umi’s day

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Semoga hari ini anda telah membungakan ukhuwwah anda dengan kiriman doa yang tidak putus-putus buat rakan seperjuangan !

***********************

Pada awalnya, terfikir-fikir juga untuk membuat entri ini. Logik atau tidak, boleh diterima atau tidak. Tapi, bagaimanapun saya tetap ingin meluahkan pendapat saya.

Semalam, sambutan hari ibu di Malaysia dan beberapa negara di dunia ini. Hari ibu bukan sambutan sedunia sebab tarikhnya berbeza-beza setiap negara.

Contohnya, Indonesia, 22 Diesember, Mesir, Jordan dan Saudi Arabia menyambutnya pada 21 Mac, Pakistan 8 Mei. Tapi untuk hari Ahad minggu kedua dalam bulan Mei, menjadi tarikh pilihan ramai, termasuklah Malaysia.

Banyak pandangan tentang sambutan hari ibu ini. Ada yang kata boleh, ada kata haram. Ada sumber yang boleh dipercayai, ada yang tidak. Maklumlah, zaman Rasulullah dulu mana ada sambutan ini, jadi terang jelas dan nyatalah bahawa ini bukan perayaan umat Islam bukan ?

” Tapi niat kita ikhlas nak sambut hari ibu ni. Bukan buat benda-benda maksiat pun.”

Ada pula yang berbunyi, matlamat tidak menghalalkan cara.

Tidak saya nafikan kenyataan itu betul. Tapi dari sudut sebelah lain pemikiran saya mengatakan tiada salahnya kita menyambut hari ibu. Dunia hanya mengisytiharkan tarikhnya, terletak kepada kita untuk menyambutnya atau tidak.

Dan saya lebih suka memanggilnya Hari Umi atau Umi’s Day.

Mahu sambut hari-hari pun boleh.

Kalau mahu ikut tarikh yang negara kita pilih pun tiada salahnya.

Tarikh Hari Ibu ini diperkenalkan mungkin untuk lebih menampakkan keistimewaan hari ini. Lebih nampak khas dan spesifik, tidak terlalu umum. Bila orang sebut Hari Ibu, jadi orang akan tahu tarikhnya bila.

Macam juga tarikh lahir kita bukan. Kalau sebut nama si polan, orang akan tahu tarikh lahirnya bila seperti yang tertera pada sijil lahir.

Jika anda di luar sana terlalu meragui tentang sambutan Hari Ibu ini, banyak lagi hari-hari yang lebih istimewa buat ibu kita bukan ?

Hari lahirnya.

Hari ulangtahun perkahwinannya.

Hari kita mendapat segulung ijazah.

Malah hari lahir kita juga boleh, dengan usaha ibu kitalah dapat kita melihat dunia ini. Jadi sewaktu hari lahir kita, kita patut berterima kasih kepada mereka banyak-banyak.

Semua yang di atas bebas kita untuk menyambutnya. Bukan setakat dengan hadiah dari kita, malah sambutnya dengan penuh kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana telah memberikan kita seorang ibu yang baik dan sanggup berkorban apa sahaja untuk kita.

Dan lagipun, bukan pada hari-hari istimewa sahaja baru mulut kita mahu ucap terima kasih. Bila hari raya, baru masa itulah mahu minta maaf. Bila tiba Hari Ibu, barulah mahu ucap Selamat Hari Ibu.

Setiap masa, setiap tempat, ibu kita tetap ibu bukan.

Jadi, tiada salahnya untuk mengucapkan terima kasih dan minta maaf setiap hari. Apatah lagi, doa dari seorang anak yang soleh atau solehah  kepadanya, lagilah sangat-sangat dituntut dalam Islam.

Malah, sepanjang hidup kita patut berbakti kepada ibu. Rahimnya, susunya, tenaganya, masanya, semua untuk anak-anak.

Memang tiada tandingan jasa ibu jika dibandingkan dengan ayah. Sebab itulah, Rasulullah menyebut dalam hadis perkataan ibu sebanyak tiga kali, dan yang keempat baru bapa.

