bait puisi untukmu

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Semoga anda meraikan Intifadhah yang akan berlaku hari esok, serta panjatkan doa kepada mereka.

*************************

Untukmu

Wahai imamku

Wahai guruku yang mulia

Wahai pelita di zaman buta

Wahai pembawa petunjuk di dunia

ke arah jalan Muhammad

Wahai tiupan angin dari generasi Darul Arqam

Wahai yang berteriak lantang untuk Islam

Putera-puterinya hanya pemuda Muslim

Dia menulis untuk dunia

sebuah dokumen kemenangan

Dia tidak akan menulisnya

melainkan dengan darah

Mereka menyangka kau telah mati sedangkan engkau hadir di tengah-tengah kami

Takkan pernah mati kecuali seorang penjenayah dan pelaku dosa

Mereka menyangka engkau telah tiada, sedangkan engkau menyaksikan kami

Kami ikuti jejakmu di setiap jalan yang gelap

Kemudian bersama kepimpinanmu

yang memberi suluh

Yang telah kau bina tidakkan hancur

Cintamu akan selalu menetap dan melekat di hati

Peribadimu selalu ada dalam fikiran

Dan namamu selalu menghiasi bibir.

**********************

Puisi di atas merupakan sebuah dedikasi khas dari seorang akh kepada akhnya yang sangat disanjunginya. Menceritakan peribadi akhnya yang tidak pernah sekali memikirkan sebarang kesusahan dalam berdakwah.

Semuanya boleh dilakukan apabila mendapat pertolongan dari-Nya.

Imam ini telah mencipta sejarah dalam dunia dakwah.

Imam ini telah berjaya mencetak ribuan tokoh besar yang mengisi dunia dengan buku-buku yang bermanfaat.

Imam ini telah berjaya menggentarkan para musuhnya hanya dengan semangatnya menyampaikan Islam yang sangat kuat.

Imam ini telah berjaya membina satu madrasah tarbiyyah untuk barisan para dua’t.

Imam ini telah melakukan anjakan paradigma dalam dunia Islam. Membuktikan bahawa menjadi orang Islam tidak hanya cukup menjadi orang yang baik, malah perlu bergerak !

Imam ini telah berjaya menyuntik para pejuang Islam untuk membebaskan kehambaan manusia kepada manusia.

Imam ini telah berjaya dalam segala-galanya !

Imam ini telah syahid mempertahankan kalimah  Tuhannya !

***********************

Kalau dulu di sekolah, kenal imam ini sebab setiap pagi dan petang mesti baca wirid yang beliau cipta. Hanya sekadar tahu dia merupakan penubuh sebuah gerakan dakwah di Mesir.

Bila sampai di Mesir, baru tahu mengapa nama beliau tidak langsung boleh disebut, nama gerakan dakwahnya juga tidak boleh disebut. Tetapi, nampaknya revolusi yang berlaku baru-baru ini memang memberikan suntikan semangat buat mereka untuk terus berjuang !

Saban hari membaca Ma’thurat, tanpa mengenal siapa sebenarnya beliau. Sehingga kematian beliau diraikan oleh orang-orang Barat kerana terlalu seronok !

Terlalu banyak contoh yang saya kira beliau telah tunjukkan kepada kita meskipun dia tidak dapat bersama kita sekarang. Jasa beliau yang menjadi bualan para penghuni langit. Menjadi hasil jualan yang akan Allah beli dengan Firdaus-Nya inshaAllah !

Barisan para dua’t yang mantap telah bertahun lama terhasil dari madrasahnya.

Para dua’t yang sehingga kini tidak pernah berhenti berjuang.

Para dua’t yang memahami tanggungjawab.

Para dua’t yang melazimi zikir kepada Allah sebagai kekuatan mereka.

Para dua’t yang mencorakkan tarbiyyah mereka berpandukan Al-Quran.

Para dua’t yang menjadikan Rasulullah sebagai idola mereka.

************************

Terselit berjuta rasa kagum kepada beliau ketika membaca sebuah buku yang bertajuk ‘ Aku dan Al-Ikhawanul Muslimun ‘ karangan tokoh dunia yang ternama, Professor Doktor Yusuf Al-Qardhawi.

Betapa berjayanya tarbiyyah yang diasaskan oleh beliau.

Sewaktu, ahli Ikhwanul Muslimin ditahan dan dipenjarakan di sebuah penjara, Penjara at-Tur, mereka telah menjadikannya sebagai sebuah pusat latihan.

Pusat pertahanan itu, mereka imarahkan dengan ibadat, pusat ilmu pengetahuan, forum ilmiah, dan sebagai sebuah pertemuan untuk lebih mengeratkan silaturahim.

Mereka tidak menganggap, terkurungnya di penjara, dakwah mereka terhenti !

Malah akan terus berjalan.

Sebelum Subuh, mereka akan qiam bersama-sama. Sesudah solah Subuh, mereka mendengar tazkirah pendek. Selepas itu, mereka akan bersenam. Dan selepas bersenam, barulah mereka akan bersarapan pagi.

