi yang guna untuk buat bangunan, orang Arab turut menamakannya sebagai sulbah bangunan.

      sengaja saya tidak meletakkan maksudnya sebagai tulang, nanti org tanya, tulang boleh patah,..hah, camana tu…malas saya menjawabnya. (manusia kan suka mempersoalkan)

      benar, qaedah sulbah ini melahirkan tulang belakang yang menyokong kuat fikrah tanzimiah kita…yang menyokong agama ni ramai. sebab tulah kita kena didik mutarabbi dengan ketiga2 jenis fikrah ni. bukan setakat mutaharrik, malah muharrik untuk dakwah ini.

      tak silap, tidak perlu minta maaf. syukran sudi datang ziarah ke sini.

      • oooo… ok2. saya tak reti bahasa arab ni. jzkk atas penjelasan dan perkongsian. moga terus istiqamah berkongsi benda2 yg best dan bermanfaat, biidznillah..

      • bukan tak reti, tapi menambah ilmu kan…inshaAllah…
        Inipun orang arab yang ajar penggunaan perkataan tu…

        marilah jadi dua’t yang mahir berbahasa Arab, inshaAllah !
        syukran…dan kepada APG juga, teruskan menulis~

  3. risau kalau2 ana trgolong dlm golongan yg buat kerja ‘touch n go’ tu :'(
    perlu lebih kuat dan tegas lagi lepas ni.huhu

    hmm. suka part MLM tu. mari bina qaedah sulbah dan sistem khatibah macam yg IHAB impi-impikan! insyaAllah, kita berkerja ke arah tu :)

    part yg mutarabbi kena rebut tu, ana faham. ana pernah jadi mutarabbi yg direbut tu :(
    tp alhamdulillah dua2 murabbi faham. kerja kita membawa kepada Allah, bukan kpd jemaah. mungkin salah murabbi bila mutarabbi beralih arah. mungkin juga ada sebab lain. satu yang ana pasti, setiap drpd kita Allah sediakan jln yg berbeza. tapi x semestinya semua akan rasa satu jalan. ada yang rasa macam2 jenis jalan. apa2 pun, moga kita tsabat di jalan ni. ameen. ameen. ameen.

    jazakillah ukhti. entri yg mendamaikan, insyaAllah :)

    ukhuwwah fillah♥
    moga Allah ketemukan kita :)

    • jangan jd golongan ‘touch n go’ tu…nanti mutarabbi akan terasa ukhuwwah yang kita berikan adalah hipokrit ! naudzubillah !

      JOM bina QS yang berkualiti tinggi dan bernilai !

      so true, kerja kita adalah membawa kpd Islam itu sendiri…teruskan usaha membina fikrah mutarabbi, islamiyyah, dakwiyah..inshaAllah, jika mereka faham dan ingin turut serta, mereka akan menjadi sebahagian dr tanzim kita…jgn risau, lama kelamaan mereka akan lebih fhm kenapa perlunya kpd jemaah ini !

      ya betul, Allah sediakan jalan yg berbeza…sebab itulah, Abu Al-A’la Al Maududi berpesan agar mengambil jemaah yang sesuai dgn hati dan gerak kerja kita…moga kita semua terus tsabat dlm barisan para dua’t ini inshaAllah !

      salam ukhuwwah fillah ya ukhti <3
      syukran atas pujian…entri ini untuk basuh diri sendiri juga !

  4. Assalam wbt, memberi kunjungan balas :))
    Hehe sori lambat, afwan tak ingat, kita sempat jumpa ke haritu?

    Nice one, ukhti. Cantik penerangan untuk kaedah sulbah ni.

    Cuma untuk ayat ni – ‘Zaman Mekah menyaksikan Baginda tidak keluar dari kota itu hanya semata membentuk mutarabbinya.’

    Sefaham saya, Rasulullah tidaklah menggunakan qaedah sulbah saja kan. Maksud saya, ukhti stresskan perkataan ‘Hanya’ tu mungkin kurang sesuai.
    Qaedah sulbah, atau disebut qaedah tulang belakang – yakni tulang belakang mestilah kuat, adalah untuk qaedah melahirkan muharrik.

    Rasulullah s.a.w juga masih melaksanakan da’wahnya secara umum – dalam konteks amal ijtima’ie.
    Seperti dakwah terbuka di bukit Shafa – yang sampai Abu Jahal sinis katakan ‘Ini yang kau nak kumpulkan kami di sini ni?’, perarakan ala2 demonstrasi mengelilingi Kaabah, majlis2 ilmu umum (termasuk untuk para wanita), da’wah kepada golongan al-mala’ – seperti dalam surah ‘Abasa dan lain2.

    Err saya bersetuju je tau dengan post ukhti ni. Cuma nak point out seperti yg di atas saja :)
    Eh btw kenapa kena stresskan Makkah saja? Kita ni pun dah tak zaman Makkah lagi :p

    Wallahu’alam :)

    • terima kasih ya ukhti ataskomen yang membina …sungguh, ana sangat menghargainya.
      sebenarnya Mekah itu hanya contoh waqi’ qaedah sulbah yang ingin hanya tonjolkan sebagai contoh. ana bagi contoh ya, untuk lebih memahamai…kalau mcm di KL, dakwah telah berkembang maju, Aqsa Syarif mula dikenal di TV, mungkin peringkat mereka, bukan lg di Mekah…tetapi untuk di Jengka, dakwah ini masih lagi nmpk asing, jadi ternyata jengka masih lagi di peringkat Mekah.

      sungguh, ana memang tidak menafikan Rasulullah juga menjalankan dakwah secara umum, tetapi betapa rabtul am (ikatan umum) itu tidak berkesan, memerlukan ke arah kaedah qaedah sulbah juga bukan ?
      JIka kita buka lembaran sirah, tentera badar 313 itu yang merupakan bukti QS Rasulullah, yang sememangnya tegar dalam dakwah. memang sgt kuat…majlis2 umum, sememangnya penting, tetapi possibility untuk mereka terus bertahan sehingga akhir, sebagaimana bertahannya 313 tentera badar itu, ternyata kurang, malah mungkin tidak bertahan.

      berdasarkan pengalaman ana sendiri, ana sudah mencuba kaedah umum ini, dan ternyata mereka seolah-olah tidak faham mengapa kita menerepkan fikrah kepada mereka. seperti yang ana cakapkan, QS yang kita bina ini, bukan sekadar menyokong fikrah islamiyyah dan dakwiyah, malah tanzimiah. mereka akan fhm ttg jemaah dan etc……namun, perlu juga dijalankan dakwah umum ini kerana jala dakwah kita ini untuk semua org bukan ? bila tgk ada org tersentuh, cepat2 tarik.

      hanya saya itu fokos kepada QS yang Rasulullah bina kerena merekalah mutarabbi…org yg kita sentuh dgn dakwah umum, kita tak boleh pakai mutarabbi, kena pakai words mad’u…

      lupa pula ttg pertanyaan ukhti, ttg kita pernah berjumpa atau tidak…ana rasa tidak pernah lagi kita berjumpa…atau ana sendiri yang lupaa

      hmm..boleh terima ke…maaf la ye…
      wallahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s