BabyTv vs Luqmanul Hakim (1)

Bismillah.

Salam dakwah dari saya.

Mari bersama kita imarahkan Jumaat yang Allah kurniakan buat kita inshaAllah !

************************

Anda tahu mengenai isu sebuah rancangan pendidikan khas untuk kanak-kanak yang dilancarkan. Rancangan yang diberi nama BabyTv yang  dikatakan direka khas untuk membantu perkembangan kanak-kanak seawal satu tahun.

( berita lanjut di sini : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BabyTVbantuperkembanganawalkanak-kanak/Article/index_html )

Ingin saya memetik kata-kata Datuk Seri Sharizat Jalil,

kewujudan saluran seumpama itu tidak bermakna ibu bapa boleh melepaskan tanggungjawab utama menyelia proses tumbesaran anak mereka.

Sejujurnya, saya TIDAK SETUJU dengan rancangan ini. Mungkin boleh dikira sebagai satu inisiatif dari kerajaan untuk membantu pendidikan awal kanak-kanak. Tetapi, saya ada beberapa soalan, yang mana jika anda mempunyai jawapan, sila utarakan di bahagian komen.

Mengapa TV digunakan sebagai sumber didikan kanak-kanak ? Lupakah kita bagaimana anak-anak zaman sekarang hancur kerana hiburan yang terlalu banyak, dan salah satu puncanya dari tv !

Bukankah zaman Rasulullah dahulu, tiada televisyen, tapi mereka masih mampu melahirkan generasi-generasi yang agung. Jadi, wajarlah kita membentuk anak-anak menggunakan acuan terdahulu, gunakan Al-Quran dan Sunnah. Baru, anak-anak akan menjadi lebih hebat !

Sejauh mana keberkasanan didikan dari tv lebih berkesan dari cara yang Allah dan Rasulullah tunjukkan ? Adakah telah terbukti anak-anak yang mendapat didikan dari tv, tidak akan hancur ?

Mashaallah !

Apa sudah jadi pada ummat Islam sekarang. Kita kian digelapkan dari Islam yang sebenar. Semua dari ajaran Barat kita terima, kita ikut  tanpa mengkaji ajaran Islam sendiri.

Sebaliknya, berkata, Islam agama ketinggalan zaman. Islam agama yang membosankan, agama yang terlalu banyak peraturan !

Apa ini !

Terlalu banyak rungutan sebelum mengetahui betapa manisnya agama Islam yang sebenar.

************************

Mari, saya tunjukkan kepada anda teknik yang paling berkesan untuk melawan BabyTv ini. Kita guna cara yang Luqman Al-Hakim gunakan untuk mendidik anaknya seperti yang tertera jelas dalam Al-Quran.

Luqman Al-Hakim adalah seorang hamba yang berkulit hitam. Dia dianugerahkan oleh Allah dengan kecerdikan yang amat bijaksana.

Bila ditelitikan semula di dalam Al-Quran, hanya ada seorang nama sahabat yang Allah sebut terang, jelas dan nyata. Nama Rasulullah memang banyak. Maryam, Nabi Isa, Nabi Ibrahim, kesemuanya Allah sebut.

Tetapi nama Luqman diabadikan di dalam Al-Quran, malah dalam sebuah surah khas menceritakan tentang wasiatnya kepada anaknya.

Mengapa ?

Sungguh istimewa bukan !

Ternyata apa yang Allah ingin ceritakan amat penting.

Dia hanya seorang yang biasa. Bukan nabi, dan bukan juga Rasul.

Al-Hakim hanyalah gelarannya. Menurut pendapat Ibnu Kathir, nama sebenarnya adalah Luqman bin Unaqa’  bin Sadun.

Namun, di sini bukan saya ingin menceritakan tentang perihal beliau kerana bukan itu yang saya tulis. Kepada sesiapa yang ingin berkongsi maklumat tentang sejarah beliau, saya amat alu-alukan di bahagian komen.

Apa yang saya ingin ceritakan adalah cara beliau mendidik anaknya, atau dalam erti kata lain, tarbiyyatul aulad. Cara yang saya kira akan berkesan jika diamalkan dengan betul.

**************************

Mari kita tadabbur bersama Surah Al-Luqman, ayat 12-19.

Dan sungguh, telah Kami berikan hikmah kepada Luqman, iaitu, ” Bersyukurlah kepada Allah ! Dan barang siapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barang siapa tidak bersyukur (kufur), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, Maha Terpuji.”

