90 : 17 – 20, dan ibrahnya

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Saya mahu teruskan tafsir surah ini untuk sambungan entri semalam dan bahagian yang terakhir.

***********************

Kemudian dia termasuk orang-orang yang beriman, dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berkasih sayang.

( 90 : 17)

Sabar dan saling berkasih sayang adalah antara darjat tertinggi  dalam perpaduan masyarakat Islam, terutamanya dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan iman.

Bukan mudah untuk bersabar dengan kerenah atau keadaan.

Bukan mudah untuk berkasih sayang kerana-Nya, ternyata banyak virusnya dan dugaan.

Namun, inilah kriteria terpenting yang sepatutnya ada dalam barisan orang-orang beriman. Pentingnya sabar dalam mengharungi ragam jalan tarbiyyah dan dakwah ini. Pentingnya berkasih sayang dengan orang yang juga seperti kita. Membawa tugas menyeru manusia ke arah jalan kebenaran.

Kasih sayang itu seakan menjadi pendorong kekuatan untuk terus berada dalam saff ini !

Rasulullah S.A.W juga mempunyai ramai sahabat di belakangnya bukan ?

Seperti juga itu kita barisan para daie yang tersusun kukuh di dalam saff ini, saling menyokong antara satu sama lain.

My brothers, my sisters in Islam,

Let’s struggle work dan pray,

If we are to bring back the glory of his ( Rasulullah ) way.

Mereka ( orang-orang yang beriman dan saling berpesan itu) adalah golongan kanan.

( 90 : 18 )

Ashabul yamin ini juga Allah sebut dalam surah yang ke-65, Al-Waqi’ah. Dalam surah ini, Allah lebih memperincikan siapa golongan kanan itu tadi.

Iaitu, golongan orang yang telah memilih untuk melalui jalan yang sukar itu.

Golongan yang memilih untuk bersusah-susah dahulu di dunia, bersenang-senang kemudian di akhirat.

Ternyata, pilihan mereka itu tidak rugi dan tidak salah. Biarpun susah, namun, ganjaran akhirnya nikmat yang agung.

Rasulullah, para sahabat, daie-daie yang lain juga telah memilih jalan ini !

Mereka telah menjualkan diri mereka di jalan ini, dan Allah memberi hasil jualan mereka itu dengan syurga.

Masihkah kita mahu bertapak di jalan yang senang lenang ?

Atau masihkan kita mahu mengharapkan dan mengimpikan sesuatu yang tidak mungkin kita akan dapat tanpa melalui jalan yang sepatutnya ?

Ad-dunia mazra’ul akhirah.

Dunia ini ladang untuk hari akhirat.

Semaikan segalanya untuk mendapat hasil tuaian yang memberi keuntungan kepada kita.

Benihkan segalanya dengan benih-benih keimanan dan ketaqwaan.

Tanamkan benih itu tadi di tanah asas yang kukuh, hati yang suci dan bersih.

Bajakan dengan perjuangan anda semua yang tanpa hentinya demi menyaksikan kemenangan ummah ini satu hari
nanti !

InshaAllah !

************************

Bahagian lima : ayat 19-20

Dan orang-orang yang kafir kepada ayat-ayat Kami, mereka itu adalah golongan kiri. Mereka berada dalam neraka yang tertutup rapat.

( 90 : 19-20 )

Sebelum ini sudah saya terangkan, hanya ada dua jalan yang perlu dipilih.

Menyesallah bagi mereka yang tidak memilih jalan yang sukar dan payah ini.

Ternyata mereka bukan golongan kanan, mereka golongan kiri.

Jelas firman Allah dalam surah ini, bahawa neraka tersedia buat mereka yang memilih untuk menjadi golongan kiri. Golongan inilah yang paling malang sekali.

Kerana golongan yang tidak mahu mengikut hidayah Allah inilah golongan yang ketinggalan !

Ketinggalan dari landasan yang sebenar !

Ketinggalan dari barisan orang yang sedang berusaha merebut syurga-Nya !

Ketinggalan dari barisan peniaga yang sedang merebut keuntungan di sana kelak !

Ketinggalan dari barisan manusia yang sedang membazirkan umur mereka untuk dakwah ini !

Jadi, anda masih mahu berada dalam golongan yang ketinggalan ini ?

***********************

Apa ibrahnya dari surah ini ?

Dari sudut pandang dakwah dan perjuangan, agak sukar mahu saya terangkan, mungkin kerana cetek sahaja ilmu yang saya ada. Namun, saya akan mencuba untuk menghuraikan apa ibrah yang saya dapat, inshaAllah !

Secara keseluruhan dari tafsir surah ini, boleh saya menyimpulkan bahawa hidup di dunia ini bukan senang. Apatah lagi bagi kita, para dua’t sekalian yang telah memilih untuk berjuang dalam landasan ini.

Landasan dakwah yang tidak menjanjikan sebarang kesenangan di dunia, tapi inshaAllah kesenangan di sana akan tetap menunggu kita.

