andai dia bidadari untukku

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

*************************

Entri ini khas untuk menjawab satu persoalan yang diutarakan oleh seorang pembaca blog di dalam emel saya. Sebenarnya dan sejujurnya, saya tidak mempunyai pengalaman untuk menjawab persoalan ini. Namun, akan saya kemukakan pandangan saya tentang masalah yang diajukan.

Melihatkan tajuk entri di atas, masalahnya lebih terarah kepada pemilihan jodoh. Menjadi lebih sukar, jika kita mempunyai banyak pilihan dan tidak mahu melepaskan semua pilihan yang kita ada.

Andai dia bidadari untukku.

Soal jodoh bukan soal yang mudah untuk diambil kira. Mudah untuk menyatakan hasrat hati untuk bernikah, mendirikan rumah tangga, mahu punya teman di sisi, susah senang hadapi bersama. Tetapi hakikatnya teramatlah sukar untuk membina sebuah rumah tangga. Bertambah tanggungjawab, dan kefahaman antara satu sama lain amat diperlukan.

Bagi seorang daie, membina sebuah baitul muslim (perkahwinan) adalah satu peringkat yang dibuat untuk mencapai maratib amal seperti yang kita ketahui. Satu peringkat yang dibuat demi menjalankan dakwah dengan lebih tersusun.

Bermula dengan Individu Muslim yang diterapkan dengan 10 muwasafat tarbiyyah, diteruskan ke tangga Baitul Muslim, Masyarakat Muslim, kerajaan Muslim, Daulah Islamiyyah, empayar Islam, dan akhirnya Islam menjadi ustaziyatul alam atau dalam bahasa yang lebih mudah, Islam menjadi world order. Namun, pemantapan tarbiyyah perlu diteruskan meskipun kita sudah mencapai ustaziyatul alam satu hari nanti.

Sebagaimana Rasulullah membina rumahtangga Baginda bersama isteri-isteri, semacam itulah rumahtangga yang kita impikan. Rumahtangga yang dibina berlandaskan Al-Quran dan sunnah. Rumahtangga yang bukan sahaja dibina atas dasar kasih sayang, malah atas dasar demi dakwah ini !

Namun, bagaimana jika kita terperangkap di dalam satu situasi jika terlalu ramai bidadari atau bidadara yang muncul dalam bayangan minda.

” Sorang cantik, baik, tapi yang lagi sorang ni boleh tahan jugak. Ahhh..mane satu ni..Dua-dua kalau nak lepaskan rasa sayang pulak.”

Situasi yang merumitkan….

Hakikatnya manusia ini sentiasa berada dalam situasi memilih. Memilih apa jua perkara. Cuma terletak kepada kuasa akal dan hati untuk memilih yang mana. Tapi, jangan sampai tiada pegangan yang nyata kerana dikhuatiri kita akan dikuasai oleh nafsu sendiri.

Jika anda berada dalam situasi ini, telitilah penerangan yang saya mahu berikan di bawah. Dan jika ada tambahan, saya sangat mengalu-alukan.

:)

1. Seperti yang kita ketahui, pernikahan adalah sunnah Rasulullah S.A.W yang paling popular dalam kalangan ummat Islam hari ini.

Dari Anas Ibnu Malik Radhiyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Sallallaahu ‘alaihi wa Sallam setelah memuji Allah dan menyanjung-Nya bersabda: “Tetapi aku solat, tidur, berpuasa, berbuka, dan mengawini perempuan. Barangsiapa membenci sunnahku, ia tidak termasuk ummatku.” Muttafaq Alaihi.

Sememangnya inilah sunnah yang paling diingati, tetapi sunnah-sunnah lain semua ditolak ke tepi begitu sahaja. Pasal menikah, suka sangat sebab agama bagi nikah sampai empat kali, tapi kalau bab solat, puasa, dakwah semua tolak tepi.

Jangan kita mengamalkan sebahagian sahaja ayat-ayat Allah ini. Bukankah Allah telah berfirman bahawa,

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.”

