aku bukan berjiwa rehat

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Jiwa saya mula menguntum rindu terhadap ruang penulisan saya ini tidak ditambah entri-entri baru seperti terasa lama meninggalkannya (oh, tidak sampai seminggu pun).

**************************

” Aku telah masuk ke dalam penjara untuk menemui Imam Ahmad Bin Hanbal sebelum beliau disebat. Antara kata-kataku kepada beliau, ” Wahai Abu Abdullah (gelaran Imam Ahmad), engkau ada keluarga, engkau ada anak-anak kecil. Engkau diberi keuzuran oleh syarak (boleh mengambil rukhsah).”

Rupa-rupanya kata-kataku itu memudahkan padanya untuk menjawab. Maka berkata Imam Ahmad kepadaku : ” Wahai Abu Said, kalau beginilah cara fikirnya, engkau sebenarnya telah berehat.

Sungguh, kita bukan daie yang berjiwa rehat.
Sungguh, kita bukan daie yang berfikiran rehat.
Sungguh, kita bukan lagi mempunyai masa-masa rehat.
Sungguh,  kita tidak lagi berehat sejak dulu lagi !

Mengapa kamu tidak cuba memahami bahasa dakwah ini ?
Mengapa kamu masih berdolak-dalih memberi alasan untuk menjalankan dakwah ini ?
Mengapa kamu masih lagi menganggap kamu berada di atas jalan dakwah ini atas desakan orang lain ?
Mengapa kamu masih merasakan keterpaksaan itu ?

Sungguh, kamu masih lagi daie yang berehat. Berehat segala-galanya.

Tidak jemukah kamu ?

Merehatkan masamu.
Merehatkan semangatmu.
Merehatkan tugasmu.
Merehatkan tenagamu.

Sedangkan daie-daie lain,

Tiada lagi masa selain untuk masa sepenuhnya untuk dakwah ini.
Tiada lagi semangat yang lebih berkobar-kobar selain dari semangat untuk menyampaikan.
Tiada lagi tugas yang lebih penting selain dari tugas dakwah ini.
Tiada lagi tenaga yang masih belum dibazirkan, hanya tenaga digunakan semata untuk dakwah ini !

Kamu masih ingin berehat di luar sana ?

Sudah-sudahlah dengan jiwamu yang sebenarnya sudah jemu berehat. Sudah-sudahlah dengan sembang-sembangmu yang berehat itu.

Sudah-sudahlah dengan sifat kamu yang suka bersendiri.
Sudah-sudahlah dengan ibadat yang terlampau banyak tanpa kamu menghiraukan ummah ini.
Sudah-sudahlah dengan anganan kosong untuk melihat Islam ini menjadi terhormat di mata dunia tanpa usaha dari diri kamu sendiri.
Sudah-sudahlah dengan sokongan kamu kepada barisan para dua’t yang lain tanpa kamu sendiri menjadi saffnya.

Mengapa tidak kamu yang menjadi ahli dalam saff para dua’t ini ?

Sungguh, aku mengerti betapa pentingnya sokongan kamu kepada kami sekalian dua’t di dunia ini.

Tetapi ingin sekali aku bertanya, mengapa tidak kamu turut serta bersama kami.

Kami juga manusia seperti kamu.
Kami juga mempunyai tugasan hidup seperti kamu.
Kami juga mempunyai 24 jam yang Allah berikan.
Kami juga tenaga hamba seperti kamu, adakalanya terpaksa juga berehat demi memenuhi tuntutan badan ini.

Atau kamu masih punyai alasan lain untuk tidak menjadikan kamu ahli dalam barisan para dua’t ini.

Sungguh, aku mengerti betapa pentingnya rabtul am itu, tetapi aku ingin kamu turut bersama-sama aku menjadi panglima dalam peperangan melawan taghut zaman ini !

Inilah hakikat dunia yang nyata.

Hakikat kita memerlukan perjuangan untuk menyerikan dunia hidup sebagai seorang pejuang agama-Nya.

Hakikat seorang yang beribadat bukan hanya tertakluk dengan pergi ke masjid, duduk bersimpuh di atas sejadah mengadap tuhan, namun ibadah itu meliputi seluruh bahagian hidupnya.

Hakikat seorang daie yang sejati. Tiada bumi yang menyekatnya. Tiada penyiksaan yang menggerunkannya.

Daie yang akan bekerja tidak kira tempat kemana dia dicampak.
Daie yang akan bekerja meskipun setiap orang cuba untuk menyempitkan perjuangannya.
Daie yang akan tidak akan dihalangi mana-mana tanah di atas muka bumi ini.
Daie yang walaupun dia dipenjara, akan tetap menjadi pengembaraan rohani dan pemikirannya.

Agi idup agi ngelaban.
Selagi punyai iman,dakwah akan tetap berjalan !

