sampai bila kita mahu dicengkam mereka ?

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Lagu untuk semua pada hari ini, dengar-dengar sambil membaca entri saya.

(lagu ini tiada kaitan dengan entri)

**************************

Ada seorang tokoh didikan Universiti Al-Azhar dikurung di penjara kerana kesalahannya menyebarkan dakwah di tanah airnya sendiri.

Ketua penyiasat yang bernama Muhammad Syadid telah menahan beliau dengan pelbagai soalan. Tokoh tersebut dihina dan dicaci, dilemparkan segala tohmahan kepada beliau. Sehingga dia menyuruh tokoh tersebut meletakkan sepasang kasut kepunyaan tokot tersebut di atas serbannya sendiri.

Tetapi beliau membantahnya dengan berkata, ” Serban adalah simbol pengetahuan Islam. Menghina serban kepala bererti menghina Islam.”

Mendengarkan kata-kata tokoh tersebut membuatkan Muhammad Syadid sangat marah dan menyebutkan pelbagai kata-kata yang kotor. Lalu dia mengarahkan anak buahnya meletakkan sepasang kasut tokoh tadi di atas serban tokoh itu tadi.

Di pusat penyiasatan Mahlah Kubra, tokoh bersama dengan seorang akh kesayangannya, Akh Muhammad Kamal Ibrahim. Ketika melihat keadaan tokoh tersebut, Akh Kamal merasakan sangat terharu. Lalu dia berkata,

” Mereka adalah orang yang ingin melihat kamu tunduk kepada mereka. Mereka berusaha menghina kamu seboleh mungkin. Mereka ingin memaksamu dengan seluruh kekuatan yang ada. Sikap terbaik bagi kamu adalah berpura-pura lemah agar mereka berhenti menyakitimu.”

Lalu, tokoh itu berkata pula, ” Bukankah selama ini kita tidak bersetuju dengan orang yang berkata, ‘ Jika engkau perlukan seekor anjing, katakanlah kepadanya : ‘ Wahai tuan ! ‘ Dan kita juga tidak bersetuju dengan orang yang berkata : ‘ Apabila engkau berada di rumah seseorang, maka dia adalah orang yang berkuasa dan engkau tidak mempunyai sebarang hak. Ini adalah sikap kanak-kanak. Bagaimana sekarang engkau menasihatiku agar aku berkelakuan seperti seorang kanak-kanak ? ”

Akh Kamal menyambutnya kembali, : ” Kata-katamu benar dalam situasi biasa. Tetapi dalam situasi terkecuali seperti ini, ada sikap khusus. Bukankah engkau pernah berkata kepada kamu bahawa kami adalah ulama’ syariah dalam hukum darurat. Bahawa sesuatu yang mendesak dan darurat membolehkan sesuatu yang dilarang.”

Teringat saya pada firman Allah,

Kecuali orang yang dipaksa kafir sedang hatinya tetap tenang dalam iman (dia tidak berdosa), akan tetapi orang yang melapangkan dadanya untuk kekafiran, maka kemurkaan Allah menimpanya dan baginya azab yang besar.

( An-Nahl : 106 )

Para ulama’ ada berkata :

Berbasa-basi dengan orang yang kurang ajar itu dibolehkan. Tetapi menjilat dan bermuka-muka dengan mereka adalah dilarang.

Tokoh tersebut seakan berada dalam dilema sama ada ingin tetap mempertahankan pendiriannya atau berpura-pura lemah. Namun, akhirnya beliau menerima cadangan akh kesayangannya itu tadi walaupun seakan berat untuk berbuat demikian.

Dia berkata : Inilah ujian lain yang ada dalam sebuah ujian. Aku memohon pada Allah agar menolong kami menghadapinya.

Bait syair dari Abu Tayyib :

Seseorang melalui hari demi hari dalam kesusahan

Hingga ia melihat kesusahan itu sebagai kebaikan walaupun sebenarnya tidak baik.

Dan bila tokoh itu menampakkannya dirinya seakan lemah, pihak penyiasat tadi seakan sudah bosan. Bosan kerana mereka sudah terlalu banyak menyiksa orang.

Bukankah orang lain yang juga menyakiti orang lain juga boleh merasa bosan dengan tindakannya yang sama saban hidupnya ?

Ular tedung mematuk mangsa pada waktu-waktu tertentu.
Lebah juga menyengat mangsanya pada waktu-waktu tertentu.
Harimau juga berlari mengejar mangsanya hanya pada waktu-waktu tertentu.

Apakah manusia sanggup menyakiti manusia lain bersebab atau tidak, tanpa mereka merasa bosan sedikitpun, ataupun mereka terlalu ghairah menyerang manusia begitu ?

Manusia yang tanpa iman sahaja tidak akan merasa kenyang meskipun telah banyak mangsa yang dimakannya. Kalah binatang buas !

Bahkan rasa kenyang tidak akan datang biarpun telah jutaan manusia lain menjadi mangsa siksaannya.

Seakan sifat malaikat yang berada di Neraka Jahannam yang mana bila mereka ditanya oleh Allah S.W.T, ” Adakah sudah penuh ? ”

Maka mereka menjawab : ” Masih ada lagikah ( yang ingin dimasukkan ke neraka ) ? ”

*************************

Persoalannya sampai bila kita mahu dicengkam mereka.