( 2 : 208 )

Tidak salah jika kita ingin menikah andai itu langkah terbaik demi menjaga iman dan nafsu kita. Lagipun, perkahwinan adalah tuntutan agama.

Abdullah Ibnu Mas’ud Radhiyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Sallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda pada kami: “Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia berkahwin, karena ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu.” Muttafaq Alaihi.

Hadis di atas jelas menerangkan bahawa perkahwinan adalah cara untuk memelihara iman, kerana iman seorang manusia itu sentiasa turun dan naik. Jadi, nasihat saya yang pertama kepada anda, pastikan rumah tangga yang ingin anda bina berlandaskan niat yang betul. Bukan demi memenui tuntutan nafsu, tetapi memenuhi tuntutan agama itu sendiri.

2. Nasihat saya yang kedua adalah pilihlah pasangan anda itu berlandaskan agama yang ada dalam dirinya.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Kahwinilah wanita itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikan dan kerana agamanya. Pilihlah wanita yang beragama, engkau akan selamat”.

Hadis ini cukup terkenal. Manusia terkadang lupa ciri yang terpenting dalam kriteria pemilihan jodoh. Memang tidak dinafikan rupa paras, keturunan dan hartanya turut menjadi faktor. Namun, agamalah faktor yang terpenting sekali.

Tidak rugi jika kita memilih pasangan kerana agama. Jika bakal pasangan kita itu seorang hamba Allah yang memenuhi tanggungjawab kepada agamanya, nescaya tuntutan perkahwinan berjaya juga dilaksanakan.

Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Sebaik-baik wanita itu ialah apabila kamu memandangnya kamu akan senang hati (gembira), apabila kamu perintah, ia patuh kepadamu, apabila kamu pergi, ia akan menjaga dirinya dan menjaga hartamu.”

Fikirkan kembali, dari mana datangnya seorang wanita yang patuh kepada suaminya jika bukan dari seorang hamba yang patuh kepada Tuhannya ?

Wanita solehah ataupun lelaki yang soleh, yang kita pilih untuk menjadi teman hidup kita, pasti mampu menjaga dirinya kerana pegangan agama yang kukuh dalam diri.

Jadi, tidak dapat dinafikan lagi bahawa agamalah faktor terpenting untuk kita memilih pasangan hidup kita.

Dan kita sendiri juga sepatutnya sentiasa menambah ilmu tentang agama di dada, agar diutuskan bakal jodoh yang juga baik untuk kita.

 “Wanita-wanita yang keji diperuntukkan untuk lelaki yang keji. Dan lelaki yang keji diperuntukkan untuk wanita yang keji pula, dan wanita yang baik diperuntukkan bagi lelaki yang baik, dan lelaki yang baik diperuntukkan bagi waita yang baik pula.” (An Nur: 26)

3. Setiap pilihan yang kita ada, mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing kerana manusia ini tidak sempurna. Yang Maha Sempurna hanyalah Allah S.W.T. Maka, kuatkanlah pergantungan kepada-Nya, kuatkan istikharah kepada-Nya agar kita ditunjukkan pilihan yang terbaik antara banyak pilihan. Allah telah menjanjikan dalam firman-Nya,

“Diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. (Ar-Rum 21)

Allah sudah menentukan jodoh kita sejak sebelum kita lahir ke dunia. Saat ruh ditiupkan ke dalam jasad, maka segala perkara ditentukan untuk kita. Jodoh, rezeki, ajal dan penentuan akhir kita kelak, sama ada syurga atau neraka.

Berdoalah kepada Allah agar ditemukan pasangan yang menjadi penenang hati kita. Kerana Allah telah menjanjikan kepada kita jodoh yang sesuai buat kita, yang menyejukkan mata, menenangkan jiwa.

Berdasarkan kelebihan dan kekurangan bakal pasangan, anda pilihlah yang lebih sesuai dengan diri sendiri, agar keserasian itu mudah terjalin selepas nikah kelak.