( 31 : 12 )

Ini langkah yang pertama. Ajar anak untuk bersyukur. Bersyukur atas segalanya yang diberikan oleh Allah. Wajarnya, bermula dari diri kita untuk bersyukur.

” Alhamdulillah. Allah bagi rezeki lauk kari dan ayam goreng untuk kita sekeluarga hari ini. Apalah nasib orang di luar sana yang tidak dapat makan langsung hari ini.”

Ajar pada anak-anak. Kalau mereka tahu bersyukur, mereka tidak akan merungut.

” Alah, ayam goreng je ke hari ini ? Sotong kurita ke, udang galah takde ke umi ? ”

Sudahnya, bila sudah biasa merungut, mereka akan lupa semua ini datang dari yang Maha Pemurah lagi Maha Pemberi Rezeki. Dan rasa untuk bersyukur semakin sukar untuk dilatih.

Bersyukur kepada Allah, perlu mula dari hati. Perlukan respons yang bermula dari hati.

Dan sememangnya Allah sangat layak untuk kita puji bukan. Tiada salahnya kita melatih diri kita sendiri, anak-anak untuk memuji-Nya selalu.

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi pelajaran kepadanya, ” Wahai anakku ! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan Allah adalah benar-benar kezaliman yang besar.”

( 31 : 13 )

Jika kita lihat pada permulaan Luqman ingin berkata kepada anaknya, dia memanggil anaknya dengan mesra sekali, Ya Bunayy(wahai anakku). Panggilan yang amat lemah-lembut dalam Bahasa Arab. Jadi teknik yang kedua sebelum ingin bercakap atau berpesan kepada anak-anak, adalah memanggilnya dengan panggilan yang mesra.

Kalau mak ayah zaman sekarang, bila mahu bercakap dengan anak-anak, panggil dengan cara yang kasar. Percayalah, jika ini yang kita amalkan, anak-anak akan hanya menutup telinga semasa kita sedang bercakap. Paling buruk, apa yang kita cakap tidak langsung memberi kesan kepadanya.

Buang air liur sahaja !

Panggil dengan cara yang lemah-lembut. Lihat Rasulullah, Baginda juga memanggil isteri-isterinya, anak-anaknya dan para sahabatnya dengan penuh sopan-santun.

Sungguh, itulah belaian kasih sayang yang memberi sentuhan dalam ke lubuk hati !

Dalam ayat di atas, Luqman mengajarkan kepada anak-anaknya supaya tidak mensyirikkan Allah. Hal ini sangat penting untuk menjaga kaedah anak-anak. Inilah perkara yang terpenting sekali.

Selalu kalau ibu dan ayah, bila anak mahu berlari, mereka dilarang,

” Jangan lari, nanti jatuh ! ”

Tapi adakalanya kita patut membiarkan anak-anak lari supaya mereka rasa betapa sakitnya jatuh. Mungkin selepas itu, mereka tidak berani untuk membuatnya lagi.

Tetapi lafaz jangan mensyirikkan Allah di atas, menunjukkan larangan yang sangat keras. Tidak sama prinsipnya dengan jangan berlari yang saya terang di atas.

Tidak perlu bagi anak-anak cuba untuk mensyirikkan Allah supaya mereka tahu betapa buruknya mensyirikkan Allah. Jangan sekali-kali bagi mereka mencuba !

Bila berkaitan dengan tarbiyyah aqidah, memang bermula dari awal. Dengan mengenal siapa Tuhan mereka yang sebenarnya, mereka akan lebih mengenal diri mereka sendiri.

Bila binaan aqidah sudah mantap, maka senanglah untuk kita melatih perkara-perkara lain. Jika kita teladani sirah terdahulu, masyarakat Mekah yang mula-mula memeluk agama Islam, hanya dikehendaki beriman dengan kalimah La Ilaha Illa Allah.

Mereka tidak dilatih lagi dengan perintah solat, puasa dan sebagainya.

Mereka dilatih untuk membina aqidah yang mantap.

Bayangkan bagaimana Sumayyah sanggup syahid hanya berpegang kepada kalimah itu. Beliau tidak sempat lagi untuk bersembahyang, berpuasa dan sebagainya.

Inilah buah aqidah yang tertanam dengan benih yang sempurna !

Kecintaan yang tinggi kepada Allah membuatkan beliau sanggup berkorban nyawanya sendiri !

p/s : akan bersambung……

p/s : saya bukan kutuk rancangan ni, tapi cuma mahu kembalikan ummat Islam lebih berpandukan kepada Al-Quran.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s