hidup seorang pekerja

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Semoga hari ini anganan untuk menjadi ahli Firdaus-Nya berterusan bersama keistiqamahan usaha kalian !

**********************

Semalam kita menyambut cuti bagi hari pekerja.

Anda tahu asal-usulnya cuti ini ?

Idea sambutan Hari Pekerja ini sebenarnya mula tercetus di Australia pada tahun 1856. Ia adalah merupakan salah satu cara para proletariat pada masa itu untuk mencapai hari bekerja lapan jam sehari. Pada asalnya, mereka menetapkan perayaan itu pada 21 April 1856 dengan mengadakan demonstrasi bagi mencapai tujuan mereka.

Perayaan pertama itu telah memberi kesan yang positif di kalangan proletariat Australia yang membawa kesedaran kepada mereka sehingga tercetusnya pemberontakan baru menyebabkan keputusan diambil untuk meraikan perayaan itu setiap tahun.

Idea perayaan Hari Pekerja ini diterima di seluruh Australia dengan cepat, malah mula tersebar ke negara-negara lain di seluruh dunia. Kejayaan para pekerja Australia mencapai matlamat bekerja lapan jam sehari mendorong para pekerja di negara lain tampil dengan berani untuk menuntut hak yang sama. Golongan pertama yang mencontohi langkah pekerja Australia ini adalah pekerja Amerika. Bermula pada tahun 1886, mereka mengambil keputusan bahawa setiap 1hb Mei patut menjadi hari pemberhentian bekerja antarabangsa. Pada hari tersebut, lebih 200,000 orang pekerja meninggalkan tempat bekerja mereka dan menuntut masa bekerja hanya lapan jam sehari.

Pengisytiharan 1 Mei sebagai Hari Pekerja di Malaysia hanya bermula pada tahun 1972. Pengisytiharan ini juga adalah hasil usaha gigih para proletariat negara pada masa lalu yang didorong oleh semangat perjuangan untuk mendapatkan waktu bekerja yang adil di samping menentang penindasan dan penekanan oleh pihak majikan.

Kini, ramai yang telah lupa mengenai sejarah Hari Pekerja ini. Malah cuti yang diisytiharkan pada hari berkenaan hanyalah dianggap sebagai satu daripada cuti umum yang biasa. Walau apapun, ia seharusnya tidak dipandang remeh kerana sejarah inilah yang telah mengiktiraf hak-hak para pekerja agar tidak lagi ditindas oleh pihak majikan. Pelbagai undang-undang atau dasar telah dibuat bagi memastikan hak pekerja lebih terjamin dari semasa ke semasa. – MESRA

(Sumber: Selected Political Writings of Rosa Luxemburg, Dick Howard)

(artikel di atas saya ambil dari blogger : http://sejarah2u.blogspot.com )
Penting untuk kita mengetahui sejarah, baru rasa lebih menghargai tentang sesuatu bukan ?
Namun, begitu pentingkah cuti ini ?
Mungkin penting untuk meluangkan masa bersama keluarga.
Mungkin penting untuk melepaskan lelah sebagai pekerja di tempat anda bekerja.
Tetapi ingat, ada juga manusia yang tidak dapat menikmati cuti ini di luar sana. Manusia yang masih meneruskan usahanya untuk mencari rezeki di muka bumi ini.
Inilah hakikatnya dunia, bukan tempat untuk berehat. Sebanyak mana sekalipun cuti diisytiharkan, itu tidak akan mengurangkan bebanan tanggungjawab yang kita pikul di muka bumi ini.
Tanggungjawab kita yang wajib dikerjakan adalah khalifah dan beribadah di atas muka bumi ini. Tanggungjawab yang lain, hanya sekadar pelengkap kepada yang wajib tadi.
Maksud saya, jika kita seorang guru contohnya, maka pekerjaan guru itu adalah salah satu bentuk ibadah yang kita kerjakan untuk mendidik anak bangsa, memberi ilmu.
TIADA CUTI untuk seorang khalifah dan abud (orang yang beribadah) !
Saya ulang,
TIADA CUTI  untuk seorang khalifah dan abud (orang yang beribadah) !
Mengapa tiada cuti ?
Sebab dunia ini hanya tempat persinggahan untuk menjalankan tanggungjawab yang sudah Allah tugaskan kepada kita. Maka untuk mendapat gaji yang sangat-sangat lumayan, hendaklah kita tidak SESEKALI mengambil cuti atau memberi alasan untuk menangguhnya.
Gaji di dunia hanya duit semata. Duit yang akan hilang bila digunakan. Paling bagus pun,  dapat anugerah itu dan ini ataupun kenaikan pangkat. Pengiktirafan dunia  hanya berdasarkan neraca dunia yang tidak seadil neraca-Nya.
Gaji-Nya, anugerah-Nya, dan kenaikan pangkat dari-Nya, itu yang lebih mulia.
Impian untuk mendapatkan Firdaus-Nya sebagai gaji, kenaikan taraf iman dan taqwa di sisi-Nya, dan anugerah untuk menjadi hamba terhebat di sisi-Nya, itu yang lebih penting.
Namun, berapa ramai yang sedar tentang hakikat sebenar hidup sebagai seorang pekerja.
Bukan sekadar pekerja yang makan gaji, tetapi juga merupakan seorang pekerja bagi agama Allah ini.
Bukan sekadar pekerja yang sibuk dengan urusan kerjanya sepanjang hari, tetapi juga sibuk memenuhi kehendak tuhannya setiap tempat dan setiap masa.
Inilah hakikatnya.
Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amalan soleh, bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa.”
( An-Nur : 55 )
Inilah hidup seorang pekerja.
Siang untuk agamanya, malam untuk tuhannya.
Hakikat seorang pekerja ini sememangnya penat. Tika penat, kita rehat.
Tapi untuk seorang pekerja agama, kerehatan seorang daie itu akan menyebabkan rosaknya sebuah ummah.
Bersabarlah dengan bebanan kerja yang digalas, meskipun terasa beratnya, tetapi kita masih boleh menggalasnya.
Bersungguhlah dengan bebanan kerja yang digalas, apa jua bebanan, bersungguhlah sehingga ke akhirnya.
Apatah lagi kerja untuk agama-Nya dan ummah ini, perlukan jiwa yang kuat agar bertahan sehingga ke akhirnya. Perlukan dokongan iman yang padu untuk menggalas sehingga bertemu-Nya satu hari nanti. Perlukan strategi yang jelas bagi mencapat matlamat yang disasarkan.
Sekian,
catitan seorang pekerja agama-Nya.
p/s : oh, hari ini orang dah mula bekerja. sebenarnya ini post untuk semalam, tapi dah isi dengan post lain. bagi yang bekerja, teruskan bekerja.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s