BabyTv vs Luqmanul Hakim (2)

Bismillah.

Salam dakwah.

Sabtu bersama keluarga, teman-teman akan menjadi lebih baik jika anda memanfaatkannya dengan betul.

************************

Sambungan dari entri semalam, inshaAllah.

Dan Kami perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan  lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.

( 31 : 14 )

Selepas turunnya perintah larangan keras mensyirikkan Allah, barulah diperintahkan kepada kita untuk mentaati kedua ibu bapa kita. Kasih Allah yang sememangnya kita tahu lebih luas dari kedua ibu bapa kita. Kasih Allah yang sentiasa berterusan, kasih sayang Allah yang tiada taranya.

Namun begitu, itu bukan alasan kita untuk tidak menyayangi kedua ibu bapa yang telah banyak menjaga dan berkorban demi kebahagiaan kita.

Dan bezanya antara kita sebagai seorang Islam menyayangi kedua ibu bapa dengan orang bukan Islam adalah kita menyayangi mereka kerana Allah yang menyuruhnya.

Wahnan a’la wahnin, kalimah yang indah dari Allah yang Maha Indah gunakan untuk melambangkan ibu yang penat mengandungkan kita di dalam rahim mereka selama sembilan bulan.

Hidup di alam rahim yang sememangnya penuh rahsia dan keajaiban hanya Allah yang tahu. Makanan, tempat tinggal, oksigen semuanya dibekalkan oleh ibu kepada bayi yang dikandungnya.

Uniknya ciptaan Allah yang telah mencipta rahim wanita sebagai tempat sementara untuk seorang manusia tinggal sebelum dilahirkan ke dunia.

Tahukah anda betapa susahnya ibu mengandungkan kita ?

Lebih penat dari sangkaan kita. Kalau sembilan bulan, kepenatannya ibarat mengikat 10 biji kelapa diikat di perut. Bayi yang dikandung dibawa kemana sahaja, buat kerja rumah, pergi kerja, tidur, dan waktu solat.

Memang penat !

Tapi penatnya seakan hilang bila mendengar tangisan bayi yang telah selamat dilahirkan.
Penatnya dibayar oleh Allah.
Jika meninggal saat melahirkan, pahalanya seperti mati syahid.

Besar sungguh jasa ibu !

Sebab itulah Allah suruh kita bersyukur kepada-Nya dan kepada kedua ibu bapa kita yang telah banyak memberi nikmat kepada kita.

Sungguh, bersyukur kepada Allah itu yang lebih utama. Kerana Allah memberi peluang kepada kita untuk hidup di dunia ini. Kita menjadi benih ibu dan bapa yang terpilih !

( kalau mengandung kembar, lagi penat ! )

Daripada Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali.

Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau mentaati keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku. Kemudian, hanya kepada-Ku tempat kembalimu, maka akan Aku beritahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

( 31 : 15 )

Dan inilah jawapannya kepada persoalan mengapa Allah suruh ibu bapa supaya diajarkan kepada mereka untuk tidak mensyirikkan-Nya barulah mentaati mereka.

Kerana Allah itu lebih utama.
Kerana jika ibu bapa menyuruh kita untuk mengerjakan larangan-Nya, kita TIDAK boleh mentaati mereka saat itu.

Namun, mereka tetap kedua ibu bapa kita, sejahat manapun mereka, tetap menjadi tugas kita untuk berbuat baik kepada mereka di dunia.

Meskipun kita memeluk agama Islam ( muallaf) tetapi kedua ibu bapa tidak memeluknya, tetap kita PERLU berbuat baik kepada mereka kerana itulah arahan Yang Maha Esa.

Sekarang lebih jelas bukan, bahawa ketaatan kepada Allah akan lebih sempurna jika kita taat kepada kedua ibu bapanya. Keredhaan kepada Allah terletak kepada redha kedua ibu bapa.

