tiada keinginan menatijahkan diri ini ke sana

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Sebenarnya ini entri untuk esok, tapi mahu juga menulisnya hari ini untuk peringatan buat semua ummat manusia kerana saya khuatir saya tidak sempat menyampaikannya.

*******************

Sekali-kali tiada langsung keinginan daku untuk menatijahkan diri ke sana.
Tetapi untuk pergi ke satu tempat lagi, terasa tiada kelayakan yang meyakinkan.

Selalu mengomong kosong,

Aku takutkan api.
Aku tidak mahu makan nanah.
Aku tidak mahu dijadikan kayu bakar.
Aku tidak mahu diseksa.

Impian yang terlalu meninggi,

Aku mahu makan sedap-sedap.
Aku mahu minum sedap-sedap.
Aku mahu rumah yang indah.
Aku mahu bidadara yang bermata indah.
Aku mahu duduk satu tempat dengan Rasulullah dan para sahabat.

Setakat doa meminta-minta, tanpa usaha, memang tidak cukup.
Sungguh, tiada langsung keinginan aku untuk menatijahkan diri aku ke neraka !

Terbayang-bayang,

Segala ayat dalam Al-Quran, menceritakan perihal neraka dan syurga.
Keadaan di dalam sana, sifat-sifat penghuninya.
Segalanya Allah ceritakan, disokong pula dengan hadis dari Rasulullah S.A.W.

Jujurnya, baru-baru inilah saya  terasa begitu sedih jika natijah diri ini adalah di neraka nanti.
Setelah menonton satu video.

Air mata tidak mengalir walaupun sepasang mata ini yang terbuntang melihatnya.
Tetapi mata hati sudah mula menangis.
Mengenangkan betapa kurangnya penghayatan diri.
Mengenangkan betapa banyaknya masa yang telah dibazirkan.
Mengenangkan amalan yang tidak banyak.
Mengenangkan apakah Allah akan menghantar aku ke pintu Firdaus-Nya kelak.

Sungguh, perjalanan untuk ke sana masih lagi jauh.
Allah masih memberi masa kepada diri dan kita semua.

Maka, di mana kita mahu menatijahkan diri kita semua ?
Berdasarkan jalan-jalan yang telah diberi kepada kita, apakah hasilnya buat diri kita ?

Tiada istilah, saya baik atau jahat adalah kerana Allah telah menjadikan saya begini.
Tidak. Fakta apa ini ? (sempit betul pemikiran kalau semuanya salah takdir).
Semuanya salah kita, salah yang memilih kerana pilihan itu sentiasa diberi-Nya kepada kita.

Jika terasa betul jalannya, limpahkan kesyukuran. Dan minta dikekalkan.
Jika terasa salah jalannya, minta pada Dia untuk tunjukkan semula.

Usaha dan doa.
Pilihan dan petunjuk.

Seiring.
Usaha tanpa doa, tidak lengkap.
Pilihan tanpa petunjuk, cacat.

**********************

Dan kamu menjadi tiga golongan, iaitu golongan kanan, alangkah mulianya golongan kanan itu, dan golongan kiri, alangkah sengsaranya golongan kiri itu, dan orang-orang yang paling dahulu (beriman), merekalah yang paling dahulu (masuk syurga), mereka itulah orang yang dekat (kepada Allah).

( 56 : 7-11)

Kalau dulu menyimpan anganan untuk menjadi ahli kanan.
Tetapi kini menyimpan anganan yang lebih tinggi, ingin menjadi orang yang terawal masuk ke sana, inshaAllah !

Sungguh, tiada langsung anganan untuk menjadi ahli neraka-Nya !

Anganan tanpa usaha, hanyalah seorang manusia yang malas dan masih lena dibuai mimpi-mimpi indah.
Usaha tanpa anganan, tidak bermatlamat dan menjadi buta apa yang sebenarnya menjadi sasaran.

Mungkin kita hanya mahukannya, tetapi kita tidak berlumba.
Mungkin kita hanya mahukannya, tetapi tidak bersungguh.
Mungkin kita hanya mahukannya, tetapi kita masih meraba-raba anganan tadi.

Segolongan besar dari orang-orang terdahulu, dan segolongan kecil dari orang-orang yang terkemudian.

( 56 : 13-14 )

Apakah kita tergolong dalam thullah itu ?
Golongan  sebahagian kecil itu ?

Kalau difikirkan semula, ramai lagi orang-orang yang baik zaman kini.
Ulama’-ulama’ terkenal sudah berapa ramai.
Rakyat Palestin yang tidak henti berjuang, juga sudah ramai.
Pendakwah-pendakwah bebas, daie-daie yang hebat-hebat, juga ramai.

Masih adakah lagi ruang untuk aku menyenaraikan diri dalam kalangan ahli Firdaus-Nya ?

Sungguh, jauh sekali aku ingin menatijahkan diri aku ke neraka-Nya !

Teringat, sewaktu saya dan rakan-rakan, termasuk pelajar tingkatan satu mentadabbur ayat surah ini. Terfikir, bagaimana mahu memberi analogi kepada mereka, untuk lebih mereka merasai getaran dan ketakutan yang saya rasa.

Akhirnya saya berkata,

” Macam ni la senang nak faham. Kalau cikgu bagi kite latihan kerja rumah kan. Lepas siap, kita hantar pada cikgu, cikgu pun semak kan. Kalau dapat markah rendah, boleh lagi nak mintak kat cikgu suruh semak semula. Tapi buku amalan yang bakal Allah berikan nanti pada kita, tak mungkin kita menyuruh Allah menyemaknya kembali. Takde peluang pun. Kalau kanan, baiklah nasibnya. Jika kiri, meranalah.”

Adakah saat nyawa ditarik baru kekesalan itu menjengah ?
Adakah saat buku amalan dipulangkan baru teresak-esak menangis ?

Adakah kita masih mahu menjadi orang yang kesal di akhirat nanti ?
Sudah terlambat untuk merasa kesal di sana.

Sungguh, tiada langsung keinginan untuk menatijahkan diri ke neraka-Nya !

Allah memberi figura alam kepada kita tentang syurga dan neraka supaya lebih mudah kita membayangkannya. Lebih mudah untuk difahami. Sungguh, tadabbur alam itu memang memberi kesan yang mendalam.

Membayangkan syurganya sudah terasa indah, apatah lagi  bergelar ahlinya kelak.

Beri tumpuan kepada anganan.
Berikan tumpuan sepenuhnya untuk menjadi ahli syurga-Nya.
Bertawajjuh. Bertabattul.

Halatujunya satu.
Dan kerjanya untuk mencapainya terlalu banyak.
Maka, kerjakan sedaya-upaya kamu, sebanyak mana yang mampu.

Beruntunglah bagi mereka yang memilih jalan untuk menyucikan hati.
Dan rugilah bagi mereka yang mengotorinya.

Ini hasrat murni dalam hati.
Hasrat murni seorang mukmin.
Hasrat murni seorang khalifah.
Hasrat murni seorang daie.

Cukuplah syurga itu sebagai motivasinya untuk kita terus kuat melangkah.
Itulah penamat terindah !

p/s: Sayu tengok adik2 tingkatan 1 mengantuk sewaktu marathon ibadah di masjid, mentadabbur surah waqiah. Adik-adik, jangan risau, Allah menghargai usahamu.

p/s : dalam sehari, 3 kali tadabbur surah yg sama, memang menakutkan !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s