Jangan melihat pasangan anda dengan mata kasar kerana mata kasar kita kerap menipu, ditambah pula dengan pemanis yang dibisikkan oleh syaitan. Pilihlah dengan mata hati kerana mata hati tidak akan menipu. Mata hatilah sehebat-hebat penafsir untuk kita melihat jauh lebih dalam.

Gunakan mata hati yang dipandu oleh-Nya, bukan dipandu oleh nafsu yang menguasai diri.

Seperti yang saya katakan seperti di atas tadi, kembalilah kepada Allah kerana Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat anda !

4. Berdasarkan firman Allah,

Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

(2 : 216 )

Renung-renungkan kembali ayat di atas. Sebab itulah saya berpesan agar pasangan anda dipilih bukan atas dasar nafsu. Mungkin sahaja kita rasa kita sesuai dengan si A, tetapi tiada jodoh antara kita dengan dia, Allah lebih Maha Mengetahui.

Mungkin sahaja kita rasa tidak sesuai langsung dengan si B, namun itulah jodoh kita yang Allah takdirkan. Sesungguhnya, Allah itu Maha Mengetahui keadaan hamba-hambaNya.

Bila kita sukakan sesuatu, tidak semestinya ia sesuai dengan kita.
Bila kita tidak sukakan sesuatu, tidak semestinya ia tidak sesuai dengan kita.

Mengapa terjadi begini ?

Kerana kita ini lemah, dan tidak cukup kenal pada diri sendiri. Allah yang lebih tahu tentang diri kita dan apa yang terbaik.

Jadi, di sini saya ingin berpesan buat kali kedua, berserahlah kembali kepada Allah !

5. Pilihlah pasangan yang mempunyai taraf kesihatan yang lebih terjamin. Sihat tubuh badan dan subur.

 Anas Ibnu Malik Radhiyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Sallallaahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan kami berkeluarga dan sangat melarang kami membujang. Beliau bersabda: “Nikahilah perempuan yang subur dan penyayang, sebab dengan jumlahmu yang banyak aku akan berbangga di hadapan para Nabi pada hari kiamat.” Riwayat Ahmad. Hadis sahih menurut Ibnu Hibban.

Nikahilah wanita yang subur kerana kelak dia akan meramaikan ummat Nabi Muhammad. Kehebatan seseorang wanita itu terletak pada rahimnya.

Mengapa saya berkata begini ?

Kerana seorang wanita mampu melahirkan pejuang-pejuang agama dari rahimnya. Bukankah di belakang seorang lelaki yang hebat, berdirinya seorang wanita.

Ibu kepada Imam Syafie juga mendidik beliau sejak dari dalam kandungan lagi. Lihat apa hasilnya. Lahir seorang tokoh agama yang disegani sehingga sekarang !

-benda ni macam tak sesuai sangat, tapi nak terang jugak-

**************************

Andai dia bidadari untukku, maka yakinilah, dari Allah datangnya dia untuk kita, dan kepada Allah jualah satu hari nanti dia akan kembali.

Dari Allah kita datang, kepada Allah kita kembali.

Dari Allah datangnya masalah dan ujian kepada kita, pada Dia lah terletak penyelesaian, maka mintalah kepada-Nya agar diberi petunjuk.

p/s : hanya ini sahaja yang mampu saya coretkan, sebab pengalaman tidak banyak dan saya belum lagi menempuhnya !

