mereka yang bergelar pendidik

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Saya mahu ucapkan Selamat Hari Guru kepada mereka-mereka yang bergelar guru, pengetua, ustaz, ustazah, profesor. Tidak kiralah mengajar subjek apa pun, mengajar di mana pun, sama ada masih bekerja ataupun sudah bersara, anda tetap warga pendidik !

************************

Bila tibanya Hari Guru, mula terkenangkan sesuatu.

Terkenangkan segala pahit dan manisnya menjadi seorang pelajar kepada guru-guru yang telah banyak mendidik.

Teringatkan suara ustaz baca doa di perhimpunan.
Teringatkan cikgu kimia yang suka pasang lagu nasyid bila dalam makmal.
Teringatkan cikgu yang paling garang dalam sekolah.
Teringatkan cikgu yang sangat peka dengan anak murid yang suka tidur.
Teringatkan cikgu yang ada denda-denda yang unik, seperti disuruh menyanyi, berkawad. Percaya atau tidak, saya pernah dikenakan denda seperti ini.
Teringatkan cikgu perempuan yang palig lembut dan cantik di sekolah.
Teringatkan semangat cikgu bila Hari Sukan sekolah.
Teringatkan ada cikgu yang memang suka manjakan kita.

Semua kenangan ini, teramat sukar sekali untuk dibuang begitu sahaja. Biarpun manis, sekalipun pahit, kita akan cuba untuk menyimpannya sebaik mungkin kerana itulah antara memori terindah bagi hidup seorang manusia.

Bagi saya, bagi manusia yang melupakan gurunya adalah manusia yang tiada nilai atau perasaan untuk menghargai orang lain. Mungkin boleh digelar sebagai seorang manusia ‘ bagai kacang lupakan kulit.’

Ada atau tidak sambutannya Hari Guru ini, manusia akan terus menerus melalui proses pendidikan. Di sekolah mahupun di rumah. Terdidik dengan ilmu yang diajar secara langsung ataupun tidak langsung.

Bila adanya sambutan Hari Guru, menandakan hari ini sangat istimewa untuk meraikan warga pendidik. Pendidik yang tidak henti mencetak manusia melalui ilmu yang mereka ada. Pendidik yang tidak henti mengorbankan masa demi orang yang dididiknya. Pendidik yang tidak pernah mengharapkan apa-apa selain dari kejayaan anak-anak didik mereka.

Inilah pendidik.

Sungguh, kerja mencetak manusia itu ternyata payah !

Payah kerana mencetak manusia memerlukan ketabahan yang tinggi dan sanggup berkorban apa sahaja.

Jika anda terlalu sibuk melihat orang yang berjaya mengukir kejayaan di dalam hidupnya, lihatlah siapa yang telah banyak berkorban untuknya. Percayalah, ternyata gurunyalah dan ibu bapanyalah yang lebih berjaya dari orang yang telah berjaya tadi.

Semaju mana pun zaman yang kita lalui, ilmu-ilmu kini boleh sahaja kita dapati dengan hanya menaip tajuk yang mahu dicari. Dengan jaringan internet yang ada, banyak betul sumber yang boleh kita dapat, namun tidak dapat juga menandingi ilmu yang guru berikan.

Sehebat manapun  kita membaca buku, tanpa ada guru yang mengajar, tetap kita seakan-akan perlu untuk mendengar suara guru mengajarkan kepada kita ilmu tersebut.

Semacam juga kita dalam usrah, mesti kena ada murabbi atau murabbiyah yang mendidik dan mengawal arah tuju mutarabbinya.

Dan itulah pendidik.

Mendidik demi agama.
Mendidik demi melihat sebuah ummah yang berjaya.
Mendidik demi mempertahankan ilmu di dada.

Ternyata, jika jelas matlamat, senanglah untuk mencapai impian bukan. Matlamat pendidik yang jelas, itulah yang akan memajukan orang yang dididiknya.

Dan bagi orang yang dididik pula, pastikan matlamat anda juga jelas kerana kehidupan di dunia ini bukan untuk orang yang tidur dan hanya sibuk mengumpul mimpi-mimpi indah, lalu tersengih sendirian tanpa sebarang usaha.

Pendidik telah penat berusaha demi kita, dan kini terserah pula untuk kita terus-menerus berusaha.

Berusaha dengan gigih kerana satu ketika dahulu ada yang telah banyak berusaha demi anda.

