90 : 1-7

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Moga hari ini para pembaca meraikan kemuliaan hari Jumaat dengan bacaan Al-Kahfi, dan dengan pelbagai jenis ibadah yang disunatkan pada hari ini, inshaAllah !

*************************

Alhamdulillah. Semalam usaha untuk mendalami surah Al-Balad dengan bantuan naqibah tercapai semalam.

Kefahaman yang lebih mendalam. Sedangkan dahulu, bila baca surah Al-Balad, rasa macam surah tersebut untuk penduduk Mekah sahaja, tiada kaitan dengan diri. Sekadar baca untuk memenuhi syarat khatam Al-Quran. Kalau mahu khatam, kenalah baca sampai habis kan, mana boleh tebuk-tebuk.

Dan terima kasih kepada naqibah saya serta ahli-ahli satu usrah dengan saya yang lebih menambah kefahaman diri ini. Pelbagai buah fikiran yang dapat kami kongsikan semalam.

Ok, kita masuk bahagian tafsir.

************************

Surah yang ke 90 dalam Al-Quran ini mempunyai 20 ayat dan diturunkan di Kota Mekah.

Surah ini terbahagi kepada 5 bahagian.

1-4     :  Keistimewaan Kota Mekah.
5-7     :  Tindakan manusia yang melupakan hakikat dirinya.
8-10   :  Pilih antara dua jalan.
11-18 :  Syurga akan dicapai dengan kesungguhan untuk menempuh tembok    halangan.
19-20 :  Neraka untuk orang-orang yang tidak menempuh tembok halangan.

***************************

Aku bersumpah dengan negeri ini (Mekah), dan engkau (Muhammad), bertempat di negeri (Mekah) ini,

( 90 : 1-2 )

Dalam surah ini, bila Allah berfirman bahawa Dia bersumpah dengan Kota Mekah, jelaslah bahawa terdapat keistimewaan tertentu di kota ini. Dan secara tidak langsung, Allah mengangkat darjat kota itu.

Sehingga sekarang, Kota Mekah merupakan kota istimewa buat ummat Islam seluruh dunia. Di situlah kiblat kita. Di situlah tempat ummat Islam mengerjakan haji dan umrah. Malah, mereka yang menunaikan haji tidak boleh membawa pulang batu, kayu atau pokok-pokok dari tanah suci itu. Menandakan betapa istimewanya kota itu.

Kemudian disertakan keistimewaan terulung Kota Mekah, sebagai tempat lahir kekasih-Nya. Tempat bermulanya agama Islam ini terpancar ke seluruh alam. Dan ini menambahkan lagi keagungan kota tersebut.

Paling menarik, bila Allah telah bersumpah dengan kota ini, menandakan bahawa pendirian golongan Musyrikin Mekah ketika itu yang mengatakan merekalah golongan yang paling sesuai mentadbir Kota Mekah adalah salah dan pada mata Allah kelihatan jelik sekali.

Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S. Kemudian, kota ini diwariskan kepada Nabi Muhammad bukan ?

Seperti yang kita tahu, Nabi Muhammad datang daripada keturunan Nabi Ismail A.S. Dari sinilah tafsir ayat ketiga datang,

Dan demi (pertalian ) bapak dan anaknya

( 90 : 3 )

Kota Mekah telah ditakdirkan oleh Allah untuk dijaga oleh keturunan kekasih-Nya. Ayat ini juga merupakan isyarat asal kejadian manusia sebagai pendahuluan untuk Allah cerita dengan lebih lanjut tentang hakikat manusia yang menjadi bahan utama dalam surah ini.

Sungguh, Kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah.

( 90 : 4 )

Hakikat sebagai seorang manusia hidup di atas muka bumi ini sentiasa berada dalam kesusahan. Perjuangan dan penderitaan itu adalah sifat kehidupan di dunia. Mencari rezeki susah, mengecapi kejayaan dalam kehidupan juga susah, apatah lagi, barisan pejuang agama-Nya. Ternyata memperjuangkan kalimah La Ilaha Illa Allah bukanlah kerja yang senang.