Advertisements

3 thoughts on “andai dia bidadari untukku

  1. Ukhti – satu lagi kriteria yg mudah orang terlupa. Sekupu. Persamaan dan kebersamaan. Tanpa ke dua dua perkara ini sukar untuk kita mengurus perjuangan. Kenapa bernikah disebut menyempurnakan agama dan bukan megurangkan agama? Sebab perkahwinan ini boleh membentuk ‘ synergy’ dakwah! Jadi pasangan ini perlu ada ‘ ketahanan’ Jasadiyah dan ruh ubudiyahnya. Sebab tu kalau sesesorang yg iltizam dan intizam dgn dakwah ini pasti dia mencari pasangan yg begini. Bukan memilih tapi mencari. Memilih bile sesuatu itu banyak tapi mencari bila sesuatu itu jarang jarang. Dan inilah yang jarang ada dikalangan kita meskipun kita kata kita orang dakwah, Ada jugak orang kata lagi, ” anta ni ideal sangat nak cari pasangan?” Lepas nikah anta tarbiyahlah? Bertawakkallah! Kalau nak tarbiyah diri kejap tenggelam dan kejap timbul. Apalagi nak tarbiyah isteri. Lebih2 lagi kalau dapat isteri yang ‘ macam nak tarik kuciing atas tikar mengkuang” degil! Agaknya sebab itu Assyahid sayyid qutb tak bernikah sehingga syahidnya! :)

    • ada seorang ukhti ana pernah berkata, ” Kalau hal kahwin dalam tarbiyyah dgn dakwah ni, memg susah nak difikirkan, dari dulu sampai sekarang, mesti ada je masalahnya. Penting ke nak kahwin satu jemaah, kalau lain-lain jemaah tak boleh ? ”

      Dan bila ana mengajukan masalah ini kepada ukhti yang lain, dia hanya berkata, ” Akak tak menitikberatkan sangat jemaah, akak lebih perhatikan individu muslim yang ada pada dirinya. Tapi itu tak bermakna akak menolak faktor jemaah tu, still ada dalam pertimbangan.”

      Masalah, masalah dan masalah. Bila lagi masalah, orang yang kita suka pulak jemaah lain. (berdasarkan pengalaman rakan)
      Dan ana sangat tertarik dgn kenyataan seorang ustaz, ” Kita bernikah bukan atas dasar nafsu, kita nikah atas dasar kita ikut sunnah Rasulullah dan demi dakwah ini. ”

      Ana setuju memang sekufu tu memang kena ada barulah ada istilah synergy dakwah. Memilih bila sesuatu itu banyak, mencari bila sesuatu jarang (ana suka qoute ini). Memang tidak dinafikan ada juga ikhwah yang mengambil langkah untuk berkahwin dengan bukan akhawat dengan alasan untuk mentarbiyyahnya selepas berumahtangga.
      Sebab itulah ana teguh dengan pendapat, bahawa ana lebih memerhatikan individu muslim dalam dirinya, sejauh mana kesungguhan dia untuk membawa dakwah.
      Habis tu jemaah macamane ?
      Jemaah bagi ana hanya satu wadah perjuangan yang akan lebih memmudahkan dakwah kita. Seronok bila kahwin satu jemaah ni, senang nak berbual-bual tentang hal jemaah tak perlu sirri-sirri, boleh pergi program sama-sama. Bila teliti semula hadis Rasulullah, selalu akan ada orang persoalkan ana, dalam hadis Rasulullah takde cakap tentang jemaah pun, kenapa korang titikberatkan sangat benda ni ?

      Bila terfikir semula, memang benar Rasulullah tidak menyebutnya kerana zaman dahulu, mana ada banyak jemaah-jemaah Islam macam kita sekarang ni. Namun, Rasulullah menyebut agama sebagai kriteria teristimewa untuk kita memilih bakal jodoh kita. Bukankah dakwah adalah salah satu cabang agama ?

      Namun, untuk kita berlawan dengan takdir Allah, tidak akan mampu. Allah telah menentukan jodoh kita, yang menjadi urusan kita adalah kita sendiri berusaha untuk menjadi baik dan bertawakkal agar Allah menentukan jodoh yang akan membantu dakwah kita. Jika Allah menjodohkan kita dengan orang yang sejemaah, sekufu, alhamdulillah, tapi jika Allah menjodohkan kita dengan orang yang bukan sejemaah dengan kita, itulah yang terbaik kerana Allah tahu itu yang lebih sekufu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s