” Memanglah ibu yang lahirkan dan yang menyusukan. Tapi memang orang perempuan je yang boleh buat benda tu sebab Allah dah jadikan perempuan macam tu. Orang lelaki memang lah tak boleh.” kata seorang kenalan saya.

Memanglah benar. Namun, apa yang saya faham dari hadis di atas adalah keutamaan itu lebih terletak kepada ibu kita. Ibu yang banyak menjaga hal-hal kekeluargaan. Sediakan makan, minum, gosok baju sekolah, urut kepala kalau demam, kemas rumah. Macam-macam lagilah kerja seorang ibu, sampai tidak sanggup untuk menyenaraikan kerana saya tahu menyenaraikannya sudah cukup penat, belum lagi melaksanakannya !

Dan jika boleh menyenaraikannya pun, tidak semestinya saya mampu untuk membalas kesemuanya.

Pernah satu ketika, saya duduk di ruang tamu, saya menyuarakan kehendak saya untuk minum air oren. Bila dengar sahaja ayat saya, umi lah orang pertama yang bangun untuk menunaikan hasrat saya tersebut. Sayu rasa hati, sampai saya sendiri mahu bangun pun tidak sempat.

Cepat sungguh umi fastabiqul khairat !

Ibu tidak pernah merungut kepenatan menyiapkan tugasnya sebagai seorang ibu.
Ibu tidak pernah bosan meskipun tugasnya setiap hari adalah tugas yang sama.
Ibu tidak pernah marah kalau anak-anak sepahkan rumah dengan alat-alat mainan yang berselerak.
Ibu tidak pernah keberatan menunaikan apa jua kehendak anak-anak.

Ibu tetap seronok dengan tugasnya.

Kita ?

Seronok atau tidak membalas jasa mereka ?
Seronok atau tidak tatkala kita menolong mereka, atau masih rasa berat ?
Seronok atau tidak mahu belajar bersungguh-sungguh demi mahu menggembirakan hati mereka dengan segulung
ijazah ?

Bila muhasabah semula, tidak tahulah bagaimana keadaan diri bila sudah sibuk bekerja satu hari nanti. Sempat atau tidak pulang menjenguk mereka. Kalau sudah berkahwin satu hari nanti, segalanya memerlukan keizinan dari suami kerana suami menjadi orang yang lebih utama sebelum ibu.

Dan bila kita sibuk menyambut Hari Ibu ini, kepala dan hati saya lebih memikirkan perasaan mereka yang sudah kehilangan ibu mereka di dunia ini.

( sambil memikirkan keadaan diri sendiri bila umi sudah tidak ada lagi di muka bumi ini satu hari nanti)

Rasulullah juga berada dalam golongan yang sama. Rasulullah pasti faham bagaimana rasanya. Rasulullah pasti sedih juga bila terbayangkan bondanya.

Kerana Rasulullah juga manusia bukan. Manusia yang mempunyai perasaan sedih dan gembira seperti kita.

Tetapi, kematian ibu dan bapa Rasulullah ternyata bukan sia-sia.

Kematian ibu dan bapa Baginda menjadikan Allahlah penjaga dan tempat Baginda mengadu segalanya.

Kematian ibu dan bapa Baginda menunjukkan Allah mahu mentarbiyyah Baginda secara terus (direct).

Kematian ibu dan bapa Baginda membuktikan bahawa agama Islam serta ayat-ayat Al-Quran yang dibawa Baginda bukan dari ibu bapa, jelas dari-Nya.

Ternyata, Rasulullah mempunyai tempat yang sangat istimewa di sisi Allah.

Segala kesedihan Rasulullah, Allah ubati.

Segala ketidaktenteraman hati Baginda, Allah tenangkan.

Segala kesulitan Baginda, Allah permudahkan.

Istimewa sungguh !