Dakwah dan tarbiyyah juga tidak mengajar kita untuk membelakangi kedua ibu bapa. Apatah lagi yang kurang faham tentang hal ini.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, yang juga beribu bapakan umi dan abah tidak berada dalam jalan yang sama. Kini, saya lebih mengerti bagaimana dakwah dan tarbiyyah mengajar kita untuk menjadi anak yang lebih soleh dan solehah.

Meskipun kadang-kadang kalau mahu pergi program, tidak mendapat keizinan, namun itu tidak boleh kita jadikan alasan untuk menarik muka sepuluh sen (baca seposen). Selepas itu, persoalkan pula mengapa tidak boleh pergi, sedangkan program baik-baik.

Langkahnya, anda tetap dan perlu sentiasa menunjukkan akhlak yang mulia. Dan tunjukkan usaha anda yang bersungguh-sungguh untuk pergi ke program, terang dengan jelas dan nyata.

Dan yang kedua, kenalkan akhawat (perempuan), ikhwah (untuk lelaki) yang lain, yang sama jalan dengan kita, yang sama usrah dengan kita untuk kenal ibu dan ayah. Bila mereka tengok kawan-kawan kita datang dari kalangan yang baik-baik, senang bila mahu keluar bersama mereka, inshaAllah !

( ok teknik ini saya dah amalkan, dan berkesan)

Ibu dan ayah lebih yakin bila melihat kita pandai memilih rakan.

Dan bila mahu minta izin, tunjukkan cara yang paling mesra sekali. Minta elok-elok.

Andai mendapat keizinan, alhamdulillah, jika tidak mendapatnya, juga alhamdulillah.

Mereka yang pergi ke program ada jihadnya tersendiri, dan kita yang tidak boleh pergi juga ada jihad yang tersendiri di rumah.

Yakinlah, Allah sentiasa meletakkan  hamba-Nya di tempat yang terbaik !

Dan yang terakhir, kalau susah juga, berkahwinlah dengan pasangan yang faham perjuangan kita. Senang pergi program. Terutama yang perempuan. Biasa kalau lelaki, senang lepas. Perempuan lain sikit (pengalaman saya).

( macam sudah terkeluar tajuk)

Sambung semula.

( Luqman berkata), ” Wahai anakku ! Sungguh, jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di bumi, nescaya Allah akan memberinya (balasan). Sesungguhnya Allah Maha Halus, Maha Teliti.

( 31 : 16 )

Dalam ayat di atas, teknik inilah yang saya kira paling penting antara yang terpenting (ok, semua  penting). Allah menceritakan, dan Luqman mengajar kita untuk mengajar kepada anak-anak tentang betapa Allah itu Maha Melihat, Maha Halus, Maha Teliti.

Agar anak-anak dan kita sendiri lebih rasa sentiasa diawasi bila berbuat apa sahaja.

Ajar anak untuk lebih peka. Peka dengan pemerhatian Allah yang sememangnya tidak pernah terlepas pandang. Buat baik, buat jahat, semua Allah tahu.

Dan Allah telah menghantar dua malaikat untuk sentiasa mencatit bukan.

” Kalau umi tak nampak pun, Allah nampak apa yang along buat..Sekecik-kecik manapun, mata Allah lebih hebat dari mata umi ni. Walaupun umi ni dah tua, rabun, tapi Allah tak pernah rabun. Kalau kamu buat jahat waktu umi dgn abah tidur, Allah tak pernah tidur.”

” Macamana umi tahu Allah boleh pandang kita buat apa sahaja. Along tak nampak pun mata Allah.”

” Percayalah anakku, mata yang tersembunyi itu lebih bahaya dari mata yang jelas kita nampak.”

” Tapi along susah nak percaya.”

” Along boleh rasa angin kan…tapi nampak tak angin ? ”

” Tak boleh.”

” Kita hanya merasa dan meyakini Allah itu sentiasa melihat, tidak perlulah sampai Allah membuktikannya. Macam juga angin, hanya kita perlu merasainya, tidak perlulah kita perlukan bukti untuk melihat angin itu ada.”

Ajar kepada anak bahawa Allah menyaksikan segalanya. Dan segalanya itu akan diadili di akhirat kelak.