Sampai bila-bila, sehingga rasa bosan itu terbit dalam diri mereka sendiri.

Pada kita, dakwah ini tidak mengajar kita untuk berputus asa.

Dakwah mengajar kita untuk terus menyampaikan.

Dakwah telah memperlihat kepada kita bahawa jalan ini sememangnya sukar.

Dakwah telah mendidik jiwa kita untuk lebih kental dari biasa.

Dakwah kita telah mengajar kita pelbagai erti hidup.

Dan dakwah mengajar untuk kita terus hidup kerananya.

Erti hidup sentiasa memberi kepada orang lain tanpa meminta apa-apa daripada mereka.

Erti hidup yang lebih memberi kepuasan yang sebenar.

Rasulullah S.A.W dan para sahabat juga tidak pernah putus asa bukan. Malah, sejarah nabi-nabi terdahulu juga tidak putus asa mempertahankan kalimah al-haq ini.

Biarpun dibaling batu sehingga berdarah, Rasulullah tetap gagah.
Biarpun diboikot tiga tahun lamanya, Rasulullah tetap bersabar.
Biarpun sesetengah ahli keluarga Baginda menentang, Rasulullah tetap dengan jalannya.

Sungguh, kekuatan orang yang berada di jalan ini, adalah kekuatan yang bersumberkan keimanan yang teguh kepada-Nya. Kekuatan hakiki yang datang dari yang Maha Kuat, Maha Kuasa.

Usah kita cepat berasa sempit dada dengan dugaan yang selalu berkunjung.
Usah kita cepat berasa mengah untuk terus bernafas dalam jalan ini.
Usah kita cepat berasa gelapnya dunia seakan jalan dakwah ini tidak lagi terang.

***********************

Teringat satu ketika dahulu, bila ada ukhti yang bertanya kepada saya tentang hal ini, sejauh mana kita perlu bertahan dalam jalan ini. Saya berkata,

” Selagi takde orang baling batu pada kita, selagi tu lah kene berdakwah. Mulut orang, kita tak boleh tutup. Dakwah yang kita nak sampaikan, pelbagai manusia mentafsirnya dengan cara mereka sendiri. Kalau mereka rasa kita buat kerja baik, baguslah. Kalau mereka rasa kita buat kerja ni, mengancam ummat, nak buat macamane kan. Berlapang dada sudah.”

( kalau dah kene baling batu nanti, berdakwah jugak la)

Jangan sampai apa yang orang cakap kepada kita, sekaligus mengubah prinsip dakwah kita.

Teruskan dengan kerja sendiri sudah.

Abah sendiri juga pernah berkata,

” Jemaah memang banyak kat muka bumi ini. Tapi jangan kita terlalu mencari dan menunding kelemahan jemaah lain hanya kerana mempertahankan jemaah kita. Kita saling melengkapi. Kalau orang kutuk jemaah kita, sape yang tak marah kan. Jadi, jangan mengutuk.”

( oh, sangat terkenang-kenangkan kenangan manis bila ada orang kata jemaah saya bodoh)

Jadi, tetapkanlah mengerjakan kerja yang sudah kita tahu memang menjadi tanggungjawab kita.

Manusia bebas memberi pendapat, sama juga seperti kita.
Amalkan saling menghormati.

( Boleh ke terima pandangan saya ni ? )

Kita semua mempunyai matlamat yang sama.
Cuma yang berbeza adalah dari segi wadah, fikrah dan manhaj yang digunakan.
Takkan hanya dengan alasan di atas kita jadikan sebagai alasan untuk terus bermusuh.

Perlukah kita senantiasa untuk menjaga tepi kain orang lain ?
Kelak, kita sendiri yang bosan. Dan hanya membuang masa dengan sia-sia.

Ibnu ‘Ataillah dalam kitab Al-Hikam, ada menyatakan,

Siapa sangka bahawa perasaan belas kasihan boleh timbul secara tiba-tiba dengan takdir Allah. Itu kerana pandangan manusia sangat terbatas.

Allah S.W.T ada berfirman,

Sesungguhnya Tuhanku Maha Lembut terhadap siapa sahaja yang dikehendaki.

( Yusuf : 100 )

Memang daie itu perlu profesional.Bila marah,maka kemarahannya itu tidak menggelincirkannya dari kebenaran.Bila gembira,maka kegembiraannya itu tidak akan menjerumuskannya kepada kebatilan.Bila mencintai,maka cintanya itu tidak akan menjadikannya buta. Bila bermusuhan,permusuhannya itu tidak menghilangkan kejujuran.

p/s : memang sengaja ambil tokoh dari Al-Azhar, Prof Dr Yusuf Al-Qardhawi. Prof, cepat2 la islah semula Mesir, betulkan semula pemikiran masyarakat. Nak semua graduate Al-Azhar macam Prof. Sebijik, faham dakwah ni. (kalaulah Prof  boleh dengar rintihan saya ni)

p/s : oh, ku merinduikan suasana menarik adik-adik di Mesir. sangat.

p/s : saya tak banyak pengalaman, hanya sekadar menulis berdasarkan pengalaman diri sendiri.byk lg orang yg lebih faham, minta pandangan dr mereka.

p/s : bersumberkan buku Aku dan Al-Ikhwanul Muslimun dr Prof Dr, Yusuf Al-Qardhawi sendiri. Baca sendiri, lagi best inshaAllah !

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s