Teringat saya pada satu hadis yang popular ketika di sekolah dahulu,

 Daripada Abu Darda’ r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga.”
“Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, karena ridha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu.”
“Sesungguhnya orang berilmu dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit dan penghuni-penghuni di bumi, sampai ikan-ikan yu yang ada di dalam air.”
“Keutamaan orang berilmu ke atas orang yang beribadat adalah seperti keutamaan bulan atas bintang-bintang yang lain.”

“Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bagian yang banyak sekali.”

(Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)

Pendidik adalah pewaris para anbia. Ternyata mewariskan ilmu itu lebih berharga dari harta pusaka yang diwarisi. Kerana ilmu ini terlalu tinggi nilainya.

Ilmu milik-Nya.
Ilmu dari yang Maha Mengetahui.
Ilmu yang semakin diterokai, semakin kita mengenal Dia.
Ilmu yang semakin kita tambah, semakin kita berasa jahilnya diri.

Dan dari siapakah warisan ilmu ini ?

Pendidik !

“Laulal Murabbi Ma’araftu Rabbi” (kalau tidak kerana guruku, tidak akan kukenal siapa Tuhanku)

Sungguh, bila terkenangkan jasa pendidik. Terlalu banyak !

Hanya mampu berharap Allah yang membalasnya.
Mengharap hidup mereka sentiasa diberkati.
Mengharap pintu rezeki mereka sentiasa terbuka luas .
Mengharap mereka sentiasa bahagia di dunia dan akhirat.
Mengharap mereka akan senantiasa dianugerahi pahala yang melimpah ruah.
Mengharap mereka juga menjadi ahli Firdaus-Nya inshaAllah !

InshaAllah, pengharapan kepada Allah tidak sia-sia.
Kerana hanya pada Dia saya mampu berharap segalanya.

Untuk guru-guruku,
Semasa dari tadika, sekolah rendah, sekolah menengah, universiti,
Ternyata kamu semua seperti bintang buat diriku,
Kerana hari ini bersinarnya diriku adalah kernamu.

Ternyata kamu wahai pendidikku,
Engkau seperti api buat diriku,
Kerana semangat berjuang yang ada pada diri ini,
Kehangatannya datang dari kamu.

Ternyata kamu wahai pendidikku,
Engkau seperti mentari,
Yang telah menerangkan siang,
Memberi cahaya dalam hidupku.

Tenyata kamu wahai pendidikku,
Engkau seperti air yang mengalir,
Jernihnya air itu,
Sehingga mampu membasuh karat-karat dalam diriku.

Ternyata kamu wahai pendidikku,
Engkau seperti ibu,
Engkau seperti bapa,
Yang sanggup berbuat apa sahaja demi anaknya.

Pendidikku,
Andai terlalu banyak kesalahan dalam diri ini,
Malah jika ada yang tidak dapat kau maafkan,
Aku ingin meminta sekali lagi,
Berilah kemaafan,
Kerana tidak sanggup aku menongkah dunia tanpa berkat darimu.

Pendidikku,
Sungguh cintaku buat kamu semua,
Tidak akan habis,
Selagi nyawa ini dikandung badan,
Selagi ilmumu ku pakai,
Selagi itu akan ku terus mencintaimu,
Kerana jika tidak mencintaimu,
Ibarat aku sudah tidak tahu bagaimana menghargai cinta.

( maaf, cikgu-cikgu yang telah banyak mendidik saya, mungkin tiada hadiah, hanya sekadar tulisan dan ucapan. Namun, doaku buat semua yang telah berjaya mendidik saya sehingga hari ini tidak pernah putus.)

p/s : entri ini juga sesuai untuk kita semua muhasabah tentang kelakuan-kelakuan kita terhadap guru2 di sekolah dulu.

p/s : selamat hari guru untuk semua warga pendidik, murabbi dan nuqaba’ yang telah banyak berkorban.

6 thoughts on “mereka yang bergelar pendidik

  1. Syukran..kerja memanusiakan manusia memang mencabar.tanpa dugaan tidak diraih maghfirah abadi:)..salam perjuangan

    • kepada ukhti juga, selamat hari murabbi juga ya :)
      setuju, suka juga dgn ayat memanusiakan manusia. bila dh jd daie ni,. baru betapa susahnya membina qaedah sulbah tu kan ?

  2. guru arkitek bangsa, nice poem=) semoga Allah permudahkan dan memberkati segala usaha guru2, murabbiah dalam mengajar dan mendidik manusia..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s