khurafat

Bismillah.

Salam dakwah buat semua.

Jom baca entri hari ini :)

***********

Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua Jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan Jin bertambah sombong dan jahat.

(72 : 6)

Ayat di atas menerangkan tentang tema sebuah filem yang saya tonton hari ini. Filem yang agak mendapat kutipan tertinggi di pawagam. Melihat melalui kacamata tarbiyyah yang ada pada diri, saya kira, tidaklah sia-sia saya menontonnya.

Tidak perlu teliti siapa pelakonnya. Saya hanya meneliti apa yang cerita ini cuba sampaikan kepada para penonton.

Sebagai seorang hamba, kita hanya berhak meminta pertolongan Allah S.W.T, tiada lagi sumber lain yang patut kita meminta pertolongan. Berdoa dan berhajat kepada-Nya itulah hak seorang hamba.

Kita hanya manusia, manusia yang mempunyai pencipta, yang Maha Berkuasa berbanding apa yang ada di muka bumi ini. Jadi, tidak wajar jika kita menyamakan taraf pencipta kita dengan yang lain.

Kembali kepada filem tadi, jalan ceritanya tidaklah terlalu seram, tapi agak menakutkan. Hero tersebut dihantui oleh syaitan dek kerana dia telah membuat perjanjian dengan makhluk dilaknat Allah itu untuk memikat seorang wanita yang disukainya.

Apabila dia mula meninggalkan wanita tersebut, dia mula dihantui. Malah, isterinya turut diganggu.

Dan sungguh, aku akan menyesatkan mereka, dan memenuhi mereka dengan khayalan, dan aku akan menyuruh mereka dan mereka akan memotong telinga binatang ternak; aku akan menyuruh mereka dan mereka akan mengubahi ciptaan Allah.” Sesiapa yang mengambil syaitan untuknya sebagai wali (pelindung), menggantikan Allah, dia menderita satu kerugian yang nyata, serugi-ruginya. Ia menjanjikan mereka, dan memenuhi mereka dengan khayalan, tetapi tiadalah yang syaitan menjanjikan mereka melainkan tipuan.

(4 : 119-120)

Ini sememangnya pekerjaan tetap syaitan dari dulu. Menggoda dan menghasut manusia sehingga kita menjadi lalai dan alpa. Cintakan dunia, lupakan akhirat.

Katakanlah, “Adakah kita akan menyeru, selain daripada Allah, sesuatu yang tidak bermanfaat, dan tidak juga memudaratkan kita, dan adakah kita akan dikembalikan di atas tumit-tumit kita setelah Allah memberi petunjuk kepada kita? Seperti orang yang digoda hingga kebingungan di bumi oleh syaitan-syaitan, walaupun dia mempunyai teman-teman yang menyerunya kepada petunjuk, ‘Datanglah kepada kami!'” Katakanlah, “Petunjuk Allah ialah petunjuk yang benar, dan kita diperintah supaya tunduk patuh kepada Pemelihara semua alam,

(6 : 71)

Tugas mereka ini tidak akan selesai selagi tidak tibanya Hari Pembalasan. Sewaktu itulah dapat kita lihat manusia-manusia yang rugi kerana mengikut bahtera kelalaian ini.

Syaitan menjadikan segalanya indah buat kita. Kita sangka dia jauh, kita sangka kita membencinya, dalam tidak sedar, kita telah menjadikan mereka sebagai sahabat sejati kita, pendamping setiap masa.

Kita menyangka kita mendapat petunjuk. Ya, memang kita mendapat petunjuk. Syaitan tersenyum riang melihat diri kita mengikuti jalannya. Namun, itu bukanlah jalan yang Allah kehendaki buat kita. Allah menyuruh kita agar mencari hidayah-Nya, keluar dari lorong-lorong kegelapan.

Segolongan Dia memberi petunjuk, dan segolongan wajar dengan kesesatan; mereka mengambil syaitan-syaitan sebagai wali-wali (sahabat-sahabat), selain daripada Allah, dan mereka menyangka bahawa mereka mendapat petunjuk.”

( 7 : 30 )

Ada satu lagi pengajaran dari filem ini. Iaitu  untuk tidak menduakan-Nya, tidak menyekutukan-Nya.

Tiada yang lebih hebat dan berkuasa selain Dia.

Yakinlah bahawa Allah itu Ahad, tiada sebelum-Nya, dan tiada selepas-Nya. Hanya Dia.

Makhluk-makhluk lain yang kita fikir mereka berkuasa, itu hanyalah tanggapan kita semata. Allah yang menguasai pentadbiran dunia ini. Dan kerajaan Allah yang tertinggi di muka bumi ini.

Dan katakanlah, “Wahai Pemeliharaku, aku berlindung pada Engkau daripada cadangan-cadangan jahat syaitan-syaitan, Dan aku berlindung pada Engkau, wahai Pemeliharaku, daripada mereka hadir padaku.”

( 23 : 97-98 )

Sememangnya jalan syaitan itu dihiasi keseronokan, tetapi pengakhirannya amat memedihkan.

Meskipun terlalu banyak mehnah dalam jalan untuk menggapai redha-Nya, tetapi pengakhirannya adalah satu nikmat yang tidak dapat digambarkan. Tidak dapat kita gambarkan dengan mata dan kata-kata.

Bahtera kelalaian dan bahtera kebenaran akan sentiasa berlayar di pelabuhan hati. Saat terhentinya kedua-dua bahtera ini, adakah kita telah memilih bahtera yang betul ?

p/s : tahniah kepada pengarah kerana berjaya membuat satu filem yang mengajar supaya lebih dekat kepada-Nya.

p/s : lagu OST yang sedap dan makan dalam….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s