Sungguh, betapa membentuk aqidah anak-anak itu lebih penting !

Wahai anakku ! Laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting.

( 31 : 17 )

Kemudian, barulah perintah untuk menyuruh anak-anak bersolat. Tetapi, jika kita lihat zaman sekarang, ibu dan bapa terus menyuruh anak-anak mereka solat tanpa langkah-langkah sebelum ini seperti dalam surah ini.

Apa yang Allah susunkan dalam kalam-Nya, inilah turutan yang sebetulnya.

Selalu ibu dan ayah tanya anak-anak samada sudah bersolat atau belum, dan anak-anak cakap sudah, dan dengan senangnya mereka percaya.(ntah-ntah, anak menipu tak ? )

Sebab itulah, ibu dan bapa MESTI mengajar kepada anak mereka agar beriman betapa Allah itu Maha Melihat, Maha Halus dan Maha Teliti. Bila mereka sudah faham konsep ini, mereka tidak akan menipu kita. Malah, akan mengerjakan segala perintah Allah bersungguh-sungguh.

Allah menggunakan perkataan aqim, fi’il amar (arahan) untuk mendirikan. Memang solat itu perlu didirikan, bukan hanya sekadar berniat. Memang kena bangun, dan DIRIkan solat.

Arahan seterusnya, Alalh menyuruh kita mengajar anak-anak amar ma’ruf dan nahi mungkar. Dan benda ini ternyata susah bukan. Sebab itulah Allah suruh bersabar terhadap apa jua yang bakal mendatang.

Ajar anak-anak untuk melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Ini termasuk dalam a’zmil umur (perkara yang penting). Sekurang-kurangnya, inilah yang perlu dicapai oleh kedua ibu bapa dalam proses mentarbiyyah anak-anak mereka.

Dan janganlah kamu memalingkan wajah dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh. Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri. Dan sederhanakanlah dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai.

( 31 : 18-19 )

Kedua-dua ayat di atas berkisarkan tentang akhlak. Akhlak yang mengajarkan anak-anak agar tidak sombong. Hasil (outcome) dari tarbiyyah aqidah yang bagus, adalah akhlak yang mulia, inshaAllah !

Sebab ditakuti anak-anak yang baik, mereka perasan yang mereka ini terlalu baik. Jadi, mereka sombong terhadap kawan-kawan mereka yang lain.

Adik saya sendiri pun, selalu menceritakan perihal rakan-rakan dia yang buruk, dan mengatakan diri dia yang paling baik di dalam kelas. Dia selalu diam, banyak bersabar. (huh, kononnya)

Ok, dia sudah perasan. Dan ini satu kesilapan yang besar.

Perangai ini sangat tidak elok. Bila mereka terlalu sombong dengan kebaikan diri sendiri, mereka akan mudah memberi hukuman kepada orang lain.

” Awak ni asik ejek kite je. Nanti masuk neraka.”

” Macamlah awak tu baik sangat.”

Betapa pentingnya mentarbiyyah anak-anak dengan akhlak yang mulia.

‘ Melentur buluh, biarlah dari rebungnya.’

Betullah pepatah orang Melayu dahulu kala.

‘ Mentarbiyyah anak, biarlah dari aqidahnya.’

Ini pepatah untuk orang Islam. (rekaan saya sendiri).

p/s : entri yang terlalu panjang, maaf. Mungkin ada yang sudah mengantuk semasa membacanya.
p/s : entri ini khas untuk mak cik kesayangan saya, Aunty Roslin yang sudah lama saya tidak menemuinya. Harap aunty suka.

Advertisements

4 thoughts on “BabyTv vs Luqmanul Hakim (2)

  1. Your thoughts & my thoughts are so similar….it’s like you took the words right out of my mouth especially the second half. It’s like I’m reliving 2 scenes of my life. You’re very matured for your age, things that I learned in my life as a result of being a mother at the age 30++, you’re learning it by being a sister at the age of 20+…you’re very blessed dear, and I’m blessed to have you as a friend, Alhamdulillah ;D

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s