Dalam surah Al-Insyiqaq, Allah juga berfirman tentang perkara yang sama.

Wahai manusia ! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju tuhan-Mu, maka kamu akan menemui-Nya

( 84 : 6 )

Macam juga kejadian penciptaan manusia, senang buat Allah, tetapi jika difikirkan kembali, sangat kompleks ! Saya yang belajar embryologi pun pusing kepala mempelajarinya.

************************

Bahagian 2 : ayat 5-7

Apakah dia (manusia) itu mengira bahawa tidak ada sesuatu pun yang berkuasa atasnya ?

( 90 : 5 )

Dalam penat lelah kita berjuang (kononnya), pelbagai jenis dugaan sudah kita tempuh, namun kita manusia terkadang rungutan sahaja yang lebih.

Tidak habis-habis dengan rungutan. Sampai lupa nikmat Allah yang masih banyak untuk diri.

Dan bila lupa nikmat Allah, manusia bertindak melulu sehingga menganggap diri mereka lebih berkuasa dari yang Maha Kuasa. Ambil tindakan yang melebihi batas. Kalau bab kumpul harta, tanpa ada rasa bimbang dan takut. Tapi kalau bab kumpul pahala ? Tidak pernah rasa bimbang sama ada cukup atau pun tidak.

Inilah sifat manusia yang hatinya tandus dengan iman.

Dia mengatakan, ” Aku telah menghabiskan harta yang banyak.” Apakah dia mengira bahawa tidak ada sesuatu pun yang berkuasa atasnya ?

( 90 : 6-7 )

Ayat ini memang telah menyepak saya dengan kuatnya.

Termuhasabah atas segala apa yang telah saya infaqkan atas jalan ini. Duit yang digunakan untuk program dan sebagainya demi dakwah dan tarbiyyah.

Bila direnung-renung kembali, sepatutnya tidak patut dalam hati kita terlintas,

– Dah banyak aku buang duit untuk program adik-adik, tapi adik-adik tetap tak join jugak usrah-

– Asik guna kereta aku je pergi program. Duit minyak aku jugak yang bayar-

– Hampir setiap bulan aku dok fotostat artikel untuk kawan-kawan, tapi kesannya sampai sekarang takde-

Kita menganggap kita telah banyak berinfaq tapi kita lupakan Allah yang Maha Mengetahui. Dia lebih tahu keikhlasan kita, Dia lebih tahu berapa banyak sebenarnya yang telah kita infaqkan, Dia lebih tahu untuk tujuan apa kita berinfaq. Dia Maha Mengetahui sifat kita berdasarkan ilmu-Nya.

Sebab itulah sekarang dunia kita penuh dengan penipuan. Sampai bab minta sedeqah pun sanggup menipu. Kata untuk anak yatim, untuk bina masjid, dan macam-macam alasan yang diberi.

Dunia, dunia, dunia.

Macamana kita bila berhadapan dengan situasi sebegini. Kita ikhlas untuk menderma, tetapi kalau hampir sepuluh kali datang rumah kita dalam masa sebulan, rasa geramlah juga.

Penyelesaiannya hanya satu. Alang-alang si peminta derma tersebut datang ke rumah kita, jemput minum kopi beserta biskut, kemudian bagi sebuah  ceramah tentang sedeqah. Cakap Allah tahu apa yang kita buat, kalau kita menipu, kita yang masuk neraka. Orang lain ikhlas menderma tapi kita gunakan hasil itu untuk benda-benda yang tidak sepatutnya, bukankah haram jadinya duit tersebut ?

Dan bagi kita, teruskanlah menderma, kerana itu antara kita dengan Allah. Terserahlah kepada orang yang menerima.

Dan jika anda masih meragui si peminta derma, anda dibenarkan untuk bertanya. Minta bukti, seperti sijil serta maklumat. Duit yang kita dermakan patut berada di tempatnya. Maksudnya, kita menderma ikhlas untuk membantu orang yang memerlukan.  Bukan untuk saja-saja.

p/s : bahagian seterusnya akan saya sambung kemudian. hadam yang ini dulu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s