Indah sungguh !

Mereka tidak lemah semangat !

Besi-besi penjara itu mungkin hanya sekadar tembok bagi mereka untuk bebas bergerak menyampaikan dakwah di luar sana. Tapi, bukan penghalang semangat dakwah mereka, malah tarbiyyah dzatiyyah mereka tetap terjaga !

Selepas Isyak pula, mereka tidak melakukan sebarang aktiviti melainkan untuk menghiburkan para Ikhwan.

Hiburlah jiwa sekali-sekala, kerana jiwa itu jika dipaksa dengan apa yang dibencinya, maka dia akan buta.

(kata-kata hikmah)

Dan ada kata-kata hikmah yang juga berbunyi,

Sesungguhnya hati akan bosan sebagaimana tubuh akan kepenatan. Maka hiburkanlah dia dengan hiburan yang mengandungi hikmah.

Inilah semangat dakwah yang suci, luhur dan ikhlas !

Prinsip Ikhwan : Tidurlah meskipun engkau tidak tidur, bangunlah meskipun engkau tidur.

Maksudnya, mereka akan tetapberusaha untuk  tidur jika mereka diminta untuk tidur, meskipun mereka tidak tidak tidur dan dalam keadaan berjaga. Ini menjadi prinsip mereka kerana mereka tidak mahu menganggu para Ikhwan lain yang tidur.

Tetapi, mereka tetap akan bangun meskipun sedang tidur lena sekiranya dipanggil untuk melakukan sesuatu.

Sungguh, tiada kehidupan yang lebih indah dari ini !

Kehidupan yang penuh dengan suntikan dakwah. Meskipun pahit, tetapi inilah kemanisan untuk orang-orang yang beriman !

**************************

Sungguh, merekalah barisan para dua’t yang sebenarnya !

Cukuplah Allah dan penduduk di langit menjadi saksi kepada permulaan usaha beliau membina satu gagasan dakwah di muka bumi ini setelah terlalu lama ummah ini menyepi dalam kegelapan.

Sekarang, menjadi tugas kita. Tugas kita untuk terus menyambung tali dakwah.

Bukan sekadar menangisi pemergian beliau, malah jadikan itu sebagai impian kita juga, untuk syahid sepertinya.

Bukan sekadar tahu biodata dan peribadinya, malah jadikan jalan yang dilaluinya juga jalan yang kita ingin lalui.

Ya Allah, hancurkanlah belenggu yang membelit kami dengan kekuatan-Mu, kuatkanlah kelemahan kami dengan rahmat-Mu, dan aturkanlah urusan kami dengan pertolongan-Mu. Ya Allah, tutuplah aurat-aurat kamu dan tenteramkan hati kami daripada ketakutan. Ya Allah, hanya kepada-Mu lah kami menyerahkan nasib orang-orang zalim itu.

( doa Sheikh Ghazali sewaktu menjadi tahanan Penjara at-Tur )

Sekian.

p/s : bait puisi di atas adalah dari Profesor Doktor Yusuf Al-Qardhawi kepada akh yang sangat disayanginya, Imam As-Syahid Hassan Al-Banna.

6 thoughts on “bait puisi untukmu

    • Al-Fatihah…hari tu ana ada melawat makam2 anbia’ dan ulama…tp syg, kubur Hassan Al-Banna hanya sekadar lalu !

      kuburnya langsung tak boleh nak singgah dan sedeqah Al-Fatihah…huhu…masa tu rasa geram ada, marah pun ada., tapi kena sabar…pelik la….mereka tidak menghargai daie hebat yg Allah dah beri pd mereka !

  1. Assalamualaikum wbt,
    masyaAllah, well written and a very good muhasabah for myself.
    Jazakillah hu khair my dear sister.
    Bila kenang balik amalan diri, taqwa dan iman diri xlayak untuk menggelar diri seorang hizbullah,ansarullah dsbnya. Moga Allah tuntun kita dan berikan kekuatan sepertimana pejuang sebelumnya.ameen ya Rabb. akak pergi Mesir dulu pun ada minta nk pergi makam IHAB tapi ustaz kata xleh pun masuk :( iA looking forward to see the new Egypt, a better one,insyaAllah. akak minta izin kongsi yek.

    • Waalaikumussalam kak. syukran atas pujiannya. Ana juga banyak termusahabah dengan entri diri sendiri. InshaAllah kak, meskipun kita tak layak, rasa mcam lesu je dalam berdakwah, tapi kita mesti berterusan bergerak dan meneruskan legasi dakwah ini inshaAllah. Ouh, akak pernah pergi ke Mesir, sama lah kita ya, van yang saya naik dah lalu dah…tp tak boleh masuk. Sedih jugak rasanya. InshaAllah kak, datanglah ke Mesir untuk menghirup udara revolusi baru-baru ini, terlalu banyak perubahannya, dakwah dan IM kini boleh disebut secara terbuka. Inilah kemenangan yang Allah berikan kepada pejuang2 di sana yang tidak henti berjuang.

      silakan kak kongsi selagi ada kebaikan di dalamnya…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s