Hanya golongan jahiliyyah yang tidak memahami muntalaq kita sebagai seorang daie dalam perjuangan ini.

Golongan jahiliyyah yang membazir masa mereka untuk menghancurkan kita.
Golongan jahiliyyah yang membazir harta mereka untuk menghalang kita.

Golongan jahiliyyah  yang menyangka  mereka ini golongan menang, tetapi percayalah kemenangan akan menjadi milik para daie yang bersungguh dalam jalan ini !

Bukan kemenangan daie yang berjiwa rehat !

Ambillah seluruh duniamu dan tinggalkanlah hatimu bebas
dan biarlah aku keseorangan menjadi dagang
kerajaan aku lebih besar dari kerajaan kamu
Sekalipun kamu melihatku bagai seorang buruan terhalang

(kata-kata Muhammad Mahmud Al-Zubairi Rahimahullah)

Rasa megah daie Islam itu lebih besar dari megahnya berdiri bangunan tertinggi di dunia.
Rasa megah daie Islam itu lebih besar dari megahnya seorang yang ternama bercakap di hadapan.

Rasa megah seorang daie Islam, lebih dari kemerdekaan hati sahaja.

Baiah kita untuk bekerja dan beramal yang bukan hanya sekadar lafaz kata yang biasa.
Baiah kita adalah baiah seorang daie di muka bumi ini.

Baiah yang tidak mungkin kita mungkirinya, kerana baiah kita ini adalah baiah kita dengan yang Maha Esa.

Baiah yang mungkin menuntut jiwa, raga dan nyawa kita sendiri, mungkin segalanya, turut menjadi pertaruhannya !
Sungguh, inilah gaya hidup baiah kita.
Gaya hidup yang mencintai mati fi sabilillah, menjadi cita-cita tertinggi kita selamanya !

Kita ibarat tentera-tentera Khalid Al-Walid. Barisan tentera yang lebih kecintaannya untuk mati berbanding hidup di muka bumi ini !

Kebencian pada hidup dan ketakutan kepada Allah mengeluarkan daku
Ke medan jihad dan menjual diriku dengan harga yang tidak ternilai
Sesungguhnya aku telah menimbang apa yang kekal dan apa yang fana’
Demi Allah, sesuatu yang kekal tidak dapat ditandingi sesuatu yang fana’.

Kita daie yang akan terus subur. Terus mekar. Terus harum.

Jadi daie yang berjiwa merdeka. Tidak ada apa lagi yang mampu menyekat kita selain ajal yang sudah tiba.

Jadi daie yang menjualkan dirinya semata kerana ingin membeli syurga.

Jadi daie yang akan berterusan melakukan pengorbanan jiwa.

Sudah-sudahlah dengan kamu yang berfikiran dan berjiwa rehat !

Langkah kita sebagai seorang daie ini adalah satu langkah yang serius.Derapan langkah yang menggentarkan iman orang lain. Derapan langkah yang menakutkan sesiapa sahaja mendengarnya. Derapan langkah yang berjiwa kental. Derapan langkah yang akan berterus-terusan seperti air tsunami yang hanya berlalu merempuh bangunan. Derapan langkah yang akan membakar seperti melelehnya lava gunug berapi menyapu bersih apa jua yang menghalangnya !

Adakah kamu masih ingin main-main dalam mencipta gerakan langkah ini ?

Inilah Islam.
Agama yang sentiasa menuntut pengorbanan.
Agama yang kemuliaannya hanya boleh dibayar dengan titisan darah.

Masih ingin kau bersembunyi di rumah-rumah ?
Masih ingin kau menyorok di sebalik tirai langsir ?

Masih lagi kau ingin menganggap diri kau terkecuali dari gerakan menyelamatkan ummah ini ?

Sungguh, kau sebenarnya sedang berehat !

Usah kau sibuk sengaja menguzurkan diri.
Usah kau sibuk memfatwakan diri sendiri.

Celalah segala alasan yang sengaja kau cipta. Kononnya ijtihad diri sendiri.
 Islam itu terlepas tangan dari orang yang ragu dan hina
Yang memandang hanya Islam hanya puasa dan solat
Padahal puncak agama itu ialah jihad
Berjihadlah atau kita akan disingkir dari kehidupan.

Inilah jalan yang sebenarnya.

Atau kau hanya layak ku gelar sebagai orang yang hanya berehat di muka bumi ini !

Inilah jalan yang sebenarnya.

Atau kerja-kerja lain itu hanya ku gelarkan kerja-kerja remeh yang tidak berguna !

10 thoughts on “aku bukan berjiwa rehat

    • afwan…kajian ?
      kajian apakah…lebih menarik jika dikongsi bersama….hehehe…ini semua nikmat dari Allah semata…ilham yg dtg dari-Nya…ana cuma tukang tulis sahaja !

      salam ukhuwwah fillah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s