Landasan perjuangan menegakkan kalimah al-haq ini akan sememangnya dihiasi duri-duri yang akan menghiris tubuh, malah perasaan diri sendiri.

Lautan api sanggup ku selami,
Gunung yang tinggi sanggup ku daki,

Inilah lazim ayat yang menggambarkan perasaan bagi mereka yang bercinta.

Begitu juga kita, yang sibuk menabur cinta kepada jalan ini.

Bukan setakat lautan api, semua jenis lautan mesti kita selami.

Bukan setakat gunung, malah anganan kita yang lebih tinggi dari langit yang terbentang luas perlu kita daki untuk mencapainya.

Tidak perlulah kita masih meragui kesusahan berada dalam jalan ini, kerana Allah sendiri yang menerangkan begitu kepada kita.

Kalau rasa senang-lenang, salah pilih maknanya.

(suka hati cakap macam tu)

Dan demi  (pertalian) bapak dan anaknya.

Pada pemikiran saya yang cetek ini, ayat ini mempunyai maksud yang tersirat. Melambangkan pentingnya pertalian itu. Pentingnya untuk menyambung keturunan. Melalui keturunan, dari situlah segalanya akan diwarisi.

Dari sudut pandang yang lebih mendalam, kita barisan para dua’t masih berterusan membina mutarabbi dan mencari mad’u untuk dijadikan barisan pelapis atau generasi untuk menyambung tali-tali dakwah ini kelak.

Tali dakwah yang Rasulullah dan para sahabat ditinggalkan, kemudian disambung berterusan sehinggalah kita sendiri dapat  sambungan tersebut. Dan kini, menjadi kerja kita untuk meneruskannya.

Ummatan wasata inilah yang terpilih. Kita menjadi saksi ke atas manusia yang lainnya dan Rasulullah menjadi saksi atas perbuatan kita.

Perlu kita wariskan dakwah ini kerana kita juga sendiri akan menjadi ahli kubur kelak !

Adakah kita mahu menguburkan sekali dakwah ini setelah terkuburnya jasad kita nanti ?

Dakwah sendiri bermaksud menyampaikan. Tidak henti kita menyampaikan agar barisan pembela agama Allah ini akan terus bertahan sehingga hari pengadilan kelak.

Agar tali dakwah ini terus bersambung dan sambung.

Dan sebab itulah, antara maratib amal yang perlu dicapai  (hmmm) adalah Baitul Muslim. Keluarga yang terbina dari individu-individu Muslim yang faham. Ibu dan ayah mendidik anak-anak agar mereka juga menjadi tali penyambung dakwah. Agar legasi dakwah itu sentiasa berterusan.

Tugas kita sebagai daie untuk membebaskan manusia daripada penghambaan kepada nafsu sendiri. Inilah golongan hamba yang paling bahaya.

Golongan hamba seperti ini tidak sama seperti golongan hamba yang dulu, diseksa dan dicaci. Malah mereka terlalu seronok menjadi hamba nafsu sendiri. Semua hasrat dipenuhi tanpa menimbang taranya terlebih dahulu.

Lebih teruk, mungkin mereka ini tidak sedar bahawa mereka sendiri telah hanyut dan telahpun menjadi hamba !

Sebab itulah Islam sangat menggalakkan pembebasan hamba.

Dunia nampaknya telah banyak melahirkan hamba-hamba seperti ini. Golongan inilah yang perlu kita bebaskan agar mereka kembali kepada tuan yang sebenarnya.

Mereka perlu diterangkan tentang hakikat seorang hamba yang berkelana di muka bumi ini.

Pembebasan yang kita sangkakan mudah ini, ternyata lebih rumit kerana hamba jenis ini kita tidak mudah nampak dengan pemerhatian mata kasar. Mesti teliti dengan mata hati. Kita sendiri perlukan kekuatan yang kuat dalam usaha membebaskan mereka ini.

Kalau hamba zaman dulu, bayar sahaja, sudah dimerdekakan.

(baru faham kenapa Islam tetapkan syarat puasa, zakat adalah merdeka. kalau untuk hamba tak wajib)

Tetapi hamba zaman moden ini, bukan sahaja menuntut untuk dibayar, malah kita perlu berkorban lebih dari itu dalam usaha untuk memerdekakan mereka !

sekian.

p/s : siapa-siapa yang mahukan tafsir penuh surah ini, boleh hntr request di emel saya. akan saya hantar PDFnya.

p/s : tafsir yang saya guna : Fi Zilalil Quran (Syed Qutb)

p/s : ibrah yang saya tuliskan itu hanya sekadar pendapat saya apa yang saya dapat dari surah ini. kalau ada kekurangan, feel free untuk kongsikan dalam ruangan komen. mungkin ada di luar sana mempunyai pendapat yang berbeza. namun, jika anda ingin menafsirnya, perlu merujuk kepada tafsir yang sebenar. tak boleh tafsir sesuka hati.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s