Dan saya kira, begitu jugalah anak yatim sekarang. Meskipun mereka kekurangan kasih sayang seorang ibu atau bapa, atau kedua-duanya sekali, namun kasih sayang dari Allah tidak pernah berkurang.

Meskipun mereka terasa kekurangan tarbiyyah dari ibu dan bapa, namun tarbiyyah dari Allah tetap akan terus berjalan, akan terus mereka terima.

Meskipun  tiada ibu atau bapa tempat untuk mereka mengadu segala, mereka masih ada yang Maha Pendengar, sentiasa setia menanti rintihan hamba-hamba-Nya.

Meskipun  mereka tidak sempat untuk membalas jasa ibu dan bapa, mereka masih mampu berusaha untuk menjadi insan yang terbaik, hamba Allah yang taat dan patuh, anak yang soleh dan solehah. Walaupun mereka tidak dapat melihat, sekurang-kurangnya Allah Maha Melihat bukan.

*********************

Sambutan Hari Ibu ini banyak mengingatkan saya kepada naqibah-naqibah yang sangat-sangat menjaga tarbiyyah mutarabbinya.

Sanggup buat apa sahaja.

Sungguh, naqib atau naqibah, berfungsi sebagai bapa atau ibu kepada mutarabbinya. Segala masalah boleh dikongsikan bersama. Membimbing mutarabbi keluar dari jahiliyyah diri yang sangat sukar untuk dibuang.

Dan yang paling seronok, sebab ianya berkaitan dengan dakwah dan tarbiyyah kita.

Naqib dan naqibah berfungsi seperti penjaga yang sentiasa memantau tarbiyyah. Ukhuwwah yang terjalin memang tidak terkata rapatnya. Kalau dalam usrah, segala aspek ditanya. Mutabaah amal, belajar ok atau tidak.

Sungguh, saya rasa sangat seronok bila ada yang mengambil berat seperti ini !

Tidak sama bila ibu yang ambil berat dengan naqibah yang ambil berat.

( Tapi kalau naqib atau naqibah yang terlampau garang tu, asal gi usrah je nak naik angin. Ok, anda bukanlah naqib atau naqibah yang baik. Sila baiki diri untuk tidak mencacatkan mutarabbi anda, jika tidak, mood usrah dan ketsiqahan anak buah akan hilang kelak. Paling merugikan, anak usrah sendiri yang lari disebabkan salah sendiri !)

Dan ternyata, tugas ibu dan naqibah (naqib juga)  itu memang susah !

Bila berkaitan dengan mentarbiyyah memang susah. Apatah lagi kerja yang melibatkan kerja mentarbiyyah manusia. Kalau mentarbiyyah robot, atau haiwan pasti senang. Latih dan beri arahan, tanpa bantahan, mereka akan menjalankannya.

Tapi kalau manusia, mereka boleh buat pilihan, dan mereka ada kehendak yang tersendiri. Jika tidak menepati pilihan atau kehendak, maka berat sekali untuk dijalankan.

(teringin nak pilih tarikh Hari Naqibah…hehe.)

***************************

Dan untuk umi saya yang tercinta,

Thank you for giving me such a nice experience being your lovely daughter.

Thank you for teaching me about life and myself.

Thank you for being a good umi beside me. Anytime, anyplace.

Thank you for keeping our family happy and happy.

And, thank you for teaching me how to be a well-behave muslimah, a good slave to Allah, and understand me about usrah, dakwah and tarbiyyah things, although you are not in it.

Oh Allah, please grant my umi your Firdaus and your blessings throughout her life !

Please, please and please….

sekian dari saya.

p/s : untuk mereka yang bakal menjadi ibu, atau sudahpun menjadi ibu, selamat hari umi saya ucapkan.
p/s : dan kepada wanita seluruh dunia, satu hari nanti, inshaAllah, ucapan ini akan datang jua kepada anda, maka bersiap-sedialah.
p/s :  dan kepada wanita, persiapkanlah diri kamu dengan tarbiyyah yang hebat kerana kita bakal mentarbiyyah anak-anak (wah, besar azamnya ni hehehe)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s