Meriam Lada Sicupak

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Moga terus tsabat kita semua yang berada dalam jalan ini, biarpun  mehnah-mehnah yang mendatang bakal merobek nyawa kita !

***********************

Alkisahnya bermula, satu ketika dahulu, Sultan Alauddin menghantar utusannya untuk menghadap Sultan Sulaiman di Istanbul.

Di istana,

‘ Patik utusan Sultan Alauddin, datang ingin menghadap Duli Yang Mulia, Khalifah Sultan Sulaiman. Tujuan patik datang ke mari adalah untuk meminta pertolongan daripada kerajaan Tuanku berikutan ancaman Portugis di negara patik, Acheh. Dan bersama-sama patik, ada patik bawakan hadiah berupa lada (sangat berharga satu ketika dahulu) sebagai persembahan kepada tuanku.’

‘ Maafkan patik wahai utusan yang mulia. Yang Mulia Khalifah Sultan Sulaiman tiada ketika ini. Baginda sedang sibuk memimpin tentera-tentera Islam yang berjihad di Hungary sana.’

Kelihatan utusan tersebut tersangat kecewa kerana tiada peluang untuk bertemu dengan Khalifah.

Masa berganti masa, hari berganti hari. Semakin lama menetap di Istanbul, semakin habis bekalan perbelanjaan mereka. Sehingga kedengaran pula, Khalifah Sultan Sulaiman mangkat, dan kemudian perlantikan khalifah yang baru dibuat.

Ketika utusan Sultan Alauddin tersebut berniaga di pasar, dia didatangi oleh seorang lelaki,

‘ Laris sungguh jualan tuan hamba.’

‘ Terima kasih wahai orang yang mulia. Adakah tuan hamba berminat untuk membeli lada ini, namun hanya secupak yang tinggal  ‘

‘  Boleh juga. Berapakah harganya secupak ? ‘

‘ Sebelum patik memberitahu harganya, bolehkah tuan hamba perkenalkan diri ? ‘

‘ Sudah tentu. Beta Khalifah……..’

‘ Maafkan patik wahai khalifah yang mulia. Sebenarnya patik sudah lama menyimpan niat untuk berjumpa dengan tuanku. Lada yang patik bawa dari Acheh ini sebenarnya hadiah untuk tuanku dari kerajaan patik. Patik diutuskan oleh Sultan Alauddin untuk meminta pertolongan tuanku kerana ancaman Portugis di nusantara.’

‘ Beta terima hadiah ini wahai utusan yang mulia. Maafkan beta kerana tidak dapat berada ketika ada orang yang memerlukan bantuan beta.’

‘ Khalifah yang mulia, maafkan patik juga kerana hadiah sembahan dari negara patik hanya tinggal secupak. Terharu benar patik kerana tuanku masih sudi menerimanya.’

‘ Beta juga hamba Allah yang biasa walau utusan yang mulia. Beta akan perintahkan  tentera-tentera beta beserta meriam Turki, dan tukang yang mahir membuat senjata api dan meriam untuk mengikut tuan hamba pulang ke Nusantara. Adakah bantuan itu mencukupi ? ‘

‘ Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Melebihi dari cukup tuanku. Akan patik namakan meriam ini Meriam Lada Sicupak kerana tuanku telah memberi bantuan yang sangat banyak meskipun pertukarannya hanyalah secupak lada. Hanya Allah yang berhak membalas jasa tuanku, wahai khalifah yang mulia.’

‘ Beta tetap rasa bersalah. Kerana bantuan beta yang lewat ini. Moga Allah memberkati usaha kamu wahai utusan yang mulia.’

Lalu, pulanglah utusan itu kembali ke negaranya. Dan Sultan Alauddin sangat gembira menerima bantuan dari Kerajaan Turki Uthmaniyyah.  Dengan bantuan tersebut, Sultan Alauddin melancarkan dua serangan iaitu pada tahun 1568M dan 1570M untuk merampas kembali Kerajaan Melaka. Namun, dek kerana bantuan yang lewat, Portugis sudah mula menguasai Melaka.

**********************

Kisah sejarah yang mungkin kita tahu tentangnya mungkin tidak. Saya juga baru sahaja membacanya, dan mendapati sangat menarik untuk diceritakan.

Membaca kisah ini, membuatkan saya teringat akan kegemilangan Islam satu ketika dahulu, Islam menjadi pemerintah alam. Islam menjadi satu agama yang boleh diterima oleh semua agama.

Sultan Sulaiman Al-Qanuni (1520-1566 M) yang saya ceritakan di atas, juga digelar Sulaiman The Magnificient. Era kepimpinannya dalam Kerajaan Turki Uthmaniyyah  merupakan yang paling berjaya dalam kebangkitan bidang keilmuwan dan sains.

Banyak kerajaan yang ditawa oleh baginda. Antaranya Belgrade, Armenia, Irak, manakala armada laut Uthmaniyyah sangat disegani dari Laut Putih, Laut Merah sehingga ke Lautan Hindi.

Islam bangkit menguasai kepimpinan dunia sejak Kota Constantinople dibuka pada tahun 1453, namun setelah syahidnya Khalifah Sulaiman Al-Qanuni, dunia kembali jatuh.

Anda dapat sesuatu dari kisah ini ?

Kenalilah sejarah kita satu ketika dahulu.

Sejarah Islam yang mulia.

Sejarah yang mengangkat martabat ummah ini satu ketika dahulu !

beli ! beli ! beli !

p/s : kisah di atas saya dapat dari sebuah buku hadiah dari seorang ukhti yang datang melawat saya semalam. Tajuknya ‘ Ini Sejarah Kita’. Buku ini merupakan antara modul lengkap untuk ISK. Sesiapa yang berminat, boleh menghubungi bukuputihkita@gmail.com. Buku ini diedarkan oleh Pustaka Buku Putih Kita. Kalau tak silap, harga RM12.00.

p/s : buku ini sangat saya cadangkan untuk orang-orang yang dah pergi ISK, boleh topup ilmu. kalau yg belum pergi tu, pergi-pergikanlah diri anda…hehe…baru boleh faham tentang buku ni.

p/s : Cerita di atas bukan dialog sebenar, hanya rekaan saya agar ceritanya lebih menarik. Tapi tak lari dari konsep asal.

Akhawat jom promo buku ni pada adik-adik. Dengar kata di Mesir tiada lagi stoknya. Jom kita order !

Advertisements

4 thoughts on “Meriam Lada Sicupak

  1. salam..
    dulu, kurang minat sejarah..
    bila sudah tahu akan kepentingan sejarah, mmg minat nak amik tahu akan kisah2 di sebalik sejarah2.. terutama sejarah kita umat islam, dan sirah nabi..huhu
    apa ibrah sejarah, kesan sejarah dahulu dgn sekarang, link dll

    best cerita ni~

    and that ISK book mmg best^^

    • waalaikumussalam. Betul, ana juga merasai benda yang sama, dulu rasa macam sejarah ni hanya subjek sementara, tapi sebenarnya itulah yang kite kena belajar. Sebelum kita mencipta sejarah, perlulah mengenal sejarah dahulu bukan.

      InshaAllah nanti ada masa, ana akan ceritakan lagi…dan kalau anti berminat dengan buku tu, boleh menempahnya…hehe…

      Dan kepada ukhti, teruskan tsabat di jalan ini dan istiqamahlah di jalan ini ! inshaAllah ! dan doakan ana juga ya !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s